Skandal SRC: Sukar untuk bawa keluarga diraja Saudi beri keterangan soal 'derma', sembang Najib
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Ketika perbicaraan pertuduhan rasuah melibatkan SRC International
terhadap Najib Razak hari ini, pendakwaan mengasak bekas perdana menteri
itu tentang mengapa peguamnya belum mendapatkan keluarga diraja Arab
Saudi untuk menyokong dakwaannya, bahawa wang yang dimasukkan dalam
akaunnya adalah derma daripada keluarga itu.
Timbalan pendakwa
raya (DPP) V Sithambaram ketika pemeriksaan balas dengan Najib, bertanya
mengapa pasukan pembelaan tidak memanggil saksi daripada keluarga
diraja Arab Saudi.
Najib kemudian berkata "sukar" untuk berbuat
demikian tetapi menegaskan wang yang diterimanya adalam derma daripada
keluarga diraja itu.
Ia selepas Sithambaram mengajukan kepada Najib bahawa naratif derma Saudi itu adalah untuk menutup apa yang sebenarnya berlaku.
Sithambaran: Saya katakan pada anda, sejak dari awal, anda tahu bahawa wang ini bukan datang daripada keluarga diraja (Saudi). Najib: Saya tak setuju. Kerana sebahagian wang itu datang secara terus daripada Kementerian Kewangan Saudi. Sithambaram: Malangnya, tiada anggota keluarga diraja akan datang mahkamah untuk sahkannya, benar? Najib: Kami tidak, well, sukar untuk membuatkan mereka datang ke mahkamah. Sithambaran: Saya juga kata berguna (convenient) kepada anda untuk tidak panggil mereka ke mahkamah untuk sahkan cerita anda. Najib: Saya tak setuju.
Sithambaram juga membangkitkan kemampuan Najib dalam mengenal pasti tandatangannya sendiri.
Ia
selepas Najib mengesahkan dia menandatangani dokumen perbankan yang
mengarahkan AS$620 "dikembalikan" kepada keluarga diraja Saudi, walaupun
dia sebelum ini berkata ragu-ragu sama ada menurunkan tandatangannya di
dokumen tersebut. Sithambaran: Kerana ia salinan, anda kata tak boleh sahkan tandatangan, dan hari ini anda sahkan. Najib: Ya. Ia bergantung kepada kandunganya. Sithambaran: Kandungan apa? Najib: Kerana saya ingat ini adalah arahan saya.
Najib
kini dibicarakan atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah
amanah jenayah dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC
International.
Beliau dituduh mendapat habuan sebagai pertukaran
dalam membolehkan permohonan pinjaman SRC International terhadap
Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) diluluskan.
Beliau juga berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.
Najib
secara umumnya merujuk semua dana yang diterima sebagai "derma"
daripada keluarga diraja Saudi dan mendakwa tidak tahu dana itu berasal
daripada syarikat milik negara itu.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
ANWAR Ibrahim hari ini mengakui ada “percubaan khianat” untuk menghalangnya dari menggantikan Dr Mahathir Mohamad dan menjadi perdana menteri. Presiden PKR memberitahu konvensyen parti Sabah bahawa beliau tidak akan terganggu dengan masalah itu tetapi akan menumpukan pada usaha untuk memperkukuhkan ekonomi. “Mari kita beri tumpuan pada ekonomi. Saya tidak suka orang bertanya mengenai peralihan kuasa tetapi masalahnya ada ramai orang yang tak setia. “Bagi saya, sudah ada persetujuan (peralihan). Untuk kata saya tak sabar, saya telah menunggu selama 20 tahun. “Tidak ada masalah untuk saya. Jika Allah kata ia akan berlaku, ia akan berlaku,” kata Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan