Anwar tak mahu orang politik, 'perompak' agih bantuan diumumkan PM
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Presiden
PKR, Anwar Ibrahim tidak mahu agihan bantuan yang diumumkan kerajaan
dilakukan orang politik ataupun "perompak" kerana khuatir akan berlaku
ketirisan.
Secara keseluruhannya, Anwar berkata beliau gembira
dengan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat (Prihatin) yang
diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
"Kita harus teliti peringkat pelaksanaan, apakah pelaksanaan itu tidak mengalami ketirisan dan kebocoran.
"Jangan
diserahkan (pelaksanaan) kepada orang-orang politik atau pegawai yang
mempunyai rekod yang buruk mencuri dan merompak," katanya mengulas
pembentangan pakej ransangan ekonomi diumumkan petang tadi.
Ulasan Anwar disiarkan secara langsung melalui Facebooknya selepas pengumuman kerajaan.
Pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion
yang diumumkan perdana menteri petang tadi merangkumi Bantuan Prihatin
Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir
RM10 bilion.
Bantuan bukan sahaja disalurkan kepada kumpulan B40
tetapi meliputi kumpulan M40, termasuk pekerja swasta, peneroka Felda,
petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan
M40 dan ke bawah.
Melalui program itu, bantuan RM1,600 akan diberikan kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
Begitu juga bayaran RM1,000
kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000
hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500
dan baki RM500 pada bulan Mei.
Muhyiddin juga turut mengumumkan peruntukan kepada kementerian kesihatan, elaun khas RM600
kepada petugas barisan hadapan yang menangani wabak Covid-19 serta
internet percuma sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Bawa ke parlimen untuk dibahas
Tambah
Anwar, beliau bersyukur kerana pakej rangsangan itu dilihat menyeluruh,
namun harus diteliti kerana mungkin ada yang tercicir.
Oleh itu,
Anwar berkata sewajarnya pakej ransangan ini dibawa ke Parlimen untuk
dibahas dan disokong serta ditambah baik bagi mengangkat ekonomi negara.
Katanya,
walaupun Muhyiddin menjelaskan bahawa kerajaan yang ada ini tidak
dipilih rakyat, namun memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya.
"Di
negara demokratik, Korea, Jepun, Australia dia serahkan juga belanjawan
ini untuk dibahas dan diawasi di Parlimen supaya ada
kebertanggungjawaban.
"Sekarang ini bila tambah RM25 bilion, dari mana sumber? Bagaimana boleh bayar hutang, bagaimana boleh diperinci pelaksanaanya.
"Saya
syor perdana menteri beri pertimbangan serius, beri ruang kepada semua
pihak untuk bahas dan beri sokongan dengan maksud memperbaiki," katanya.
Mengulas
lanjut, Anwar menganggap satu kelemahan jelas apabila penangguhan
bayaran balik pinjaman dibuat, namun kadar faedah masih dikenakan.
Oleh itu beliau menyeru Bank Negara (BNM) supaya mengkaji semula langkah itu agar kadar faedah dapat diketepikan
"Saya
anggap satu kelemahan besar kerana kadar faedah dikenakan, maknanya
orang tidak ada meniaga, tak ada keuntungan, melalui kerugian, cukup
enam bulan kena bayar balik hutang dengan faedah, ini harus diteliti
semula oleh BNM," katanya.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan