Kerajaan "Atas Atap" tetapkan harga siling topeng muka RM1.50 seunit...

Tingkat pengeluaran penutup muka, hidungPUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling topeng sebanyak RM.150 seunit, berbanding harga sebelum ini yang lebih tinggi.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, harga baru itu turut dipersetujui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mengambil kira kos pembekal luar negara.
“Kita telah bincang dan kita dapati topeng tidak banyak dikeluarkan dalam negara, tetapi diimport dari negara luar, kita terikat dengan harga di negara yang kita import.
“Mesyuarat bersetuju harga siling topeng adalah RM1.50 sekeping, iaitu RM0.50 sen lebih murah daripada harga awal yang diumumkan, iaitu RM2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat harian menteri-menteri dan pihak terlibat dalam mendepani Covid-19 di Perdana Putra di sini.
Katanya, harga baru itu akan mula berkuat kuasa pada 1 April ini.
Ismail yang juga menteri pertahanan berkata, harga siling topeng itu bagaimanapun akan dikaji dari semasa ke semasa untuk dikurangkan lagi berdasarkan kos yang ditetapkan pihak pembekal dari luar negara.
“Kita akan kaji harga dari semasa ke semasa, kalau harga kita beli murah daripada pembekal luar negara berubah, kita akan turunkan harga,” katanya.
Sebelum ini, KPDNHEP membenarkan import penutup mulut dan hidung bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran domestik ekoran penularan Covid-19.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, kebenaran untuk mengimport diberikan susulan harga siling penutup mulut dan hidung yang dinaikkan daripada 80 sen sekeping kepada RM2 sekeping sekarang dengan mengambil kira kos import.
Harga tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan meminta ia diturunkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar