Kudeta: ‘Pastikan rakyat ada wang mencukupi beli makanan’
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Semalam, ketika mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan
(PKP) hingga 14 April, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta rakyat
supaya bertenang dan memberitahu semua yang kita mempunyai bekalan
makanan yang mencukupiDalam siaran langsung itu, Muhyiddin
berkata beliau membuat pengumuman awal mengenai pelanjutan itu supaya
persediaan awal boleh dibuat.
Perkara ini tidak cukup. Sebagai
perdana menteri, Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan
makanan dan keperluan asas yang mencukupi semasa berdepan penularan
pandemik Covid-19, tetapi juga perlu memastikan setiap rakyat Malaysia
mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makan dan keperluan asas
tersebut.
Setakat
hari ini, selepas empat minggu bermulanya gelombang kedua wabak
Covid-19 di Malaysia dan 25 hari selepas beliau mengangkat sumpah
sebagai perdana nenteri kelapan, Muhyiddin tidak memberikan keyakinan
terhadap kebolehan beliau untuk memimpin negara ini keluar daripada
bencana ekonomi yang berpunca daripada wabak itu.
Pakej rangsangan
ekonomi komprehensif Muhyiddin yang akan diumumkan esok akan menjadi
ujian kepada janji beliau dalam siaran langsungnya semalam bahawa "tidak
ada yang akan ditinggalkan" dalam bencana terhadap nyawa dan kehidupan
ini, dan rakyat Malaysia, terutama golongan yang miskin dan
berpendapatan rendah, akan mempunyai wang untuk mengatasi krisis ekonomi
yang berpunca daripada wabak Covid-19.
Selamatkan ekonomi negara
Sebagai
permulaan, kita tidak boleh lagi bercakap mengenai rangsangan ekonomi
tetapi kita memerlukan penyelamatan ekonomi. Apa yang kita perlukan
bukanlah pakej rangsangan ekonomi tetapi pakej penyelamatan ekonomi.
Kita
tidak boleh mengharamkan virus itu. Dan tidak ada dasar ekonomi yang
dapat menghentikan kesulitan ini selagi mana dasar kesihatan awam
memerlukan sebegitu banyak aktiviti ekonomi kita dihentikan. Tetapi kita
mesti menyelamatkan ekonomi negara.
Perdana
menteri perlu menyedari pemikiran baharu dalam menghadapi ujian
berganda bencana kesihatan dan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum
ini yang ditimbulkan oleh wabak Covid-19, yang telah mengorbankan
hampir 20,000 nyawa dan menjangkiti hampir setengah juta orang di
seluruh dunia dunia (berbanding dengan 81,218 jangkitan dan 3,281
kematian Covid-19 di China) dan menarik dunia ke dalam kancah
kemelesetan.
Menurut unjuran Pertubuhan Perdagangan Dunia,
kemerosotan ekonomi dan kehilangan pekerjaan yang disebabkan oleh wabak
ini berkemungkinan untuk menjadi lebih buruk daripada kemelesetan
ekonomi pada tahun 2008.
Wang helikopter
Dirumuskan
dalam tajuk e-buku terbaru dari Centre for Economic Policy Research
(CEPR), "Mitigating the Covid Economic Crisis: Act Fast and Do Whatever
it Takes", pakar ekonomi terkemuka dunia menggesa supaya kerajaan
menggunakan “senjata berat” fiskal untuk satu tindak balas ekonomi
“tanpa had” terhadap krisis Covid-19, dan menggesa kerajaan untuk
bertindak dengan pantas dan melakukan apa sahaja untuk menjaga
kelangsungan hidup rakyat.
Ini
adalah masa untuk dasar yang tidak konvensional seperti "wang
helikopter", di mana semua rakyat mendapat wang bantuan tanpa syarat dan
bank pelaburan negara menyediakan pinjaman kecemasan tanpa had kepada
perniagaan.
Adakah pakej penyelamatan ekonomi Muhyidding yang akan
diumumkan esok akan mempunyai unsur "wang helikopter" untuk
mengurangkan kebankrapan peribadi dan korporat, memastikan rakyat
mempunyai wang untuk mengekalkan perbelanjaan walaupun mereka tidak
boleh bekerja, dan meningkatkan pelaburan awam dan perbelanjaan
penjagaan kesihatan.
Tunggu pengumuman Muhyiddin
Langkah-langkah
yang diperlukan untuk membendung penyebaran virus ini - kuarantin,
penjarakan sosial, penutupan sekolah, universiti dan pusat jagaan
kanak-kanak, penutupan perniagaan yang tidak penting, dan langkah
bekerja dari rumah - meperlahankan ekonomi negara.
Seperti yang
dikatakan oleh Pierre-Olivier Gourinchas daripada University of
California, Berkeley di dalam satu bab tentang cara meratakan lengkungan
sebaran jangkitan dan kegawatan ekonomi: "Kita sedang menghadapi krisis
kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam
sejarah moden”.
Pakej
penyelamat ekonomi komprehensif Muhyiddin akan dinilai berdasarkan
pemikiran baharu ini di mana kerajaan bukan sahaja perlu menyelamatkan
nyawa, tetapi juga pekerjaan dan kehidupan rakyat - bagaimana dasar
fiskal digunakan untuk mencegah atau mengatasi kegawatan yang disebabkan
bencana, dan membangunkan apa yang dikatakan oleh Gourinchas sebagai
"Unit rawatan intensif, katil dan ventilator kepada sistem ekonomi."
Malah
Amerika Syarikat, yang akan menjadi pusat baharu wabak Covid-19, telah
merekodkan hampir 10,000 kes Covid-19 baru membawa kepada jumlah
keseluruhan 64,765 kes yang disahkan (bakal mengatasi China dari segi
jumlah kes yang disahkan dalam tempoh beberapa hari), akhirnya
mengumumkan pakej penyelamatan ekonomi Covid-19 yang bernilai sebanyak
USD2 trilion.
Pemimpin Kongres Demokratik dan Republikan,
bersama-sama dengan pegawai-pegawai White House, sedang berusaha untuk
memuktamadkan satu pakej penyelamatan ekonomi Covid-19 yang bernilai USD
2 trilion yang akan membantu sektor perniagaan, korporat dan secara
langsung ke poket rakyat Amerika.
Rakyat Malaysia dan dunia sedang menunggu pakej penyelamatan ekonomi komprehensif Muhyiddin yang akan diumumkan besok.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan