"Lebai Walaun" dakwa boleh kurung Covid-19 dalam botol
Seorang lelaki yang mendakwa pengamal perubatan Islam menjadi tumpuan
selepas mengaku mampu menangkap virus penyebab Covid-19 dan
mengurungnya dalam botol.
Menerusi Facebook, individu berkenaan menunjukkan tiga rakaman video sedang menjalankan rawatan terhadap seorang pesakit.
"Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Convid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dalam freezer (peti sejuk) bersama dengan botol air lain yang kosong dari Covid-19.
"Selama tempoh 5 hari botol berisi Covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam," katanya di Facebook.
Pesakit berkenaan menghulurkan kedua-dua belah tangannya, ketika perawat itu membacakan beberapa potong ayat.
"Elok hantar pakar ni ke hospital Sungai Buloh untuk membantu. Sebab yang dijangkiti makin meningkat," sindir seorang lagi pengguna media sosial.
Dalam satu hantaran lain, perawat itu memuat naik gambar sebuah buku bertajuk "Jin, Sihir dan Ruqyah Syariyyah" yang dikarang seorang pengamal perubatan Islam dari Indonesia bernama Musdar Bustamam Tambusai.
"Mengapa peruqyah tidak turun membantu menangani kes Covid-19. Ini jawapan kami yang diwakili tulisan Ustaz Musdar Bustamam Tambusai," tulisnya.
Antara lain, hantaran itu memetik kata-kata Musdar yang mengatakan bahawa kaedah ruqyah belum diakui oleh masyarakat dan pemerintah sebagai pencegahan kepada penyakit, mahupun sebagai kaedah penyembuhan.
"Jika ruqyah belum diakui oleh pemerintah, tentu para peruqyah diposisikan sebagai masyarakat awam yang tidak mengerti tentang penyakit dan obatnya," katanya memetik kenyataan Musdar.
"Jika prinsipnya seperti itu terhadap jin, maka terhadap gangguan yang lain juga sama. Misalnya, ketika melakukan ruqyah kepada pasien (pesakit) HIV, seorang peruqyah mengaku mampu menangkap virusnya, lalu membuangnya ke suatu tempat.
"Ini jelas bukan ruqyah tapi tepatnya dukun yang menyamar jadi peruqyah," kata Musdar.
Jika demikian kata Musdar, individu terbabit telah mendakwa dirinya mengetahui perkara ghaib, meskipun ghaib sifatnya tidak mutlak.
"Virus itu nyata tapi ghaib nisbi karena tidak dapat dilihat dengan mata telanjang. Orang yang mengklaim (mendakwa) dirinya mengetahui perkara ghoib, disebut dukun.
"Prinsip ruqyah harus sesuai syariah, logis dan terukur. Bukan bersifat klenik, irrasional atau supernatural yang cenderung aneh-aneh," katanya.
Menerusi Facebook, individu berkenaan menunjukkan tiga rakaman video sedang menjalankan rawatan terhadap seorang pesakit.
"Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Convid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dalam freezer (peti sejuk) bersama dengan botol air lain yang kosong dari Covid-19.
"Selama tempoh 5 hari botol berisi Covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam," katanya di Facebook.
Ruqyah
merupakan kaedah perubatan Islam dengan cara membaca ayat tertentu
terhadap pesakit, kebiasaannya akibat perbuatan sihir atau gangguan jin.
Dalam
video berkenaan, lelaki bergelar ustaz itu dilihat membacakan ayat-ayat
ruqyah terhadap seorang pesakit yang duduk di kerusi, sambil disaksikan
beberapa individu lain.Pesakit berkenaan menghulurkan kedua-dua belah tangannya, ketika perawat itu membacakan beberapa potong ayat.
Asal dari binatang atau bukan
"Jika
ada virus Covid-19 yang dipindahkan dari Hospital Sungai Buloh sama ada
tangan kanan atau tangan kiri, turun, turun, turun," katanya sambil
pesakit itu dilihat sukar menurunkan kedua-dua belah tangannya.
"Jika
kamu (virus) berasal dari China gerak (tangan) sebelah kiri. Kalau
bukan dari China bergerak ke kanan," katanya lagi sebelum pesakit itu
menggerakkan tangannya yang kelihatan 'berat' ke sebelah kiri.
Kaedah
sama digunakan untuk menyoal sama ada 'virus' itu berasal dari binatang
atau sebaliknya, dan 'perawat' itu kemudian mendakwa ia bukan berpunca
dari binatang.
Individu yang mendakwa pengasas sebuah akademi rawatan Islam itu kemudian dilihat membawa sebekas botol kosong.
Sambil
berulang kali menyebut Allahuakbar, perawat itu kemudian 'menarik
virus' pada kedua-dua belah tangan pesakit itu sebelum 'memasukkannya'
ke botol berkenaan.
"Jika masih ada Covid-19 di tangan
turun, turun," katanya disusuli pesakit berkenaan berjaya menurunkan
tangannya perlahan-lahan.
Jual agama paling senang untung
Setakat
malam tadi, salah satu rakaman video berkenaan dikongsikan lebih 1,000
orang dan mendapat komen daripada beratus yang lain.
"Jual agama paling senang untung," kata seorang pengguna Facebook."Elok hantar pakar ni ke hospital Sungai Buloh untuk membantu. Sebab yang dijangkiti makin meningkat," sindir seorang lagi pengguna media sosial.
Dalam satu hantaran lain, perawat itu memuat naik gambar sebuah buku bertajuk "Jin, Sihir dan Ruqyah Syariyyah" yang dikarang seorang pengamal perubatan Islam dari Indonesia bernama Musdar Bustamam Tambusai.
"Mengapa peruqyah tidak turun membantu menangani kes Covid-19. Ini jawapan kami yang diwakili tulisan Ustaz Musdar Bustamam Tambusai," tulisnya.
Antara lain, hantaran itu memetik kata-kata Musdar yang mengatakan bahawa kaedah ruqyah belum diakui oleh masyarakat dan pemerintah sebagai pencegahan kepada penyakit, mahupun sebagai kaedah penyembuhan.
"Jika ruqyah belum diakui oleh pemerintah, tentu para peruqyah diposisikan sebagai masyarakat awam yang tidak mengerti tentang penyakit dan obatnya," katanya memetik kenyataan Musdar.
Dukun menyamar jadi peruqyah
Bagaimanapun, Musdar sendiri menyangkal pendapat bahawa Covid-19 boleh disembuhkan menerusi kaedah ruqyah.
Beliau menjelaskan perkara itu melalui satu hantaran di Facebook bagi menjawab dakwaan individu berkenaan.
"Model
ruqyah dengan cara menangkap jin, memenjarakan jin atau mengaku mampu
menguasai jin dan sebagainya, bukan ciri ruqyah yang syar'i yang
mengedepankan nilai dakwah."Jika prinsipnya seperti itu terhadap jin, maka terhadap gangguan yang lain juga sama. Misalnya, ketika melakukan ruqyah kepada pasien (pesakit) HIV, seorang peruqyah mengaku mampu menangkap virusnya, lalu membuangnya ke suatu tempat.
"Ini jelas bukan ruqyah tapi tepatnya dukun yang menyamar jadi peruqyah," kata Musdar.
Jika demikian kata Musdar, individu terbabit telah mendakwa dirinya mengetahui perkara ghaib, meskipun ghaib sifatnya tidak mutlak.
"Virus itu nyata tapi ghaib nisbi karena tidak dapat dilihat dengan mata telanjang. Orang yang mengklaim (mendakwa) dirinya mengetahui perkara ghoib, disebut dukun.
"Prinsip ruqyah harus sesuai syariah, logis dan terukur. Bukan bersifat klenik, irrasional atau supernatural yang cenderung aneh-aneh," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan