'Penyelesaian ekonomi dalam pakej rangsangan mesti menyeluruh'
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Walaupun
menyambut baik inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(Prihatin) 2020 dalam membantu rakyat, Presiden PKR Anwar Ibrahim
menyuarakan kebimbangan berkenaan pakej itu yang menurutnya bergantung
kepada "dana pinjaman".
Anwar mendakwa sekitar RM100 bilion
daripada RM250 bilion yang disuntik dalam pakej itu berkaitan
penangguhan pinjaman bank, RM40 bilion lagi daripada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja, RM60 bilion berkaitan Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB), dan RM50 bilion daripada Danajamin Nasional Berhad yang
sebahagiannya dimiliki Ministry of Finance Inc (MOF Inc).
"Jadi
kalau kita kumpulkan semua itu, (jumlahnya) RM250 bilion. (Tetapi) balik
kepada persoalan pangkal iaitu RM22 bilion yang diperuntukkan.
"Apakah
tidak baik? (Ia) baik kerana menyentuh masalah rakyat. Saya tetap
menyokong langkah yang membantu rakyat terutama golongan B40, tetapi
penyelesaian ekonomi dalam pakej rangsangan mesti menyeluruh.
"Bagaimana
kita nak pacu ekonomi biar ia bergerak? Dua bulan, kita tampung melalui
pinjaman," katanya menerusi siaran langsung di Facebook hari ini.
Anwar
juga menekankan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di
negara ini, yang menurutnya memberi kesan kepada produktiviti negara dan
kadar pengangguran.
"Ini (PKS) penjana terkuat dalam negara kita.
Dalam ekonomi negara berkembang seperti Malaysia, peranan PKS amat
penting, dan kita belum beri penekanan bagaimana nak merangsang supaya
mereka (terus) hidup.
"Produktiviti negara dan pengangguran akan
banyak terkesan kalau kita tidak tangani masalah ini, kerana mereka
(PKS) menampung sebilangan besar pekerja...," katanya lagi.
Semalam,
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin, selain
pakej rangsangan ekonomi yang telah pun diumumkan Dr Mahathir Mohamad
ketika menjadi perdana menteri sementara pada 27 Februari.
Pakej
itu antara lain bertujuan mengurangkan kesan pelaksanaan perintah
kawalan pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada 18 Mac hingga 14 April
ini.
'Bahas di Parlimen'
Pada
masa sama, Anwar menggesa perbahasan di Parlimen diadakan berkenaan
belanjawan tambahan yang perlu untuk mendanai pakej rangsangan ekonomi
bagi mendepani wabak Covid-19.
"Dalam negara yang (mengamalkan) sistem demokrasi berparlimen, Parlimen mesti diajak bersidang, membahaskannya.
"Kita sokong perkara yang baik. Ada rencana baik yang disebut dalam ucapan semalam.
"Saya
sokong, tetapi kita harus bahaskan kerana semua anggota Parlimen
bertanggungjawab dalam memberikan satu kebijakan ekonomi untuk masa
depan kita," katanya.
Anwar juga memberi peringatan terhadap kemungkinan "pelaksanaan kucar-kacir" pakej rangsangan tersebut.
"Pihak
yang meremehkan soal pelaksanaan ini sebenarnya tidak belajar (daripada
kesilapan yang pernah berlaku). Berapa banyak wang bantuan yang dicuri
orang tengah...berapa banyak wang orang miskin yang diambil oleh
syarikat pertengahan?
"Bilion ringgit akan tercicir jika tidak ikut proses yang telus dan bertanggungjawab.
"Sebab itu saya anggap perbahasan di Parlimen masih sangat mendesak dan patut disegerakan," katanya lagi.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan