Kerajaan "Tebuk Atap" beri tumpuan bangunkan industri buluh....(dulu buluh dop isle...lo ni isle doh)
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan
terus memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai
program game changer dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menterinya
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media hari ini
berkata saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah
AS$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018.Bagaimanapun, katanya, sumbangan eksport industri berasaskan buluh negara masih rendah iaitu sekitar RM9 juta pada 2019.
"Oleh itu, industri buluh mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan dan dimajukan di negara ini," katanya.
Mohd Khairuddin berkata beliau turut membentangkan status pembangunan industri buluh negara dan potensinya untuk dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru dalam sektor agrikomoditi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Jelasnya, pokok buluh merupakan tumbuhan mudah ditanam dan dijaga kerana tempoh matangnya yang singkat iaitu di antara tiga hingga empat tahun dan boleh dituai selepas tempoh berkenaan.
Ketika
ini, beliau berkata terdapat kira-kira 100 pengusaha buluh dalam
pelbagai kategori seperti perabot, makanan, fabrik, kraftangan, kutleri,
pembinaan dan eko-pelancongan."KPPK
melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia di bawah Program
Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) juga menyediakan insentif pinjaman mudah
bagi menggalakkan pembangunan ladang buluh.
"Pinjaman
sejumlah RM10,000 sehektar disediakan untuk pembangunan ladang skala
kecil (20-40 hektar), skala sederhana (41–2,499 hektar) dan skala besar
(2,500 hektar ke atas)," kata Mohd Khairuddin.Lima spesies buluh yang dikenal pasti di bawah PPLH adalah spesies buluh betung, buluh semantan, buluh beting, buluh beti dan buluh hitam.
Bagi menyokong pembangunan industri buluh, katanya, kementerian itu akan membangunkan Makmal Tisu Kultur dan Tapak Semaian Buluh di Lahat, Perak di kawasan seluas 1.72 hektar (4.2 ekar) dalam usaha untuk menghasilkan anak benih buluh berkualiti.
Kata Mohd Khairuddin makmal tisu kultur tersebut berupaya menghasilkan sehingga 100,000 anak benih buluh sebulan apabila beroperasi sepenuhnya kelak.
Selain memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program pembawa perubahan dalam RMK12, kementerian itu juga sedang menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2025 yang dijangka akan diumumkan pada penghujung tahun ini.
Ulasan
Catat Ulasan