Kudeta: Dari parti utama, Bersatu kini 'underdog' di Johor
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Dua bulan
selepas mengambil alih kuasa, keretakan sudah kelihatan dalam gabungan
Perikatan Nasional (PN) dengan perselisihan antara Bersatu dengan Umno
di Johor.
Bagi adun Bukit Batu daripada PKR Jimmy Puah, ia adalah
balasan terhadap Bersatu kerana mengabaikan rakan-rakannya dalam PH dan
mandat pengundi pada PRU lalu.
Umno Johor didakwa mendominasi
jawatan dalam kerajaan negeri dan badan-badan berkaitan, dan ia
membangkitkan rasa tidak puas hati pemimpin Bersatu.
Setiausaha
Bersatu Johor Solihan Badri ketika mengulas soal pelantikan "penyelaras"
di kawasan Parlimen pembangkang, membangkitkan bagaimana penyelaras
dari partinya ditempatkan di kerusi Maharani, Mahkota, Johor Jaya, Kota
Iskandar, Pekan Nanas, Jementah dan Bukit Batu.
Kebanyakan kerusi tersebut adalah kawasan campuran yang tidak memberi kelebihan kepada parti berasaskan Melayu seperti Bersatu.
Pemerhati
menyatakan keadaan itu menunjukkan parti tersebut, yang diasaskan Dr
Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang kini tidak berada di pihak
yang sama, tiada pengaruh dalam PN.
Puah
berkata Bersatu tiada suara dalam hal itu kerana Umno - sebagai parti
paling kuat dalam PN Johor - akan mengutamakan kerusi yang boleh menang.
"Dahulu
Umno adalah parti nombor satu. Mereka tidak akan mahu jadi nombor dua.
Saya fikir Umno Johor sudah putuskan kerusi yang mereka selesa dan
berikan semua 'tugasan mencabar' kepada Bersatu?
"Kenapa tidak gembira? Itu adalah pilihan mereka.
"Mereka
boleh kekal sebagai kerajaan PH seperti Kedah, dan pertahan mandat
rakyat. Tetapi mereka pilih Umno dan hilang kedudukan MB dan modal
politik mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Berkenaan
kerusi Parlimen yang diberikan kepada penyelaras Bersatu, Puah yakin
Bersatu perlu bergantung kepada BN untuk sokongan pengundi.
"Kebanyakan
kerusi mereka seperti Kempas, Bukit Permai dan Larkin tak akan
dimenangi tanpa kekuatan kolektif PH. Saya rasa mereka sendiri tahu
perkara ini.
"Misalnya di Bukit Batu, 58 peratus pengundi adalah
Cina. Adakah Bersatu yakin untuk bertanding di kerusi itu tanpa sokongan
PH?" soalnya. Jadi 'underdog' dalam PN
Adun Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad berkata beliau yakin bahawa Umno yang membuat keputusan di Johor, bukannya Bersatu.
Adun
Amanah itu berkata, Bersatu hanya memiliki 11 kerusi Dun (termasuk tiga
dari bekas adun Umno) berbanding BN yang memiliki 16 kerusi - iaitu 14
oleh Umno dan dua oleh MIC.
Menurut Dzulkefly, sukar bagi Bersatu,
Umno atau PAS untuk menang di 14 kerusi dipegang DAP, maka mengurangkan
sasaran yang boleh dimenangi mereka kepada 13 kerusi PKR dan Amanah.
"Daripada
13 kerusi ini, Bersatu hanya dapat tiga - Maharani, Mahkota dan Kota
Iskandar. Selebihnya dijangka diberi kepada Umno dan PAS.
"Jadi
Umno akan tetap jadi parti dominan dalam PN Johor kerana Bersatu hanya
boleh menang paling banyak 14 kerusi. Inilah percaturan Umno
sebenarnya," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Adun Jementah daripada DAP Tan Chen Choon berkata beliau tidak tahu sebab Bersatu diperuntukkan kerusinya.
"Mungkin Bersatu rasa mereka ada peluang lebih tinggi untuk menang di Jementah," katanya secara berseloroh.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan Umno sengaja memberikan kerusi sukar kepada rakan barunya.
"Ditambah dengan hakikat mereka kehilangan jawatan MB. Bersatu kini 'underdog'," katanya lagi.
Selain
itu, beliau juga membangkitkan pertindihan dari segi kerusi antara tiga
parti berasaskan Melayu - iaitu Bersatu, Umno dan PAS - yang akan
menyukarkan proses rundingan kerusi nanti.
Beliau juga
membangkitkan soal Jementah yang merupakan kerusi tradisi MCA sebelum
ini. "Bersatu ada penyelaras di sini. Adakah ini bermakna MCA telah
lepaskan kerusi ini kepada Bersatu?" 'Kembali kepada PH'
Adun
Maharani daripada Amanah Norhayati Bachok pula menggesa Bersatu kembali
kepada PH untuk mewujudkan gabungan yang lebih kuat.
"Inilah masa
yang baik untuk Bersatu serta PH bermuhasabah semula dan membina
ukhuwah dalam memacu negeri ini mengikut cara seperti sebelum ini,"
katanya.
Terdahulu hari ini, Malaysiakini memetik sumber
Umno Johor sebagai berkata jika Bersatu terus memberi tekanan untuk
jawatan politik, ia mungkin akan menyebabkan pilihan raya negeri diadakan tidak lama lagi.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan