Kudeta: ‘Pilihan raya negeri Johor jika Umno - Bersatu terus berbalah’
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Perbalahan
antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan
pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi, kata sumber
Umno negeri itu.
Bercakap kepada Malaysiakini petang ini,
beliau berkata, ini akan menjadi kenyataan selagi Bersatu tidak
berhenti daripada mengasak Umno bagi mendapatkan lebih banyak jawatan
lantikan politik.
"Bersatu menekan kami untuk mendapatkan jawatan
tetapi Umno membalas dengan mengancam untuk mengadakan pilihan raya
negeri," katanya dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan.
Bersatu
Johor mengadu bahawa lantikan politik, termasuk untuk menerajui GLC
negeri, tidak dilakukan secara adil dan menuduh Umno mengketepikannya.
Perikatan
Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri di Johor setelah Bersatu
berpaling tadah daripada Pakatan Harapan untuk berganding bahu dengan BN
dan PAS.
Sumber itu percaya bahawa Bersatu akan mengalah jika berdepan dengan ugutan supaya pilihan raya negeri diadakan.
"Umno Johor jauh lebih kuat, kita boleh memenangi pilihan raya ini sendiri.
"Kelebihan memihak kita. Habis, kalau snap polls dia (Bersatu) nak ke siapa? (Pakatan) Harapan? Memang tak la,” katanya.
Dewan
Undangan Negeri Johor mempunyai 56 kerusi, daripada jumlah itu,
kedua-dua Umno dan DAP masing-masing mempunyai 14 kerusi. Baki kerusi
dipegang oleh Bersatu (11), Amanah (9), PKR (4), MIC (2), PAS (1) dan
Bebas (1).
Secara keseluruhan PN mempunyai 29 kerusi dan PH pula 27.
Bekas menteri besar Johor Osman Sapian, bagaimanapun, berkata, pembubaran DUN Johor bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
“Ini kuasa Tuanku Sultan,” katanya kepada Malaysiakini.
Seksyen
7 (2) (b) Perlembagaan Johor menyatakan bahawa sultan mempunyai budi
bicara untuk tidak menunaikan permintaan untuk membubarkan DUN.
Osman
berkata sebagai sekutu dalam PN, Umno Johor juga mesti membincangkan
cadangan pembubaran dengan kepemimpinan tertinggi gabungan itu,
termasuk Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
“Kalau dia (Umno) tak runding, maka dia tak menghormati Bersatu sebagai ahli PN,” katanya.
Begitu juga, Osman berkata, sebarang lantikan politik mesti dibincangkan dengan kepimpinan PN.
“Dia kena bincang dengan kepimpinan tertinggi baru tahu boleh selesai atau tidak.
“Kita di peringkat ketua bahagian Bersatu belum pernah dipelawa untuk bincang perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang lebih yakin bahawa penyelesaian “menang-menang” mampu dicapai.
“Saya sangat yakin dengan kepimpinan Hasni Mohammed sebagai MB, dia seorang yang kompeten.
“Saya
(telah) jumpa MB, dia sedang teliti perkara ni dan Insya-Allah dalam
masa terdekat akan diumumkan win-win situation,” katanya.
Bagi Mazlan, perselisihan pendapat dalam parti adalah perkara biasa yang diibaratkannya sebagai asam garam politik.
Anggota exco negeri itu juga menegaskan bahawa setkat ini kerajaan negeri berfungsi dengan lancar.
Pada
27 April, pemimpin Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri dalam satu
tulisannya meminta parti lain yang membentuk kerajaan PN agar tidak memandang enteng keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan.
Solihan,
yang merupakan anggota exco kerajaan negeri dan Adun Tenang, juga
berkata, penyertaan Bersatu dalam lantikan politik seperti di GLC mesti
menjadi sebahagian daripada kerjasama PN.
Sejak itu, pemimpin Bersatu Johor yang lain, termasuk Osman, menyuarakan perkara yang sama.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan