Penganalisis politik berpendapat bahawa situasi semasa negara ketika
ini yang berdepan pandemik Covid-19 bukan masa yang sesuai untuk
membincangkan sebarang pelantikan jawatan di syarikat berkaitan kerajaan
(GLC).
Sebaliknya, katanya, kerajaan perlu memberi perhatian
kepada strategi untuk mengembalikan negara kepada kehidupan harian tanpa
ancaman Covid-19.
"Pertama, saya meminta maaf, saya tidak lihat
surat yang dikatakan yang ditujukan kepada Perdana Menteri (Muhyiddin
Yassin). Masih terlalu awal membuat sebarang kesimpulan dan terpulang
kepada mereka untuk bincang.
"Tapi, ini bukan masa untuk bincang.
Perlu fokus kepada bagaimana menguruskan pandemik Covid-19," kata Prof
Madya Dr Lee Kuok Tiung dari, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Dia
berkata demikian ketika diminta mengulas sepucuk surat yang dikatakan
dikirim Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin untuk meminta
agar pemimpin Umno Sabah dilantik menjawat beberapa jawatan dalam
kerajaan.
Surat bertarikh 16 April itu juga dikatakan meminta
Muhyiddin mempertimbangkan melantik empat pemimpin Umno Sabah memegang
jawatan-jawatan tertentu, atas nama semangat Perikatan Nasional (PN).
Ia
termasuklah cadangan melantik Bung Moktar yang juga ahli parlimen
Kinabatangan, sebagai pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah;
Anggota Parlimen Kimanis Mohamad Alamin, sebagai timbalan menteri
persekutuan; dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman
Dahlan, sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Sabah.
Turut
dicadangkan dalam tuntutan berkenaan ialah agar Timbalan Ketua Umno
Sabah merangkap ahli majlis tertinggi parti itu, Yakubah Khan, dilantik
menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.
Mengulas lanjut, Dr Lee berkata, adalah pramatang untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung isu berkenaan.
"Lambat laun akan ada juga jawatan kepada pemimpin Sabah di kerajaan pusat," kata Dr Lee lagi.
Tak boleh dijadikan imbuhan
Sementara
itu, pemerhati politik Dr Jeniri Amir berkata bahawa semua parti
politik mempunyai hak untuk memohon jawatan di kerajaan.
Namun, katanya, terpulang kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk bersetuju atau tidak dengan cadangan yang diajukan.
"Maka, yang penting lantikan ini tidak boleh sekadar habuan atau imbuhan untuk kukuhkan kedudukan," katanya.
Menurutnya,
sebarang lantikan melibatkan pemimpin politik perlu mengambil kira
pengalaman, kemahiran dan kemampuan mereka menguruskaan GLC.
"GLC perlu berada di landasan yang betul. Kita nak GLC ini beruntung bukan bermasalah.
"Kita tidak boleh nampak sebarang salah guna kuasa dan kepentingan peribadi yang dilantiknya," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata bahawa beliau masih menunggu maklum balas daripada Muhyiddin berhubung perkara itu.
Katanya, hanya selepas maklum balas berkenaan Umno Sabah akan mempertimbangkan langkah seterusnya.
“Belum ada apa-apa maklumat. Tunggu dulu respons perdana menteri,”
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
ANWAR Ibrahim hari ini mengakui ada “percubaan khianat” untuk menghalangnya dari menggantikan Dr Mahathir Mohamad dan menjadi perdana menteri. Presiden PKR memberitahu konvensyen parti Sabah bahawa beliau tidak akan terganggu dengan masalah itu tetapi akan menumpukan pada usaha untuk memperkukuhkan ekonomi. “Mari kita beri tumpuan pada ekonomi. Saya tidak suka orang bertanya mengenai peralihan kuasa tetapi masalahnya ada ramai orang yang tak setia. “Bagi saya, sudah ada persetujuan (peralihan). Untuk kata saya tak sabar, saya telah menunggu selama 20 tahun. “Tidak ada masalah untuk saya. Jika Allah kata ia akan berlaku, ia akan berlaku,” kata Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan