Tebuk Atap: Kritik pemimpin PN kena tahan?

Ahli Parlimen Pantai Dalam Fahmi Fadzil menganggap tangkapan terhadap individu mengkritik kerajaan sebagai tidak demokratik. — Foto oleh Firdaus Latif
Ahli Parlimen Pantai Dalam Fahmi Fadzil mengkritik tindakan kerajaan yang didakwanya sebagai salah guna kuasa. Menerusi hantaran di media sosial Twitter, Fahmi mempersoal tangkapan terhadap orang awam selepas didakwa mengkritik tindakan seorang pemimpin yang dikatakan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.
Jelasnya, penangkapan itu adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi sekaligus mewujudkan jurang dalam masyarakat.
“Mengkritik ahli politik seharusnya menjadi kebiasaan dalam demokrasi.
“Waktu Pakatan Harapan (PH), perdana menteri pun kata jangan tangkap orang yang komen negatif terhadap dia.
“Zaman Perikatan Nasional, warga maya marah dengan timbalan menteri yang langar PKP, warga maya kena tangkap. Timbalan menteri?” katanya sambil menyertakan hashtag#antaraduadarjat.
Sebelum ini, seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas mempersoal perbezaan tindakan undang-undang dikenakan terhadap orang awam dan timbalan menteri yang didakwa melanggar arahan PKP.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan dilaporkan telah dibebaskan selepas memberi keterangan kepada pihak polis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

Skandal 1MDB: Penyelesaian Goldman Sachs - Ganti rugi yang merugikan

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA