Audio mirip Muhyiddin: SPRM, AG mesti bertindak - Ramkarpal
Pihak
berkuasa digesa menyiasat rakaman suara mirip Presiden Bersatu,
Muhyiddin Yassin yang didakwa merancang untuk memikat anggota parlimen
Umno dengan menawarkan jawatan kepada mereka.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua biro undang-undang DAP, Ramkarpal Singh berkata perkara itu melanggar undang-undang antirasuah sekiranya rakaman tersebut adalah tulen.
"(Rakaman) seorang lelaki mirip Muhyiddin didengar mengatakan Ahli Parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika mereka ditawarkan jawatan menteri atau GLC (Syarikat berkaitan kerajaan).
"Tidak ada keraguan bahawa tawaran dan penerimaan jawatan seperti menteri dan jawatan GLC adalah satu bentuk suapan yang sama seperti rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya.
Ramkarpal, yang merupakan ahli parlimen dan peguam berpengalaman berkata jika rakaman itu terbukti sahih, mereka yang menawarkan dan menerima suapan boleh didakwa di mahkamah.
"(Ini) akan meletakkan pentadbiran Perikatan Nasional sekarang dalam kedudukan paling tidak menentu," katanya.
"Ini memberi kepercayaan kepada kemungkinan rakaman tersebut sahih," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Peguam Negara, Idrus Harun dan ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki agar segera melakukan siasatan secara terbuka dan telus.
Suara mirip Muhyiddin itu didakwa dirakam semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu, beberapa jam sebelum "Langkah Sheraton" yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Seksyen
23 Akta SPRM menyatakan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan
jawatan dan kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya
sendiri, saudara atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.
Mereka
yang didapati bersalah boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun
dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan.
Ramkarpal
berkata siasatan perlu dilakukan kerana rakaman itu muncul ketika
anggota parlimen PN ditawarkan jawatan dalam kerajaan dan GLC."Ini memberi kepercayaan kepada kemungkinan rakaman tersebut sahih," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Peguam Negara, Idrus Harun dan ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki agar segera melakukan siasatan secara terbuka dan telus.
Suara mirip Muhyiddin itu didakwa dirakam semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Februari lalu, beberapa jam sebelum "Langkah Sheraton" yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ulasan
Catat Ulasan