Jauhi ulama politik penunggang agama

Jauhi ulama politik penunggang agama
Orang alim mereka yang digelar ulamak merupakan penyuluh ummah dan rujukan masyarakat. Namun mereka juga boleh menipu, mengelirukan dan menyesatkan ummah dan masyarakat. Kadang-kadang mereka menggunakan kedudukan mulia untuk memperbodohkan kita sebagai pengikut yang taat setia, menghormati dan memandang tinggi terhadap mereka.
Dalam politik ada ulamak menunggang agama untuk mencapai habuan dan kelazatan kuasa. Dalam ilmu tasauf pula ada ulamak yang menunggang agama untuk mendapat habuan dan kelazatan maksiat. Saya ada seorang kawan seorang sufi, bertasauf, bertarikat, belajar ilmu hakikat, orangnya cerdik dapat masuk universiti, dapat ke luar negara menadah kitab dengan ulamak besar dunia, mengaji di pondok, pandai baca kitab turath arab, buka pusat pengajian agama dan hafaz Quran tetapi akhirmya dia sesat dan menyesatkan masyarakat. Mungkin ada orang kata takkanlah ulamak yang banyak belajar ilmu dan hafaz Quran pula boleh sesat ? Ya, kenapa tidak ? Allah sendiri menyatakan Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami. Di antara mereka ada yang zalim pada diri sendiri dengan tidak mengikut ajaran Al-Quran. Di antaranya ada yang bersikap sederhana. Di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.(Surah Fatir: 32)
Kawan saya tersebut berpegang seorang guru tasauf yang telah sampai tahap wali tidak boleh lagi dipersoal oleh pelajarnya apa yang dia buat, suruh dan wajib berbaik sangka terhadapya. Sehingga pada suatu ketika pelajar perempuan, ustazah dan warden redha menurut perintah guru membuka baju, tudung, diraba tubuh badan dan menyerah semuanya kepada guru.
Bagi menghalalkan perbuatan guru itu dihujahi keharusannya dengan dalil kisah nabi Musa dan Khidhir. Nabi Musa yang tergolong dikalangan Rasul Ulul Azmi tidak mempertikaikan perbuatan Khidhir. Begitu juga apabila guru tasauf telah sampai tahap wali Allah kedudukannya adalah suci sama seperti Khidhir tidak boleh dipertikai arahan, tindakan dan perbuatannya.
Mereka mendoktrin pengikut supaya berpegang wali buat maksiat tidak sama seperti kita buat maksiat. Kita buat maksiat dengan hawa nafsu. Sebaliknya wali Allah buat maksiat tanpa kehendaknya tetapi dengan kehendak Allah. Ini kerana dia telah sampai martabat shuhud perbuatan Allah padanya. Itulah antara kesesatan puak tasauf menunggang agama untuk halalkan maksiat.
Lebih kurang sama jugalah dengan ulamak politik. Cuma bezanya dalam ilmu tasauf mereka guna istilah wali Allah dan dalam ilmu politik diguna istilah guru mursyid atau nama-nama lain yang sesuai. Apabila seorang ulamak dalam parti telah sampai ke tahap guru mursyid, dia melakukan dosa bukan atas kehendaknya dan tanpa sengaja. Sesiapa yang bercanggah dengannya adalah haram berdosa, dilabel munafik, dianggap pengkhianat dan mesti dihapuskan. Bahkan ada pengikut yg kafirkan sesiapa yg lawan ulamak politik.
Inilah langkah memperbodohkan pengikut dan masyarakat apabila arahan, perbuatan dan tindakan ulamak politik tidak boleh dipertikai. Antara hujahnya mudah sahaja iaitu ulamak politik adalah pejuang Islam, golongan berilmu dan dekat dengan Allah. Kedudukan mereka berbeza berbanding orang biasa. Ulamak itu pewaris Nabi dan daging mereka para ulama itu beracun. Tidak boleh sesiapapun mempertikai, menghina, menyakiti hati dan perasaan mereka.
Masyarakat dan orang awam yang mahu berpolitik wajib mengikut ulamak politik walaupun bercanggah dengan ajaran agama. Agama kata menipu haram, membantu pengkhianatan haram, bersekongkol dgn perompak itu haram, politik asobiah itu haram, politik caci maki haram, menfitnah itu haram, menerima habuan politik itu satu bentuk rasuah haram dan banyak lagi yg haram tetapi ulamak politik kata ia harus bagi hak mereka. Mereka dan geng mereka buat dan halalkan semuanya itu demi mencapai cita-cita politik mereka dan kuasa.
Inilah sedikit gambaran bagaimana ulamak politik dan sufi menyesatkan ummah. Walaupun slogan sufi zuhud dunia dan slogan politik tegakkan agama di dunia tetapi kedua-duanya telah kalah dengan godaan dunia. Mereka tenggelam dalam nikmat dunia yang cukup lazat; harta, kenderaan mewah, wanita dll.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar