PNipu: 'Kaca mata dan teropong PAS bukan saja rosak, malah dibutakan'
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
PAS kini 'dibutakan' dengan agenda politik sehingga menjadikan
agama sebagai tunggangan, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Amanah
Negara (Amanah), Faiz Fadzil.
Beliau berkata, kenyataan Presiden
PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu 'mempunyai kaca mata dan teropong
yang putih bersih' hanya untuk menghalalkan matlamat politik.
"Kaca mata dan teropong PAS sebenarnya bukan saja rosak tetapi, dibutakan dengan agenda politik demi kekuasaan.
"Daripada dulu lagi beliau akan gunakan pelbagai dalil untuk menghalalkan matlamat. Semasa mengkafirkan Umno ada dalilnya, ketika berkawan dengan DAP ada dalil juga.
"Kemudian
sekarang terus tunggang agama untuk halalkan matlamat politik dan
kekuasaan melalui kerjasama dengan Umno, MCA dan MIC," katanya ketika
dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Terdahulu, Abdul Hadi
mendakwa PAS mempunyai kaca mata dan "kaca teropong" yang putih dan
bersih sehingga dapat melihat semua warna sebenar tanpa tersilap.
Menurutnya,
perubahan pendekatan yang berlaku kepada PAS tidak disebabkan kerana
perubahan kepimpinan, tetapi perubahan situasi, realiti dan kemampuan
membaca sepak terajang politik.
Tulisan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada perubahan politik PAS selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
PAS
menjalinkan kerjasama dengan Umno selepas PRU14 lalu apabila BN tewas
buat pertama kalinya selepas lebih 60 tahun menguasai politik negara.
Umno
dan PAS membentuk Muafakat Nasional sebagai kerjasama politik baru bagi
menentang Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu ditunjangi Bersatu, DAP,
PKR dan Amanah. Sementara itu Faiz berkata, politik Islam yang dibawa PAS kini sudah tiada nilai sekali gus merosakan nilai demokrasi.
"Kita
boleh lihat bagaimana sikap PAS tidak pernah konsisten. Malah apabila
berada dalam kerajaan mereka kini membisu misalnya apabila presiden MCA
kata kerajaan PN ini bukan kerajaan Melayu-Islam, selain agenda
pemerkasaan RUU355 juga sudah tidak kedengaran," katanya.
Sementara
itu Pengerusi PH Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah berpendapat, sejak
tiga bulan lalu PN memerintah negara pelbagai perkara aneh dan luar
biasa berlaku dalam kes-kes mahkamah yang menjadi isu utama kejatuhan BN
pada PRU14.
Merujuk kenyataan Abdul Hadi bahawa "PAS tidak menipu
dan tidak boleh ditipu, kerana menipu itu haram dan ditipu itu bodoh",
beliau berkata tindakan kerajaan PN menipu rakyat dengan "antara dua
darjat" membawa anggapan rakyat boleh diperbodohkan dengan kuasa yang
dimiliki.
"Sepatutnya alim ulama PAS menasihati dan menegur
kerajaan PN kerana tidak menghormati rakyat yang mengalahkan kerajaan
dahulu susulan skandal 1MDB, sebaliknya kita lihat anak tiri Najib Razak
iaitu Rizal Aziz dibebaskan dan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman
yang berdepan 46 kes mahkamah juga dibebaskan.
"Dengan kenyataan
PAS tidak menipu, rakyat juga pernah dengar Nik Abduh Nik Aziz (MP
Bachok) menyatakan adakalanya dibolehkan bercakap bohong dalam isu
penerimaan wang dari Umno dahulu.
"Akhirnya rakyat juga ingin tahu
kalau PAS di pihak yang benar mengapa kes saman Sarawak Report ditarik
balik dan PAS sanggup membayar Clare Browne dan peguam British berbelas
juta ringgit? Siapa yang bercakap benar dan siapa yang menipu kes saman
Sarawak Report?" soalnya yang juga AJK Amanah.
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
BALIK PULAU : Ustazah Nurfarhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui dalam keadaan selamat petang ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A.A. Anbalagan mengesahkan penemuan guru agama itu dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis. 'Wanita itu ditemui di luar Pulau Pinang dan berada dalam keadaan selamat,' katanya ringkas. Sementara itu, kakak ipar Nurfarhana , Madihah Zawawi ketika dihubungi memaklumkan, adik iparnya ditemui di Kuala Kangsar dan kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar. Katanya, mereka bersyukur kerana adik iparnya itu,ditemui dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu mencari Nurfarhana. Media sebelum ini, melaporkan Nurfarhana dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pu...
Hari ini kerajaan persekutuan melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan berikut ialah panduan ringkas berkenaan dokumen 188 halaman itu. Apakah dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030? WKB2030 ialah dokumen yang menggariskan matlamat sepuluh tahun untuk penstrukturan semula ekonomi ekonomi kemahiran rendah Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, dengan rakyat menikmati standard kehidupan yang baik. Berikut takrifan rasmi WKB2030: "Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. "Iltizam ini akan diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara ban...
Ulasan
Catat Ulasan