PNipu: Status kes Adib masih sama tapi PAS kata rakyat lega
Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad mendakwa sepanjang tempoh
22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, inkues terhadap punca
kematian Muhammad Adib menjadi perhatian ramai kerana rakyat
mengharapkan keputusan yang adil untuk anggota bomba berkenaan.Katanya, PAS berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Sept 2019 yang memutuskan punca kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah oleh individu yang tidak dikenali.
“PAS yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan Kerajaan PN akan mengambil tindakan seadilnya terhadap kes ini dengan mencari dan menghukum mereka yang terlibat sama ada ke atas pembunuh serta mereka yang berusaha menutup kes ini, jika ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berasal dari dari Kedah, dia meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Dis 2018 selepas 21 hari dirawat di situ kerana mengalami kecederaan semasa bertugas.
Kita tunggulah, kata menteri
Pembangkang – pada ketika itu – juga mendesak agar Peguam Negara
Tommy Thomas dipecat kerana gagal membawa pihak yang terbabit ke muka
pengadilan.PAS bersama penentang PH juga mendesak agar Muhammad Adib diberikan keadilan dengan menahan serta mendakwa pembunuhnya.
Pada 21 Jun lalu, Takiyuddin memberitahu tindakan pendakwaan hanya dapat diteruskan selepas pihak polis berjaya mengenal pasti dan menahan pembunuhnya.
Untuk rekod Takiyuddin merupakan setiausaha agung PAS yang dilantik menjadi menteri selepas Langkah Sheraton dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional. Jawatan peguam negara pula kini disandang Idrus Harun.
“Jadi kerajaan atau pihak Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan hasil daripada siasatan pihak polis, kita tunggulah,” kata Takiyuddin.
Kamaruzaman berkata PAS menyambut baik kenyataan dibuat Takiyuddin itu kerana beliau menyatakan PDRM masih meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan.
“Kenyataan ini melegakan rakyat Malaysia yang menantikan perkembangan terkini kes tersebut,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan