Saifuddin gesa penyokong PH bersabar, jangan masuk lubang sama berkali-kali

“Kita harus cermat, harus hati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali dan jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali,” katanya dalam wawancara dengan akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah hari ini.
Menurut Saifuddin, beliau memahami kegelisahan penyokong PH yang tidak mahu gabungan itu terperangkap dalam masalah pemilihan perdana menteri.
“Saya hormati pandangan itu. Satu lagi pandangan, kita mesti beri jaminan yang kerajaan yang dibentuk itu sustainable, tak ada makna ambil alih kerajaan, bergaduh sesama kita,” katanya.
“Ada dua bill, wang yang dibelanjakan ketika (wabak) Covid, satu lagi peruntukan untuk kementerian-kementerian baru. Jadi kita akan cabar sama ada kerajaan mempunyai cukup bilangan untuk mempertahankan bill itu,” jelasnya.
Ditanya sama ada rakyat akan menyokong kerajaan PN sekiranya pilihan raya tergempar diadakan, Saifuddin menafikannya.
“Pertama, PN mempunyai rekod menjadi kerajaan tidak melalui suara dan mandat rakyat. Bagaimanapun pemimpin PN cuba bagi justifikasi, dalam kepala rakyat, sudah terpahat ini adalah rampasan kuasa,” katanya.
Selain itu Saifuddin berkata PN tidak memiliki struktur dan manifesto yang jelas seperti PH, selain hanya bermodalkan persepsi berjaya menangani Covid-19 yang meneruutnya “secara relatifnya baik”.
“Tapi seperti yang disebut ketua pengarah kesihatan, kementerian telah bermula dengan polisi dan perancangan baik yang telah dimulakan oleh PH. Pasukan beliau telah dapat melakukan dengan cemerlang,” katanya.
Keutamaan Umno, kata Saifuddin, adalah kepada Muafakat Nasional, yang terdiri daripada Umno dan PAS.
“Kerana itu, kita tengok Muhyidin berusaha bersungguh untuk kekalkan sokongan, dengan membuat lantikan-lantikan (dalam GLC), dengan harapan MP-MP ini akan terus sokong beliau,” jelasnya.
Ulasan
Catat Ulasan