RUU 355 perlu penelitian semula – Timb Menteri Pas

Soalan itu dijawab oleh YB Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan berkaitan penggubalan undang-undang daripada pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, cadangan ini memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh bagi memastikan cadangan tersebut selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
RUU355 adalah salah satu isu yang diperjuangkan oleh PAS sebelum PRU14 yang lepas dengan kemuncaknya mengadakan himpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Walaupun usul persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS itu diberi kebenaran oleh pihak kerajaan untuk dibentangkan namun ia tidak pernah dibahaskan kerana Presiden PAS sendiri yang menangguhkannya dari dibahas pada waktu itu.
Polemik RUU355 ini kembali hangat kerana PAS yang menjadi sebahagian dari kerajaan dilihat tidak menjalankan sebarang langkah munasabah untuk membawanya kembali ke parlimen dengan menteri undang-undang dipegang oleh PAS sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan