PRU-15: Parti-parti perlu tampil muka baharu, adaptasi dinamika politik
KUALA LUMPUR: Parti-parti politik perlu mencalonkan muka-muka baharu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengarah
Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata kebanyakkan parti
politik pada ketika ini dilihat masih lagi ketinggalan dalam menampilkan
muka baharu.
"Sebenarnya DAP bermula seawal PRU-12. Pada PRU-13 mereka sudah mula menempatkan muka-muka baharu dengan lebih ramai.
"Manakala
parti-parti lain saya rasa agak ketinggalan dalam bukan sahaja
menampilkan dan memberi pendedahan, malah menempatkan calon-calon muda
ini di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
"Dalam
konteks politik parti, mereka mesti menempatkan calon-calon muda ini
sebagai perwakilan yang akan mewakili suara parti yang lebih lagi untuk
DUN dan Parlimen.
"Suara anak muda ini
akan disampaikan dalam perwakilian yang mereka wakili itu. Itu cabaran
sebenar kepada semua parti termasuk Amanah," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Beliau
berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan Timbalan Presiden Parti
Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mencabar Pemuda sayap
parti itu untuk membuktikan kemampuan dan keberanian mereka melahirkan
kepimpinan dan idea besar untuk negara.
Justeru,
Hisomuddin melihat perlu untuk Amanah memposisikan kedudukan parti
mereka dalam arena politik demi memenuhi dinamika ketika ini.
"Seperti mana kenyataan yang diungkapkan oleh Salahuddin, saya anggap ini cabaran kepada Pemuda dan parti Amanah itu sendiri.
"Sekiranya
parti Amanah tidak bertindak untuk memenuhi seperti apa yang dikatakan
iaitu memberi laluan kepada pemimpin muda, bukan sekadar di pentas
ceramah, tetapi perlu pendedahan yang lebih luas.
"Jika tidak, kenyataan itu hanya retorik dan juga populis bagi memenuhi hati perwakilan pemuda sahaja," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan