Covid-19 : Kalau menteri kerajaan minoriti pulang dari luar negara, pemantauan hanya 3 hari...

 


Menteri Kabinet yang pulang dari sebarang lawatan rasmi di luar negara kini perlu melalui pemantauan tiga hari atau pengawasan sehingga dibenarkan pulang selepas disahkan tidak membahayakan orang awam.

Peraturan baharu itu termaktub dalam perintah menteri yang berkuat kuasa esok sehingga 1 Ogos. Ia diterbitkan dalam warta kerajaan hari ini di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.

Perintah itu mengecualikan menteri kabinet yang pulang dari luar negara daripada dikenakan pengawasan atau pemantauan oleh pegawai kesihatan mengikut Seksyen 15 akta berkenaan, sebaliknya sekadar pemerhatian tiga hari.

Perintah baharu ditandatangani menteri kesihatan Dr Adham Baba itu dibuat enam bulan selepas kontroversi susulan pendedahan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari seperti diwajibkan ketika itu.

Tempoh kuarantin 14 hari untuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dipendekkan ke 10 hari, bulan lalu.

Khairuddin dilaporkan pergi ke Turki pada 3 Julai tahun lalu dengan izin perdana menteri dan ujian Covid-19 sekembalinya di sini adalah negatif.

Susulan kemarahan orang ramai kerana kegagalannya menjalani kuarantin, kementerian kesihatan mendedahkan pada 22 Ogos bahawa Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mematuhi peraturan, dan telah membayar jumlah itu.

Dua bulan kemudian peguam negara berkata, Khairuddin tidak didakwa melanggar peraturan kuarantin disebabkan kekurangan bukti.

Pejabat peguam negara berkata, tiada perintah pemantauan atau pengawasan dikeluarkan pegawai diberi kuasa seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 15 akta berkenaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA