KPN dedah wujud ‘kartel’ dalam PDRM mahu jatuhkan beliau..!!!
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.
Menurutnya, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
“Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel).
“Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” katanya dalam program Sinar Live bersama KPN, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan mengejutkan yang pernah dibuat berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri yang mahu menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakukan ‘kerja-kerja kotor’.
Abdul Hamid menjelaskan, beliau begitu terkesan dengan perkara itu dan berharap kumpulan tersebut segera insaf.
“Ada kumpulan pegawai-pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu…dan tindak-tanduknya begitu.
“Ke arah untuk mencari jalan bagaimana rakan-rakan yang sebayanya dapat naik bersama, cakap tentang perkara tidak baik.
“Jadi saya minta mereka insaf. Sampai umur 60 nanti saya takut tak sempat bertaubat, kita keluar, hilanglah kekebalan baju biru..pakailah baju orang awam.
Abdul Hamid, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.
Ulasan
Catat Ulasan