Pas sangat konsistan ‘jual diri’ demi kuasa


Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyokong kenyataan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang melabel Pas sebagai pelacur politik.

Kamarul berkata, untuk seorang tokoh seperti beliau mengeluarkan satu kenyataan tentang sikap Pas yang menjual harga diri, pastinya ada sebab dan alasan yang kukuh disebalik kenyataan tersebut.

Katanya, Tengku Razaleigh atau Ku Li pernah mempunyai sejarah bekerjasama dengan Pas semasa menerajui Semangat 46 dahulu dan sudah tentu sangat mengenali perangai Pas dari dahulu sehingga sekarang.

“Selepas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pas dilihat amat konsisten menjual dirinya demi kuasa semata-mata tanpa memikirkan prinsip perjuangan.

“Ketika seluruh Malaysia mengkritik Datuk Seri Najib Razak kerana skandal mega global 1MDB, Pas mempertahankan Najib lebih dari ahli Umno sendiri. Demi berdamping dengan mereka yang berkuasa, Pas sanggup berbuat demikian.

“Apabila Pakatan Harapan mengambil alih kuasa dari BN, pimpinan Pas berkali-kali menghadap Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) untuk mendapatkan royalti secara terus. Setelah dapat, dikhianati pula tanpa segan silu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Negara itu juga berkata, Pas ketika ini bermain politik dua kolam iaitu berada dalam Perikatan Nasional (PN) untuk bekerjasama dengan dengan Bersatu dan berada dalam Muafakat Nasional (MN) bersama dengan Umno.

Dakwanya, apabila timbul masalah antara Umno dan Bersatu, Pas sekali lagi memilih untuk bersama kumpulan yang berkuasa iaitu parti Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Bersatu.

“Kuasa telah diperoleh tetapi undang-undang serta nilai Islam diabaikan demi kuasa diperingkat pusat.

“Bukan sahaja konsep kerajaan Melayu Islam digadai tetapi menjual harga diri Pas dengan murah sebagai sebuah parti Islam amat mendukacitakan dan memalukan,” ujarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu