Catatan

Tebuk Atap: Mahu selamatkan diri, Saifuddin tuding jari pada PH

Imej
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abdul Samad menolak dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) membuat lantikan politik ketika melantik Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China. Beliau berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah yang ketika itu sedang berbalah dengan netizen, disifatkannya sebagai hujah yang ingin melepaskan dirinya sendiri. Khalid berkata, pelantikan Kok Wai pada hakikatnya dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet untuk menangani beberapa isu dengan Negara China termasuk rundingan harga projek ECRL. “Menyamakan pelantikan yang dibuat dengan apa yang dilakukan oleh Perikatan Nasional ketika ini adalah satu pembohongan yang amat nyata. “Seingat saya dalam mesyuarat Kabinet lalu, isu dengan negara China ini memang sensitif. Banyak projek yang diputuskan Najib (Razak) membabitkan harga tinggi yang kita perlu runding balik. “Isu utama adalah ECRL kerana ia melibatkan kontrak yang sudah ditandatangani. ...

Azizah jawab Zahid: Derma AS$50 juta dari Qatar salur terus ke NGO

Imej
Bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari berkata sumbangan AS$50 juta dari Qatar kepada pelarian Rohingya di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada Pakatan Harapan. Sebaliknya, dana itu disalurkan terus kepada beberapa NGO berkaitan dengan Yayasan Kebajikan Negara cuma menjadi penyelaras. Penjelasan Wan Azizah yang juga bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dibuat selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam menafikan wang itu masuk ke dalam akaun peribadinya. Zahid juga menggesa PH untuk tampil dengan penjelasan. "Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan ker...

KUDETA: INI PERINGATAN PERTAMA UMNO BUAT MUHYIDDIN…..!!

Imej
Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berhubung surat daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang menuntut beberapa jawatan untuk pemimpin negeri itu dalam kerajaan dan juga GLC. Katanya, hanya selepas maklum balas berkenaan barulah UMNO Sabah akan mempertimbangkan langkah seterusnya. “Belum ada apa apa maklumat. “Tunggu dulu respons daripada Perdana Menteri,” kata Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan. Sebelum ini, Zahid Hamidi dalam surat bertarikh 16 April kepada Muhyiddin menuntut agar empat pemimpin UMNO Sabah dilantik dalam jawatan kerajaan dan GLC. Pemimpin yang dituntut diberikan jawatan itu ialah Bung Mokhtar sendiri sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah; Ahli Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin sebagai timbalan menteri; bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan sebagai Senator dan Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Yakubah Khan s...

Perikatan Nasional (P'Nipu) akan berpecah menjelang PRU-15..!!!

Imej
Komponen haram Perikatan Nasional (PN) pasti akan menghadapi masalah agihan kerusi Parlimen di Semenanjung, begitu juga dengan kerusi Dun menjelang PRU-15. Jumlah kerusi Parlimen sekarang iaitu:- Semenanjung 165 kerusi Sarawak 31 kerusi Sabah 25 kerusi WP Labuan 1 kerusi. Jumlah semua: 222 kerusi Parlimen. Manakala kerusi Dun, di Semenanjung dan Sabah sebanyak 505 kerusi Dun iaitu tidak termasuk di Sarawak sebanyak 82 Dun. Dalam PRU-14, Pas bertanding 154 kerusi Parlimen (mahu menjadi king maker) dan 386 kerusi Dun. Manakala BN pula bertanding semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun. PPBM iaitu janda PH pula bertanding 52 kerusi Parlimen dan 109 kerusi Dun semasa dalam Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14. Bayangkan bagaimana agihan kerusi antara BN/Pas/PPBM termasuk geng kartel untuk menghadapi PRU-15. Jawapannya BN dan Pas tidak semudah itu untuk menyerahkan kerusi tradisi yang mereka bertanding kepada PPBM. Bagi PH (PKR/DAP/AMANAH) tiada masalah kerana for...

Covid-19: Parlimen wajar jadi sektor dibenar operasi penuh

Imej
Selepas beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepenuhnya, MP Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata parlimen wajar membenarkan parlimen untuk turut beroperasi juga. "Parlimen sepatutnya dijadikan sektor yang dibenarkan beroperasi sepenuhnya. "Demokrasi serta amalan semak dan imbang parlimen kritikal kepada perjalanan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab," katanya pada suatu hantaran Facebook malam tadi. Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada 18 Mei depan, tetapi sesi 15 hari parlimen dipendekkan kepada satu hari sahaja. Ini akan membolehkan sidang Dewan Rakyat untuk membahaskan rang undang-undang dan perniagaan kerajaan, tetapi tidak akan ada sesi soal jawab lisan, pertanyaan bertulis, usul, dan ruang khas.Anggota parlimen juga perlu menjalani ujian Covid-19 dan pemeriksaan suhu sebelum mengikuti sidang tersebut, dan akan duduk sekurang-kurangnya dengan jarak satu meter antara satu sama lain. MP pembangkang telah mengkritik sidang Dewan ...

Khianat PH: Parti politik baharu akan ditubuhkan?

Imej
Bagi seorang individu yang begitu aktif terlibat dalam satu rampasan kuasa awal tahun ini, adalah aneh untuk Tan Sri Muhyiddin mendakwa kononnya orang ramai sudah meluat dengan politik dan sebaliknya mahu kerajaan bekerja keras demi rakyat. Orang ramai boleh melihat bahawa watak-watak utama dalam kerajaan ‘gabungan anak ayam’ Perikatan Nasional (PN) lah yang sedang berebut kedudukan dan kuasa sambil negara berdepan krisis wabak Covid-19. Barangkali Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian dalam usahanya untuk menyembunyikan hakikat bahawa pada ketika ini, beliau berada dalam keadaan yang amat berbahaya walaupun mempunyai kuasa besar sebagai ketua kerajaan. Kenapa saya kata begini? Kita mulakan dengan satu kisah benar. Saya dan Lim Kit Siang bergegas pulang dari acara di Johor pada 25 Julai 2015 atas permintaan Setiausaha Agung Parti Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail untuk satu perbincangan tergempar. Sebagai sekutu rapat, kami memang sering berbincang, terutam...

Mandat Baru: ‘Sebaiknya tidak perlu adakan sidang Parlimen, biar terbubar sendiri’

Imej
Sesi persidangan Parlimen sebaiknya tidak perlu diadakan dan biarkan ianya terbubar dengan sendiri bagi membolehkan rakyat memberi mandat kepada mana-mana parti untuk membentuk kerajaan, cadang Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar. Ini kerana katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak stabil ditambahkan lagi dengan hubungan dalaman kerajaan yang longgar. Beliau berkata, ahli Parlimen PN juga tidak memberikan komitmen yang tinggi, malah lebih banyak menuntut tentang hak parti masing-masing. Mahfuz menambah, Tan Sri Muhyiddin sendiri merasai bahawa tindakan beliau memberikan pelbagai jawatan kepada Ahli Parlimen PN, dilihat tidak meyakinkan beliau bahawa mereka itu semua akan mempertahankannya. “Apatah lagi dengan kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru. “Mohamad Hasan dalam kenyataan berkata, sebagai parti politik, tugas dan fokus Umno kini ialah bersedia memenangi pilihan raya akan datang bersama rakannya dal...

P'Nipu seperti telur di hujung tanduk, semoga berakhir seiring dengan Covid-19

Imej
Membaca politik Pakatan Nasional hari ini, saya simpulkan kerajaan ini seperti telur di hujung tanduk. Kerapuhan kerajaan PN ini melebihi rapuhnya hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan dahulu (kecuali PPBM yang mengkhianati konsesus yang disepakati). Jika dalam PH ada 3 parti yang seiiring sejalan iaitu PKR , AMANAH dan DAP, dalam PN pula parti yang betul-betul ada perjanjian hanyalah parti-parti dalam Muafakat Nasional (MN). Tetapi ini BUKAN kerajaan Muafakat Nasional. Ini kerajaan Perikatan Nasional iaitu gabungan antara Muafakat Nasional (MN) + PPBM + GPS + Bebas Semoga berakhirnya COVID 19 ini , maka berakhirnya kerajaan rapuh yang suku penggal ini

Kerajaan P'Nipu mulai retak, Muhyiddin dikejar ketakutan..!!

Imej
SIAPA sebenarnya gembira dengan peralihan secara paksa kerajaan daripada PH kepada PN? Apakah yang benar-benar gembira dan seronok Muhyiddin Yassin secara peribadi kerana beliau dilantik menjadi PM yang memimpin kerajaan berkenaan? Jika dilihat secara zahir begitulah. Muhyiddin perlu berasa seronok dan gembira kerana jawatan itu merupakan jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua orang, khasnya yang menjadi ahli parlimen.  Sesiapa yang memasuki jelumu politik ikut bertanding dalam pilihan raya di kerusi parlimen, adalah bodoh kalau dia tidak mempunyai cita-cita untuk jadi perdana menteri.  Ada beberapa orang atau individu utama yang seharusnya menerima kesan langsung baik   benefits   atau   accountability   dengan kejayaan menggulingkan kerajaan PH itu. Mereka itu sama adalah orang perlu dipertanggungjawabkan dan berhak menerima hasil daripada kejayaan menumbangkan kerajaan itu.  Individu itu selain Muhyiddin, yang terkait sama adalah A...

MP boleh hilang kerusi jika gagal hadir sidang 18 Mei

Imej
Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Anthony Loke memberi amaran bahawa ahli parlimen boleh kehilangan kerusi masing-masing sekiranya mereka tidak menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini. Oleh itu, ketua whip parlimen DAP itu berkata, beliau menjangkakan semua wakil rakyat akan hadir. "Pertama, saya ingin ingatkan kepada semua ahli parlimen, terutama dari DAP dan Pakatan Harapan, bahawa mereka mesti hadir sidang Parlimen. "Bukan hanya Parlimen mesti bersidang setiap enam bulan, tetapi ahli parlimen juga mesti hadir secara fizikal setiap enam bulan. "Jika mereka tidak hadir sidang ini, kerusi mereka mungkin diisytihar kosong dan mungkin ada pilihan raya kecil," katanya dalam rancangan bual bicara dalam talian dengan ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong. Beliau secara berseloroh mengingatkan Sim, yang merupakan ahli parlimen Bukit Mertajam, supaya menghadiri sidang Parlimen itu atau akan berdepan pilihan raya kecil di kawa...

Abu Syafiq tuntut ganti rugi RM1 juta, Amin Idris kata see you in court

Imej
Saya baru menerima surat dari peguam Ust. Abu Syafiq (Rasyiq Alwi). Antara kandungannya: Menuntut SAYA MINTA MAAF TANPA SYARAT di semua medium dan permohonan tersebut mesti diluluskan oleh Ust Abu Syafiq Ust Abu Syafiq juga menuntut RM 1 JUTA dari saya sebagai ganti rugi kerana posting saya Menurut peguam Abu Syafiq, “Hasil daripada posting tersebut, anakguam kami telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat-masyarakat termasuklah beratus-ratus kecaman dan/atau ugutan dan/atau komen-komen yang sinis yang tidak benar, menjatuhkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada anak guam.” Saya diberi masa 7 HARI untuk mohon maaf dan bayar 1 JUTA kepada Abu Syafiq . JAWAPAN SAYA, tak payah tunggu 7 hari. Saman saya SEGERA! See you in court

Tebuk Atap: Kritik pemimpin PN kena tahan?

Imej
Ahli Parlimen Pantai Dalam Fahmi Fadzil mengkritik tindakan kerajaan yang didakwanya sebagai salah guna kuasa. Menerusi hantaran di media sosial Twitter, Fahmi mempersoal tangkapan terhadap orang awam selepas didakwa mengkritik tindakan seorang pemimpin yang dikatakan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Jelasnya, penangkapan itu adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi sekaligus mewujudkan jurang dalam masyarakat. ...

Rohingya: Usah jadi panglima ayam jantan kuat berkokok, ekor berlumuran tahi kata PAS

Imej
“Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa, laksana panglima ayam jantan yang kuat berkokok berderai-derai, sedangkan ekornya berlumuran tahi.” Demikian ayat penutup tulisan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelarian Rohingya pada hari keempat puasa hari ini. Sindiran kepada pihak yang hilang kuasa itu terkandung dalam artikel bertajuk, “Pendatang Rohingya: Antara agama, kemanusiaan dan politik” yang disiar di lidah Pas, Harakahdaily . Kenyataan rasmi Abdul Hadi itu muncul selepas berlarutan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia ekoran gelombang fitnah di media sosial dalam pelbagai bentuk sama ada teks, video dan rakaman suaraberkaitan pelarian Rohingya. Sebelum itu, Ahli Parlimen Marang tersebut membandingkan pendirian Pas dengan Pakatan Harapan (PH) berkenaan isu pelarian Rohingya. Abdul Hadi menganggap hanya Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Pas bersama BN dalam menangani isu pelarian ...

"Timbalan menteri kesihatan, exco Perak hanya didenda RM1,000 ingkar PKP"

Imej
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu. Bernama melaporkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah. Kedua-duanya didakwa bersama 13 individu lain melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. Mereka semua kemudiannya membayar denda itu. Pada 18 April lalu, Azmi memuat naik gambar beliau bersama Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong. Azmi yang juga ahli Parlimen Bagan Serai kemudiannya memohon maaf atas kesilapan itu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah...

Hadi bohong besar kalau kata PH tak peduli Rohingya

Imej
Bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu menolak dakwaan kerajaan PH sebelum ini tidak peduli pada nasib pelarian Rohingya. Mohamad berkata beliau sendiri berulang kali membangkitkan isu Rohingya setiap kali bertemu rakan sejawatnya daripada negara-negara Asean, barat dan Arab. Duta khas ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang mendakwa hanya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu itu di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedangkan pemimpin lain sibuk dengan kemelut dalaman. “Kalau Hadi Awang mengatakan bahawa masa kerajaan PH kita tak ada mempedulikan hal Rohingya, satu pembohongan yang cukup besar,” katanya sambil membangkitkan isu kapal Rohingya dihantar semula ke laut baru-baru ini, semasa petadbiran PN. Isu Rohingya menjadi perhatian ramai selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu. Mengulas secara khusus, Mohamad berkata beliau pernah membincangkan perkara itu dengan menteri pertah...