Catatan

Skandal SRC: Najib bersalah, pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah

Imej
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mendapati pasukan pembelaan Najib Razak dalam perbicaraan berkaitan SRC International Sdn Bhd gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkenaan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International. Najib didakwa menggunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila beliau mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan kerajaan memberikan jaminan bagi pinjaman itu. Najib dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012. Akta memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun,...

Skandal 1MDB: Menteri Kewangan didesak dedah syarat penyelesaian dengan Goldman Sachs

Imej
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mendesak agar Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan syarat penuh perjanjian penyelesaian dengan bank pelaburan Global, Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB. Beliau dalam sidang medianya tengah hari tadi berkata, penyelesaian dengan Goldman Sachs sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bukanlah penyelesaian terakhir dan terbaik. Ini kerana katanya, kerugian bersih akibat skandal 1MDB dianggarkan sekitar RM40 billion hingga RM50 bilion, bergantung pada apa yang dapat terima balik. “Lebih membimbangkan, syarat-syarat jaminan sebanyak AS$1.4 billion juga adalah tidak jelas. “Justeru katanya, Menteri Kewangan harus menjawab apa sebenarnya terma jaminan itu dan upaya apa yang dilakukan Goldman untuk mendapatkan kembali jumlah sebanyak AS$ 1.4 bilion,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini. Minggu lalu, kerajaan dan Goldman mencapai satu penyelesaian yang bakal menyaksikan sejumlah AS$3.9 bilion dikembali...

DAHSYATNYA…SALAM PERKENALAN SAJA RM6 JUTA!!

Imej
Berikut adalah antara keterangan seorang saksi semalam dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sebagaimana dilaporkan oleh portal Malaysiakini. Zahid Hamidi berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 lagi melibatkan pertuduhan pengubahan wang haram. Perbicaraan diadakan hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. Seorang saksi mengaku sanggup meminjam wang daripada rakan-rakannya untuk memberikan wang sumbangan berjumlah RM6.6 juta kepada Yayasan Akalbudi bagi mendapatkan ‘projek’. Menurut bekas pengarah Kiosk Solution Sdn Bhd dan MTM Network Sdn Bhd, Ng Hong Sing, 56 tahun dia telah diperkenalkan kepada individu bernama “Datuk Ruzi” oleh seorang kawannya, yang menurut Ng merupakan “orang kuat di Bagan Datuk”. Katanya, antara sebab dia mahu berkenalan dengan Ruzi adalah kerana Ruzi juga merupakan “orang kuat” kepada Ahmad Zahid Hamidi. Ng berkata ...

Skandal 1MDB: Perbicaraan SRC RM27 juta mula 5 Julai tahun depan

Imej
KUALA LUMPUR – Satu lagi perbicaraan berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyewelengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd (baharu) bernilai RM27 juta akan bermula Julai tahun hadapan. Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan ketika pengurusan kes itu kemudian menetapkan beberapa tarikh iaitu 5 sehingga 8 Julai 2021. Ianya kemudian akan disambung 26 hingga 29 Julai 2021 selain daripada pengurusan kes selanjutnya pada 11 Ogos depan. Tahun lepas pada 3 Februari, Najib yang juga bekas Presiden UMNO mengaku tidak bersalah dengan tiga pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta. Kes itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen tetapi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 selepas pihak pendakwaan membuat permohonan. Wang tersebut yang telah di pindah ke akaun peribadi Ambank Najib juga didakwa telah digunakan untuk aktiviti haram serta tidak mengikut undang...

SETELAH JADI KERAJAAN, TIDAK BOLEHKAH PAS BERAPI-API TUNTUT RUU355 DILAKSANA?

Imej
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu berapi-api memperjuangkan RUU355 sebelum ini kerana mereka adalah pembangkang ketika itu. Tetapi setelah menjadi kerajaan sekarang, katanya, peranan Pas adalah mengemukakan cadangan dan bukan lagi membuat desakan. “Dalam isu RUU355, menjadi pembangkang mudah. Dalam Parlimen mendesak usul gubal peraturan agar RUU355 dilaksanakan sebab kita pembangkang. “Pembangkang tak perlu fikir perkara-perkara kaedah, sistem, peraturan-peraturan itu bukan kerja kita, itu kerja kerajaan. “Sekarang apabila kita jadi kerajaan, kita nak buat RUU355 kita kena buat mesyuarat dengan mufti-mufti, mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja, kena bentang satu persatu kepada Raja-raja Melayu sebab urusan agama di bawah Raja-Raja. “Kemudian kena pergi kepada majlis jawatankuasa agama Islam peringkat kebangsaan, (ada) prosedur-prosedur, kena jumpa peguam negara, kena bincang mekanisme perundangan, kena tengok perlembagaan, kena tengok un...

Rasuah: Pinjam RM6.6 juta beri pada Yayasan Akalbudi untuk dapat 'projek' - saksi

Imej
Seorang saksi mengaku sanggup meminjam wang daripada rakan-rakannya untuk memberikan wang sumbangan berjumlah RM6.6 juta kepada Yayasan Akalbudi bagi mendapatkan 'projek'. Menurut bekas pengarah Kiosk Solution Sdn Bhd dan MTM Network Sdn Bhd, Ng Hong Sing, 56 tahun dia telah diperkenalkan kepada individu bernama “Datuk Ruzi” oleh seorang kawannya, yang menurut Ng merupakan “orang kuat di Bagan Datuk”. Katanya, antara sebab dia mahu berkenalan dengan Ruzi adalah kerana Ruzi juga merupakan “orang kuat” kepada Ahmad Zahid Hamidi. Ng berkata pemberian sumbangan itu juga sebagai ‘perkenalan’ antara dirinya dengan bekas timbalan perdana menteri itu. Pada sekitar Januari 2016, Ruzi menawarkan untuk memperkenalkannya kepada Ahmad Zahid, namun memaklumkan dia harus memberikan sumbangan kepada Yayasan Akalbudi “bagi tujuan mendapatkan kerja”, sebelum membawanya berjumpa Ahmad Zahid seminggu kemudian. “Mula-mula, saya kata (sumbangan) RM1 juta, dia (Ruzi) cakap terlalu s...

Anak Najib cabar keperlembagaan peruntukan Akta Cukai Pendapatan

Imej
Nooryana Najwa Najib, yang merupakan anak perempuan bekas perdana menteri Najib Razak, membuat cabaran undang-undang mempertikaikan peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang disifatkan sebagai tidak berperlembagaan. Ini selepas Seksyen 106 (3) akta itu tidak membenarkan campur tangan mahkamah dalam saman sivil yang diajukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Nooryana, di mana kerajaan menuntut lebih RM10.3 juta cukai pendapatan daripada Nooryana. Peguamnya, Muhammad Farhan Shafee, berkata ketetapan khusus itu menghalang hakim daripada membuat keputusan dan tidak memberikan pilihan kepada mahkamah selain memberikan keputusan yang memihak kepada kerajaan. "Dalam kes Nooryana, LHDN berusaha untuk mendapatkan sekitar RM10 juta (taksiran cukai) daripadanya. Taksiran ini boleh dibuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan. "(Namun), sementara prosedur rayuan ini berlangsung, LHDN dapat mengajukan saman sivil kepada mahkamah, dalam...

Skandal 1MDB: Kenapa terima AS$3.9 bilion daripada Goldman bukan AS$7.5 bilion?

Imej
Perdana Menteri diminta berterus terang mengapa Goldman Sachs hanya membayar sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.63 bilion) kepada Kerajaan Malaysia berbanding tuntutan asal sebanyak AS$7.5 bilion. Itupun, Goldman Sachs hanya membayar AS$2.5 bilion (RM10.66 bilion) secara tunai dan bakinya, AS$1.4 bilion (RM6 bilion) bukan dibayar oleh Goldman Sachs,sebaliknya dari pengembalian aset haram yang dibeli menggunakan duit 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS). Ringkasnya, Goldman Sachs hanya membayar balik AS$2.5 bilion secara tunai, kata Lim Guan Eng. Bekas Menteri Kewangan itu berkata, melepaskan tuntutan asal AS$7.5 bilion dengan berpuas hati dengan penyelesaian AS$3.9 bilion menunjukkan kerajaan memandang ringan beban hutang 1MDB yang sebegitu besar. Jumlah hutang 1MDB terkini yang dijamin oleh kerajaan ialah sebanyak RM31.7 bilion dan angka ini akan meningkat kepada RM41.5 bilion sekiranya dicampur dengan kadar faedah sehingga tahun 2038. Jumlah ini tidak ter...

RUU355: Dulu berapi-api sebab kita pembangkang

Imej
Isu pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 yang hangat diperkatakan khususnya oleh Pakatan Harapan (PH) dengan pelbagai desakan disanggah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS yang menjadi sebahagian parti pemerintah tidak perlu lagi memainkan peranan untuk mendesak dalam sesuatu perkara sebaliknya mengemukakan cadangan. Mengulas mengenai usul dalam mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan katanya, banyak usul yang dikemukakan bersifat pembangkang sedangkan PAS kini adalah kerajaan. "Saya tengok usul-usul semalam dan hari ini dari beberapa tempat, banyak usul bersifat pembangkang. Kita banyak usul bersifat pembangkang, mendesak, mendesak, mendesak. Mendesak siapa? Mendesak kerajaan. Kita desak kita. "Dulu (kita) pembangkang tak apa kita desak kerajaan - sebab kerajaan itu bukan kita. Tapi sekarang kita kerajaan, kalau kita desak maknanya kita desak ...

SKANDAL 1MDB: GUNAKAN PAMPASAN GOLDMAN SACHS UNTUK TEBUS BON 1MDB

Imej
Usaha Pakatan Harapan dalam isu 1MDB telah berjaya membuahkan hasil, di mana sejumlah besar dana yang diseleweng ketika zaman Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak telah dibawa kembali ke Malaysia. Namun, usaha ini tidak harus terhenti di sini. Sebelum ini, Malaysia telah memperolehi US$620 juta (RM2.6 bilion) daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat. Terbaru, bank pelaburan Goldman Sachs bersetuju membayar pampasan bernilai US$3.9 billion (RM16.6 bilion). Bayaran ini menunjukkan pendedahan skandal kleptokrasi ini selama ini adalah berasas dan bukan tohmahan. Justeru, jumlah ini harus digunakan secara telus untuk menebus 3 bon 1MDB yang akan tamat tempoh pada 2022 dan 2023. Malaysia harus membayar US$3.5 bilion (RM15 bilion) pada tahun 2022 untuk menebus 2 bon, dan US$3 bilion (RM12.8 bilion) pada 2023. Penebusan bon-bon ini sangat mustahak supaya Malaysia tidak lagi terbeban dengan bayaran faedah setiap tahun. Untuk 3 bon ini sahaja, Malaysia m...

Skandal 1MDB: Pembayaran tunai AS$2.5 bilion daripada Goldman Sachs akan diterima dalam tempoh dua bulan

Imej
Kerajaan akan menerima pembayaran tunai sebanyak AS$2.5 bilion daripada AS$3.9 bilion yang telah dipersetujui oleh Goldman Sachs Group Inc. bagi penyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan urus niaga untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh dua bulan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, baki sebanyak AS$1.4 bilion akan dibayar selepas aset yang berkait dengan hasil yang telah diseleweng melalui urus niaga itu dikembalikan semula kepada kerajaan. “Sebelum ini, kita telah menerima tunai sebanyak AS$620 juta daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat. “Jumlah keseluruhan sebanyak AS$2.5 bilion akan diterima dalam masa dua bulan, bakinya akan diberi apabila kita mendapat semula beberapa aset,” katanya kepada pemberita ketika melawat Yayasan Hasanah di sini hari ini. Beliau berkata, wang tersebut akan disalurkan ke satu tabung amanah yang ditubuhkan hanya untuk membayar hutang 1MDB. Ditanya sama ada...

SKANDAL 1MDB: PEMULANGAN WANG GOLDMAN SACHS USAHA PH, BUKTI WUJUD SALAH LAKU SEKIAN LAMA....

Imej
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum pemulangan RM16.6 bilion (USD3.9 bilion) di dalam penyelesaian di antara Kerajaan Malaysia dan syarikat Goldman Sachs, berkait salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB. Ini menjadikan keseluruhan wang rakyat yang telah dipulangkan setakat ini berjumlah RM19 bilion. Walaubagaimanapun, proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga ke penghujungnya. Majlis Presiden mengingatkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan tawaran Goldman Sachs sebelum ini untuk hanya memulangkan USD1.75 bilion, kerana jumlah penuh yang dituntut adalah USD7.5 bilion. Proses pemulangan wang daripada Goldman Sachs ini sebenarnya hanya bermula dengan kemenangan Pakatan Harapan dan kekalahan Barisan Nasional pada PRU14. Majlis Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini, termasuk Peguam Negara pada ketika itu yang telah memulakan proses perundangan de...

Najib nafi tidak bayar cukai, tolak ‘propaganda’ berkait tuntutan LHDN RM1.69 bilion

Imej
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah mengelak daripada membayar cukai setiap tahun, sekali gus menafikan propaganda penyokong Pakatan Harapan yang memetik keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini bahawa dirinya perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion. Najib berkata, nilai RM1.69 bilion itu adalah tuntutan cukai tambahan serta 2 kali penalti yang dikenakan atas dirinya. Katanya, tuntutan itu langsung tidak berasas dan tidak sepatutnya dikenakan cukai. Bahkan katanya, ia adalah merupakan penyalahgunaan kuasa kerajaan sewaktu Lim Guan Eng menjawat tugas menteri kewangan. “Adakah orang biasa dikenakan cukai ke atas ‘deposit’ yang sudah pun dikembalikan kepada penghantar 4 bulan sebelum itu? “ Itulah bahagian terbesar cukai RM1.169 bilion itu di mana dana yang disebut RM2.6 bilion itu dianggap sebagai pendapatan yang perlu dicukai sehingga 30%. “Selepas itu, dikenakan lagi penalti 2 kali walaupu...

BERPOLITIK DEMI AGAMA ATAU GUNA AGAMA UNTUK POLITIK?

Imej
Melihat gambar ini membuatkan saya teringat kenangan lama ketika saya dikatakan terkesima dengan hujah seorang pimpinan sebuah parti dalam isu RUU355 (sebenarnya tidak terkesima pun). Bahkan ada pimpinan yang nak sekeh kepala orang lain kerana isu ini. Ada juga yang nak menjiratkan mayat orang yang tidak menyokong pindaan akta walaupun bentuk cadangan pindaan itu masih boleh diperhalusi dan diteliti. Hari ini, Timbalan Menteri nyatakan ia perlu penelitian dan itulah yang saya suarakan sejak dulu lagi sehingga sebahagian penyokong parti politik mengecam saya. Entahlah. Adakalanya kita perlu ikhlas bertanya diri sendiri adakah kita mahu berpolitik demi agama atau menggunakan agama demi politik? Dr Rozaimi Ramle

Skandal 1MDB: Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion

Imej
Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion bagi penyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon yang telah disusun dan diatur syarikat kewangan itu untuk firma, 1MDB. Penyelesaian itu akan melibatkan pembayaran wang tunai AS$2.5 bilion dan janji untuk akhirnya memulangkan aset sebanyak AS$1.4 bilion. Kementerian Kewangan berkata bahawa jumlah berkenaan berkaitan dengan "penyelewengan" dana yang melibatkan tiga transaksi bon yang dikendalikan oleh bank tersebut. Walau bagaimanapun, menurut kementerian kewangan, aset tersebut perlu diambil dari luar negara dengan Goldman Sachs berjanji akan membiayai proses mendapatkannya semula. "Jumlah penyelesaian ini adalah peningkatan besar dari tawaran AS$ 1.75 bilion yang dibuat oleh Goldman Sachs kepada kerajaan pada tahun 2019," kata kementerian itu. Menurut kementerian kewangan, penyelesaian berkenaan adalah pengakuan bersalah oleh Goldman Sachs berhubung tindakan dua bekas kakit...

RUU355 : Bermula dan berakhir sebagai propaganda semata-mata

Imej
Ada orang Allah muliakan mereka dengan pangkat dan jawatan. Ada orang Allah hinakan mereka dengan pangkat dan jawatan. RUU355, bermula dan berakhir (?) sebagai propaganda semata-mata. Tapi segala manusia yang dicederakan maruah mereka oleh propagandis 355 sepanjang kempennya, kekal tercalar dan terluka… Dan dijiratkan. Bila nak mohon maaf? Atau kalian terampun secara automatik dengan mencium tangan? Lagu tema kita hari ini “What you give you get back…” nyanyian Scorpion. Enjoy!

RUU 355 perlu penelitian semula – Timb Menteri Pas

Imej
Isu RUU355 dibangkitkan semalam melalui soalan lisan yang dikemukakan oleh YB Datuk Dr Hassan Bahrom ahli parlimen Tampin kepada Perdana Menteri. Soalannya berbunyi : Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat membentangkan RUU 355 tersebut untuk kali kedua, jika ya bila dan bagaimana ia hendak dilaksanakan. Jika tidak, mengapa? Soalan itu dijawab oleh YB Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan berkaitan penggubalan undang-undang daripada pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, cadangan ini memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh bagi memastikan cadangan tersebut selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. RUU355 adalah salah satu isu yang diperjuangkan oleh PAS sebelum PRU14 yang lepas dengan kemuncaknya mengadakan himpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Walaupun usul persendirian y...

Nilai cukai tertunggak Najib boleh bina 3 buah hospital

Imej
Mahkamah arahkan untuk Najib Razak bayar cukai kepada LHDN sebanyak RM 1, 692, 872, 924. Jika Najib kononnya sayangkan rakyat, dia kena bayar semua cukai ni sebab dengan jumlah itu kerajaan dapat 1. Bina 4 buah sekolah dengan fasiliti lengkap 2. Bina 3 biji hospital berkapasiti 300 katil dengan fasiliti lengkap 3. Menyediakan 100km jalan bertar 4. Memberi bantuan RM1000 Kepada 1,692,872 orang yang susah di seluruh negara. Jika Najib gagal membayar beliau boleh dijatuhkan hukuman dan bakal kehilangan kerusi Parlimen.

Najib dituntut bayar cukai RM1.69 bilion – apa terkini?

Imej
Seorang pakar cukai berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan kembali tunggakan cukai lebih RM1 bilion dari bekas perdana menteri Najib Razak berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan LHDN yang memohon penghakiman terus untuk mendapatkan kembali tuntutan cukai tambahan ke atas RM2.6 bilion yang diterimanya pada 2013. Veteran industri, yang enggan dinamakan, berkata menurut undang-undang, Najib perlu membayar wang yang dituntut oleh LHDN terlebih dahulu. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan RM1.69 bilion daripada wang yang Najib dakwa sudah dikembalikan 4 bulan selepas menerimanya pada 2013. Beliau juga mengatakan RM632 juta lagi, daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi, merupakan sumbangan “yang tidak patut dikenakan cukai”. “Najib sekarang perlu membuat rayuan kepada pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP), trib...

Audio mirip Muhyiddin: SPRM tunggu arahan peguam negara

Imej
SPRM telah menyerahkan laporan awal berhubung dakwaan rakaman audio mirip suara Muhyiddin Yassin yang mengatakan ahli parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bercakap kepada pemberita hari ini, pesuruhjayanya, Azam Baki berkata perkara itu telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dan sedang menunggu arahan selanjutnya. Ketika ditanya apakah Muhyiddin akan dipanggil untuk disoal siasat, Azam enggan mengulas lanjut. "Itu bergantung pada arahan dari peguam negara. Kami telah menjalankan siasatan. "Untuk penyiasatan ini, perkara pertama yang harus kita perhatikan adalah keaslian (rakaman). "Kedua, apa yang (didakwa) dikatakan sebagai suatu kesalahan atau tidak," katanya. Pada 30 Mei, halaman Facebook yang menyokong Dr Mahathir Mohamad memuat naik satu rakaman mirip suara Muhyiddin. Dalam rakaman audio yang tersebar di media sosial itu lepas, Muhyiddin ...