Catatan

Rasuah: Mahkamah arah Rosmah bela diri kes rasuah projek solar

Imej
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor diarah membela diri atas tuduhan penyelewengan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie bagi ketiga-tiga kes tersebut. "Pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas ketiga-tiga pertuduhan." "Dengan ini saya memanggil tertuduh untuk membela diri," kata Zaini. Perbicaraan terhadap Rosmah, 69 melibatkan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin. Rasuah terbabit didakwa diterima menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Op...

Yang mana lebih layak, menteri atau model?

Imej
Alangkah lucunya negara kita kini. Macam-macam cerita yang tidak enak tentang pemimpin yang memerintah didengar dan dapat disaksikan. Walau bukan semua, namun kerana sedikit itulah terpalit mencemarkan amanah yang terpikul.  Bukanlah hendak memukul rata dengan apa yang terjadi ini, akan tetapi saya mengajak sekalian rakyat meneruskan #HerdikanRakyat ini, agar segalanya itu tidak berterusan menjadi lelucon. Ketika ini rakyat bergelumang dengan keadaan yang sangat mencabar dengan ketidakstabilan kewangan diri dan pendapatan keluarga, pembelajaran yang ‘sedu-sedan’, kekurangan bekalan makanan, masalah sosial, kes bunuh anak, penderaan, isu wanita dan pelbagai lagi. Pada masa yang sama, boleh pula menteri yang berkaitan tidak ‘sigap’ bangkit menghulurkan bantuan mahupun sokongan yang sewajarnya atau paling tidak mnegeluarkan kenyataan berkaitan isu yang terjadi. Situasi pendemik masih belum reda. Angka-angka besar masih kelihatan. Petugas barisan hadapan sedang berjuang m...

SAMPAI AHLI PARLIMEN LUAR TURUT BERSUARA, TIDAK RASA MALUKAH MUHYIDDIN?

Imej
Sejumlah 90 Ahli Parlimen daripada tujuh negara Asean menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang secepat mungkin tanpa sekatan. Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata persidangan Parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi, dan menyumbang ke arah proses membuat keputusan berkenaan dasar utama. Kenyataan itu ditandatangani Ahli Parlimen daripada Thailand, Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, Filipina dan Singapura. “Kuasa darurat Malaysia jelas tidak menepati piawaian antarabangsa yang sedia ada dan mewujudkan keadaan di mana kebertanggungjawaban kerajaan amat terhad, dengan salah guna kuasa mungkin berlaku. “Sebagai badan yang menyuarakan kehendak rakyat, Parlimen mempunyai kedudukan utama dalam demokrasi yang berfungsi, dan penggantungannya pada masa ini telah menidakkan penglibatan awam dalam proses membuat keputusan. “Ini membimbangkan terutaman...

Skandal 1MDB: Jho Low maklum 1MDB ditubuh untuk salur duit kepada syarikat berkait Umno

Imej
  Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman mengakui takut untuk tidak menghiraukan ketua lembaga penasihat 1MDB Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu. Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata bahawa dia hanya akur dengan jenayah yang didakwa berlaku di 1MDB. Hazem berkata demikian di Mahkamah Tinggi hari ini ketika menjawab soalan peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion terhadap Najib. Shafee bertanya kepada Hazem mengapa dia terus menjadi ketua pegawai operasi (COO) dan kemudian CEO 1MDB selama dua setengah tahun hingga 2015, walaupun mengetahui bahawa 1MDB didakwa dijadikan alat untuk menguntungkan Umno. Pada 6 Jan, Hazem memberi keterangan bahawa ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho atau Jho Low memberitahunya bahawa 1MDB ditubuhkan untuk menyalurkan wang kepada syarikat yang berkaitan dengan Umno. Saksi itu mendakwa bahawa dana dari 1MDB digunakan untuk membantu kontrakto...

Skandal 1MDB: Arahan Jho Low kadang tak masuk akal - bekas CEO

Imej
  Arahan Jho Low berkaitan 1MDB kadang-kadang tidak masuk akal, kata bekas ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) syarikat pelaburan negara itu Mohd Hazem Abdul Rahman. Hazem, saksi kesepuluh pendakwaan, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa memberi keterangan berkaitan arahan hartawan dalam buruan itu melalui e-mel berkaitan pengurusan 1MDB. Pada 8 Februari lalu, Hazem berkata Jho Low melalui e-mel kepadanya menguruskan 1MDB, terutamanya dalam urusan pelaburan. Hazem hari ini memberikan keterangan lisan semasa perbicaraan rasuah RM2.28 melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak. Semasa pemeriksaan balas, ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah bertanya Hazem sama ada arahan Jho Low itu masuk akal atau tidak. “Secara umumnya, nasihatnya ada kaitan dengan perkara yang perlu dilakukan dengan segera. “Ada yang masuk akal dan ada yang tidak masuk akal, dari sudut pandangn kewangan,” katanya. Hazem berkata dia dan Jho Low ada berbahas berkaitan perkara yang ...

Rasuah: PH berjaya letak di landasan betul, dimusnah semula oleh Pengkhianat Negara@PN

Imej
1. Selepas rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kerajaan pada 9/5/2018, kita boleh melihat keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas negara kita alhamdulillah mula menunjukkan tanda-tanda perubahan positif walaupun agak perlahan pada mulanya tapi kemudiannya mula menonjolkan peningkatan yang agak ketara. 2. Antara kayu ukur yang sering digunakan oleh masyarakat antarabangsa itu adalah CPI (Corruption Perception Index) atau Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI). Indeks ini, misalnya, yang akan para pelabur rujuk sebelum mereka memutuskan untuk melabur di mana-mana negara termasuk negara ini. Selepas hanya setahun PH memerintah, TI telah mengeluarkan hasil penyelidikan mengenai Indeks Persepsi Rasuah di negara-negara di dunia ini dan pada tahun 2019, kita menyaksikan Malaysia telah berjaya mempertingkatkan kedudukan posisinya dalam Indeks Persepsi tersebut dengan berjaya menduduki anak tangga ke-51 pada t...

YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AKAUN RAHSIA UMNO

Imej
Pihak pendakwa raya dalam saman pelucutanhak terhadap Umno membuat dakwaan mengejutkan pada Rabu lalu bahawa Umno mempunyai akaun 'bank rahsia' yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik. Maklumat lanjut dijangka akan didedahkan di mahkamah, tetapi buat masa ini, inilah yang kita tahu mengenainya: Bilakah akaun ini dibuka? Menurut The Edge , pendakwa raya memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa akaun tersebut dibuka pada tahun 1988 di Southern Bank cawangan Wisma Genting, Kuala Lumpur. Southern Bank kemudiannya diambil alih oleh bank CIMB pada tahun 2006. Tahun 1988 adalah tahun yang sama Umno dibatalkan pendaftarannya kerana mempunyai cawangan yang tidak sah, dan kemudian didaftarkan semula sebagai Umno Baru. Siapa yang tahu mengenai akaun itu? Pihak pendakwa berkata pemimpin Umno pada tahun 1988 tahu mengenai akaun itu, termasuk presiden Umno ketika itu Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Allahyarham Ghaffar Baba, dan bendahari Umno, Daim Zainud...

KUARANTIN 3 HARI UNTUK MENTERI TEBUK ATAP TINDAKAN SALAH, MELUASKANNYA KEPADA ORANG AWAM LAGILAH SALAH DAN BAHALOL..!!

Imej
Hampir tidak ada pihak yang setuju dengan keputusan Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba melonggarkan tempoh kuarantin bagi menteri-menteri yang pulang dari luar negara daripada 10 hari kepada hanya 3 hari. Rata-rata mengkritik keputusan itu dan menyifatkan ianya sebagai bukti wujudnya dua set peraturan yang berbeza antara menteri atau golongan orang kayangan dengan rakyat biasa. Selain itu, keputusan tersebut juga dilihat sebagai petunjuk tidak seriusnya kerajaan untuk menangani Covid19, walaupun dalam masa yang sama PKP dan juga darurat telah dikuatkuasakan. Ini kerana melonggarkan kuarantin hanya kepada tiga hari bagi menteri-menteri adalah tindakan salah dari segi fakta sains memandangkan tempoh mengeram virus Covid19 adalah 7 hari. Beberapa kes sewaktu PRN Sabah sebelum ini menunjukkan ada pemimpin politik yang diuji negatif dalam tempoh 3 hari selepas tiba di KLIA, namun kemudiannya didapati positif setelah ujian kali kedua tiga empat selepas itu. Sehubung...

Umno ada akaun rahsia yang tidak diaudit bagi dana politik - Pendakwa

Imej
Umno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik, kata pendakwa raya hari ini. Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114.16 juta, yang dituntut oleh bekas perdana menteri Najib Razak dan Umno dalam saman pelucutanhak berkaitan 1MDB terhadap Obyu Holdings, adalah milik parti itu. Dalam hujah bertulis oleh timbalan pendakwa raya Faten Hadni Khairuddin hari ini, pihak pendakwa mendakwa ini kerana sebilangan pemimpin Umno sendiri menafikan mereka tahu mengenai dana tersebut. Pihak pendakwaan mendakwa bahawa kenyataan polis yang dirakam dari beberapa pemimpin parti, seperti bekas setiausaha agung Tengku Adnan Tengku Mansor, dan bendaharinya, Ahmad Husni Hanadzlah dan Salleh Said Keruak, menafikan mereka tahu bahawa Najib sepatutnya menyimpan wang berkenaan bagi pilihan raya umum 2014. Mereka mendakwa bahawa dana itu adalah hasil aktiviti haram dan berasal dari 1MDB. Pihak pendakwaan berpendapat adalah ...

PN@Pengkhianat Negara hipokrit, guna darurat untuk berselindung....!!

Imej
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digelar hipokrit selepas tular satu video yang memaparkan bendera Perikatan Nasional (PN) sedang dicetak yang dipercayai sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Muhyiddin dan dianggap sering berselindung disebalik dakwaan yang kononnya segala yang dilakukan adalah kerana Covid-19. “Biar saya tekankan ini. (Mereka jawab) Fokus kami ialah Covid-19. Sikap hipokrasi dalam pentadbiran kerajaan adalah jelas, dengan menggunakan darurat. Mereka cuba untuk berselindung. “Bila orang bertanya, mereka kata ‘tak, ini kerana Covid-19’. Bentang belanjawan? (ini belanjawan) Covid-19. Ini terang-terangan menipu kita. “Mereka tidak menghiraukan kejatuhan ekonomi dan kesukaran yang dihadapi oleh golongan miskin dan penganggur,” katanya berikutan usaha kerajaan PN mahu mengadakan pilihan raya itu. Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan k...

Skandal 1MDB: Najib terima RM2.973 bilion daripada 1MDB....

Imej
Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak menerima sejumlah wang yang besar RM2.973 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaunnya tanpa sebarang justifikasi komersial atau perniagaan. Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dalam hujahnya berkata perkara itu didedahkan oleh pegawai penyiasat pengubahan wang haram Supt Foo Wei Min bahawa perpindahan wang dari 1MDB ke Akaun Ambank Najib bernombor 9694 dilakukan dalam tiga peringkat dan ACP D. Rajagopal telah mengenal pasti peringkat pertama dan kedua. “Jejak wang terperinci yang dijalankan ke atas akaun Najib mendapati pergerakan wang dari Good Star melibatkan US$120 juta (RM369,029,514) dalam lima transaksi antara 2011 dan 2012, peringkat (kedua) Aabar sebanyak US$170 juta (RM523,389,779.96) melalui enam transaksi antara 2011 dan 2012 dan peringkat (ketiga) Tanore melibatkan US$681 juta (RM2,081,476,926) dipindahkan melalui dua transaksi pada 2013. “Mener...

Covid-19 ‘takut’ serang dan jangkiti menteri kerajaan Pengkhianat Negara@PN ?

Imej
Jika tempoh kuarantin wajib 10 hari berdasarkan laporan saintifik semasa, entah atas hujah apa untuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melonggarkan prosedur itu untuk menteri. Berkuatkuasa esok 9 Februari, jemaah menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari seperti ditetapkan sejak 14 Disember 2020. Menerusi Warta Persekutuan hari ini yang ditandatangani Adham, kira-kira 70 orang menteri dan timbalan menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) menikmati kelonggaran tempoh kuarantin. Bitcoin Bank Perintah “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” itu menyatakan: “Menteri (Dr Adham Baba) mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta. Ini merujuk kepada Akta (342) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.” Seksyen 15 akta tersebut memperuntukkan: “Seseorang pegawai diberi ...

KALAU MENTERI PENGKHIANAT NEGARA@PN PUN NAK MENGELAK SOP, BAIKLAH DITAMATKAN SAJA PKP….

Imej
  Tidak ada sebab lain mengapa kerajaan melalui Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba tiba-tiba setuju melonggarkan SOP tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang daripada lawatan rasmi ke negara melainkan petanda ketidaksediaan golongan kayangan tersebut patuh kepada peraturan yang sama sebagaimana dilalui rakyat biasa. Ia juga hanya memperlihatkan benarnya tanggapan ramai sebelum ini bahawa negara kita seolah-olah mengamalkan dua set peraturan atau undang-undang yang berbeza iaitu satu untuk menteri dan satu lagi untuk rakyat marhaen. Jika sebelum ini terdapat beberapa menteri yang didapati melanggar SOP PKP tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan, kelonggaran terbaru ini jelas menunjukkan kerajaan minoriti dan pintu belakang PN ini cuba mengistimewakan lagi kedudukan menteri-menteri seolah-olah mereka begitu mulia serta tinggi darjatnya berbanding rakyat jelata yang lain. Weii…apakah tujuan sebenar PKP dan darurat ini dikuatkuasakan jika untuk menteri ada kelonggaran,...

Covid-19 : Kalau menteri kerajaan minoriti pulang dari luar negara, pemantauan hanya 3 hari...

Imej
  Menteri Kabinet yang pulang dari sebarang lawatan rasmi di luar negara kini perlu melalui pemantauan tiga hari atau pengawasan sehingga dibenarkan pulang selepas disahkan tidak membahayakan orang awam. Peraturan baharu itu termaktub dalam perintah menteri yang berkuat kuasa esok sehingga 1 Ogos. Ia diterbitkan dalam warta kerajaan hari ini di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit. Perintah itu mengecualikan menteri kabinet yang pulang dari luar negara daripada dikenakan pengawasan atau pemantauan oleh pegawai kesihatan mengikut Seksyen 15 akta berkenaan, sebaliknya sekadar pemerhatian tiga hari. Perintah baharu ditandatangani menteri kesihatan Dr Adham Baba itu dibuat enam bulan selepas kontroversi susulan pendedahan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari seperti diwajibkan ketika itu. Tempoh kuarantin 14 hari untuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar...

Pejuangan Islam Pas umpama candu politik, igauan semata-mata....

Imej
  Pas tidak sepatutnya menyokong perkauman, rasuah dan pengkhianatan seandainya benar mereka mengikut perjuangan Nabi Muhammad s. a. w. Malahan sebagai parti pemerintah seharusnya Pas melaksanakan kata-kata dan bukan lagi menjual idea ‘Islam’ yang tidak menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Demikian dizahirkan oleh Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil. Jelas beliau lagi, dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Mat bahawa perjuangan Pas mengikut perjuangan Rasulullah umpama menjual agama bagi meraih sokongan politik. “Slogan ‘Islam Penyelesai’ tidak memperlihatkan realiti ia dilaksanakan walaupun mereka adalah sebahagian dari kabinet termasuklah kegagalan menguruskan penularan wabak Covid-19 serta ekonomi rakyat semakin parah tatkala ini. ” Sekiranya benar Pas menyokong perjuangan Baginda Nabi, kenapa Pas menyokong Umno dan berada bersama mereka dalam satu koalisi politik yang dikenali sebagai Muafakat Nasional sedangkan perjuangan Umno turut memperjuangk...

KARMA MENGHAMBAT MUHYIDDIN....

Imej
  Luahan rasa tidak puas hati, benci dan caci maki rakyat terhadap Muhyiddin Yassin sehingga merebak ke laman sosial Presiden Indonesia bukanlah suatu perkara yang ganjil dan luar biasa sebenarnya. Ia adalah norma baru dalam dunia tanpa sempadan di mana arus media sosial telah menguasai manusia. Lagi pula, untuk seorang Perdana Menteri minoriti yang tiada keabsahan, degil mempertahankan kuasa sehingga menderhakai Perlembagaan serta berpaut pada darurat dan Istana, malah dalam mengurus Covid19 pula banyak keputusan kerajaan yang menyusahkan rakyat, sememangnya itulah yang layak diterimanya. Mustahil dengan segala kecaca-marbaan yang menyesakkan nafas rakyat sejak PN menjadi kerajaan, Muhyiddin tiba-tiba mengharapkan pujian serta sanjungan. Cukuplah rakyat diperdaya dengan gelaran Abah yang digembar-gemburkan berjiwa pelindung, janji mahu merotan, tiada rakyat akan dipinggirkan, menunjuk kebaikan dengan menayang membaca doa dan tidak mahu berpolitik kononnya, tapi akhir...

Skandal 1MDB: DOJ mulakan proses sita RM1.34b 'dana berkaitan 1MDB' dari firma guaman UK

Imej
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memulakan proses untuk menyita AS$ 330 juta (RM1.343 bilion) dari sebuah firma undang-undang terkemuka di United Kingdom. DOJ, melalui Badan Jenayah Nasional UK, mengeluarkan waran itu di pejabat London Clyde & Co. Waran itu mensasarkan AS$ 330 juta yang dikawal oleh Clyde & Co bagi pihak pelanggan di National Westminster Bank, menurut media UK,  The Guardian yang melihat dokumen mahkamah. DOJ percaya wang itu dikaitkan dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB. DOJ pada tahun 2016 memperincikan tiga fasa di mana dana yang berkaitan dengan 1MDB disalurkan secara sistematik melalui rangkaian transaksi yang kompleks. Pada tahun 2017, ia juga mendedahkan fasa keempat di mana rangkaian transaksi "skim penipuan Ponzi" dirancang untuk menyembunyikan fakta bahawa wang berkenaan telah dicuri. Tindakan DOJ terhadap Clyde & Co adalah khusus untuk fasa pertama, yang melibatkan usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International. Diruj...

Media Sosial : Muhyiddin - "orang yang tidak dialu alukan"

Imej
  Luahan tidak puas hati dan serangan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di media sosial boleh dikata sedang berada di kemuncaknya ketika ini. Apa saja kesempatan yang ada, sehingga di laman Facebook Istana Negara dan Presiden Indonesia, Joko Widodo pun, berikutan ada hantaran yang dibuat berkenaan dengan Muhyiddin, maka ia turut dipenuhi dengan nada tidak puas hati dan serangan yang sama. Media sosial adalah dunia komunikasi baru yang menjadikan ia dominan menguasai manusia, seterusnya meletakkan akhbar dan tv tidak lagi dipedulikan. Memiliki akaun media sosial, Facebook misalnya, adalah umpama seseorang itu memiliki akhbar, tv atau stesen medianya sendiri. Melaluinya, setiap orang boleh menulis apa saja, meluahkan perasaan tentang banyak perkara, memuatnaik video, bercakap secara live berkenaan isu-isu semasa seperti memunculkan diri sendiri di kaca tv dan pelbagai kesukaan lain lagi. Oleh kerana membuka akaun media sosial adalah percuma, bermakna rata-rata...

Muhyiddin - "orang yang tidak dialu alukan"

Imej
Muhyiddin Yassin yang cuba menarik perhatian rakyat dengan mempopularkan panggilan Abah untuk dirinya sejak bergelar Perdana Menteri, adalah sosok paling dibenci dan tidak dikehendaki di Malaysia ketika ini. Di mana saja ada ruang untuk rakyat bercakap atau meluahkan kata-kata, pasti kita akan dapat mendengar cemuhan, kata nista dan makian terhadapnya. Jika sejak beberapa bulan sebelum ini ruang komen media sosial Abah sendiri penuh dengan serangan terhadap dirinya, ia kemudian merebak ke laman Facebook Istana Negara di mana luahan tidak puas hati memenuhi satu hantaran berkaitan Muhyiddin yang dimuatkan di situ. Semua luahan rakyat melalui Facebook Istana Negara itu adalah petunjuk rasa tidak puas hati yang bolehndifahami bertujuan agar Agong dapat berbuat sesuatu mengakhiri kepimpinan Muhyiddin yang dianggap menyusahkan rakyat dan tidak diperlukan lagi. Semalam pula, sementara lawatannya merentas negara ke Indonesia sudah sedia dipertikai banyak pihak kerana Muhyiddi...

MUHYIDDIN MEMALUKAN AGONG…..

Imej
  Tindakan warga maya menyuarakan rasa tidak puas dan menyerang Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di ruangan komen laman Facebook Istana Negara pada hakikatnya bukanlah suatu tindakan biadap atau tidak sopan terhadap Yang Dipertuan Agong. Jauh sekali ia juga bukanlah suatu bentuk penderhakaan kepada Agong kerana tiada pun kata-kata tidak manis diungkapkan terhadap baginda. Semua luahan itu, walaupun dalam bentuk serangan kepada Muhyiddin, ia adalah jelas untuk menarik perhatian baginda terhadap tingkah laku Muhyiddin yang dianggap tidak layak lagi duduk di kerusi Perdana Menteri. Selain terlalu banyak sebab tentang kelemahan dan tidak mampunya beliau menjadi Perdana Menteri, ia diburukkan lagi dari segi keabsahannya yang semakin terang tiada lagi majoriti. Sebelum ini, dalam ruang komen Facebook Muhyiddin sendiri, tidak kira apa juga hantaran yang dikongsinya, semuanya penuh dengan kata-kata penolakan, tidak puas hati, marah dan gesaan agar beliau meletakkan jawatan...