Patriot kecam pemimpin-pemimpin PH yang tiada hala tuju
Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) dikecam kerana didakwa tiada hala tuju dan sering bercanggah pendapat antara satu sama lain. Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata, dalam keadaan pemimpin-pemimpin kerajaan seolah-olah tiada tahu menangani pelbagai isu yang timbul selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia mungkin hadapi masa depan yang gelap. Keadaan ini berlaku dalam keadaan kekeliruan yang disusuli dengan ucapan-ucapan yang menanam bibit-bibit kebencian dan tunjuk perasaan. Presiden persatuan, Mohamed Arshad Raji, dalam satu kenyataan hari ini berkata, era selepas 9 Mei menyaksikan keadaan radikal kumpulan-kumpulan yang menuntut hak-hak Melayu. Beliau memberi perhimpunan anti ICERD dan amalan menuding jari dalam isu keganasan di kuil Hindu di Subang Jaya, Selangior bulan lepas sebagai contoh.. “Kontroversi Kuil (Seri Maha Mariamman) Seafield itu yang bermula sebagai konflik perkara yang diatur dan hooligan menjadi isu kaum yan...