Catatan

Kudeta: 'Makcik Kiah jangan tertipu'

Imej
Rencana tersebut adalah analisis pakar ke atas pakej berkenaan. Antara perkara perlu dipertimbangkan dan difahami adalah seperti berikut: Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10 peratus atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita. Namun kita alu-alukan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi wabak besar Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang. Kalau kerajaan hanya peruntukkan RM22 bilion duit negara, dari manakah datang jumlah RM250 bilion yang Muhyiddin umumkan itu? Jawapannya adalah sebahagian besar – mungkin hingga 90 peratus – daripada jumlah RM250 bilion itu adalah kemudahan kewangan. Kemudahan kewangan tidak sama dengan peruntukan kewangan. Kalau begitu, dari manakah datangnya baki RM228 bilion pakej itu? Jawabnya daripada duit rakyat jelata sendiri yang wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan di bermaca...

Krisis COVID-19: Pakatan Harapan sedia kerjasama jika kerajaan mulakan langkah dwipartisan

Imej
KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat dengan menggunakan pendekatan yang lebih tulen untuk mengendalikan krisis negara ketika ini. Dalam satu kenyataan, Pakatan Harapan memaklumkan mereka bersedia untuk memberi kerjasama jika kerajaan memulakan langkah dwipartisan yang tulus dan ikhlas. “Kami mengalu-alukan pembayaran bantuan tunai ‘one-off’ RM1,600 untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan bawah RM4,000, RM1,000 untuk isi rumah dengan pendapatan bulanan melebihi RM4,000, serta bantuan tunai kepada individu yang belum berkahwin dan mahasiswa. “Pakej ini dilihat dapat bertahan dalam tempoh dua bulan, Namun begitu, ia tidak memberi banyak impak melangkaui tempoh dua bulan bagi ‘Mak Cik Kiah’ dan seluruh pekerja dan peniaga di Malaysia,” kenyataan itu menyebut. Justeru, lebih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menanggung kesan ekonomi...

PH: Pakej rangsangan hanya berkesan bantu rakyat 2 bulan...

Imej
Pakatan Harapan mengalu-alukan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion untuk menangani impak Covid-19, tetapi inisiatif yang diumumkan pada Jumaat hanya dapat membantu rakyat bertahan selama 2 bulan. Ia termasuk bantuan tunai “one-off” untuk keluarga pendapatan rendah, orang bujang serta pelajar institusi pengajian tinggi. “Pakej ini dilihat dapat bertahan dalam tempoh 2 bulan. Namun begitu, ia tidak memberi banyak impak melangkaui tempoh 2 bulan bagi ‘Mak Cik Kiah’ dan seluruh pekerja dan peniaga di Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Terdahulu, Muhyiddin Yassin pada petang Jumaat mengumumkan  pakej  rangsangan ekonomi prihatin rakyat untuk menangani impak pandemik Covid-19 yang jumlahnya lebih 10 kali ganda daripada RM20 bilion yang diumumkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada bulan la...

Anwar puji pakej rangsangan RM250 bilion, tapi mahu bahas di Parlimen

Imej
Presiden PKR, Anwar Ibrahim gembira dengan pakej rangsangan ekonomi terbaru berjumlah RM250 bilion untuk memerangi Covid-19, tetapi mahu ia diperhalusi di Parlimen. Beliau berkata, ini bagi memastikan tiada kerugian atau ketirisan dan dana untuk golongan memerlukan itu diuruskan “orang jujur” yang mempunyai rekod bersih. Katanya, di negara maju, pakej rangsangan ekonomi dibentangkan di Parlimen supaya ia dipantau, termasuk membincangkan bagaimana dana itu akan diperolehi dan hutang dilangsaikan. “Persoalannya adakah wang itu akan sampai (kepada rakyat yang memerlukannya)? Adakah pembaziran atau ketirisan atau rompakan kecil-kecilan akan berlaku? “Dana itu tidak patut dikendalikan ahli politik atau mereka yang mempunyai rekod buruk,” kata bekas menteri kewangan itu dalam video yang dimuat naik ke Facebooknya hari ini. Anwar memuji pakej rangsangan yang menyediakan peruntukan besar kepada Kementerian Kesihatan sebanyak RM1 bilion dan insentif lain untu...

Anwar tak mahu orang politik, 'perompak' agih bantuan diumumkan PM

Imej
Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak mahu agihan bantuan yang diumumkan kerajaan dilakukan orang politik ataupun "perompak" kerana khuatir akan berlaku ketirisan. Secara keseluruhannya, Anwar berkata beliau gembira dengan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. "Kita harus teliti peringkat pelaksanaan, apakah pelaksanaan itu tidak mengalami ketirisan dan kebocoran. "Jangan diserahkan (pelaksanaan) kepada orang-orang politik atau pegawai yang mempunyai rekod yang buruk mencuri dan merompak," katanya mengulas pembentangan pakej ransangan ekonomi diumumkan petang tadi. Ulasan Anwar disiarkan secara langsung melalui Facebooknya selepas pengumuman kerajaan. Pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion yang diumumkan perdana menteri petang tadi merangkumi Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion. Bantuan bukan sahaja disalurka...

Kudeta: : Ini mungkin bukan kerajaan yang anda undi....!!!

Imej
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya bersungguh-sungguh memikirkan kepentingan setiap rakyat Malaysia. “Kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda undi. Tapi saya mahu anda semua tahu bahawa kerajaan ini ambil berat akan kamu,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung tengah hari tadi. Ucapan Muhyiddin itu sempena mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Muhyiddin yang menjadi perdana menteri susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) bulan lalu, turut mengakui hakikat bahawa dia memegang jawatan itu pada masa yang sangat mencabar. “Saya menerima hakikat bahawa saya menjadi perdana menteri anda, bukan pada masa terbaik. Saya berhadapan krisisi politik, ekonomi dan kesihatan, semuanya berlaku dalam masa yang sama,” katanya. Langkah Sheraton bulan lalu menyebabkan negara terperangkap dalam krisis politik selama kira-kir...

'Mak cik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit'

Imej
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas mengumumkan intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 billion, merumuskan bantuan-bantuan atau subsidi yang diberikan itu. “Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, mak cik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. “Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isi rumah mak cik Kiah di bawah RM4,000 sebulan,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM). “Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga mak cik Kiah akan dapat. “Keluarga mak cik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800,” katany...

Covid-19: Dua kampung di Johor dikenakan 'perintah berkurung'

Imej
Dua kawasan petempatan di Kluang, Johor dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) ekoran terdapat kes positif Covid-19 yang tinggi, kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, kawasan itu ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam. Katanya terdapat 83 kes positif wabak itu di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 ada di dua petempatan terbabit. "Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan tersebut, kerajaan atas nasihat menteri kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD. "Ia melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. "Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 27 Mac hingga 9 April," katanya dalam satu kenyataan. Dengan pelaksanaan PKPD beberapa peraturan ketat dikenakan, iaitu: Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan. Buka...

Tinjauan: 40% syarikat pemula mungkin ‘lumpuh’ sekiranya pandemik berlarutan hingga Aidilfitri

Imej
Sebuah agensi kerajaan yang membantu pembangunan syarikat pemula dan perusahaan sosial berkata 40% perniagaan seperti itu mungkin “lumpuh” sekiranya pandemik Covid-19 berlarutan sehingga Aidilfitri, iaitu pada penghujung Mei. Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) berkata demikian berdasarkan kajian yang dijalankan baru-baru ini. Sebanyak 239 usahawan pelbagai industri, termasuk pendidikan, perisian teknologi maklumat, dan makanan dan minuman, mengambil bahagian dalam kajian pendapat itu. Menurut kajian itu, 15.9% responden percaya perniagaan mereka tidak akan bertahan lebih daripada sebulan sekiranya situasi semasa berlanjutan. Sebanyak 24.7% lagi berkata perniagaan mereka tidak mampu bertahan lebih daripada 2 bulan. Hampir separuh, atau 46.4%, daripada syarikat pemula dan perusahaan sosial berkata mereka mampu bertahan untuk tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang. Hanya 2.9% yakin mampu bertahan sekiranya situasi semasa berlanjutan se...

Kudeta: ‘Jangan ulang, jawatankuasa indah-indah, pelaksanaan leceh sekali’

Imej
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) melancarkan pakej ransangan ekonomi menyeluruh bagi membantu rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19, selewat-lewatnya Jumaat ini. Nasihatnya buat PN, jangan diulangi tindakan pentadbiran lalu yang menubuhkan menubuhkan begitu banyak jawatankuasa bagi menangani masalah rakyat, namun sangat leceh untuk dilaksanakan. “Saya percaya kerajaan harus terima kenyataan ini dan tidak berlengah supaya paling akhir Jumaat ini kita ada satu rangsangan yang betul-betul menyeluruh. “Jangan berulang masalah yang lalu, jawantankuasa banyak ditubuhkan, menteri-menteri dengan jawatankuasa yang bunyinya indah-indah, tapi pelaksanaannya sangat leceh sekali,” katanya. Beliau berkata demikian dalam rakaman ucapan yang dimuat naik di Facebooknya tadi. Antara jawatankuasa yang ditubuhkan bawah pentadbiran PH ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender Dan Pembangunan Keluarga, Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Mela...

Kudeta: Demi kemaslahatan rakyat, ekonomi perlu dibentukkan semula...

Imej
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelbagai rangsangan ekonomi dan pelan bantuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya dan membantu mereka yang paling terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Semua ini sebagai langkah siap siaga dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 yang baru sahaja diumumkan. Dunia sedang menghadapi krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik Covid-19 muncul ketika dunia sedang menghadapi ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan disebabkan oleh, antaranya, kejatuhan harga minyak dunia, perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China, ketegangan antara Iran dengan AS, rusuhan perkauman di India, “Deal of the Century” oleh pentadbiran Donald Trump dengan Timur Tengah yang diragui dan “debt bubble” domestik China yang berjumlah AS$ 2 trilion (RM 8.9 trilion). Semua ini berlaku dengan serentak, bukan dua atau tiga, tetapi semua seka...

Kudeta: Nasib saman Umno terhadap 9 pemimpin PPBM kini di awangan?

Imej
Nasib tuntutan mahkamah Umno terhadap 9 ahli Parlimen yang berhijrah ke PPBM selepas pilihan raya umum 2018 mungkin terawang-awang apabila parti Melayu terbesar itu kini kembali menjadi kerajaan menerusi gabungan baru. Bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, yang firmanya mengendalikan kes untuk Umno, ketika dihubungi enggan mengulas. “Sila ajukan soalan anda kepada presiden Umno. Terima kasih,” katanya kepada FMT. Cubaan menghubungi Ahmad Zahid Hamidi tidak berjaya. Seorang lagi peguam, Ashok Kandiah, yang mewakili 7 ahli Parlimen terbabit, belum terima sebarang arahan. “Saya percaya ada yang sibuk kerana mereka baru saja dilantik ke pentadbiran dan kerana wabak Covid-19 yang tidak dijangka,” katanya. Zahid tahun lepas berkata tuntutan itu dibuat demi kepentingan parti. Tindakan dibuat terhadap Mustapa Mohamed (Jeli), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Hamzah Zainuddin (Larut), Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam)...

Kudeta: ‘Pastikan rakyat ada wang mencukupi beli makanan’

Imej
Semalam, ketika mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) hingga 14 April, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya bertenang dan memberitahu semua yang kita mempunyai bekalan makanan yang mencukupiDalam siaran langsung itu, Muhyiddin berkata beliau membuat pengumuman awal mengenai pelanjutan itu supaya persediaan awal boleh dibuat. Perkara ini tidak cukup. Sebagai perdana menteri, Muhyiddin bukan sahaja perlu memastikan bekalan makanan dan keperluan asas yang mencukupi semasa berdepan penularan pandemik Covid-19, tetapi juga perlu memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makan dan keperluan asas tersebut. Setakat hari ini, selepas empat minggu bermulanya gelombang kedua wabak Covid-19 di Malaysia dan 25 hari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana nenteri kelapan, Muhyiddin tidak memberikan keyakinan terhadap kebolehan beliau untuk memimpin negara ini keluar daripada bencana ekonomi yang be...

KUDETA: KEBETULAN ATAU MEMANG DIRANCANG?

Imej
⁃ Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 14 April 2020. ⁃ Umat Islam mula berpuasa pada 24 April 2020. ⁃ Pembukaan penggal pertama Sidang Parlimen di mana PH dijangka akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ialah 18 Mei 2020. ⁃ Berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan atau RoS yang tidak membenarkan sebarang aktiviti pari sebelum 30 Jun, ini bermakna pemilhan pucuk pimpinan Bersatu di mana persaingan paling menarik adalah antara Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden, dijangka akan berlangsung pada Julai atau Ogos 2020. ⁃ Selepas 14 April 2020 apabila PKP berakhir, momentum rakyat diramalkan akan berubah kerana tekanan ekonomi yang dihadapi oleh majoriti rakyat akan membuatkan mereka lebih menuntut pelbagai perkara daripada kerajaan, sekaligus memberi lebih tekanan kepada Muhyiddin, kecuali jika pelan rangsangan ekonomi yang diumumkannya 30 Mac nanti benar-benar dapat memberi kelega...

KE ARAH RANSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT YANG EFEKTIF

Imej
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia PER: KE ARAH RANSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT YANG EFEKTIF Saya merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri pada hari ini, 25.3.2020, berkenaan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan berterusan sehingga ke tarikh 14.4.2020. Ini semestinyalah adalah suatu tindakan yang wajar dan perlu dilakukan demi kebaikan yang lebih meluas untuk rakyat negara Malaysia (the greater good). Dalam keadaan negara yang sedang berusaha untuk mencantas dan menghentikan penularan wabak Covid-19 ini, saya percaya bahawa pihak Kerajaan juga prihatin akan keadaan ekonomi sektor korporat dan individu yang terjejas. YAB Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa satu pakej ransangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh, akan diumumkan pada hari Jumaat kelak. Saya menyokong penuh tindakan dan strategi yang diambil oleh pihak kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri berhubung pakej ransangan ekonomi prihatin rakyat tersebut. Bahk...

Bahana buat Muhyiddin lanjutkan PKP tanpa insentif wang....!!

Imej
Ahli Parlimen Subang Wong Chen membidas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) hingga 14 April ini tanpa menawarkan sebarang insentif kepada rakyat untuk menangani kebimbangan ekonomi. "Ia satu bahana PN. Sikap bongkak seperti ini tidak membantu membina keyakinan untuk Malaysia melalui krisis ini," kata Wong Chen dalam satu catatan Facebook hari ini. Wong Chen berkata lanjutan itu bukan sesuatu yang tidak dijangka memandangkan China mengambil masa 50 hari untuk membendung penyebaran Covid-19 dan mereka hanya berjaya selepas kerajaannya melaksanakan langkah-langkah tegas dan menyalurkan sumber-sumber yang besar. "Apa yang sama sekali tidak dijangka dan tidak boleh diterima adalah kerajaan ini masih belum berjanji dan menggunakan jumlah rizab yang sepatutnya yang didakwa berjumlah RM400 bilion (menurut bekas penasihat ekonomi bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Muhammed Abdul Khalid), untuk ...

PH cadang kerajaan peruntuk tambahan RM150 bilion pakej rangsangan ekonomi

Imej
PETALING JAYA: Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mencadangkan kerajaan memperuntukkan pakej rangsangan tambahan sebanyak RM150 bilion atau 10% kadar KDNK tahunan susulan pembentangan pakej rangsangan ekonomi pada 30 Mac ini. Dalam kenyataan bersama, PH berkata di peringkat antarabangsa, negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman mengamalkan anggaran yang sama dan melaksanakan pakej rangsangan fiskal sekitar 10% KDNK mereka. “Peruntukan untuk meredakan aliran tunai bagi perniagaan kecil perlu ditingkatkan, diperluaskan skop dan dibuat tanpa faedah. “Ini akan memastikan PKS dapat mengekalkan tenaga kerja mereka dan terus hidup selagi keadaan ekonomi yang mencabar kekal,” menurut kenyataan itu. Kenyataan bersama itu diwakili Saifuddin Nasution, Hatta Ramli dan Liew Chin Tong. PH juga menyediakan laporan terbaru Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang menyeru kerajaan menanggung semua pendapatan yang hilang sepanjang krisis i...

Selepas pandemik Covid-19 berakhir

Imej
Jika kredibiliti Trump tidak begitu rendah, pengumuman oleh FDA mengenai kelulusan hydroxy-chloroquine untuk merawat Covid-19 mungkin akan memberi sedikit harapan dan kelegaan dalam menghadapi penyebaran wabak yang membawa maut pada hari ini. Bagaimanapun, pengumuman itu juga menyatakan bahawa rawatan, vaksinasi dan penyembuhan boleh menjadi kenyataan. Kita akan tempuhi seksaan yang luar biasa ini, walaupun kita tidak dapat menjangkakan kesan yang akan ditinggalkan dan bila ia akan berakhir. Covid-19 bukannya wabak pertama yang dijangkiti manusia, dan ia juga bukan yang terakhir. Kita masih lagi berada di situasi yang sukar. Semasa rencana ini ditulis, angkatan tentera negara telah digerakkan di seluruh negara dan menguatkuasa perintah kawalan pergerakan (MCO) dengan ketat. Walaupun pelbagai kesulitan dihadapi ketika menjalankan MCO ini, termasuk kejatuhan ekonomi tempatan, jelas langkah terbaik untuk menyekat virus ini daripada terus menular adalah dengan membuat penut...

Dana disekat: Kerajaan PH gagal betulkan keadaan sewaktu jadi pemerintah...!!

Imej
Anggota Parlimen Subang Wong Chen membayangkan PH turut bertanggungjawab ke atas keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyekat peruntukan kepada anggota parlimen pembangkang. Anggota parlimen PKR itu berkata, PH ada peluang untuk membetulkan keadaan tetapi sebaliknya mengekalkan amalan BN sebelumnya. "Bagaimana kita ada dalam keadaan ini? Ketika kita menang pada 2018, pimpinan PH memutuskan untuk 'menghukum' pembangkang ketika itu dengan mengehadkan belanjawan operasi mereka dan menafikan dana komuniti untuk mereka. "Sementara MP PH dapat RM300,000 untuk operasi pejabat kami, pembangkang hanya dapat RM100,000. MP PH juga menerima RM3.5 juta untuk dibelanja terhadap komuniti kami, pembangkang tak dapat apa-apa. "Kenapa kami melakukannya? Siapa yang tahu. Mungkin sesetengah dalam kepimpinan mahu 'balas dendam' kerana itulah yang berlaku kepada kami sebelum 2018. Mungkin sesetengah dalam kepimpinan berbuat demikian untuk memancing mer...

PKP: Mungkin sudah tiba masa guna pendekatan tegas, kata Dr Noor Hisham

Imej
Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa mengambil sikap tegas dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Noor Hisham berkata, Kementerain kesihatan telah cuba menggunakan pendekatan lembut untuk menasihati orang ramai agar berada di rumah ketika perintah kawalan pergerakan, yang bertujuan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Kami cuba gunakan pendekatan lembut (carrot) dahulu. Saya sudah gunakan pendekatan ini untuk dua minggu ini, tapi mungkin sudah tiba masanya untuk kita menggunakan pendekatan tegas (to use stick)," katanya. "Jadi pilihan di tangan orang awam," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung pendekatan lembut yang digunakan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan, yang masuk hari ketujuh hari ini. Terdahulu polis berkata mereka akan melaksanakan pendekatan nasihat agar orang r...