Catatan

Duit Umno: Apakah mahu tunggu Tun M kembali berkuasa, tanya MT Umno..??

Imej
Umno mempertikaikan apakah tindakan Peguam Negara masih menahan duit RM192 juta milik parti itu kerana Tun Dr Mahathir Mohamad masih ada pengaruh dalam kerajaan. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam facebook beliau juga berkata, apakah tindakan ini sengaja dilambatkan sampai bekas perdana menteri itu kembali berkuasa. “Maka sampai bila Umno mahu dibuli? Apakah Tun M masih ada pengaruh? “Apakah sengaja dilambat lambatkan pemulangan duit tersebut sampai Tun M boleh jadi PM kali ketiga?” tulis bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu dalam tulisannya. Mahkamah Tinggi pada 7 Febuari sudah buat keputusan menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk “melucut hak” duit Umno sebanyak RM192 Juta. Kemudian pada 19 Jun, mahkamah juga menolak permohonan SPRM untuk menangguhkan “pemulangan” balik duit tersebut. Kini Peguam Negara dan SPRM memohon pula untuk membuat rayuan atas keputusan Mahkamah tersebut. Sebelum itu duit Umno tel...

PNipu: Hilang semua isu yang dilaungkan PAS sejak jadi kerajaan tebuk atap...

Imej
Parti Bani Lebai dilihat seperti mengalami penyakit demensia. Lupa ingatan serta kehilangan keupayaan dan fungsi kognitif yang sangat serius. Isu hudud, arak, judi, Adib, amar makruf nahi mungkar, sekolah vernakular, Dong Zhong, haramkan DAP, konsep ulamak memimpin, royalti minyak Terenganu dan Kelantan … semuanya hilang dari radar memori. Yang tinggal cuma … dedak dan jawatan.

PNipu: Status kes Adib masih sama tapi PAS kata rakyat lega

Imej
PAS berkata rakyat Malaysia kini berasa “lega” dengan penjelasan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, mengenai status siasatan ke Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad mendakwa sepanjang tempoh 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, inkues terhadap punca kematian Muhammad Adib menjadi perhatian ramai kerana rakyat mengharapkan keputusan yang adil untuk anggota bomba berkenaan. Katanya, PAS berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Sept 2019 yang memutuskan punca kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah oleh individu yang tidak dikenali. “PAS yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan Kerajaan PN akan mengambil tindakan seadilnya terhadap kes ini dengan mencari dan menghukum mereka yang terlibat sama ada ke atas pembunuh serta mereka yang berusaha menutup kes ini, jika ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Muhammad Adib, 24, merupakan seorang Jab...

Saifuddin gesa penyokong PH bersabar, jangan masuk lubang sama berkali-kali

Imej
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menggesa penyokong Pakatan Harapan (PH) bersabar sementara gabungan itu berusaha mengembalikan mandat rakyat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Kita harus cermat, harus hati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali dan jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali,” katanya dalam wawancara dengan akhbar harian berbahasa Cina,  Kwong Wah  hari ini. Menurut Saifuddin, beliau memahami kegelisahan penyokong PH yang tidak mahu gabungan itu terperangkap dalam masalah pemilihan perdana menteri. “Saya hormati pandangan itu. Satu lagi pandangan, kita mesti beri jaminan yang kerajaan yang dibentuk itu sustainable, tak ada makna ambil alih kerajaan, bergaduh sesama kita,” katanya. Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, PH akan menggunakan sidang parlimen akan dengan sebaik mungkin untuk mencabar rang undang-undang yang akan dibentang kerajaan. “Ada dua bill, wang yang dibela...

Percaturan Mahathir-Anwar dalam peralihan kuasa

Imej
Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berkata yang beliau bersedia untuk menamatkan kerjasamanya dengan PKR jika parti itu terus menentang pencalonannya bagi jawatan perdana menteri, ini bermakna telah tercetusnya perang antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam wawancara eksklusif dengan Sin Chew Daily, Mahathir berkata bahawa beliau akan berhenti bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim sekiranya kebuntuan berhubung calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Plus tidak dapat diselesaikan. Jelas Mahathir, beliau akan mencari jalan lain untuk menjadi perdana menteri untuk kali ketiga. Tetiba terfikir juga adakah Dr Mahathir ingin meniru rekod peninju legenda Muhamad Ali yang merealitikan impian menjadi Juara Tinju heavyweight sebanyak tiga kali iaitu pada 1964, 1974, and 1978. Cassius Clay (atau Muhamad Ali) berusia 22 tahun apabila beliau mengecewakan Sonny Liston untuk memenangi gelaran heavyweight dunia pada Februari 1964. ...

'Sebelum ini pun ada pemimpin tinggalkan PKR tapi parti terus bertahan'

Imej
Tindakan tatatertib termasuk buang parti sebelum ini terhadap beberapa pemimpin dan anggota PKR yang dikaitkan sebagai penyokong bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali tidak akan menjejaskan parti, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. Saifuddin berkata, ini kerana parti itu pernah mengenakan tindakan tatatertib serupa terhadap beberapa pemimpin parti sebelum ini. "Saya mula melihat sejarah PKR sejak 20 tahun yang lampau, bermula April 1999 sehingga sekarang. Sekarang anggota PKR hampir-hampir mencecah 1 juta dalam tempoh 20 tahun. "Dalam sejarah penubuhan parti itu, ada pemimpin yang keluar sendiri, ada yang dipecat kerana tindakan disiplin. Ada nama kecil, ada nama besar," katanya dalam wawancara bersama akhbar harian bahasa Cina, Kwong Wah. Saifuddin memetik nama bekas menteri besar Selangor Khalid Ibrahim sebagai contoh. "Ternyata walaupun PKR pecat Khalid, tapi PKR di Selangor terus bertahan sebagai sebuah parti yang kuat. ...

SEMUA PM MEWAKILI GABUNGAN PARTI PELBAGAI KAUM, TIADA SEBAB ANWAR DARI PKR TIDAK BOLEH DITERIMA

Imej
Alasan pokok yang digunakan oleh Tun Mahathir Mohamad untuk mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri PH Plus ialah kerana Anwar Ibrahim yang merupakan pesaingnya dianggap tidak boleh diterima bagi jawatan itu kerana memimpin sebuah parti pelbagai kaum. Dengan itu, kata Tun Mahathir, beliau perlu menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu selama enam bulan sebelum menyerahkannya kepada Anwar. Dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun lalu, Anwar lantas berhujah bahawa jika itu alasannya, pada enam bulan akan datang di mana peralihan kuasa berlaku seperti yang dijanjikan kepadanya, ketika itu beliau masih lagi memimpin PKR yang merupakan sebuah parti berbilang kaum. Walaupun Tun Mahathir dilaporkan tidak mampu menyanggah hujah Anwar itu, tetapi alasan itu bukan saja menggambarkan isi hati sebenarnya tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar setelah memegangnya selepas enam bulan nanti, tetapi yang lebih penting ialah menyerlahkan sifat perk...

MB Perak dapat kenderaan rasmi baru Lexus ES..rakyat makan Lexus..!!

Imej
Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Faizal Azumu dilihat menggunakan kenderaan rasmi baru iaitu kereta jenis sedan Lexus ES. Bercakap kepada wartawan hari ini, Faizal berkata kerajaan negeri memberi kenderaan baru kerana salah satu daripada 16 Toyota Camry milik kerajaan negeri telah dijual kepada bekas penasihat undang-undang negeri Rohana Abd Malek, yang bersara pada bulan Disember lalu. "Dia meminta untuk membelinya. Dia adalah penasihat undang-undang kami yang paling lama berkhidmat, jadi kami bersetuju (menjualnya). "Dia masih perlu membelinya dengan harga lebih dari RM100,000, yang lebih murah daripada membelinya di luar," katanya. 16 Toyota Camry diperoleh tahun lalu. Faizal, yang ketika itu menjadi ketua kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak, telah mengundang bidasan kerana mencadangkan supaya kereta Proton Perdana yang digunakan sebagai kenderaan rasmi digantikan dengan Toyota Camry. Menurut Faizal, sedan Lexus ES, dibeli kerajaan negeri ...

Curi ayam sebab cari makan atau memang suka mencuri?

Imej
Wartawan veteran A Kadir Jasin hari ini turut serta dalam 'perang analogi ayam' yang sebelum ini membabitkan Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak. Ia adalah mengenai perbalahan hujah di antara kedua-dua bekas perdana menteri itu mengenai keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Riza Shahriz Aziz dalam kes pengubahan wang haram. Masih menggunakan ayam sebagai objek hujah, kali ini, Kadir mempersoalkan apakah pencuri ayam mencuri kerana “mencari makan” atau kerana sememangnya “mereka suka mencuri”. Imbas Kadir, pada zaman 1950-an dan 60-an dahulu, semua orang memelihara ayam sehingga menyebabkan harga ayam rendah ekoran kurang permintaan di pasaran. Namun, kata bekas penasihat media perdana menteri itu, yang peliknya, meskipun tiada permintaan, pencuri ayam tetap ada. “Inilah jenis pencuri yang paling ramai dan boleh dikatakan semuanya Melayu. Melayu pelihara ayam dan Melayu curi ayam. Tapi apabila nak jual ayam curi, kena cari peniaga ayam Cina...

Mahkamah benarkan pindaan kes Najib ubah laporan audit 1MDB

Imej
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan permohonan pendakwaan bagi meminda tuduhan berkaitan tuduhan ke atas Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang didakwa mengganggu laporan audit firma berkenaan. Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan pindaan kepada tuduhan berkenaan yang dibuat oleh ketua pendakwaaan, Gopal Sri Ram tidak menyebabkan prejudis kepada tertuduh. Hakim mengambil maklum bahawa pindaan itu dikemukakan hanya pada hari kelapan selepas perbicaraan dimulakan pada peringkat pendakwaaan. Katanya, hanya tujuh saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan dan mereka belum diperiksa bals sepenuhnya oleh pasukan peguam pembelaan Najib. "Saya yakin pihak pembelaan mempunyai waktu dan peluang mencukupi untuk menyiapkan kes mereka berdasarkan pindaan terhadap tuduhan. "Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikannya,” katanya. Jurubahasa mahkamah kemudian membacakan tuduhan ...

Saya perlu cari jalan lain untuk jadi PM – Dr Mahathir

Imej
Dengan penolakan PKR terhadap cadangan gandingan Mahathir-Anwar, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pengunduran daripada Pakatan Harapan + (PH+) selain tidak mahu lagi berbincang dengan PKR. Walaupun menolak perundingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, Dr. Mahathir bagaimanapun akan mengekalkan hubungan kerjasama dengan DAP dan Amanah, dua parti PH yang menyokong beliau sebagai PM. Apabila ditanya Sinchew Daily mengenai kemungkinan kerjasama dengan PKR, Dr. Mahathir dengan tegasnya berkata: “Tidak, saya rasa saya akan berundur.” “Saya tidak mahu bekerjasama dengan beliau (Anwar) kerana beliau tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya perlu mencari  jalan lain untuk menjadi PM, mungkin ada lagi cara lain. “Dengan cara ini, barulah saya dapat menumbangkan kerajaan dan PM pintu belakang,” katanya. Bekas Perdana Menteri itu pada masa yang sama menolak tawaran sebagai Menteri Mentor. “Berdasarkan pengalaman, mereka akan menolak pandangan saya apabila...

MAHATHIR SAH TAMAK KUASA, DAP DAN AMANAH HARUS SEGERA TINGGALKANNYA

Imej
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri – buat kali yang ketiga – meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan PKR, hakikatnya hanya menyerlahkan gila kuasanya bekas Pengerusi Bersatu itu. Kata Tun Mahathir, beliau kini tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar dan akan meninggalkan PH Plus kerana Presiden PKR itu sudah tidak mahu bekerjasama dengannya. “Tetapi saya akan terus bersama DAP dan Amanah untuk mencari jalan lain bagi menjadi Perdana Menteri buat yang ketiga. “Mungkin ada beberapa jalan lain untuk tujuan itu,” tambahnya lagi. Membaca kenyataan Tun Mahathir ini, tidak ada orang yang tidak geleng kepala dengan sikap dan ketamakannya. Apa lagi yang dimahukannya dalam hidup di dunia ini? Apakah Tun Mahathir sudah lupa pesanan arwah ibunya agar berhenti makan sebelum kenyang? Kenapakah sekarang ini, dalam usinya yang semakin tua, beliau asyik lapar dan mahu makan saja serta tidak pernah kenyang-kenyang? Sepa...

Jangan jadi ‘reforbasi’

Imej
Pada tahun akhir semester di Fakulti Seni Halus Shah Alam sekitar 2013 lalu, sahabat saya Fadhli Ariffin menghasilan installasi seni cetakan yang mengambil tema ikon Anwar Ibrahim sebagai penghasilan karya akhirnya. Selain menghasilkan imej-imej Anwar, Fadhli mencetak kain rentang yang terdapat lirik “ I fought the law and the law won ” oleh Sonny Curtis sekitar penghujung tahun 1950, dan dipopularkan Bobby Fuller Four pada tahun-tahun berikutnya serta arca-arca kecil topi konvokesyen dan beberapa arca mulut yang terbungkam. Melihat ironi imej dan petikan lirik serta arca-arca yang sangat begitu jelas berhubung kait tersebut pastinya tanggapan awal kita ia adalah berkaitan perjuangan, keadilan dan ia sangat berkait rapat dengan politik Malaysia pada ketika karya itu dihasilkan sama ada ia bersifat peribadi pengkarya atau ia sebahagian perakam zaman. Dalam konteks Malaysia pasca dua pemerintahan kerajaan yang berbeza selepas negara ini merdeka, politik adalah sebuah jala...

Itulah beza kami dan kamu...

Imej
Dulu, kami susah nak terima kamu. Kamu yang menzalimi presiden kami. Tapi atas tema demi Malaysia, kami terima. Bukan sekadar terima, malah setuju pula kamu jadi Perdana Menteri. Kemudian kamu berdalih-dalih untuk serah kuasa kepada Presiden kami. Sikap jelek kamu itu kami hadapi dengan tenang. Tak ada pula kami protes untuk merajuk dan berundur dari Pakatan. Kamu, baru sikit saja orang tolak, kamu dah merajuk nak keluar Pakatan. Datang kamu tak berundangan, pergi kamu pun tak ada yang menghalau. Ikut suka kamulah. Dulu kami pernah ditanya. Apakah kami yakin atuk tua takkan menganiaya Anwar lagi? Sungguh, kami tak ada jawapan yang pasti. Kami telan soalan itu, dan dengan separuh jiwa kami jawab, kalau pun dia khianat PKR, paling kurang Malaysia akan lebih baik daripada berada ditangan UMNO dan Najib. Ya itulah yang paling kurang. Jawapan penyedap jiwa dua tahun yang lepas. Tapi maaflah Atuk Tua. Kepercayaan kami kau khianati. Semoga kau bertemu jalan keampunan di depan sana. Ahmad Sy...

Najib sudah diberi notis 2 kali untuk bayar cukai – LHDN

Imej
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, peraturan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mewajibkan setiap individu membayar cukai apabila menerima notis taksiran, terpakai kepada semua rakyat di negara ini termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Peguam Kanan Hasil, Abu Tariq Jamaluddin, dalam hujahannya berkata, peruntukan itu sudah lama wujud sejak 70-an lagi, maka tidak timbul persoalan sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) angkuh dalam menuntut pembayaran cukai taksiran. Beliau berkata, tidak adil kepada pembayar cukai lain yang membayar cukai taksiran masing-masing tepat pada masanya jika Najib selaku defendan diberikan pengecualian. Katanya, malah Najib sudah diberi dua kali notis untuk membuat pembayaran, tetapi pihak LHDN tidak menerima sebarang permintaan daripada defendan (Najib) untuk mengatur pembayaran. “Berikutan itu kami (LHDN) memfailkan saman untuk menuntut pembayaran ini. “Tuntutan saman ini konsisten dengan Seksyen 106(3) Akta C...

Anwar dan PKR pemenang, Mahathir tanpa parti tewas...

Imej
Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR dilihat sebagai juara tanpa menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, PKR sebagai ‘kingmaker’ sebenar dalam menentukan sama ada pencalonan Mahathir akan diteruskan atau tidak. Pada masa ini, jelasnya, Anwar dan PKR tidak mengalami sebarang kerugian kerana boleh memberi tumpuan mengukuhkan dalaman parti serta melakukan persediaan untuk menghadapi PRU akan datang, jika ia diadakan lebih awal. Dr Awang Azman Awang Pawi “PKR masih boleh menjadi pembangkang yang berintegriti, menguatkan akar umbi, mendapat simpati rakyat kerana sudah hampir tiga kali dinafikan untuk jadi Perdana Menteri. “Manakala yang tewas dalam keadaan ini ialah Mahathir yang tanpa mempunyai parti, tidak disokong oleh PKR, rancangannya untuk menjadi perdana menteri kali ketiga akan gagal dan boleh menyebabkan karier politik Mahathir berakhir,” dipetik   Malaysiakini. Semalam, Naib Pre...

Dr M sedia tamatkan kerjasama dengan PKR jika tak dicalon sebagai PM

Imej
Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk menamatkan kerjasamanya dengan PKR jika parti itu terus menentang pencalonannya bagi jawatan perdana menteri. Dalam wawancara eksklusif dengan Sin Chew Daily, Mahathir berkata bahawa beliau akan berhenti bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim sekiranya kebuntuan berhubung calon perdana menteri PH Plus tidak dapat diselesaikan. Jelas Mahathir, beliau akan mencari jalan lain untuk menjadi perdana menteri untuk kali ketiga. Bagaimanapun, Mahathir berkata bahawa beliau akan terus bekerjasama dengan DAP dan Amanah kerana kedua-dua parti itu menyokongnya sebagai calon perdana menteri. "Saya tidak akan bekerjasama dengannya (Anwar) lagi kerana dia tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya perlu mencari cara lain untuk menjadi perdana menteri. Mungkin ada beberapa cara lain,” katanya. Malaysiakini kemudian menghubungi pembantu Mahathir untuk mendapatkan penjelasan kerana petikan kenyataan bekas perdana menteri itu menunjukkan ...

SAMPAI MASANYA MAHATHIR PERLU TUBUH SEBUAH PARTI BARU

Imej
Setelah terpecat daripada Bersatu, Tun Mahathir Mohamad ketika ini adalah pemimpin yang tidak mempunyai parti. Kedudukan beliau di Parlimen ialah sebagai Ahli Parlimen Bebas bersama empat lagi pemimpin Bersatu yang turut terpecat bersamanya. Salah satu tujuan Tun Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri semula adalah untuk mendapatkan balik Bersatu yang mana parti itu telah diasaskan penubuhan olehnya bersama beberapa yang lain, termasuk Muhyiddin Yassin. Namun, melihat usahanya untuk kembali berkuasa ketika ini masih tidak menentu, bermakna selagi Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, laluan tetap sukar bagi Tun Mahathir untuk mendapatkan balik Bersatu. Tambahan lagi, Setiausaha Agung Bersatu lantikan Muhyiddin adalah juga Menteri Dalam Negeri yang mana Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS adalah dibawah pengawasannya. Ini menjadikan, apa pun usaha Tun Mahathir untuk mengambil balik Bersatu kembali ke dalam pangkuannya, kalau pun tidak mustahil, tetapi laluannya penuh...

Tun M sebagai PM bukan lagi pilihan terbaik untuk Pakatan Harapan

Imej
Pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali mengambil alih tampuk kerajaan, hanyalah sekadar satu strategi jangka pendek untuk gabungan politik itu. Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar berkata, Pakatan Harapan harus mengambil kira bahawa populariti bekas perdana menteri itu kian merosot dalam kalangan rakyat. Mohamad Hisomuddin berkata,  sekiranya Pakatan Harapan masih berpegang kepada formula yang sama, maka mereka akan menghadapi masalah sekiranya berlaku pilihan raya umum dalam masa terdekat ini. "Persoalan untuk menghadapi PRU15, saya rasa, mempunyai angkubah yang berbeza, yang mana mungkin pada pengamatan kami di lapangan dalam tempoh sekarang ini ialah kemerosotan populariti Tun Dr Mahathir. “Pada PRU yang lepas, kita mengakui dengan kehadiran beliau dan juga apa y...

Pnipu: Polis akhlak diharap tak pencen apabila sudah dapat ghanimah

Imej
Ketika zaman Pakatan Harapan pemimpin Pas siap berdakwah kepada Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq. Sejak pemimpin Pas mula menjadi menteri dan disogokkan jawatan-jawatan dari GLC, pemimpin Pas mulutnya telah berkunci dan terkatup. Menurut Ahmad Zhafri yang memuat naik statusnya di Facebook dipetik “Menteri Mohon pemimpin PAS juga menegur menteri kita seorang ni. Bukan apa. Saya bimbang amar makruf nahi mungkar ni hanya slogan pada zaman-zaman tertentu untuk menarik perhatian masyarakat bawahan. Bukannya seruan ikhlas daripada hati. Saya bukan apa. Pas ini dikenali sebagai polis akhlak dan moral. Janganlah semua pakat pencen jadi polis akhlak bila dah sibuk menikmati ghanimah.