Catatan

Skandal SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan tujuh pertuduhan

Imej
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk mengketepikan semua tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana SRC International. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersetuju bahawa alasan pertuduhan terbabit cacat adalah tidak berasas. Beliau juga berkata pertuduhan terhadap Najib tidak bersifat pendakwaan dua kali (double jeopardy) memandangkan setiap pertuduhan adalah berbeza dan sabitan hanya berlaku jika pihak pendakwaan membuktikan setiap pertuduhan. Malah, katanya pasukan pembelaan juga telah dibekalkan dengan dokumen yang berkaitan. "Setakat ini sembilan hari berlalu dengan 21 saksi memberi keterangan, dengan soal balas yang ekstensif, dengan permohonan untuk dokumen daripada saksi dan dibenarkan mahkamah. “(Oleh itu) sukar untuk menerima bahawa pembelaan (tertuduh) dikelirukan dengan dakwaan-dakwaan tersebut," kata hakim. Beliau juga berkata...

Rundingan ECRL zaman Najib tak telus, kata PM

Imej
Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Itu Perdana Menteri dahulu (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang membuat rundingan, tiada usaha yang wajar, tiada kajian daya maju. “Tidak telus, kemudian hendak pinjam (duit) banyak-banyak,” katanya hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang media dengan wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama lima hari ke China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam. Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pembangunan ECRL, yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia selepas digantung pembinaannya pada tahun lepas berikutan membabitkan kos yang tinggi. Persetujuan untuk meneruskan ECRL dibuat selepas kejayaan rundingan semula oleh Wakil Khas Per...

APAKAH TUN M LUPA, BELIAU PERNAH MINTA RAJA PECAT PERDANA MENTERI SEBELUM INI?

Imej
Mungkin kerana faktor usia, seseorang itu kadangkala terlupa kata-kata dan tindakannya sebelum ini. Ketika menjawab kata-kata Tunku Mahkota Johor atau TMJ terhadapnya, Tun Mahathir Mohamad berkata, keududukannya sebagai Perdana Menteri adalah ditentukan rakyat. Tetapi, kata beliau, TMJ pernah ditukar suatu ketika dahulu iaitu merujuk kepada Sultan Mahmud yang digantikan dengan adiknya pada tahun 1961. Sultan Mahmud bagaimanapun dikembalikan semula sebagai TMJ pada tahun 1981, tidak berapa lama sebelum kemangkatan ayahandanya, dan selepas itu ditabalkan sebagai Sultan Johor. Sehubungan itu, tambah Tun Mahathir, TMJ hanyalah orang kecil, bukannya orang besar. “Dia bukan orang besar, dia orang kecil. Kalau dia boleh nak undi, dia undilah bagi saya jatuh,” katanya lagi. Dalam hal ini, di sebalik ada nada sedikit besar diri bahawa hanya rakyat boleh menukar kedudukannya, Tun Mahathir terlupa agaknya bagaimana ketika beliau mengetuai Deklarasi Rakyat dan mempersembahka...

Anwar: Dakwa Najib tak semudah dakwa saya

Imej
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan proses perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak semudah pendakwaan yang dihadapinya ketika pentadbiran BN dahulu. Beliau berkata, ini kerana kerajaan PH berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan mahu memastikan sistem kehakiman bebas tanpa sebarang campur tangan. "Hendak dakwa mantan perdana menteri bukan mudah, bukan macam dakwa saya dulu. "Sebab kita janji rule of law , kita janji tak mahu pengaruh hakim, kita janji proses mesti adil," katanya ketika berucap pada majis makan malam amal anjuran PKR Kuala Langat di Kuala Langat malam tadi. Hadir sama Naib Presiden PKR, Dr A Xavier Jayakumar yang juga ketua PKR cabang Kuala Langat. Najib yang juga bekas Presiden Umno kini berdepan 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLAFTA) 2001. Anggota Parlimen Pekan itu juga turut berdepan pertuduhan rasuah dan salahguna ku...

Lebih mudah ambil alih kepimpinan ketika kerajaan stabil, kata Anwar

Imej
KUALA LANGAT: Selepas 5 hari menolak untuk menjadi menteri kewangan, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, adalah lebih mudah untuk mengambil alih kerajaan dalam keadaan yang sudah stabil. Anwar berkata, buat masa ini beliau menyokong supaya Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad membetulkan keadaan dan mestabilkan negara yang telah dirosakkan kerajaan sebelum ini. “Ini kerana yang mengantikkan Najib Razak mempunyai pengalaman. Dia (Dr Mahathir) tahu kalau kapal baru yang sedang gelombang masih dapat dikawal. “Bagi saya, saya sokong supaya kapal ini stabil sahaja, saya ambil alih dalam keadaan stabil itu lebih mudah. Jadi sebab itu, PKR perlu beri sokongan (pada Dr Mahathir),” katanya ketika berucap dalam satu majlis makan malam amal anjuran PKR Kuala Langat, malam ini. Pada 24 April lalu, Anwar berkata, beliau akan menolak jawatan menteri kewangan jika ditawarkan kepadanya ketika ini susulan kekangan ekonomi negara yang tidak menentu. Anwar b...

MENUKAR PERDANA MENTERI LEBIH MUDAH BERBANDING MENUKAR RAJA

Imej
Menjawab kata-kata Tunku Mahkota Johor atau TMJ yang menyebut “Daripada tukar Mora, baik tukar Perdana Menteri”, Tun Mahathir Mohamad berkata, kedudukannya hanya boleh ditukar oleh rakyat. Sebaliknya kata Tun Mahathir, pernah di suatu ketika dahulu Tunku Mahkota Johor telah ditukar dan digantikan dengan adiknya. “Jadi TMJ boleh ditukar. Perdana Menteri cuma rakyat saja boleh menukarnya,” tambah beliau. Menurut Tun Mahathir lagi, TMJ bagaimanapun boleh cuba mengundi jika ingin menukarnya sebagai Perdana Menteri. “Dia (TMJ) bukan orang besar, dia orang kecil. Kalau dia boleh nak undi, dia undilah bagi saya jatuh” kata Tun Mahathir lagi. Memang benar ada sejarah di mana TMJ pernah ditukar, tetapi ia bukanlah sesuatu yang selalu berlaku. Ini kerana kedudukan Raja adalah berdasarkan keturunan dan suatu jawatan yang diwariskan. Dalam sejarah moden Johor, barangkali Sultan Mahmud yang digantikan dengan adiknya pada 1961 itu adalah satu-satunya TMJ yang pernah ditukar kedu...

SENYAP BELAKO.....!!

Imej
Duit berbillion² ringgit masuk ke akaun peribadi pon secara senyap. Kerjasama politik pun cara senyap.. Elok sangat lah tu.. Bohong putarbelit, menyamun menyangak memang sepadan sgt..

BENARKAH TUDUHAN JAHAT ketua lebai PAS tersebut ?

Imej
Sudah tentu tidak benar sama sekali kerana jumlah menteri dlm Kabinet Malaysia 64 peratus nya adalah drpd menteri beragama Islam manakala jumlah ahli parlimen PH yg beragama Islam adalah lebih besar (drpd bukan Islam) berbanding tuduhan lebai PAS yg mengatakan PH didominasi oleh MP bukan Islam. PENDUDUK MALAYSIA beragama Islam 70 peratus ??!.. 70% tu kutip data dari mana ??! PAS dan Fitnah BERPISAH TIADA slps bersekongkol secara rasmi dgn UMNO !!!

Pengerusi baru PPBM Johor diumum lepas Aidilfitri

Imej
JOHOR BAHRU: Pengerusi PPBM Johor yang baru sudah diputuskan, namun pengumuman rasmi mengenainya hanya akan dibuat selepas Aidilfitri ini. Pengarah media PPBM Johor, Solihan Badri berkata, pengumuman akan dibuat oleh presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, yang juga penyandang jawatan pengerusi PPBM negeri berkenaan. “Saya rasa sebelum pemilihan parti berlangsung (pengumuman dibuat) dan kita harap ia dapat diselesaikan dengan baik sebab ini penting untuk perjalanan parti dan kerajaan. Selain itu, setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya juga akan membuat surat rasmi berhubung lantikan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku ‘Bersatu Mulanya Di sini’ oleh Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri, di sini hari ini. Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor, Mazlan Bujang, yang digugurkan minggu lalu, berkemungkinan dilantik mengisi jawatan tersebut.

PRK Sandakan Menunjukkan sikap munafik PAS.

Imej
Letih nak ikut politik PAS.. makin gila dan hilang kewarasannya.. Bila suruh tolak calon bukan Islam, KELUAR DALIL 1.. Bila suruh sokong calon bukan Islam, KELUAR DALIL 2.. Kenapa PAS sokong PBS & MCA yang terang2 dan muktamad menolak bantah RUU355 & HUDUD ??! Tetapi bila DAP 'TIDAK BERSETUJU' dgn kandungan RUU355, PAS mencerca & memfitnah DAP ??

BILA DAH KANTOI...BAYARAN JADI PINJAMAN PULAK...!!!

Imej
Kenapa jawapan/ alasan peguam terkenal dikaitkan dgn UMNO, Shafee Abdullah yg dituduh terlibat pengubahan wang haram berkaitan RM9.5 juta yang diterimanya pada 2013 dan 2014 daripada Najib berbelit-belit ??! Adakah ini nak caranya nak perbodohkan hakim bila dibicara dlm mahkamah bermula 8 Julai ini ??! Kaya ko Najib !!!.. Murah sungguh hati boleh kasi pinjam duit juta-juta.. Berapa 'interest' na k pinjam tu ?.. Sejak bila Najib dah jadi 'ah long' ?

Husam sedia jadi ‘orang tengah’ isu royalti minyak Kelantan

Imej
BACHOK: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa berkata, kerajaan PAS Kelantan sepatutnya menggunakan khidmatnya dalam penyelesaian berhubung tuntutan royalti petroleum daripada Petronas. Beliau berkata, tuntutan royalti itu memang pada asalnya adalah perjuangannya dan beliau sudi menjadi “orang tengah” dalam isu berkenaan. “PAS sepatutnya ‘guna’ saya untuk jadi orang tengah kerana saya memperjuangkan hal ini (royalti minyak). “Tetapi oleh kerana PAS tidak mahu menggunakan khidmat saya, jadi lambat sikit (dapat royalti). Nak buat macam mana?… oleh kerana kerajaan negeri dia ada pakar-pakar, jadi khidmat orang macam saya tidak diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penuaian padi jenis UKMRC8 yang dihasilkan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia di Bendang Badak Mati, di sini, hari ini. Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkata, jika PAS mahu bekerjasama dengannya untuk menjadi o...

PAS sahkan bantu calon PBS di PRK Sandakan

Imej
PAS mengesahkan akan membantu calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Linda Tsen pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan sebagai usaha menguatkan lagi blok pembangkang di Parlimen. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, PAS Sandakan dan PAS Sabah akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat bagi memastikan ahli dan penyokong parti Islam di kawasan itu turun mengundi pada 11 Mei depan. “Selaras dengan keputusan PAS Pusat tidak meletakkan calon dalam PRK Parlimen Sandakan semasa hari penamaan calon yang lalu, PAS mengesahkan akan memberi sokongan padu kepada wakil pembangkang yang bertanding menentang calon Pakatan Harapan (PH). “Langkah ini diambil bagi menguatkan lagi blok pembangkang yang akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dan terhadap kerajaan, demi kebaikan negara dan seluruh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tsen sewaktu ditemui selepas selesai penamaan calon memaklumkan sebagai naib presi...

'Tak hairan sokongan PH turun jika ambil kira kerosakan 60 tahun' - Amanah Terengganu

Imej
Amanah Terengganu berkata hasil kajian Merdeka Center yang menunjukkan kemerosotan kadar puas hati rakyat terhadap pentadbiran PH bukan sesuatu yang menghairankan jika mengambil kira "kerosakan" yang berlaku sebelum ini. Pengerusinya, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mengingatkan bahawa PH baru mengambil alih kerajaan selama kira-kira setahun dari 60 tahun pentadbiran. "Tidak hairan sekiranya data daripada kajian dilakukan pusat kajian itu menunjukkan penurunan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan PH. “Bagi mencapai solusi jangka masa panjang ia perlu masa. Tempoh setahun tidak dapat untuk mengubati penyakit yang telah ditanggung selama 60 tahun," katanya seperti dilapor Sinar Harian. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengambil contoh masalah dihadapi Tabung Haji antaranya sehingga defisit RM4.1 bilion setakat 31 Disember 2017, yang menurutnya memerlukan masa yang panjang untuk dipul...

Penyatuan PAS-Umno hasil usaha senyap saya dan Hadi sembang Najib

Imej
Bekas presiden Umno Najib Razak semalam memberitahu ahli PAS bahawa 'penyatuan' dua parti yang sebelum ini merupakan seteru adalah hasil dari "usaha senyap-senyap" olehnya dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Jelas Najib usaha itu bermula ketika perbincangan isu Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) dan perkara-perkara lain ketika beliau masih menjadi presiden Umno dan juga perdana menteri. "Ada dua hikmah kekalahan kita (dalam pilihan raya umum ke-14). "Satu, mereka (rakyat) boleh banding zaman BN dengan zaman PH hari ini? "Yang kedua, lahirnya penyatuan ummah gabungan antara PAS dan Umno," katanya yang disambut tepukan dan sorakan gemuruh hadirin. "Sebab saya telah usahakan senyap-senyap perkara ini selama ini dengan Tok Guru Hadi (Abdul Hadi) waktu malam dia datang bincang RUU355 dan perkara-perakra bersangkut paut kepentingan umat Islam. "Hari ini saya rasa begitu bersyukur apa saya telah mulakan, berputik...

Agenda AWANI: Landskap perubahan menjelang Setahun Malaysia Baharu

Imej

Menjelang Setahun Malaysia Baharu: Tingkat taraf sosio-ekonomi nelayan

Imej

Menjelang Setahun Malaysia Baharu: Refleksi setahun sebagai ADUN

Imej

Menjelang Setahun Malaysia Baharu: PRK Sandakan & cabaran 'Team Shafie' mentadbir Sabah

Imej

Menjelang Setahun Malaysia Baharu: FameLab Malaysia National Final 2019

Imej