Catatan

Skim caruman KWSP untuk isteri dilaksana suku ke-3 2020

Imej
KUALA LUMPUR: Skim sukarela bawah kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal dilaksanakan pada suku ke-3 tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah. Beliau berkata skim bersifat sukarela itu membolehkan suami mencarum 2% daripada 11% syer pekerja kepada isteri yang bekerja atau suri rumah. “Semalam Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (Pindaan) 2019. Kita perkenalkan 1 skim sukarela bagi suami memberikan secara sukarela 2% daripada 11% potongan yang dibuat daripada syer pekerja (suami) itu kepada isterinya. “Kriteria skim ini bagi suami, mestilah bekerja dan mempunyai majikan, warganegara Malaysia. Ia juga terbuka kepada suami bukan warganegara yang status kerakyatan isteri mereka adalah warganegara,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Beliau menjelaskan kriteria isteri pula mesti warganegara dan mereka bekerja atau suri rumah. Amiruddin berkata skim tersebut merupakan pengi...

Skandal SRC: Pendakwaan bangkit isu coklat hilang...duit dan coklat...!!

Imej
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memberitahu bahawa beliau tidak memberi perhatian penuh terhadap dana yang masuk ke akaun banknya. Sebab itulah bekas Perdana Menteri tidak mengetahui mana-mana transaksi lain masuk ke akaunnya di AmBank selain derma daripada kerajaan Arab Saudi. Najib yang disoal ketika perbicaraan kes SRC International mempertahankan keterangannya itu dengan mengatakan beliau mengeluarkan wang dari akaun menerusi cek tanpa memeriksa dan mengetahui baki yang tinggal. Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram. Sithambaram: Datuk Seri, anda seorang yang cermat dengan wang atau dana kerajaan. Najib: Saya tidak begitu beri perhatian. Sithambaram: Awak tidak tahu ada dana lain yang dimasukkan ke akaun anda? Najib: Sehingga ia menjadi isu. Sithambaram: Awak tulis cek jutaan ringgit untuk kegunaan politik Najib: Ya. Sithambaram: Saya hanya ingin tahu adakah cek anda tunjuk baki dalam akaun? Naji...

Skandal SRC: Najib ketika diasak pertikai kesahihan surat SRC

Imej
KUALA LUMPUR: Najib Razak mempertikaikan kesahihan surat mengandungi tandatangannya yang dikemukakan di mahkamah hari ini, yang memberikannya kawalan lebih besar ke atas SRC International melalui pindaan perlembagaan syarikat itu. Apabila pihak pendakwaan menunjukkan surat yang ditandatanganinya bagi pihak Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), Najib berkata salinan itu bukan versi asal. “Saya berpegang dengan apa yang saya katakan dalam kenyataan saksi bahawa saya tidak dapat mengesahkan surat ini asli,” kata bekas perdana menteri itu kepada pendakwa ad hoc V Sithambaram, merujuk kepada surat bertarikh 23 April 2012. Sithambaram kemudian mengingatkan Najib mengenai jawapannya di mahkamah minggu lepas semasa disoal Peguam Negara Tommy Thomas. Surat itu menyatakan Najib, selaku perdana menteri, bersetuju dengan pindaan perlembagaan SRC International dengan menambah 2 peruntukan baru, yang membolehkan perdana menteri dilantik sebagai penasihat emeri...

Skandal SRC: Najib kata baki dalam akaun cukup untuk cek CSR..tapi tak tahu jumlah baki akaun..??

Imej
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan SRC International hari ini beliau mengeluarkan cek daripada akaun banknya untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerana beliau mempercayai mempunyai baki mencukupi dalam akaun tersebut. Namun, apabila diperiksa balas oleh pendakwa ad hoc V Sithambaram, beliau berkata tidak memeriksa jumlah sebenar dengan sesiapa termasuk ketua setiausaha sulitnya, Azlin Alias, atau individu yang diberi kuasa menguruskan akaunnya iaitu Nik Faisal Ariff Kamil. “Jika mereka kata saya boleh mengeluarkan cek, saya akan mengeluarkannya. Mereka tidak memberitahu saya jumlah tertentu,” katanya. Pegawai AmBank Badrul Hisam Mohamed dalam keterangan sebelum ini memberitahu RM10.7 juta telah dibayar kepada pelbagai individu, syarikat dan parti politik. Sithambaram, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan SRC International, berkata beliau mendapati situasi pelik. ...

Umat Islam perlu bersatu hati, kembalikan ketamadunan Islam - Al-Sultan Abdullah

Imej
KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak seluruh umat Islam bersatu hati dan menyatakan komitmen dalam pembangunan ummah dan mengembalikan ketamadunan Islam. Titah baginda, masih ramai umat Islam tertindas dan terperangkap dalam kemelut kemiskinan, kemunduran termasuk tempat tinggal. “Kini tiba masa untuk kita semua untuk meluaskan usaha individu selama ini kepada ummah secara keseluruhan. “Ayuh kita bersama menyatakan komitmen untuk mempraktikan apa yang telah kita lakukan lima kali sehari (solat) selama ini sebagai seorang individu, untuk menambahbaik kehidupan ummah dan mengembalikan semula kegemilangan Islam. Kini secara keseluruhan, negara Islam telah mencapai kegemilangan. “Namun, kita mas...

Skandal SRC: 'Saya tidak bertanggungjawab atas akaun bank sendiri' sembang Najib

Imej
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku dalam akaun banknya yang diuruskan oleh orang lain. Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas Timbalan Pendakwaraya, V Sithambaram, yang menyoal sama ada tertuduh bertanggungjawab secara peribadi terhadap apa yang berlaku di dalam tiga akaun AmBank miliknya. Tiga akaun itu memainkan peranan penting dalam kes pendakwaan RM42 juta SRC International terhadap Najib. Sithambaram: Adakah anda mempunyai tanggungjawab secara peribadi untuk urus niaga perbankan anda? Najib: Saya telah wakilkan orang lain untuk menguruskan akaun itu. Sithambaram: Adakah anda masih bertanggungjawab? Najib: Jika ada masalah, bagaimanakah saya boleh dipertanggungjawabkan sebab bukan saya urus? Sithambaram: Adakah anda secara peribadi mempunyai tanggungjawab walau apa pun orang lain (seperti bekas CEO SRC Nik Faisal Ariff Kamil yang diberi ...

Skandal SRC: Mahkamah diselubungi gelak ketawa dengar alasan Najib

Imej
DALAM perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Razak hari ini diselubungi gelak ketawa mendengar alasan lucu bekas perdana menteri itu ketika menjawab soalan pendakwaraya Datuk V. Sithambaram. Kejadian itu berlaku apabila Najib dilaporkan bertegas mahu pakar mengesahkan tandatangan miliknya sendiri selepas mengandaikan bahawa tandatangan pada dokumen yang digunakan dalam perbicaraan itu adalah palsu. Sithambaram : kamu setuju dengan saya apabila kamu mendapati tandatangan dipalsukan dalam sebarang dokumen kamu akan membuat satu laporan polis? Najib : Saya hanya sedar semasa perbicaraan bahawa terdapat kemungkinan ia telah dipalsukan. Saya sedang menunggu pakar untuk memeriksa tandatangan saya. Sithambaram : Itu bukan soalan saya. Adakah kamu akan buat laporan polis? Najib : Hanya apabila ia sudah disahkan (oleh pakar) saya akan buat satu laporan polis. Sithambaram : Sekiranya pemahaman saya betul, kamu sendiri masih tak pasti dokumen itu dipalsukan? Najib : Saya agak yakin bahawa ia dipal...

Tarikh bicara CBT RM6.6 bilion Najib dikosongkan untuk bicara skandal SRC

Imej
Perbicaraan kes pecah amanah dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaraaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang sepatutnya bermula 6 Januari tahun depan telah dikosongkan bagi memberi laluan kepada perbicaraan SRC International Sdn Bhd. Kes pecah amanah itu membabitkan enam tuduhan berkaitan dana Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengosongkan tarikh perbicaraan untuk bulan Januari dan Februari 2020 semasa pengurusan kes hari ini. Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 6 hingga 9 Januari dan 20 hingga 23, diikuti oleh 3 hingga 6 Februari, 10 hingga 13, 17 hingga 20 dan 24 hingga 27 untuk pendengaran kes Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan tarikh pada bulan Mac dan April dari 2 hingga 5 Mac dan 9 hingga 12 Mac, dan 6 hingga 9 April, 13 hingga 16, 20 hingga 23 dan 27 hingga 30. Hakim menetapkan 27 Feb, 2020 untuk pengurusan kes seterusnya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk...

Skandal SRC: Najib kata tandatangan pada dokumen boleh dipalsukan

Imej
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini beliau tidak pasti sama ada tandatangannya pada dokumen berkaitan perbicaraan rasuah SRC International, yang sebenar atau palsu. Beliau berkata disebabkan itu beliau mahu melibatkan pakar dari Australia untuk mengenal pasti kesahihan tandatangan tersebut pada exhibit tertentu di mahkamah. “Saya tidak pasti sama ada tandatangan tersebut dipalsukan. Sebab itu saya memohon memanggil pakar untuk mengesahkannya,” katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya ad hoc V Sithambaram, yang melakukan pemeriksaan balas terhadap Najib, berkata ia tidak perlu kerana Najib sendiri sepatutnya dapat menentukan kesahihannya. “Pakar boleh datang dan memberikan bukti, dan dia akan memberi keterangan seperti yang anda mahu dia katakan,” katanya. Minggu lalu, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata pakar tersebut akan menjalankan pemeriksaan terhadap exhibit di hadapan...

Saman k’jaan tuntut RM253.6 juta dari NFC didengar 13 Januari

Imej
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan lima hari mulai 13 Jan tahun depan untuk mendengar saman difailkan kerajaan Malaysia menuntut RM253.6 juta dipinjamkan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang diuruskan oleh suami dan tiga anak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Pesuruhjaya Kehakiman Anand Ponnudurai menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini, dengan kehadiran Peguam Kanan Persekutuan Mohd Radhi Abas dan Peguam Persekutuan Mohd Ashraf Abd Hamid yang mewakili kerajaan dan peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang hadir bagi pihak NFC. Rajan memberitahu pemberita mahkamah menetapkan 13, 14, 15, 17 dan 20 Jan tahun depan untuk mendengar saman itu manakala 8 Jan ditetapkan untuk pengurusan kes. “Setakat ini, kedua-dua plaintif dan defendan menyediakan tujuh saksi untuk memberi keterangan. Hari ini, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan dokumen, kenyataan saksi dan kronolo...

Skandal 1MDB: Wang RM254,112.24 dari akaun Umno Sabah kini hak kerajaan

Imej
Wang RM254,112.24 yang dibekukan daripada akaun bank milik Badan Perhubungan Umno Sabah (Umno Sabah) yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi harta kerajaan Malaysia. Keseluruhan jumlah wang yang dimohon kerajaan untuk dilucut hak daripada badan tersebut ialah sebanyak RM1,254,112.24. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan kepada mahkamah bahawa Umno Sabah selaku responden menyatakan persetujuan penyelesaian melalui representasi bertarikh 9 Dis lepas. “Representasi responden telah diterima pendakwaan dan pihak-pihak bersetuju dengan penyelesaian bahawa wang berjumlah RM254,112.24 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. “Manakala baki wang RM1 juta tersebut dikembalikan kepada pihak responden,” katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan di Kuala Lumpur, hari ini. Badan Perhubungan Umno Sabah yang...

Suruhanjaya Sekuriti AS: Najib dapat sogokan dari bon 1MDB

Imej
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) menamakan bekas perdana menteri Najib Razak sebagai penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih Goldman Sachs melibatkan bekas eksekutifnya, Tim Leissner. SEC berkata demikan dalam ' cease and desist order ' bagi prosiding terhadap Leissner, selepas dia membuat tawaran penyelesaian bagi pertuduhan terhadapnya, yang termasuk penggantungan kekal dalam industri sekuriti. Dalam perincian latar belakang kes itu, SEC berkata Leissner membantu meraih bon bernilai AS$6.5 bilion untuk 1MDB dengan preteks menyokong projek yang memberi manfaat keada rakyat Malaysia. "Leissner dan yang lain sebaliknya merancang dan melakukan skim untuk menyeleweng lebih AS$2.7 bilion dan mengagihkan wang itu sebagai rasuah dan sogokan kepada pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi, termasuk tetapi tidak terhad kepada Najib serta beberapa individu yang terlibat dalam skim itu dan keluarga mereka, termasuk Leissner,...

Kemungkinan bakal berlaku dalam semakan semula pembunuhan Altantuya

Imej
PUTRAJAYA: Beberapa peguam berkata akan berlaku beberapa kemungkinan dalam permohonan semakan semula yang difailkan bekas polis Azilah Hadri yang mahu mengenepikan sabitannya membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Mereka berkata kes Azilah di Mahkamah Persekutuan menjadi lebih menarik kerana dia melampirkan akuan berkanun (SD) bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan “tembak dan bunuh” Altantuya. “Bagaimanapun, beban terhadap Azilah adalah untuk menjustifikasi mengapa mahkamah mesti memohon bidang kuasanya (di bawah Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan) untuk menyemak semula kes itu,” kata peguam Baljit Sidhu. Beliau mengulas permohonan Azilah untuk mengetepikan sabitan pada 2015 dan memerintahkan perbicaraan semula di Mahkamah Persekutuan. Peguam itu berkata Aturan 137 untuk mengelak ketidakadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah, dan Azilah mesti menunjukkan bahawa keterangan dalam akuan SD tidak tersedia semasa perbicaraan di Mahkamah...

MELEWATKAN PERALIHAN KUASA HANYA AKAN MEMUDAHKAN BN KEMBALI BERKUASA

Imej
Sebelum PRU14, semua orang yang menyokong PH sedar bahawa jika menang PRU14, Tun Mahathir Mohamad hanya akan memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja. Ketika mengundi logo PKR yang mewakili PH dalam PRU14, pengundi juga sedar bahawa Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri interim sebelum beliau harus menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim. Sebelum PRU14 juga, keinginan rakyat menumbangkan BN dan menjadikan PH sebagai kerajaan bukanlah disebabkan ghairah mahu Tun Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua. Keinginan yang paling tinggi ialah untuk menjatuhkan Najib Razak daripada persada kuasa yang dipegangnya sejak 2009. Keinginan kedua tertinggi ialah untuk mengangkat Anwar sebagai PM8 berdasarkan sumbangannya menubuhkan PKR dan menggabungkan kekuatan pembangkang sejak 1998 lagi. Terpilihnya Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 adalah semata-mata kerana Anwar ketika itu berada di penjara dan untuk itu, seorang ca...

MENYASARKAN NAJIB SEMATA-MATA TIDAK MENJAMIN KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN

Imej
Berikutan akuan bersumpah atau SD oleh Azilah Hadri, salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mendakwa beliau diarahkan oleh Najib Razak untuk melakukan pembunuhan itu, semalam seluruh negara gempar jadinya dengan hampir semua orang bercakap dan mengulas perkara itu. Rata-rata menuding jari kepada bekas Perdana Menteri itu, lebih-lebih lagi SD yang dibuat oleh Azilah ternampak lengkap dengan urutan peristiwa beserta tarikh-tarikhnya sekali. Tidak kurang yang mengatakan “habislah Najib kali ini”, manakala bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil masa yang lama untuk mengaitkan wujudnya SD itu sebagai perancangan kerajaan PH untuk segera memasukkannya dalam lokap tanpa boleh diikat jamin. Dalam apa juga kes jenayah, motif adalah perkara paling penting sekali dan daripada motif itulah dapat diselongkar segala kebenaran. Walaupun SD bukan semestinya betul dan 100 peratus boleh diterima sebagai bahan bukti di mahkamah, setidak-tidaknya denga...

Bapa Altantuya: SD Azilah peluang Malaysia bersihkan nama

Imej
Bapa kepada Altantuya warga Mongolia yang dibunuh, Setev Shaariibuu melihat pendedahan mengejutkan oleh bekas polis yang menunggu hukuman mati, Azilah Hadri pada hari ini sebagai peluang untuk Malaysia membersihkan namanya. Dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini , Shaariibuu berkata beliau kini dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan tetapi sedar mengenai SD Azilah yang mengaku telah membunuh Altantuya pada tahun 2006 selepas didakwa mendapat arahan daripada Najib Razak, yang ketika itu timbalan perdana menteri. "Ini peluang pihak berkuasa Malaysia sekarang untuk membersihkan nama negara di peringkat antarabangsa sekiranya mereka dapat segera mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan ini," kata Shaariibuu dari Ulaanbataar, Mongolia. "Kami berharap pendedahan terkini ini dapat mempercepatkan kebenaran dan membantu keluarga saya menuntut keadilan untuk anak perempuan saya, yang telah meninggalkan kami dengan tiba-tiba secara tidak adil, 13 ...

Teks penuh SD Azilah yang babitkan Najib dalam kes Altantuya

Imej
Lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadapnya, bekas polis elit Azilah Hadri tampil dengan dakwaan baru yang mengejutkan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Mahu menyemak semula keputusan itu dan mendapatkan perbicaraan semula, Azilah membuat akuan berkanun (SD) yang antaranya mendakwa pembunuhan itu diarahkan oleh Najib Razak dan rakan rapatnya Razak Baginda. Azilah mendakwa Najib dan Razak memberitahunya bahawa Altantuya seorang perisik asing yang mengancam keselamatan negara. Berikut teks penuh SD Azilah: AKUAN BERSUMPAH Saya, Azilah bin Hadri (No K/P: 1/14055) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:- (1) Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi satu pertuduhan seperti berikut:- "Bahawa kamu bersama-sama antara jam 10.00 malam 19 Oktober 2...