Catatan

PERANGI KAFIR, PELIHARA NON-MUSLIM

Imej
KATA kafir biasanya digunakan bagi menggambarkan sikap atau tindakan negatif. Seperti disebut di dalam Quran, kafir adalah “menutupi”. Sesiapa yang menutupi kebenaran, mereka itulah orang-orang kafir. Digambarkan di dalam Quran sikap mereka seolah-seolah pekak, menutup mata, mengalih pandangan, mengunci kalam di atas jalan siratul mustaqim – merekalah kelompok yang dilaknat Tuhan. Maka, melawan kekafiran dianggap sebagai iman. Sedangkan, menolak keimanan tidak bererti menolak Tuhan. Buktinya orang kafir tidak menolak Tuhan. Mereka cuma ingkar terhadap perintah beriman kepadaNya. Janganlah memandang kafir melalui jalur doktrinisasi agama, kategori, kelompok, atau wacana. Jangan sempitkan makna kafir. Seperti yang selalu kita bayangkan bahawa kafir itu sinonim bagi agama selain Islam. Sedangkan kafir itu sikap, perbuatan. Bukan agama. Bukan ideologi. Makna kafir tidak statik. Bahkan seringkali berubah-ubah me...

Ucapan Hadi: Jangan hanya tunggu SPR buat laporan, kata Azhar

Imej
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, mana-mana pihak atau individu boleh membuat laporan secara terus kepada polis jika mendapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang, termasuk cubaan menghasut sepanjang tempoh berlangsungnya pilihan raya. Pengerusinya Azhar Harun berkata, perkara itu boleh dilakukan tanpa perlu menunggu tindakan daripada SPR supaya hasrat untuk mendapat pilihan raya yang bersih dan telus berjaya dicapai. Katanya, tugas membuat laporan polis bukan hanya terikat kepada bidang kuasa badan itu sahaja, sebaliknya pihak lain yang mempunyai maklumat boleh turut membantu dengan berbuat demikian. “SPR tidak ada di situ pada ketika itu. Mana keprihatinan rakyat (untuk) datang buat laporan mengenai kesalahan ini? Kalau dia rasa (ucapan) itu salah, kenapa dia tidak buat laporan jika dia ada maklumat? Kenapa nak gesa saya lapor, nak gesa SPR lapor? “Kalau sesiapa yang ada maklumat, mereka sepatutnya pergi buat...

PAS tolak wakil DAP dalam Yadim akibat pengaruh Umno....

Imej
KUALA LUMPUR, 31 Jan ― Bantahan PAS terhadap wakil DAP beragama Islam yang menyertai lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akibat terpengaruh dengan Umno, kata timbalan menteri. Steven Sim menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa Sheikh Omar Ali mewakili DAP yang “mempertahankan sekular dan menentang Islam” sebagai menghukum. ...

YADIM: MELAMPAU GELAR MENTERI, ADUN DAP ‘MUSUH ISLAM’....

Imej
EXCO Hal Ehwal Agama Kedah Ismail Salleh menangkis tuduhan melampau ke atas menteri hal ehwal agama serta pemimpin DAP yang dilantik memimpin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Ismail berkata tuduhan yang menggelar menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa dan Exco kerajaan Johor, Sheikh Omar Ali sebagai musuh Islam itu adalah sangkaan buruk yang melampau. Beliau juga kesal kerana kritikan itu timbul kerana Adun Paloh itu merupakan pemimpin Melayu dalam DAP. “Warga maya dikalutkan seolah-olah urusan dakwah telah diserahkan kepada pihak (DAP), ini hanya kerana YB Sheikh salah seorang daripada anggota Melayu DAP,” kata Mujahid.Antara pihak yang bertanggungjawab menimbulkan prasangka buruk ke atas Sheikh Omar dan juga ke atas beliau itu adalah pemimpin PAS seperti Setiausaha Agung parti itu, Takiyuddin Hassan. Selain itu, kalangan pimpinan parti politik dan golongan agamawan juga bertanggun...

MP PAS: Amaran Allah mengatasi amaran Mujahid

Imej
Anggota Parlimen Kuala Terengganu Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim menolak amaran menteri agama Mujahid Yusof dalam isu lantikan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). “Menteri di Jabatan Perdana, Mujahid Yusof jangan ingat amaran dari beliau digeruni oleh umat Islam. “Beliau dilaporkan memberi amaran jangan mempertikaikan pelantikan wakil DAP sebagai ahli lembaga pengarah Yadim. “Ingat , 63 peratus rakyat Malaysia adalah umat Islam yang ada had kesabarannya dan tidak teragak-agak mempertahankan Islam jika terus diganggu. “Ingat, amaran Allah SWT mengatasi amaran beliau (Mujahid),” kata wakil rakyat PAS itu menerusi kenyataannya, hari ini. Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Paloh Sheikh Omar Sheikh Ali sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim dikritik banyak pihak, terutamanya pembangkang. Bagaimanapun, Mujahid mempertahankan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kelayakan Sheikh Omar. Sementa...

CARA LIHAT ISU YADIM BUKTI PAS MAKIN SEMPIT....

Imej
Pendirian keras PAS yang terus mengecam pelantikan Sheikh Omar Ali menjadi salah seorang anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjadi bukti parti berkenaan kini membawa elemen sempit, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim. Menurut Sim selama ini memang PAS kelihatan gemar menghukum bahawa sesiapa saja yang tidak bersama mereka sebagai penentang Islam. Pada masa sama katanya Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah tidak lagi mempedulikan fakta yang ada sebaliknya selesa mengikut skrip dibawa Umno. “DAP sudah berkali-kali menyatakan pendiriannya tentang Islam sebagai agama rasmi dan ia dinyatakan dengan ketika Deklarasi Shah Alam 2012. “Mesej deklarasi tersebut turut diusung oleh PAS sendiri yang ketika itu bersama Pakatan Rakyat demi untuk membetulkan pembohongan Umno kononnya DAP anti-Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu Sim mengulas mengenai kenyataan Mohd Amar yang mempersoalkan kewajaran Sh...

Jangan pandang serong lantik orang politik dalam Yadim, kata ahli lembaga

Imej
Pelantikan ahli politik dalam Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) tidak seharusnya dipandang serong kerana yayasan berkenaan bukanlah ditubuhkan untuk mencari keuntungan, kata ahli lembaga Yadim. Syed Ibrahim Syed Noh yang juga ahli Parlimen PKR berkata, kerjasama antara ahli politik, ahli akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik dalam Yadim boleh merancakkan lagi kegiatan dakwah Islam. “Ini bukannya tempat yang mana kita boleh longgok duit, ia lebih kepada ‘servis’ dan kena korbankan masa bahkan tidak ada keuntungan dari sudut kewangan. “Disebabkan itu tidak ada isu sekiranya bimbang berlaku salah guna kuasa sebab kita sendiri terbuka. Jika kata esok nak lakukan audit, saya bersedia pada bila-bila masa dan mengalu-alukannya,” katanya kepada FMT.Sebelum ini beberapa pihak mempersoalkan pelantikan barisan ahli lembaga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu yang hampir semuanya terdiri daripada ahli politik. Mengikut senarai itu, ...

PRK Cameron Highlands dicemari dengan kesalahan pilihan raya tertinggi sejak PRU14, kata Bersih

Imej
Memancing undi, salah guna sumber negeri, lawatan kerja menteri secara tiba-tiba dan rasuah telah mencemar pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands Sabtu lalu. Semua insiden tersebut membuat PRK berkenaan mencatat jumlah kesalahan antara paling tinggi yang dikesan Bersih 2.0 sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu. Pemerhati pilihan raya itu mencatat 23 kes kesalahan pilihan raya sejak hari penamaan calon pada 12 Januari hingga hari undi pada 26 Januari. “Menghasut perasaan benci terhadap kaum dan agama semasa kempen untuk memancing undi adalah kesalahan paling membimbangkan,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann pada sidang media yang diadakan untuk mengumumkan Laporan Pemerhatian PRK Cameron Highlands.BN mengekalkan kemenangan melalui calonnya, Ramli Mohd Noor. Beliau mendapat 12,038 undi, menewaskan calon PH, M. Manogaran (8,800 undi) and 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi). Fann berkata, Barisan Nasional (B...

Kes rasuah Najib: 421 dokumen diserah kepada peguam

Imej
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu 421 dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, diserahkan kepada pihak pembelaan untuk digunakan bagi tujuan perbicaraan. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. Bagaimanapun Sri Ram, yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, berkata pihaknya sedang berusaha mendapatkan beberapa dokumen perbankan membabitkan 21 kes pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB yang dihadapi Najib. "Kami memerlukan masa dan akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kesemua dokumen perbankan berkenaan yang masih belum diperoleh daripada pihak bank," katanya. Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Feb untuk pengurusan kes selanjutnya. Ketika ditemui pemberi...

SPR digesa ambil tindakan terhadap Hadi kerana ucapan pecah-belah

Imej
Seorang peguam menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberitahu pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands bahawa orang Islam wajib mengundi hanya calon beragama Islam. Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar berkata, dengan berkata demikian, pemimpin PAS itu melanggar undang-undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi beragama Islam. “SPR mesti menunjukkan bahawa ia serius, dan tiada sesiapa dibenarkan melanggar undang-undang seperti menggunakan kaum dan agama untuk mempengaruhi sebahagian anggota masyarakat supaya mengundi menurut cara tertentu,” katanya kepada FMT. Katanya, kegagalan bertindak boleh menggalakkan pemimpin daripada kedua-dua kumpulan politik melakukan perkara sama dalam PRK Semenyih akan datang, yang tempoh berkempennya akan bermula selepas hari penamaan calon pada 16 Feb depan. Hadi dilaporkan berkata, orang Islam...

Permaisuri Agong lambang kecekalan, ketabahan wanita Malaysia

Imej
Kecekalan dan ketabahan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha baginda mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini. Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata. Saerah Ali, 85, yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, berkata walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, beliau tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa. "Keguguran pertama berlaku semasa kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan baginda. "Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja...

Surat perisytiharan Sultan Abdullah sebagai Agong

Imej
Berikut ialah kandungan surat perisytiharan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Surat perisytiharan itu dibacakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini: “Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja. “Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. “Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan te...

KAJIAN TERBARU - 54 PERATUS TAK SETUJU TUN M JADI PM SEPENGGAL, 60 PERATUS TAK PUAS HATI DENGAN PH

Imej
Berikut adalah antara beberapa dapatan  hasil kajian terbaru oleh Ilham Centre bersama Penang Institute berkaitan  kerajaan PH dan isu-isu di sekitarnya. Kajian adalah melibatkan 2,614 responden dan dijalankan bagi tempoh 24 Oktober hingga 24 Disember 2018 yang lalu. Kajian menunjukkan 53.6 peratus responden tidak bersetuju Tun Mahathir Mohamad menamatkan tempohnya selama lima tahun sebagai Perdana Menteri, sebaliknya perlu menyerahkan pimpinan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dirancang. 51.9 peratus responden bersetuju Anwar adalah orang yang terbaik untuk menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Hampir  60 peratus Melayu masih tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH yang ada sekarang. Kajian itu menyatakan 54.4 peratus responden Melayu tidak percaya kerajaan serius melaksanakan agenda Melayu, termasuk mempertahankan hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi. 60 peratus responden pula percaya orang bukan Muslim se...

SKANDAL 1MDB: BEKAS PENGARAH SRC INTERNATIONAL SAKSI UTAMA KES NAJIB

Imej
BEKAS pengarah SRC International Sdn Bhd Suboh Md Yasin akan menjadi saksi utama pendakwaan terhadap Najib Razak dalam kes pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang melibatkan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, kata sumber agensi anti rasuah. Kes terhadap bekas perdana menteri ditetapkan untuk perbicaraan bermula 12 Februari ini. “Sekarang Suboh diletakkan di bawah pelan perlindungan saksi sepenuhnya,” kata sumber kepada The Malaysian Insight. Isnin lalu, Najib dikenakan tiga lagi pertuduhan tambahan berhubung dana SRC International, menjadikan kesemuanya 10 kes melibatkan keseluruhan dana berjumlah RM89 juta.Beliau dikenakan tujuh pertuduhan awal pada Julai dan Ogos tahun lalu atas dana keseluruhan RM42 juta. Awal Jun tahun lalu, The Malaysian Insight melaporkan  Suboh menyerah diri  kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tiga tahun melarikan ...

Umno perlu adaptasi saranan NACP

Imej
Baru-baru ini, kerajaan melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Antara lain, pelan itu bermatlamat untuk memperkukuhkan aspek integriti merentasi semua bidang di Malaysia, seterusnya menjadikan negara ini bebas daripada gejala rasuah pada satu hari nanti. Pelan ini mencadangkan beberapa strategi berkaitan penerapan nilai-nilai integriti dan langkah-langkah penambahbaikan berkaitan pembanterasan gejala rasuah, dengan menjadikan politik sebagai salah satu daripada sektor utamanya. Untuk itu, Umno sebagai sebuah parti politik paling lama dan paling besar dalam negara perlu menerima pelan ini dengan matang, jujur dan secara terbuka. Umno perlu berjiwa besar untuk menerima seterusnya meneliti setiap cadangan serta langkah-langkah penambahbaikan yang dikemukakan dalam pelan ini, khususnya yang melibatkan sektor politik. Beradaptasi pada pelan ini adalah peluang serta kesempatan terbaik Umno untuk mengubah tanggapan dan memperbetul persepsi umum terhadap nil...

Mujahid: Serangan pada Yadim, apakah maknanya saya, wakil DAP ‘iblis’

Imej
KUALA LUMPUR, 31 Jan—Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengingatkan warga internet agar tidak sewenangnya melabelkan dirinya dan wakil rakyat Paloh sebagai ‘iblis’. Mengulas isu pelantikan Sheikh Omar Ali dari DAP sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata menggunakan ungkapan sebagai ‘musuh Islam’ dan ‘musuh Allah’ adalah melampau. “Apakah warga maya termasuk agamawan dan pemimpin ingin menyatakan bahawa YB Dr Mujahid dan YB Sheikh adalah iblis atau mereka ingin memusyrikkan kedua-dua tokoh tersebut?” katanya dalam catatan di ...

Melayu akan hebat jika kikis sifat ini

Imej
Oleh Syahmi Minhad Ada beberapa sifat yang tertanam dalam diri orang Melayu, dan jika mereka ingin berjaya dan menjadi hebat, hendaklah kikis sifat-sifat ini. Malas Orang Melayu begitu popular dengan sikap “M”, atau lebih tepat lagi, malas. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga pernah beberapa kali mengkritik sikap orang Melayu yang malas. Baru-baru ini, selepas Dr Mahathir mentadbir semula negara, beliau dikatakan membuang tongkat yang selama ini menopang kehidupan orang Melayu. Malah dikatakan dengan “tongkat” yang selama ini diberi menyebabkan orang Melayu menjadi begitu malas. Namun, tak semua orang Melayu itu malas. Cuma segelintir, bukan keseluruhannya. Bertangguh Ini sikap yang selalu dikesan dalam kalangan pelajar universiti. Jika di dalam bilik kuliah yang terdiri daripada pelajar Melayu, Cina, India dan pelajar asing, boleh dikatakan pelajar Cina mendahului yang lain dari segi penyelesaian tugas. Pelajar Cina lebih terkedepan dalam ...

Orang Melayu kini berpecah 5

Imej
Oleh Syahmi Minhad Orang Melayu, sejak dahulu lagi sudah berpecah, namun tidak separah hari ini. Jika dahulu, sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, semua orang Melayu sepakat berada di bawah naungan Umno. Lebih-lebih lagi ketika usaha menentang penjarahan bangsa oleh pihak asing, Umno menjadi benteng utama orang Melayu, sehingga pada akhirnya agenda penubuhan Malayan Union berjaya digagalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pilihan raya umum (PRU) Tanah Melayu 1955 menjadi titik tolak permulaan demokrasi di Tanah Melayu. PRU tersebut menunjukkan keputusan Parti Perikatan, gabungan Umno, MIC dan MCA sebelum dinamakan Barisan Nasional (BN) pada 1973, berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi Ahmad Tuan Hussein atas tiket PAS. Semenjak itu, orang Melayu ada 2 pilihan, sama ada mahu memilih Umno atau memilih PAS. Menjelang 1998, ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir ...

2,000 sertai Warisan di Putatan

Imej
KOTA KINABALU: Kira-kira 2,000 orang daripada 38 cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di bahagian Putatan semalam menyerahkan borang keahlian parti. Borang keahlian itu diserahkan oleh ketua cawangan berkenaan kepada Ketua Bahagian Warisan Putatan Terence Siambun dan disaksikan oleh Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai. Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Terence berkata kebanyakan mereka yang menyertai Warisan itu adalah bekas ahli Umno yang meninggalkan parti berkenaan sebelum ini. “Ada juga dalam kalangan mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini…dan saya lihat kemasukan beramai-ramai pada hari ini menunjukkan parti ini semakin diterima oleh rakyat,” katanya. Beliau berkata kemasukan kira-kira 2,000 ahli baru itu menjadikan Warisan Putatan kini mempunyai lebih 10,000 ahli dan lebih 100 cawangan. Sementara itu, Uda yang juga Adun Petagas berkata kemasukan ahli baru berkenaan ak...

Pakar: Kaji semula had paras garis kemiskinan

Imej
Penentuan tahap kemiskinan berpandukan paras garis kemiskinan (PGK) perlu dikaji semula. Menurut pensyarah kanan Institut Kajian Asia Tenggara (Iseas) Dr Lee Hwok Aun, adalah tidak masuk akal untuk menerima kadar kemiskinan negara begitu rendah sedangkan masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan. “Cara pengiraannya (PGK) agak munasabah kerana megikut amalan yang baik. Justeru ada perbezaan garis kemiskinan di antara kawasan bandar dan kampung, serta kos hidup yang lebih tinggi di Sabah dan Sarawak. "Secara dasar, cara pengiraan tidak bermasalah, tetapi maklumat yang dimasukkan (untuk pengiraan) sehinggalah kita memperoleh nombor-nombor ini, (itu yang bermasalah),” katanya dalam forum ‘Polisi Ekonomi PH, Bela Rakyat atau Korporat?’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) semalam. Forum itu turut disertai pengasas badan pemikir Blindspot, Azlan Awang, dan mantan anggota parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj sebag...