Bendahari PAS pertahan tindakan kongsi surat Syed Mokhtar palsu
Bersemangat menzahirkan pandangannya terhadap ‘kelemahan’ kerajaan PH, Bendahari Agung PAS Razman Zakaria kelihatan tidak tahu salah satu hantaran yang dikongsi di Facebook beliau adalah bahan palsu yang disandarkan kepada seorang tokoh perniagaan terkemuka negara. Bercakap kepada Malaysiakini Razman sebaliknya berkata jika kenyataan yang berkenaan palsu, orang ramai masih boleh mengambil pengajaran daripada apa yang dipaparkan dalam ‘laporan’ tersebut. “Kalaupun surat itu palsu, kita ambil iktibar dari keseluruhan cerita kerana ia dibuat berdasarkan luahan yang sering didengari. “Kerajaan sekarang memperjuangkan rule of law (kedaulatan undang-undang) tapi kes arwah Adib masih tiada tindakan. "Apabila orang Melayu buat salah sikit, mereka terus tangkap,” ujarnya yang jelas kecewa dengan pihak kerajaan. Melalui hantaran dimuat naik pagi tadi itu Razman menyiar ulang hantaran suatu laman sesawang memuatkan 'surat terbuka' kononnya ditulis ...