Catatan

PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM

Imej
Kontroversi terbaru yang melanda Parti Keadilan Rakyat berkaitan isu video lucah sekali lagi menguji kewibawaan seorang tokoh bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sosok bernama Anwar Ibrahim ini memang tidak pernah asing dengan cubaan dan dugaan. Namanya tidak pernah sepi dari hiruk pikuk politik yang senantiasa berkumandang. Sejak awal perjuangannya hingga kini, sosok berani yang tegar berjuang ini tidak akan pernah lesu dari terus menegakkan kebenaran. Setiap ujian dan dugaan berjaya ditangani dengan kemas sekaligus memperlihatkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin. *ISU SEMBURIT* Awal aidilfitri lalu negara dikejutkan dengan tersebarnya video lucah yang memaparkan dua individu sama jenis yang sedang bertarung di ranjang. Hakikatnya video jijik dan kotor ini sewajarnya tidak perlu ditonton langsung. Namun kontroversi itu mula meruncing apabila pelaku didalam video tersebut mirip salah seorang pemimpin kanan PKR. Kontroversi bertambah hangat apabila salah seorang...

Skandal 1MDB: Saman lucut hak, Umno Pekan fail bantahan awal

Imej
KUALA LUMPUR: Umno Pekan memfailkan bantahan awal terhadap saman pelucuthakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berusaha mendapatkan kembali wang dikatakan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam M Reza Hassan, mewakili Umno Pekan yang dinamakan sebagai responden, memberitahu perkara itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali semasa pengurusan kes, hari ini. “Bantahan itu difailkan Selasa lepas. Saya percaya sahabat saya telah menerima surat itu,” katanya. Sementara itu, peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Naza Quest Auto Sdn Bhd dan peguam Amin Othman bagi pihak Yayasan Rahah, yang merupakan responden dalam saman fitnah itu memberitahu mahkamah bahawa mereka meminta penyelesaian sepenuhnya. Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai berkata, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk memberi maklum balas dan memberitahu mahkamah jawapan mereka berhubung perkara itu pada 23 Ogos. “Respond...

Anwar hasrat percepat peralihan ke dasar ekonomi berasaskan keperluan

Imej
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau akan mempercepat peralihan daripada dasar ekonomi afirmatif berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan apabila menjadi perdana menteri."Ini pendirian Pakatan Harapan (PH). Ini pendirian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. "Apa yang saya perlu buat ialah mempercepat proses itu... Saya sama komited, kalau pun tidak lebih, dalam soal mengurangkan ketaksamaan dan mengangkat kedudukan golongan miskin," katanya ketika sidang media selepas acara Simposium Ekonomi Malaysia di Parlimen, hari ini. Katanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada 1970-an sudah lapuk. Simposium itu menampilkan taklimat berkenaan ekonomi negara oleh pegawai tinggi kerajaan. Dihadiri anggota parlimen dan diplomat, acara itu dianjurkan Parlimen dengan kerjasama Majlis Ahli-ahli Backbencher dan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus yang dipengerusikan Anwar. Dalam ucapannya, Anwar mengulas panjang tentang dasar ekonomi berdasarkan kaum.

'Pindah entiti Kementerian Kewangan bawah JPM tak munafik' - Anwar

Imej
Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan pentadbiran PH mengamalkan 'kemunafikan politik' dengan memindahkan sebahagian besar entiti Kementerian Kewangan (MOF) ke Jabatan Perdana Menteri lantas melanggar janji PRU14 lalu."Saya tidak percaya ia begitu," katanya. Anwar bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri "Simposium Ekonomi Malaysia: Sekarang dan akan datang" di bangunan parlimen hari ini. Presiden PKR diminta mengulas pertanyaan mengenai tindakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil alih Khazanah, Permodalan Nasional Berhad dan sebahagian besar entiti MOF. "Ini kerana Khazanah dan Petronas adalah perusahaan nasional. "Jadi untuk (tempoh) peralihan ia boleh diterima," katanya. Jelas Anwar, umumnya pengambilalihan ini tidak dilihat sebagai pengaturan perniagaan yang melibatkan perdana menteri. Terdahulu pada simposium sama, ahli akademik Edmund Terence Gomez menyoal bagaimana PH menguruskan syarikat ...

Ini hanya kebetulan, ATAU SEBALIKNYA ??!

Imej
SEMALAM, 24 Julai.. tiba² peguam Najib sakit, kes ditangguh. HARI INI, 25 Julai.. tiba² mahkamah terima ancaman bom, kes ditangguh sementara. Slps perbicaraan bersambung semula, rupa²nya saksi dedahkan lagi dlm mahkamah bhw... 1. JHO LOW & Nik Faisal arah bank sembunyikan nama Najib. 2. JHO LOW arah bank jgn hantar penyata kad kredit Najib ke rumah Najib. 3. JHO LOW minta bekas pengurus bank padam semua perbualan teks.

LHDN tuntut Najib bayar cukai RM1.69 bilion atau hilang kerusi parlimen

Imej
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi amaran kepada bekas perdana menteri Najib Razak untuk melunaskan bayaran tambahan RM1.69 bilion cukai pendapatan atau berisiko diisytiharkan muflis, sekali gus hilang kerusi Parlimennya, kata peguamnya. LHDN memfailkan saman untuk mendapatkan semula jumlah itu dan mahu bekas perdana menteri membayarnya sebelum dibenarkan membawa perkara itu ke mahkamah.

‘Lima puluh tahun terlalu lama untuk Melayu pendam ketakutan ke atas DAP’

Imej
  Takut kepada DAP berdasarkan premis bahawa parti majoriti Cina itu adalah ancaman kepada status quo orang Melayu dan Islam sudah lapuk, kata bekas menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim. Pemikiran sedemikian, katanya, dapat difahami selepas peristiwa rusuhan kaum 1969 tetapi bukannya lima dekad kemudian. "Seingat saya, lebih-lebih lagi selepas tahun 1969, orang Melayu telah disemai oleh pemikiran negatif mengenai Cina/DAP. "Sejurus selepas 1969, itu boleh difahami tetapi 50 tahun kemudian?" soalnya kepada Malaysiakini petang ini. Menurut Zaid, politik ketakutan dan anti-DAP tidak akan membawa sebarang manfaat kepada kebajikan orang Melayu. "Islam selamat dan ada yang mendakwa bahawa masa depan Islam bergantung kepada mereka adalah membimbangkan," katanya. Bagi pengkritik yang mendakwa bahawa DAP adalah ‘tok dalang’ di sebalik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Zaid menafikan dakwaan itu tetapi secara tidak langsung tidak menol...

Skandal SRC: Jho Low, Nik Faisal arah saya sembunyi nama Najib, kata saksi

Imej
Arahan supaya nama bekas perdana menteri Najib Razak disembunyikan semasa memproses urus niaga perbankannya dibuat oleh Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil, seorang saksi hari ini. Mengesahkan perkara itu pada hari ke-44 perbicaraan SRC International ke atas Najib, bekas pengurus hubungan AmBank Joanna Yu semasa soal balas oleh peguam bela Harvinderjit Singh memberitahu bahawa dia diarah oleh Low dan Nik Faisal untuk tidak mendedahkan nama ahli politik setiap kali dana dimasukkan ke dalam akaunnya. Nik Faisal, juga bekas ketua pegawai eksekutif SRC International, adalah orang yang diberi kuasa untuk mengendalikan akaun bank Najib. Yu:  Ya, kami diberitahu bahawa kami tidak boleh menyenaraikan nama Datuk Seri (Najib). Harvinderjit:  Kamu diberitahu oleh Low bahawa ia adalah rahsia dan tidak mendedahkan namanya? Yu:  Saya diberitahu demikian oleh Low. Semasa perbicaraan hari ini, Yu juga memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia disuruh mem...

SAMA SEHAJA....!!!

Imej
Peruntukan projek utk sekolah² di luar bandar Sarawak pon nak sakau sampai RM189 juta ??! Najib dah tak mampu cukup bagi nafkah nafsu serakah berbelanja boros selama ini kah ??! SUMBER: https:// www.themalaysianinsight.com /bahasa/s/171058

"Kes SRC akan 'telanjangkan' lebih ramai orang"

Imej
Makin nak ke penghujung perbicaraan kes SRC-Najib, byk pula pendedahan peranan Jho Low peranan dalam kes SRC bersama Najib dibongkarkan dlm mahkamah. Najib kata TAK KENAL JHO LOW. NAJIB DITIPU JHO LOW.. tetapi, KENAPA.. dari pembukaan akaun baru AmBank milik Najib (di rumah Najib) sehingga keluar masuk dana beratus² juta ringgit akaun Najib byk diatur oleh Jho Low ??! KENAPA.. Jho Low arah penyata kad kredit tak dihantar ke rumah Najib ??! MANA NAK LARI NAJIB.. Benarlah kata peguam Najib sendiri Shafee.. "Kes SRC akan 'telanjangkan' lebih ramai orang" SUMBER: https:// www.themalaysianinsight.com /bahasa/s/171027

Ancaman BOM...!!

Imej
Ada ancaman bom ketika perbicaraan Najib sedang berjalan apatah lagi ketika ini dah dua masuk hari kedua nama Jho Low disebut lagi di mahkamah yang dikaitkan tentang peranan Jho Low terhadap Najib dan SRC ??! Adakah ini satu usaha utk melambat-lambatkan perbicaraan yg bakal berakhir pertengahan bulan depan ??! Rakyat Malaysia keseluruhannya mahu keputusan kes SRC Najib diputuskan segera. SUMBER: https:// www.themalaysianinsight.com /bahasa/s/170985

Najib, Rosmah, anak mohon teliti harta rampasan

Imej
Bekas perdana menteri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan anaknya Nooryana Najwa memfailkan notis usul bagi meneliti butiran harta mereka yang disita SPRM tahun lepas, antaranya ratusan beg tangan dan pelbagai mata wang asing. Perkara itu dimaklumkan Peguam Syahirah Hanafiah yang mewakili Najib, di hadapan Hakim Mohamed Zaini hari ini. Najib memfailkan notis usul itu pada 18 Julai, manakala Rosmah dan Nooryana pula memfailkannya sehari selepas itu. Najib melalui afidavidnya menyebut alasan pemfailan itu dibuat kerana ia melibatkan harta alih yang banyak dan penggunaan deskripsi ‘pelbagai jenama’ adalah kabur dan tidak jelas, sekali gus menyukarkan pemohon dalam membuat tuntutan secara efektif terhadap harta barangan yang dirampas. “Sebahagian daripada kandungan kotak-kotak, beg-beg serta bekas-bekas simpanan yang menjadi sebahagian daripada harta alih yang dirampas tersebut telah dikeluarkan daripada bungkusan asalnya. “Ini sekali gus akan menyebabk...

Prestasi dan kedudukan kewangan TH makin kukuh

Imej
Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi separuh pertama tahun 2019. Menurut kenyataan syarikat berkaitan kerajaan itu, ia hasil daripada strategi pelaburan mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat. Jumlah aset TH kini melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.8 bilion, dengan jumlah aset RM74.0 bilion, manakala jumlah liabiliti RM72.2 bilion. Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, TH berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM1.3 bilion dan mencatat keuntungan RM815 juta. Pendapatan TH dijangka terus meningkat apabila TH akan menerima manfaat penuh daripada Sukuk Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang telah diterbitkan pada 30 Mei yang lalu, menurut kenyataan itu. Sementara itu, kenyataan itu juga menyebut deposit kekal tinggi pada paras RM71.0 bilion setakat bulan lalu.

Aset TH kembali kukuh: Manfaat bagi pendeposit

Imej
Pelan rasionalisasi serta langkah penyusunan semula kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengukuhkan asetnya melebihi liabiliti, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Beliau berkata perkembangan itu menunjukkan situasi kewangan TH sudah hampir pulih seterusnya memberi manfaat kepada para pendeposit TH. "Apabila TH buat rasionalisasi kita kenal pasti syarikat-syarikat yang 'non performance' serta telah dikeluarkan dan diletakkan di dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV). Apabila kita betulkan, jumlah kesemuanya setelah kita transfer kepada SPV itu ialah lebih kurang RM 19.1 bilion iaitu nilaian yang diganti ke dalam akaun TH sekarang. "Apabila perkara ini berlaku maka telah dipenuhi dua syarat dalam Akta Tabung Haji iaitu aset mesti melebihi liabiliti dan keuntungan mesti mencukupi untuk beri hibah," katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di persidangan Dewan ...

Konspirasi politik bukan jenayah...

Imej
Kes video seks yang pelakunya dikatakan mirip wajah seorang menteri kabinet masih belum nampak pengakhirannya. Tidak ada kejelasan bagaimana kes ini akan diakhiri. Selagi tidak diakhiri, selagi itulah ia menjadi api dalam sekam, duri dalam daging yang akan membakar dan merobek-robek PKR dan menjadi beban yang sangat besar pula buat Pakatan Harapan. Apakah kes ini sememangnya dirancang supaya tiada pengakhiran yang segera? Apakah ada pihak berkepentingan yang sengaja membiarkan kes ini berterusan supaya mereka punya masa untuk membuat ‘ deal ’ di belakang tabir? Iklan Apakah terdapat usaha tersusun untuk memperpanjangkan kes ini supaya ia terus berlarutan agar pihak-pihak yang berkonflik semakin tajam perpecahannya dan menjadi lemah? Dan kalau kes ini berlarutan tanpa sebarang penyelesaian tuntas, siapakah yang mendapat untung daripadanya? Persoalan-persoalan ini tentunya membawa kita kepada suatu istilah yang kerap digunakan sekarang apabila merujuk kepada kes video ...

KENAPA ANWAR SELALU DIKHIANATI?

Imej
Ketika Tun Mahathir Mohamad mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah pada 2016 yang menandakan berdamainya kedua-dua pemimpin itu sejak bermusuhan pada 1998, tidak ada yang meragui atau mempertikaikan keperluan beliau dikunjungi. Ketika hubungan Tun Mahathir bertambah mesra dengan keluarga Anwar, khususnya dengan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah, sementara Anwar sunyi sendiri di penjara, rata-rata yang gembira dan mengucap syukur bukan kepalang jumlahnya. Ketika nama Anwar dinamakan secara konsensus oleh PH sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 selepas Tun Mahathir yang kemudian secara terbuka menyebut beliau hanya perlu dua tahun memegang jawatan itu, tidak kedengaran sesiapa bersuara membantahnya. Ketika Anwar dibebaskan dan keampunan penuh daripada Yang Dipertuan Agong dipohon buatnya, juga tidak ada yang melihatnya sebagai tidak wajar atau tindakan tergesa-gesa oleh sebuah kerajaan yang baru berkuasa. Tetapi, sebaik saja beliau memutuskan bertanding di Port Dickson ...

SPRM Sita RM140,000 Dari PEKIDA

Imej
Kenapa sebuah pertubuhan Islam PERTUBUHAN Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) langsung tidak membantah terhadap permohonan notis usul dikemukakan pendakwa raya bagi melucut hak wang RM140,000 milik persatuan itu yang disita oleh SPRM baru-baru ini ??! SUMBER: https:// www.themalaysianinsight.com /bahasa/s/170809