Catatan

Pemikiran kritis di universiti penting, kata Anwar

Imej
Penekanan terhadap kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar universiti adalah elemen penting bagi pembangunan lestari dan pembangunan negara, kata Anwar Ibrahim. Anwar, yang juga pengerusi Institut Pemikiran dan Tamadun Islam, berkata kemahiran pemikiran kritis adalah penting untuk melakukan perubahan bagi membantu meningkatkan kehidupan ekonomi masyarakat. “Tanpa pemikiran kritis, anda tidak dapat menghasilkan rumusan secara menyeluruh. Di universiti, kita perlu belajar, menilai dan menyoal,” katanya semasa menyampaikan ceramah umum pada Seminar Antarabangsa Integrasi Ilmu di Universiti Malaysia Sabah, di Kota Kinabalu hari ini. Anwar, yang juga presiden PKR, berkata integrasi ilmu juga penting untuk memahami tentang keadilan, moral dan etika serta keseimbangan hubungan dalam komuniti. “Masyarakat perlu berusaha mencapai kecemerlangan tetapi pada masa sama menjaga keharmonian, kerohanian dan material, pengetahuan dan tingkah laku,” katanya.

Hutang peneroka Felda turun 40% dalam penyata pendapatan baharu

Imej
SEMUA peneroka Felda akan menyaksikan beban hutang mereka turun sehingga 40% dalam penyata pendapatan format baharu pada November, menurut satu pertubuhan peneroka. Sebahagian peneroka juga akan menerima semula bayaran pulangan dalam penyata baharu yang menunjukkan Felda berhutang kepada peserta terbabit, kata Pertubuhan Suara Generasi Kedua Felda (SGK2). Pengerusinya Mohammad Stap Othman menjelaskan kepada The Malaysian Insight, ia hasil audit forensik kewangan yang dijalankan pada awal bulan ini bersama bahagian kewangan Felda. “Pasukan forensik kewangan kita berjaya mengenal pasti isu bagaimana peneroka boleh dikenakan hutang yang tinggi, sehingga ada yang kata mereka berhutang sampai RM100,000 kepada Felda.” Kesilapan besar Felda dalam menghitung bayaran itu diketahui apabila SGK2 dibenarkan menyemak akaun berkenaan bersama firma audit, katanya yang turut menganggotai pasukan itu. “Pasukan forensik kita ada empat orang, kita minta supaya kami sebagai pem...

PRK Tg Piai: Calon PH tumpu 5 perkara utama

Imej
PONTIAN: Menangani kos sara hidup dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama untuk golongan muda merupakan antara lima perkara utama yang perlu ditumpukan calon Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Presiden PPBM Muhyiddin Yassin yang mencadangkan perkara itu berkata lima perkara utama yang dilihat melibatkan masyarakat tempatan, yang harus diambil perhatian. “Saya mahu cadangkan wakil rakyat yang akan dipilih (pengundi) dari PH ini akan tumpukan lima perkara utama iaitu satu, mencari jalan bantu tangani isu kos sara hidup yang merupakan bukan masalah baru. “Kedua, meningkatkan keselesaan hidup, isu-isu berkenaan pencemaran alam dan sungai dan sebagainya mesti kita bantu supaya kehidupan penduduk di Tanjung Piai terpelihara,” katanya ketika berucap pada majlis memperkenalkan calon dan pelancaran jentera PH hari ini. Turut hadir, Pengarah Jentera PH PRK Tanjung Piai Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Wanita PPBM Rina Mohd Harun. ...

Saya pun pernah taat setia pada Umno, Anwar ulas Salleh mohon masuk PKR

Imej
KOTA KINABALU: Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata tiada bantahan keras terhadap penghijrahan bekas ahli Umno Salleh Said Keruak ke partinya walaupun permohonan keahliannya masih belum diputuskan. Anwar juga berkata walaupun parti itu sedar akan hubungan Salleh dengan Umno sebelum ini, “ia tidak harus jadi sebab untuk tidak menerimanya”. “Dulu saya juga seorang ahli Umno yang agak komited,” katanya kepada pemberita selepas konvensyen PKR Sabah di Penampang hari ini. Beliau berkata partinya sedar Salleh, bekas menteri multimedia dan komunikasi, pernah taat setia pada perdana menteri sebelum ini, Najib Razak. “Saya pertimbangkan perkara itu…Pengerusi PKr Sabah Christina Liew dan beberapa pemimpin Sabah juga berpandangan beliau dulu kuat mempertahankan Najib. “Tetapi kalau sekarang dia sangat komited pada perjuangan parti, kita perlu pertimbangkan. Bagi saya, apa yang tidak boleh dirundingkan adalah kamu mesti pegang teguh pada agenda reformasi – teri...

Ada cubaan khianat halang saya jadi PM, kata Anwar

Imej
ANWAR Ibrahim hari ini mengakui ada “percubaan khianat” untuk menghalangnya dari menggantikan Dr Mahathir Mohamad dan menjadi perdana menteri. Presiden PKR memberitahu konvensyen parti Sabah bahawa beliau tidak akan terganggu dengan masalah itu tetapi akan menumpukan pada usaha untuk memperkukuhkan ekonomi. “Mari kita beri tumpuan pada ekonomi. Saya tidak suka orang bertanya mengenai peralihan kuasa tetapi masalahnya ada ramai orang yang tak setia. “Bagi saya, sudah ada persetujuan (peralihan). Untuk kata saya tak sabar, saya telah menunggu selama 20 tahun. “Tidak ada masalah untuk saya. Jika Allah kata ia akan berlaku, ia akan berlaku,” kata Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan.

Isu peralihan kuasa: 'Nak bincang boleh, tapi...' - Anwar

Imej
KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai halangan sekiranya perbincangan mengenai peralihan kuasa dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, beliau berpandangan buat masa ini PH mempunyai tugas yang jauh lebih besar, iaitu memberi fokus kepada pembangunan dan baik pulih ekonomi negara. "Masalahnya adalah apabila ada pihak yang cuba meremehkan proses (peralihan jawatan Perdana Menteri) ini. Pembangkang tidak menjadi gangguan kepada kita, malah tidak sepatutnya dibiarkan menjadi gangguan. "Kita patut fokus kepada ekonomi dan biarkan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad terus menjalankan tugasnya. "Perkara ini tidak terlalu rumit kerana keputusan telah dibuat....

UNTUK UMAT ISLAM SEJAHTERA, DAP ATAU PAS YANG PATUT TIADA?

Imej
Pas baru-baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara. Beberapa persoalan segera bermain-main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada-dada media. Pertama, Pas adalah parti pembangkang dan DAP merupakan parti yang membentuk serta menguasai kerajaan PH sekarang ini. Tidakkah pelik bila parti pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan sebuah parti yang sedang berada dalam kerajaan? Siapa mahu dengar gesaan dan hujah Pas mengenai logik DAP patut diharamkan itu? Sedarkah Pas akan hakikat tersebut atau mentang-mentang sekarang parti itu menyokong setengah mati agar Tun Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri hingga tamat penggal, maka parti itu merasakan cakapnya mesti didengari oleh Perdana Menteri? Antara DAP bersama lain-lain parti dalam PH yang telah meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri berbanding Pas yang hanya sekarang membodek Tun Mahathir, sedangkan sebelum ini mengata Pengerusi PH itu macam-m...

PAS perlu henti main soal halal, haram

Imej
MERUJUK kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan yang mencadangkan supaya kerajaan mengharamkan parti DAP. Cadangan ini amat menghairankan kerana datang daripada parti pembangkang yang mahu kerajaan mengharamkan parti komponen kerajaan sendiri. Malah cadangan ini berdasarkan kepada tuduhan yang tidak berasas. Bukan merujuk kepada agenda dan ideologi sesebuah parti tetapi hanya bermain persepsi. Gesaan dibuat semata-mata bersandarkan kes beberapa ahli parti yang belum dibuktikan bersalah oleh badan kehakiman dan kesilapan seorang individu yang bukan ahli parti. PAS melalui Timbalan Presidennya menuduh tanpa ‘tabayyun’ terlebih dahulu bukanlah sesuatu yang baru, akan tetapi logik yang diguna pakai beliau juga luar biasa anehnya. Namun cadangan PAS ini tidaklah begitu mengejutkan kerana sememangnya sejak dari dahulu PAS sering menjadi Polis Halal dan Haram. Apabila sesuatu pihak dan situasi merugikan mereka, cepatlah mereka akan mengharamkan s...

Skandal 1MDB-Tanore: Najib desak meterai perjanjian 1MDB-PetroSaudi, mahkamah diberitahu

Imej
BEKAS perdana menteri Najib Razak, melalui perantara, menggesa perjanjian usahasama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International dimeterai pada akhir September 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu minggu lalu. Semasa soal balas, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata beliau didesak untuk menandatangani perjanjian itu pada 28 September 2009 oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low, dan pengarah eksekutif 1MDB, Casey Tang. Ia dilakukan juga walaupun terdapat klausa yang menyebabkan hutang sebanyak AS$700 juta (RM2.9 bilion) terhadap entiti itu. “Pada masa itu saya terima banyak tekanan supaya meterai perjanjian. Jho Low dan Casey meyakinkan saya yang ia OK, dan Jho Low tegaskan yang bos (Najib) memang mahu ia dilakukan,” kata Shahrol. “Jadi saya ambil keputusan untuk mengikut apa yang saya lihat sebagai arahan dari Datuk Seri Najib dan tandatangani perjanjian itu. “Saya per...

Anwar: Boleh bincang peralihan kuasa dalam Majlis Presiden PH, tapi bukan topik utama

Imej
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) boleh membincangkan isu peralihan kuasa, namun ia tidak seharusnya dijadikan topik utama, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim. Anwar sebaliknya berkata, mesyuarat Majlis Presiden seharusnya membincangkan isu dan masalah yang melanda keseluruhan majoriti rakyat Malaysia iaitu ekonomi. “Kalau Majlis Presiden PH hendak bincang boleh, tetapi kita perlu fokus tentang ekonomi dan biar Dr Mahathir Mohamad mengemudi pentadbiran negara dengan berkesan. Kita perlu terus bergerak ke hadapan. “Fokus kepada isu ekonomi, apabila ada cubaan untuk menjejaskan proses (peralihan kuasa), pembangkang seharusnya tidak mengganggu kita, sebaliknya harus fokus pada masalah ekonomi. “Buat masa ini, biarlah Mahathir menjalankan tugasnya,” kata beliau sewaktu ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa di sini, hari i...

Anwar Ibrahim: For Malaysia To Succeed & Survive, The Race Card Must End

Imej

Anwar Ibrahim: We Talk About Religion & Malay Civilization, Without Ethics Can't Succeed As A Nation

Imej

Dr M setuju isu peralihan kuasa dibincang dalam majlis presiden PH

Imej
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersetuju jika isu peralihan jawatan perdana menteri dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). "Kalau nak bincang, boleh bincang dalam majlis presiden," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tentang kesediaannya untuk berbincang peralihan jawatan perdana menteri menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH. Dr Mahathir berkata beliau bersetuju berbuat demikian kerana dalam Majlis Presiden PH itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu. "...dan juga kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cadangan saya jadi pengerusi, dan bakal perdana menteri," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Baku, Azerbaijan sebelum berangkat ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari. Dr Mahathir, yang berada di sana untuk Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18, yang berakhir hari ini, berkata belia...

Pemimpin PH seru rakyat atasi ancaman gugat perpaduan

Imej
Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) menyeru rakyat Malaysia agar mengekalkan perpaduan dan megatasi segala usaha untuk memecahbelahkan mereka. Presiden PKR Anwar Ibrahim, dalam perutusan sempena hari Deepavali berkata keutamaan harus diberikan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. "Sebagai kerajaan hari ini, kita masih belum berganjak dari komitmen kepada keadilan dan kesaksamaan, juga usaha dalam mewujudkan ekonomi yang belas dan membela semua, termasuk kaum India di Malaysia yang masih terkesan dengan gejala kemiskinan. "Dan saya yakin bahawa fokus ini masih berterusan dan naratif ini masih digunapakai. "Namun dalam masa yang sama, kita juga disuguhkan dengan retorik perkauman yang semakin hari semakin menghimpit seluruh warga. "Dan untuk mendepaninya - anak semua warga - tak kira apa kaum dan latar belakang harus bersama membenam gangguan ini. "Saya juga percaya rakyat Malaysia adalah warga yang matang dan peka, serta mampu menge...

TI-M: Bayar cukai pada LHDN bukan alasan elak isytihar harta

Imej
Bayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak sepatutnya menjadi alasan di kalangan anggota parlimen pembangkang untuk mengelak pengisytiharan harta, kata Transparency International Malaysia (TI-M). Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohad berkata demikian bagi mengulas keenganan anggota parlimen BN dan PAS mengisytiharkan harta mereka disebabkan telah membayar cukai. “Alasan sesetengah pemimpin politik bahawa mereka telah mengisytiharkan cukai kepada LHDN, jadi tidak perlu isytiharkan nilai harta adalah kurang tepat. “Ini kerana cukai yang diisytiharkan adalah dari pendapatan yang diterima, bukan nilai harta. “Jadi sebagai seorang pemimpin politik, Transparency International Malaysia ingin menasihatkan sama ada dari pihak pemerintah atau pembangkang supaya mereka telus dalam perkara ini dan jangan beri alasan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Beliau ditanya mengenai kenyataan anggota Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias yang juga anggota Majli...

Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Di Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia

Imej

Wujud pemimpin Melayu tidak tegas angkat Perlembagaan Persekutuan, kata Anwar

Imej
PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim kesal terdapat segelintir pemimpin Melayu yang tidak tegas mengangkat Perlembagaan Persekutuan yang antaranya menyentuh Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata dalam perkara yang menyentuh hak istimewa orang Melayu seperti bahasa, agama Islam dan kedudukan Raja-raja, para pemimpin Melayu mesti bertegas memastikan ia dilaksanakan dengan baik. “Masalahnya ketegasan pimpinan. Bukan soal bahasa kebangsaan tetapi keengganan melaksanakan dasar bahasa dengan jelas. “Sehinggakan saya lihat acara rasmi pun dimulakan dan sepenuhnya Bahasa Inggeris,” katanya ketika berucap merasmikan seminar Pembinaan Bangsa Malaysia hari ini. Tanpa menolak keperluan untuk menguasai bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, Anwar berkata : “Tetapi dalam acara-acara rasmi mesti tunjukkan kita serius (mengangkat Bahasa Melayu).” Anwar turut mengutarakan keperluan menaikkan ekonomi s...

Dasar Rahmatan Lil Alamin dilaksanakan sepenuhnya tahun depan

Imej
Pelaksanaan sepenuhnya dasar Rahmatan lil Alamin dalam pentadbiran kerajaan dijangka dapatkan dilakukan pada tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata semua proses untuk melaksanakan dasar tersebut telah diambil termasuk mendapatkan persetujuan serta perkenan daripada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam pada 14 Mac lalu serta Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Jun lalu. "Semua kementerian juga telah setuju, ia telah dibahaskan dan semua memberikan maklum balas positif, jadi ini bermaka dasar ini akan dipakai, saya ada ruang untuk sampaikan dasar ini untuk mengisi pentadbiran Islam dalam negara. "Kita ada bajet RM10 juta untuk melaksanakan promosi dan taklimat serta pembudayaan Maqasid Syariah dan Rahmatan lil Alamin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama, dekat Parit Buntar hari ini. Semalam, Mujahid, yang juga Ah...

Usah debat lagi isu komik yang diharamkan.

Imej
PEMIMPIN PH perlu menghentikan tuduh-menuduh berhubung pengharaman buku komik Inisiatif Jalur dan Laluan, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim. Isu mengenai komik tersebut tidak perlu diperdebatkan lagi, tegasnya selepas menyampaikan satu syarahan di di Georgetown, Pulau Pinang hari ini. “Isu yang kecil, tidak perlu dipanjangkan. Tuduh-menuduh (antara PH) ini saya tidak setuju. Banyak lagi masalah negara,” kata beliau kepada pemberita. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan parti komponen PH yang saling berbalas kenyataan berhubung isu komik tersebut. Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau bagaimanapun tidak melihat perbalahan tersebut sebagai isu besar. Katanya, beliau juga telah membuat pertemuan bersama beberapa pimpinan utama parti komponen PH berhubung isu berkenaan. Ia termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha organisasinya Anthony Loke, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Na...

'Boleh cakap tentang Melayu, Islam tapi tanpa akhlak takkan berjaya'

Imej
Naratif pembinaan negara baru bagi Malaysia perlu menumpukan kepada asas-asa ekonomi dan bukannya retorik kaum atau agama, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Anwar berkata negara secara keseluruhannya perlu memfokuskan perkara penting, menyatukan rakyat dengan menangani isu-isu yang sering dihadapi rakyat Malaysia. "Fokus kepada ekonomi, untuk tegakkan keadilan. Untuk mempamerkan keprihatinan terhadap masalah golongan miskin, ketidaksamaan dalam masyarakat kita. “Isu utama tetap menjadi keperluan untuk mencapai visi baru bagi negara ini berdasarkan etika dan tadbir urus," kata anggota parlimen Port Dickson itu. Anwar dalam ucapannya berkata pelbagai kajian menunjukkan ekonomi Malaysia mengalami kelembapan selama 15 tahun yang lalu. Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ijtimak Harakiy kali keenam anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kajang, hari ini. Seruan itu dibuat beberapa mi...