Catatan

Putrajaya bentang RUU mohon bajet tambahan RM15.4 bilion yang dibentang Najib pada 2017

Imej
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membentangkan belanjawan tambahan berjumlah RM15.5 bilion sebagai tambahan kepada belanjawan 2018 yang dibentangkan pentadbiran BN sebelum ini. Kerajaan memohon dana sebanyak RM15,485,384,142 sebagai tambahan kepada perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan 2018. Peruntukan pembangunan dalam belanjawan yang dibentangkan Najib - ketika itu perdana menteri dan menteri kewangan - pada mulanya berjumlah RM46 bilion. Antara penerima terbesar dalam belanjawan tambahan itu adalah Perbendaharaan yang sebanyak RM9.2 bilion, dan Kementerian Kerja Raya sebanyak RM1.97 bilion. Lim memberitahu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon bahawa beliau berhasrat agar bacaan kedua Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 dibuat pada sidang kali ini.

PRK Rantau: SPR hantar 20,922 kad pengundi bermula hari ini

Imej
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil inisiatif menghantar kad pengundi bermula hari ini kepada 20,922 pengundi termasuk 118 pengundi awal yang bakal mengundi di pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau. Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata bahawa penghantaran kad pengundi ini adalah inisiatif SPR bagi menggalakkan dan memudahkan pengundi mengundi di PRK Rantau. Kad pengundi mengandungi maklumat mengundi seperti tempat mengundi, saluran serta tarikh dan masa mengundi. Pengundian awal dijadual pada 9 April, manakala hari mengundi ditetapkan pada 13 April. Azhar berkata dengan inisiatif ini, pengundi tidak perlu disemak lagi di barung SPR selepas maklumat keperluan dinyatakan dalam kad tersebut. Bagaimanapun, SPR menegaskan bahawa pengundi masih perlu membawa kad pengenalan dan pengundi juga diingatkan untuk membawa bersama kad pengundi bagi membantu untuk disemak. Mana-mana pengundi yang tidak menerima kad pengundi mungkin...

Mujahid: SPV jaga aset TH tiada CEO 'buat masa ini'

Imej
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof memaklumkan syarikat tujuan khas (SPV) yang memegang sejumlah aset Lembaga Tabung Haji setakat ini masih belum mempunyai pengurusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO). Beliau berkata buat masa ini, kesemua urusan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) dilaksanakan salah satu syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) - atau MOF Inc - iaitu Prokhas Sdn Bhd. "Prokhas Sdn Bhd adalah entiti milik kerajaan yang turut menguruskan SPV milik kerajaan lain seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP), Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) dan DanaInfra Nasional Berhad," katanya melalui jawapan bertulis parlimen, semalam. Ia bagi menjawab soalan Anggota Parlimen Pendang Awang Hashim yang meminta kerajaan menamakan CEO dan ahli lembaga pengarah UJSB. Dalam jawapan itu, Mujahid menyenaraikan ahli lembaga pengarah UJSB yang menurutnya dilantik di kalangan pegawai Kementer...

Azizah: PM pun setuju kekecewaan Izzah

Imej
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersetuju dengan kekecewaan yang diutarakan MP Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar pada wawancara baru-baru ini, kata Dr Wan Azizah Wan. Timbalan perdana menteri dipetik laporan FMT berkata kerajaan pimpinan PH perlu menerima kenyataan Nurul Izzah sebagai teguran membina dan bekerjasama memperbaiki prestasi pentadbiran. "Saya baca mengenainya dan perdana menteri pun setuju dengan kekecewaan Izzah jadi ia tidak menjadi masalah. “Adakah satu kesalahan? Dia tidak sentuh pasal penyelewengan, isu ambil duit negara atau apa jua isu lain. Kita sebagai kerajaan perlu ambil sebagai teguran yang membina,” katanya malam tadi. Minggu lalu, Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan akhbar Singapura,  Straits Times  memberi gambaran bahawa penggal ini merupakan yang terakhir baginya menjadi wakil rakyat. Antara lain, Nurul Izzah menyatakan rasa kecewanya dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam parti komponen PH. Selain i...

KEPUTUSAN NURUL IZZAH MANIFESTASI KEKECEWAAN ANAK MUDA

Imej
Dalam keadaan kita menghormati keputusan ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebenarnya ada yang lebih tersirat daripada itu. Kebimbangan anak muda yang mewakili 40 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan apatah lagi ia melibatkan salah satu instrumen penting dalam sistem demokrasi iaitu dasar semak dan imbang (check and balance). Sesebuah kerajaan yang berkesan mestilah melantik salah seorang ahli parlimen pembangkang bagi mengetuai PAC manakala timbalannya pula salah seorang dari ahli parlimen kerajaan bagi mewujudkan keseimbangan dalam demokrasi berparlimen di negara ini. Apabila Ronald Kiandee mengumumkan menyertai BERSATU, salah sebuah parti komponen dalam kerajaan, ini sudah tentu dari segi moral tidak melayakkan dirinya untuk terus memegang jawatan berkenaan. Seharusnya ahli parlimen Beluran itu tanpa perlu disuruh sesi...

NURUL IZZAH ADALAH BAKAL PM DI MASA DEPAN, JANGANLAH BERUNDUR DULU….

Imej
Salah satu kepantangan dalam perjuangan ialah merajuk dan mudah mengalah kepada cabaran yang mendatang. Perjuangan ibarat sebuah bas yang sentiasa bergerak menuju destinasi yang disasarkan dan ia tidak akan berhenti semata-mata untuk menunggu mereka yang merajuk atau mudah mengalah itu terubat calar di hatinya. Tidak sedikit berlaku dalam lipatan sejarah negara dan dunia mereka yang merajuk atau mudah mengalah akhirnya ditinggalkan begitu saja oleh sebuah perjuangan. Jika Anwar Ibrahim merajuk dan mudah mengalah selepas episod 1998 dahulu, beliau pasti tidak berada sekali lagi dalam kedudukan untuk menjadi Perdana Menteri sekarang ini. Anwar telah membuktikan bukan saja di dunia bebas beliau melawan, bahkan di dalam penjara pun semangat melawannya tidak pernah mengurang. Jika Anwar merajuk dan mudah mengalah, isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail tentu tidak terfikir untuk menggapai kedudukan sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika ini. Jika Anwar merajuk...

PH perlu terima teguran Nurul Izzah, kata Wan Azizah

Imej
KUALA LUMPUR: Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Harapan perlu menerima teguran Nurul Izzah Anwar dengan baik bagi meningkatkan prestasi pada masa akan datang. Timbalan perdana menteri berkata pandangan anaknya itu tidak seharusnya diperlekeh begitu sahaja kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad senada dengan ahli Parlimen Permatang Pauh itu. “Saya baca mengenainya dan perdana menteri pun setuju dengan kekecewaan Izzah jadi ia tidak menjadi masalah. “Adakah satu kesalahan? Dia tidak sentuh pasal penyelewengan, isu ambil duit negara atau apa jua isu lain. Kita sebagai kerajaan perlu ambil sebagai teguran yang membina,” katanya di majlis makan malam dan perasmian Hari Wanita Sedunia 2019 malam tadi. Sebelum ini, Izzah dalam temubual dengan Straits Times mengakui beliau “patah hati” dengan perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum tahun lalu. Beliau juga tidak berpuas hati dengan kekurangan naratif jelas mengenai usaha...

IZZAH BERHAK BERI PANDANGAN – ANWAR

Imej
Izzah adalah anak sulong kami. Sebagai bapa, kebahagiaan dan kesejahteraan beliau adalah keutamaan saya. Walaubagaimanapun, sebagai bapa saya juga terpanggil untuk menasihati anak-anak saya bahawa mereka akan sentiasa dihadapkan dengan cabaran dan kekecewaan dalam apa lapangan yang dipilih. Derita dan kesengsaraan yang ditanggung keluarga sejak dua dekad lalu ternyata mengesankan. Izzah bangkit menjadi simbol kekuatan keluarga, dan menumpukan sebahagian hidupnya untuk memungkinkan reformasi di negara ini. Izzah berhak dan layak memberikan pandangan. Dan kami sekeluarga akan terus memberikan tumpuan kepada masa depan Malaysia bersama kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. ANWAR IBRAHIM

'Saya hormat Kiandee, tapi pengerusi PAC tetap perlu ditukar' - Nurul Izzah

Imej
    Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata dia sangat menghormati Ronald Kiandee namun tetap mempertahankan pendiriannya berhubung perlunya penyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) ditukar. "Saya sangat menghormati Ronald. Kami dapat bekerjasama baik dengan beliau, tapi struktur (PAC) perlu dipertahankan. "Ini bukan tentang individu, bukan siapa pegang jawatan apa, atau personalitinya. Ia adalah tentang struktur yang ditubuhkan untuk menjadi benteng mengelakkan perbelanjaan yang keterlaluan," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini. Menyifatkan PAC sebagai penanda aras pembaharuan institusi, Nurul Izzah hari ini menjelaskan peletakan jawatannya adalah untuk menyatakan pendirian yang jelas. Tambahnya, dia dan beberapa ahli PAC dari kalangan PH sudah menulis surat kepada kerajaan agar berpegang pada janji manifesto dan menukar pengerusi PAC dari kalangan ahli parlimen pembangkang. "Saya...

BOSSMU KANTOI DI PARLIMEN

Imej
Wakil Pekan yang dikenali dengan gelar “Bossmu”, Najib Razak kantoi dan hilang aura sebagai boss di parlimen hari ini apabila terkena bedilan Wakil Bagan yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Menteri Kewangan itu mendedahkan rahsia bagaimana wakil Pekan telah menjual pejabat konsul di Hong Kong tanpa mengadakan tendar (jualan) terbuka dengan harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sepatutnya. Kata Guan Eng, tawaran penjualan pejabat itu yang dibuat Najib dibatalkan kemudian dilakukan jualan secara terbuka dengan harga jauh lebih tinggi. Harga yang disebut melalui jualan secara runding dibuat Najib bernilai RM1.1 billion sahaja berbanding dengan nilai jualan terbuka dibuat oleh kerajaan PH sebanyak RM1.6 billion. Bezanya sebanyak RM500 juta. Bila menerima pendedahan itu wakil Pekan bangun bertanya soal Terowong di Pulau Pinang apakah ianya dibuat secara tander terbuka, dan minta menyebutnya. Guan Eng tidak melayan Pekan sebaliknya bertanya “bossmu” apakah henda...

Penjualan aset di Hong Kong dibuat zaman BN

Imej
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menjelaskan keputusan untuk menjual sebuah bangunan konsulat di Hong Kong dilakukan ketika pentadbiran lalu. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pentadbiran Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk menjual aset berkenaan iaitu bangunan konsulat secara rundingan terus pada harga RM1.1 bilion. “Keputusan menjual bangunan ini dibuat kerajaan BN kerana pada masa itu mereka tidak dapat tampung kos pembaikan sebanyak RM300 juta. “Mereka buat keputusan jual dan buat rundingan terus dengan sebuah syarikat Malaysia dengan harga RM1.1 bilion. “Apabila kita (Pakatan Harapan) ambil tampuk pemerintahan, kita rasa ia tidak seharusnya dibuat secara rundingan terus kepada syarikat ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini. Februari lalu, sebuah akhbar yang memetik laporan Ming Pao mendedahkan Kumpulan Evergrande China dalam perbincangan untuk membeli bangunan milik kerajaan Malaysia di Hong Kong. Kerajaan merancang untuk menjual b...

Dewan kecoh: Najib soal hutang negara, Guan Eng timbulkan isu 1MDB

Imej
Kekecohan tercetus di Dewan Rakyat hari ini semasa sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng apabila bekas perdana menteri Najib Razak menyoal mengenai perangkaan hutang negara terkini. Najib sebelum itu meminta Lim mengulas laporan Bank Negara Malaysia yang menyatakan bahawa hutang negara telah meningkat sejak akhir tahun 2017. "Saya ingin memaklumkan kepada Najib (BN-Pekan) bahawa kerajaan Pakatan Harapan, sejak mengambil alih pada 9 Mei, tidak mempunyai apa-apa projek mega baru dan membuat sebarang pinjaman kerana projek-projek pembangunan telah diluluskan ...di bawah Bajet 2018. "Apabila PH mengambil alih kerajaan, kita perlu mengikuti Bajet 2018 yang telah diluluskan pada tahun sebelumnya," jawab Lim. Katanya, projek itu diteruskan dengan syarat ia bebas daripada amalan rasuah dan dengan kos yang dikurangkan. Menteri itu menambah bahawa jika kos projek tidak dikurangkan, jumlah p...

Aset Tabung Haji ke SPV tidak dicairkan, kata menteri

Imej
Aset bernilai RM19.9 bilion yang dipindahkan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) tidak dicairkan, persidangan Dewan Rayat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata SPV berperanan untuk menjalankan proses rehabilitasi kesemua aset tersebut melalui strategi pengudangan (warehousing) dan penstrukturan semula. “Selain itu, peranan SPV ialah meneruskan kelangsungan operasi aset yang diambil alih, memaksimumkan nilai ambil pulih dan menebus kesemua instrumen kewangan yang diterbitkan oleh SPV dan dilanggan oleh TH,” katanya. Beliau menjawab soalan Awang Hashim (PAS-Pendang) mengenai sama ada aset anak syarikat TH telah dicairkan melalui SPV yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan. Sesi soal jawab itu kemudian kecoh apabila Awang dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mendesak supaya Mujahid menamakan individu yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Anggota L...

'Yang kita nak gaduh pasal apa?'

Imej

'Tahniah Umno berjaya didik Hadi'

Imej

Kertas siasatan kes bayaran RM1.4j diserah minggu depan

Imej

Dewan ‘hangat’ sekutu BN kata tak boleh bahas kenyataan Sultan Johor

Imej

Najib: Dari PM ke Penyamun*, Dari BossKu ke Pembuli Pelajar

Imej

Setahun Malaysia Baharu: Budaya 'mengampu' perlu dihentikan!

Imej

Nurul Izzah: Gelar Dr M bekas diktator bukan perkara baru

Imej
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya tentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara media Singapura, Straits Times. Bercakap pada sidang media hari ini, anak sulung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim itu menjelaskan, gelaran bekas diktator kepada Mahathir itu bukanlah satu perkara baru dan pernah disebutkan beberapa kali sebelum pilihan raya lalu. "Bagi saya ia adalah satu fakta. Saya pernah mengatakannya sebelum pilihan raya. Saya pernah katakannya ketika demonstrasi Bersih 3 dan 4. "Saya tak faham kenapa ia menjadi satu masalah apabila saya sampaikan pada ruang perbincangan yang berbeza walaupun dalam mesej yang sama," katanya di lobi parlimen hari ini. Minggu lalu, Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan Straits Times memberi gambaran bahawa penggal ini merupakan yang terakhir baginya menjadi wakil rakyat. Antara lain, Nurul Izzah menyatakan rasa kecewanya dengan kemasukan bekas wakil rakyat...