Catatan

PKR tiada masalah dengan ramalan PH akan kalah

Imej
PKR tidak akan mengambil tindakan sama seperti pendirian Bersatu terhadap pemimpinnya yang mengumumkan ramalan Pakatan Harapan (PH) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, presiden partinya Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan meneliti pandangan yang dikemukakan rakan sekutunya itu. “Itu pandangan Bersatu. Tapi bagi saya, apa-apa pandangan pun kita kena nilai, tengok apa yang disebut dan teliti cadangan tersebut. “Tetapi, dalam PKR kita bagi ruang lebih demokratik dalam memberi pandangan. Jadi, tidak ada tindakan untuk pemimpin PKR yang berbuat demikian,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, di bangunan parlimen, hari ini. Anwar mengulas kenyataan Mahathir yang mengatakan Bersatu akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mencemarkan parti itu dengan mengatakan bahawa PH akan dapat kalah dalam pilihan raya. Meskipun tidak menyebut mana-mana nama secara khusus, ia diperca...

Rakyat takkan kembali pada Umno, tapi jangan ambil mudah

Imej
Memetik pandangan Dr Rais Husin dalam satu forum yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 28 Ogos lalu, beliau mengatakan jika pilihan raya umum ke-15 diadakan esok, maka Umno dan PAS akan menang.Saya bersetuju pada premis beliau yang membangkitkan kekecewaan rakyat terhadap prestasi semasa kerajaan. Tetapi jangkaan beliau mengenai Umno dan PAS akan menang itu mungkin sedikit merendah-rendahkan kematangan politik rakyat Malaysia. Kegelisahan rakyat sememangnya realiti yang perlu diakui. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya jatuh ke dalam sindrom penafian seperti yang menjangkiti Umno sepanjang mereka diberi peluang memerintah negara. Jika ada pemimpin kerajaan yang menafikan hal ini, maka pemimpin itu masih berada di kayangan elitis yang terpisah daripada realiti. Apa yang paling ketara ialah, rakyat belum merasa sebarang perubahan signifikan yang memberi kesan kepada hidup mereka. Menjelang tahun kedua kemerdekaan di bawah p...

Nik Omar: Ulama mesti jaga tutur kata, tunjuk teladan terbaik

Imej
Seseorang yang alim dalam hal ehwal agama seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat serta bijak mengawal perbuatan, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz. Menurut Nik Omar setiap manusia boleh saja berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan pandangan tertenu, namun semasa menguruskannya, fakta mesti diutamakan semasa berhujah. “Bila sebut orang alim kita kena tunjuk contoh yang terbaik. Kita boleh tak bersetuju, tapi utamakan hujah, utamakan fakta. “Tak sepatutnya kalimah atau kata-kata yang tak selayaknya (keluar dari mulut alim ulama). Jadi, kita raikan demokrasi. Itu yang sepatutnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Putrajaya, semalam. Nik Omar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan salah seorang ulama kanan PAS di media sosial semalam. Tanpa menyebut sebarang nama anggota Jawatankuasa Ulama Pusat PAS, Mokhtar Senik, menyindir beberapa golongan sebagai tali b...

Bersatu, Amanah belum mampu ganti UMNO, Pas - Penganalisis

Imej
PUTRAJAYA : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat belum mampu menggantikan UMNO dan Pas dalam memperjuangkan isu Melayu dan Islam. Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kedua-dua parti itu juga mungkin berdepan masalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama UMNO dan Pas berjaya. "Bersatu sepatutnya ambil alih peranan UMNO dan Amanah ambil alih peranan Pas untuk kelompok Islam progresif. Tetapi setakat ini nampak belum berjaya. "Sebagai pengkaji saya lihat dinamika itu belum ada. Kalau PRU15 ditakdirkan berlaku tahun depan, saya ingat Amanah dan Bersatu ada masalah besar," katanya dalam program Wacana Ilmu Seri Satria Siri 8 yang membincangkan topik 'Naratif Melayu Islam Pasca PRU14' di sini pada Khamis. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menurut Awang Azman...

Skandal 1MDB: RM428,500 milik Akademi Pemuda Umno dilucut hak

Imej
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan wang berjumlah RM428,500 yang disita daripada Akademi Pemuda kerana dikatakan ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman memaklumkan reponden (Akademi Pemuda) tidak membantah terhadap permohonan untuk melucutkan hak harta itu. Dalam prosiding semalam, Akademi Pemuda tidak diwakili peguam dan wakilnya juga tiada di mahkamah. Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwa raya mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Latheefa berkata tindakan...

APAKAH ELEMEN DIKTATOR PM4 SUDAH MERESAPI PM7?

Imej
Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad selalu mengalu-alukan teguran dan kritikan. Kata beliau, teguran dan kritikan adalah umpama cermin yang membolehkan pihaknya memperbaiki kesilapan. “Tanpa teguran dan kritikan, kita tidak nampak apa kesilapan kita. “Dan cuba kita tak tengok cermin dua tiga hari, kemudian kita keluar rumah, adakah rupa kita makin elok?” demikian lebih kurang antara kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir dalam mengalu-alukan teguran serta kritikan. Tapi apa sudah jadi sekarang? Mengapakah Dr Rais Hussin, Ahli MPT Bersatu mahu diambil tindakan disiplin hanya kerana memberikan pandangan yang berupa kritikan dan teguran? Berhubung kritikan Dr. Rais yang meramalkan PH akan kalah jika PRU diadakan dalam masa terdekat ini, Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat MPT Bersatu semalam mengakui tindakan disiplin akan diambil terhadapnya. “Kita telah bincang dengan panjang lebar, beberapa perkara, di antaranya per...

Skandal 1MDB-Tanore: Najib, Jho Low buat dokumen palsu dalam cubaan tutup skandal 1MDB - Gopal Sri Ram

Imej
KUALA LUMPUR: : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low didakwa cuba menggambarkan kononnya wujud derma dari Putera Arab membabitkan jumlah AS$25 juta selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar pada 2015. Ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam kenyataan pembukaan perbicaraan kes 1MDB Najib hari ini berkata, dokumen palsu juga dihasilkan dalam cubaan untuk menutup jejak skandal itu. “Dokumen palsu dihasilkan untuk menggambarkan kononnya ada derma daripada putera Arab. Antaranya ialah surat-surat dan empat cek yang setiap satu berjumlah AS$25 juta kononnya ditulis oleh pihak yang dikatakan penderma Arab. “Tetapi cek-cek berkenaan bukan bermaksud untuk ditunaikan dan tidak pernah ditunaikan. "Pihak pendakwaan juga akan mengemukakan bukti yang menunjukkan tertuduh mengambil langkah aktif untuk mengelakkan keadilan. Beliau juga mengganggu perjalanan penyiasatan kes...

Skandal 1MDB-Tanore: Najib kawal 1MDB selepas jadi PM, kata saksi

Imej
NAJIB Razak meminda perlembagaan syarikat Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) untuk membolehkan beliau mengawal entiti itu tidak lama selepas jadi perdana menteri pada 2009, kata saksi. Bekas perdana menteri itu juga menandatangani dokumen menyebabkan nama TIA ditukar kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Penolong Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Rafidah Yahaya berkata perlembagaan TIA dipinda pada 2 September 2009, lima bulan selepas Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April 2009. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pindaan membolehkan Najib mengawal 1MDB, yang ketika itu milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Klausa tersebut ditambah di bawah Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Persatuan SRC International, iaitu semua perkara termasuk jamina kewangan dan hala tuju dasar perlu mendapat kelulusan perdana menteri. Najib menandatangani dokumen menukar pemilikan TIA kepada MKD pad...

Najib 'DIPERDAYA' kah ??!

Imej
Bila penyangak besar 1MDB bermaharajalela dulu berkuasa, segala dedak ratusan, ribuan & jutaan ringgit diberi kepada 'mereka' utk menaikkan imej Najib dan kepentingan politaik UMNO-BN. Najib ingat dgn guna cek 'orang tengah' tak dapat dikesan oleh BNM ka ? Masa songlap duit RM2 juta & RM246,000 tu Najib 'DIPERDAYA' kah ??!

Utusan akan nyahsenarai dari Bursa Malaysia pada 30 Ogos

Imej
Utusan Melayu (Malaysia) Bhd hari ini berkata ia tidak akan membuat rayuan terhadap sahamnya yang dinyah senarai dari Bursa Malaysia. Pengumuman itu dibuat selepas tarikh akhir ditetapkan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd pada 27 Ogos, untuk syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia itu membuat rayuan, yang menjurus kepada penyahsenaraiannya esok. "Lembaga pengarah Utusan mengumumkan bahawa syarikat itu tidak membuat rayuan terhadap penyahsenaraian saham Utusan itu, dan oleh itu saham syarikat akan dinyah senarai pada 30 Ogos,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia. Dagangan sahamnya (kod 5754) digantung semalam, dengan harga dagangan terakhir pada 5.5 sen. Syarikat itu mula disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994. Utusan Melayu mengalami kerugian sejak 2012, mencetuskan status Nota Amalan PN17 (PN17) pada Ogos lepas, selepas ingkar atas pembayaran prinsipal termasuk keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd dan ...

Skandal 1MDB-Tanore: Shafee timbulkan lagi isu punggung Najib

Imej
Peguam utama bekas perdana menteri Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah hari ini memohon agar tempoh perbicaraan kes rasuah 1MDB yang membabitkan anak guamnya dipendekkan.Shafee memberikan beberapa alasan, antara lain, adalah Najib terpaksa duduk di permukaan yang keras untuk jangka masa panjang. "Tetapi lebih kritikal ialah klien saya (duduk) di atas papan ... "Hampir setiap hari, sebaik sahaja Yang Arif membenarkan penangguhan (tadi), dia terpaksa meregangkan badannya (stretching) jika tidak akan menjadi lebih teruk," katanya kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah. Beliau juga memetik isu-isu dokumentasi dalam permohonnya untuk memendekkan masa perbicaraan. Susualan itu, Sequerah bersetuju untuk menamatkan sesi hari ini pada jam 4.45 petang. Shafee kemudian meminta agar perbicaraan seterusnya berakhir pada jam 4.30 petang, sambil menambah bahawa beliau telah menimbulkan isu yang sama dengan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam perbicaraan ...

Skandal 1MDB-Tanore: Kenyataan penuh pembukaan perbicaraan kes 1MDB dihadapi Najib

Imej
Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu-tunggu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib Razak bermula semalam. Pendakwaan memulakan kes dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, membacakan kenyataan pembukaan. Berikut adalah kenyataan pembukaan sepenuhnya. 1. Kes ini berkaitan wang milik sebuah syarikat yang dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad yang lebih dikenali sebagai 1MDB. Syarikat ini pada asalnya dikenali sebagai Terengganu Investment Authority atau TIA. Tertuduh memainkan peranan dalam menukar syarikat itu kepada 1MDB. Beliau juga telah menyebabkan pindaan dibuat terhadap artikel syarikat bagi meletakkan dirinya sebagai pengawal tunggal dalam perkara penting berkaitan perniagaan dan hal ehwal syarikat. Ringkasnya, beliau adalah plenipotensiari (berkuasa mutlak). Di samping itu, beliau merupakan pengerusi lembaga penasihat syarikat. Beliau menggunakan kedudukan b...

Skandal 1MDB-Tanore: ‘Najib bayar dua entiti melalui cek kepada orang tengah’

Imej
Pembayaran yang dibuat Najib Razak kepada dua entiti iaitu penerbitan mingguan bahasa Cina dan pentadbir laman Facebook tidak secara terus tetapi melalui orang tengah. Bekas setiausaha politik bekas perdana menteri itu, Wong Nai Chee, 50, berkata tindakan berkenaan bagi mengelak cek itu disebarkan di Facebook. Saksi yang merupakan seorang peguam berkata ia juga bagi menghalang pihak lain meraih faedah daripada cek itu untuk meningkatkan kredibiliti mereka. Wong, saksi kelima pendakwaan berkata cek bernilai RM246,000 ditandatangani Najib, dikeluarkan kepada hartawan, Lim Soon Peng, yang kemudiannya membuat pembayaran balik kepada Akademi Kewartawanan dan Informasi, serta AD Network (kedua-dua entiti itu) bagi mengelak daripada disebar di Facebook. Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan dalam kes itu, Gopal Sri Ram pada hari kedua perbicaraan kes Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bil...

Pencetak masih harap Harakah lunaskan hutang

Imej
Pengarah urusan syarikat yang pernah mencetak Harakah suatu ketika dulu masih berharap ada penyelesaian baik dapat dicapai dengan PAS dalam isu hutang di antara mereka. Bercakap kepada Malaysiakini , Azlan Jan, berkata walaupun syarikat Angkatan Edaran Sdn Bhd (Angkatan Edaran) didedahkan PAS sebagai muflis, pintu rundingan untuk menyelesaikan kemelut itu sentiasa terbuka. Tetap berpegang kepada etika perniagaan katanya, buat masa ini Azlan pihaknya enggan memberi sebarang pendedahan terperinci berhubung perkara itu. "Ya, kita sentiasa terbuka untuk berbincang dan berharap mereka (PAS dan Harakah) dapat menyelesaikan hutang tersebut. "Walaupun syarikat muflis sekali pun, hutang tetap wajib dibayar," katanya hari ini. Pada 27 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan bahawa Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, mengakui Harakah berhutang dengan sebuah syarikat percetakan. Bagaimanapun anggota parlimen Kota Bharu itu berkata, syarikat terbabit sudah muflis m...

ELAK KALAH PRU15, TUN M TIDAK HARUS JADI PM LEBIH DUA TAHUN

Imej
Kebimbangan tentang kemungkinan PH kalah PRU15 akan datang bukan lagi suara yang disembunyi-bunyikan, malah sudah boleh didengari di mana-mana ketika ini. Kalangan pimpinan PH sendiri tidak lagi takut menyatakan hakikat tersebut. Di forum terbuka, kenyataan media, perbincangan dalam bilik mesyuarat, sembang-sembang sesama sendiri, malah apa saja ruang untuk berbicara, topik tersebut kian kerap diperkatakan di sana sini. Semalam, Ahli MPT Bersatu, Dr Rais Hussin dalam sebuah forum di UIA tanpa berselindung menyatakan PH akan kalah mudah jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini. Katanya, selain janji manifesto banyak yang tidak ditunaikan, PH didapati tidak lagi menjadi kerajaan yang mendengari suara rakyat. Hari ini, dua Ahli Parlimen PH turut tidak menolak kemungkinan PH akan hilang kuasa dalam PRU akan datang. Charles Santiago, Ahli Parlimen Kelang dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menggariskan dua faktor iaitu tidak menunaikan janji dan gagal...

Skandal 1MDB-Tanore: Akaun dibeku atas dakwaan dana 1MDB, Umno P Pinang beritahu mahkamah

Imej
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak hari ini yang akaun bank bahagian itu dibekukan atas dakwaan wang yang diterima daripada dana kekayaan berdaulat itu. Ketua Umno Bahagian  Batu Kawan, Mohd Noor Ahmad berkata demikian apabila disoal peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah. Ditanya jika kerajaan cuba mendapatkan semula wang itu melalui saman pelucuthakan, Ahmad berkata tidak.Katanya, beliau dan ahli lain di bahagian itu tidak didakwa di bawah undang-undang pengubahan wang. “Saya tidak dimaklumkan saya akan didakwa.” Najib dikatakan memberi RM100,000 kepada Umno Bahagian Batu Kawan melalui akaun AmBank beliau pada 7 Ogos 2013. Wang itu didakwa adalah hasil kegiatan haram. Bekas perdana menteri itu berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa pada September tahun lalu atas dakwaan memasukkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion ke akaun AmBank beliau antara Februari 201...

Skandal 1MDB: Putrajaya dibenar rampas RM100,000 daripada bekas menteri

Imej
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan merampas RM100,000 dana 1MDB daripada Hasan Malek, selepas bekas menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu tidak memfailkan respons terhadap saman pelucuthakan sivil yang difailkan terhadapnya. “Kami juga tidak menerima sebarang permohonan pihak ketiga yang mahu mencabar saman itu,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat kepada mahkamah hari ini. Peguam Hasan, Muhammad Iqbal Ismail berkata, anak guamnya tidak menolak saman itu. Hakim Zaini Mazlan menetapkan 4 dan 5 Disember ini untuk mendengar saman pelucuthakan yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Umno, Wanita MCA, Umno Sabah dan 2 syarikat – Binsabi Sdn Bhd serta Perano Sdn Bhd, yang didakwa menerima dana 1MDB. Mereka antara 41 entiti dan individu yang didakwa SPRM menerima kira-kira RM270 juta daripada akaun bank Najib Razak. Mahadi berkata, satu warta persekutuan dikeluarkan pada 24 Julai lalu u...

'NAJIB DIPERDAYA' ??!

Imej
SEKALI LAGI peguam Najib mati kutu berhujah dlm mahkamah, HANYA BERANI ckp di luar mahkamah di hadapan wartawan dgn gunapakai alasan yg sama 'NAJIB DIPERDAYA' spt diberi alasan semasa perbicaraan kes SRC baru² ini. ADAKAH 3 lagi kes perbicaraan bakal menyusul (jumlah 5 kes perbicaraan jenayah Najib) slps kes 1MDB nak guna alasan 'NAJIB DIPERDAYA' ??!

RM2 juta untuk Cytroo Macai Najib..!!

Imej
Bayar cytro Najib sahaja RM2 juta ??! RM2 juta tu untuk Cytroo Macai Najib. Patutlah banyak Fake Account komen merapu-rapu.. 😂 😂 MacaiUmno & walaun berta'awun gila khinzir pertahankan membela Najib tu dapat berapa pulak ??!

Angkara Suka Fitnah Dan Rasis !!

Imej
MENURUT penghakiman persetujuan, Azwanddin berjanji untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Liew dan membayar RM40,000 kepadanya dalam masa 90 hari. Dia juga perlu mengeluarkan permohonan maaf dalam masa 14 hari di beberapa portal berita, antaranya Malaysiakini, Free Malaysia Today, The Star Online, Utusan Online serta di laman Facebook JMM dan dirinya sendiri. KENAPA.. byk sgt p emimpin² melayu-UMNO mengaku beragama Islam tapi kerap sgt memfitnah sehingga diheret ke mahkamah yg berakhir kalah saman fitnah atau selesai secara baik luar mahkamah minta maaf ??! DAN KENAPA.. byk² pemimpin parti dlm negara kita HANYA pemimpin² dari parti UMNO dan PAS sahaja byk kali diheret ke mahkamah kerana memfitnah ??!