BELUM SEBULAN HILANG KUASA, KENAPA UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA?
Baru
tidak sampai sebulan kehilangan kuasa dalam kerajaan yang dipegang
sejak lebih 60 tahun lalu, UMNO kini seolah-olah sudah hilang daya untuk
menggerakkan parti itu dengan menamatkan serta-merta penyaluran
kewangan bulanannya yang lazim diterima sebelum ini.
Dalam
surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan
Tengku Mansor, ia menyebut setelah meneliti kedudukan kewangan, parti
ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak
Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula
Mei 2018.
Dalam
surat itu juga meminta agar pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap
Bahagian dapat meneruskan pengoperasian parti seperti kebiasaan meskipun
tanpa peruntukan tersebut.
Kenapa
hanya baru tidak sampai sebulan kehilangan kuasa, UMNO tiba-tiba sudah
jadi miskin dan papa kedana sehingga tidak mampu lagi menyalurkan
peruntukan bulanan kepada bahagian dan sayap-sayap?
Ke mana wang parti yang dikumpul sejak 60 tahun berkuasa selama ini?
Adakah hanya pemimpin UMNO saja kaya raya, tetapi parti sebenarnya miskin dan papa kedana?
Tiadakah
mereka yang kaya raya itu sanggup untuk menghulurkan derma kepada parti
sendiri sedangkan mereka mengaut kekayaan pun atas nama UMNO?
Kenapa
pemimpin yang menerajui UMNO sekarang tidak cuba meminta wang derma
yang kononnya daripada Pak Arab yang pernah diterima oleh bekas Presiden
UMNO, Najib Razak?
Bukankah Najib ada menyatakan walaupun wang itu disalurkan atas nama akaun peribadinya, tetapi ia bukanlah kepunyaannya?
Kesian UMNO....belum sebulan hilang kuasa, sudah begini jadinya!
Bagaimana agaknya nasib parti itu selepas setahun atau lima tahun akan datang?
Dengan
keadaan tiada wang seperti yang ditunjukkan sekarang ini, bolehkah UMNO
terus bernyawa lagi untuk menghadapi pilihanraya seterusnya?
Ulasan
Catat Ulasan