Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

BAGUSLAH KALAU BERSATU NAK BERGABUNG DENGAN UMNO, TAPI PULANGKANLAH SEMUA JAWATAN KEPADA PH….

Imej
Ahli MT UMNO, Lokman Adam mendakwa, terdapat usaha yang direstui oleh sebilangan pemimpin UMNO sendiri untuk menggabungkan parti itu dengan Bersatu. Katanya, antara sebilangan pemimpin yang setuju ke arah penggabungan itu ialah mereka yang sedang berdepan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah. Selain itu, usaha penggabungan yang mahu direalisasikan menjelang Mei 2020 itu juga dipercayai bertujuan memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan seterusnya membolehkan Tun Mahathir Mohamad terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal atau sampai beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Sehubungan itu, Lokman mencadangkan agar UMNO segera mengadakan pemilihan semula bagi membolehkan ahli parti membuat pilihan memilih kepimpinan antara yang mahu bekerjasama dengan Bersatu atau sebaliknya. “Jika benar sebahagian dari kepimpinan UMNO dan bekas pemimpinnya lebih selesa mengambil pendekatan if we can’t defeat them, we join them (jika tak boleh kalah

KERAJAAN PINTU BELAKANG MESTI DITOLAK..!!

Imej
Isu utama yang membelenggu UMNO sekarang ini adalah keghairahan dan tidak sabarnya mereka untuk kembali berkuasa tanpa mahu menunggu PRU bagi mendapatkan mandat rakyat. Oleh kerana ia sudah berkuasa terlalu lama dan tidak pernah menjadi pembangkang, maka sekali ia tiada kuasa sejak PRU14 lalu, para pemimpin UMNO seolah-olah hilang punca untuk mengurus parti dan diri sendiri. Itulah yang menyebabkan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO segera melompat parti menyertai Bersatu sebaik BN kalah dan hilang kuasa pada PRU 9 Mei 2018 yang lalu. Apabila hilang kuasa, hidup tanpa jawatan, tanpa kedudukan dan tanpa kontrak perniagaan, mereka merasakan seolah-olah dunia ini sudah gelap untuk meneruskan kehidupan. Itulah juga yang menyebabkan Hishammuddin Hussein bersama 17 Ahli Parlimen UMNO begitu mudah mengadakan pertemuan sulit pada waktu malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, walaupun dikatakan perjumpaan itu hanya berkaitan permohonan untuk projek-projek pembangunan

Skandal 1MDB: Saman masih belum serah, sebutan kes Goldan Sachs 14 Jan

Imej
Kes terbitan bon berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$6.5 bilion (RM27.2 billion) terhadap Goldman Sachs (Singapore) Pte akan disebut semula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 14 Jan depan. Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya, semasa kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini. Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir memberitahu pemberita, penyerahan notis saman oleh pihak pendakwaan terhadap Goldman Sachs (Singapore) masih dalam proses. “Sehubungan itu mahkamah menetapkan 14 Jan depan untuk sebutan, bagi mengetahui status penyerahan notis saman tersebut terhadap Goldman Sachs (Singapore),” katanya. Peguam Krishna Dallumah dan Datuk Prem Ramachandran hadir bagi pihak syarikat itu. Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan, untuk memindahkan kes membabitkan Goldman Sachs (Singapore) ke Mahkamah Tinggi. Pada 16 Dis lepas, hakim Mohamed Zaini membenarkan kes sam

Skandal 1MDB: AGC fail rayuan tolak permohonan lucut hak Umno Kedah, Habib Jewels

Imej
Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang menolak permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1.15 juta daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah (Umno Kedah) dan Habib Jewels Sdn Bhd. Wang berkenaan dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman memberitahu pemberita notis rayuan tersebut difailkan oleh Jabatan Peguam Negara di Mahkamah Rayuan pada 16 Dis lalu. "Pihak pendakwaan juga telah membuat permohonan bagi menangguhkan pelaksanaan perintah untuk memulangkan harta tersebut (wang RM1.15 juta), kepada pihak responden iaitu Umno Kedah dan Habib Jewels pada 20 Dis lalu," katanya selepas pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mahyudin Mohmad Som hari ini. Umno Kedah dan Hab

5 kes di mahkamah, 2020 Najib terus curi tumpuan pentaksub

Imej
Bekas perdana menteri Najib Razak dilihat akan terus kekal menjadi perhatian umum sepanjang tahun depan berdasarkan penampilannya di mahkamah untuk berdepan tuduhan-tuduhan daripada 5 kes jenayah. Tiga kes sedang sedang berlangsung termasuk tuduhan penyalahgunaan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan terhadap pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Dalam kes itu, beliau juga didakwa dengan 3 tuduhan pengubahan wang haram dan 3 tuduhan pecah amanah mambabitkan pemindahan RM42 juta ke akaunnya daripada bekas unit 1MDB. Hakim memerintahkan Najib membela diri pada 11 Nov, dan beliau kini sedang memberi keterangan. Tidak pasti berapa ramai saksi yang akan dipanggil oleh pihak pembelaan. Perbicaraan disambung semula pada 6 Jan depan. Sumber terdekat dengan pihak pendakwaan memberitahu FMT bahawa beliau menjangkakan perbicaraan itu akan tamat pada suku pertama tahun depan. “Hakim meme

KERAJAAN PH SEMAKIN JAUH DARIPADA HATI RAKYAT….

Imej
Jika mahu disenarai satu persatu, baru dalam tempoh 19 bulan PH menjadi kerajaan, sebenarnya terlalu banyak perkara-perkara yang mengecewakan dan mengguris hati rakyat telah berlaku. Harapan rakyat apabila mereka membuat keputusan menukar kerajaan dan menumbangkan BN, yang diminta hanyalah agar kehidupan selepas itu bertambah baik dengan kos sara hidup menurun, banyak peluang pekerjaan dan cara menambah pendapatan juga menjadi lebih banyak. Malangnya semakin hari berlalu, harapan itu semakin kabur dan kelam dengan yang munculnya akhirnya hanya berita-berita sedih dan menyakitkan hati. Janji Tun Mahathir Mohamad dengan pengalamannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini bahawa tempoh dua tahun untuknya menerajui negara sudah mencukupi untuk memulihkan ekonomi, tidak lebih sekadar janji bulan madu orang sedang bercinta. Dalam tempoh 19 bulan menerajui kerajaan, Tun Mahathir ternyata gagal memberi yang lebih baik sebagaimana yang pernah dijanjikannya se

Kes Zahid Hamidi: Rekod kad kredit, cukai jalan dan siapa Mazlina?

Imej
Pada 12 Disember lalu merupakan hari terakhir perbicaraan kes Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi tahun 2019. Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan , 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. Sepanjang 12 hari perbicaraan (sejak 18 November), 26 saksi hadir memberikan keterangan di mahkamah, dan perbicaraan banyak berkisar tentang dakwaan pecah amanah terhadap dana Yayasan Akalbudi. Dalam pertuduhan pecah amanah (CBT), Ahmad Zahid dituduh menyeleweng RM31 juta dana Yayasan Akalbudi- yang mana beliau merupakan pengasas, pemegang amanah, dan penandatangan tunggal. Melalui jejak aliran tunai yang dibentangkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan cuba membuktikan bahawa satu amaun besar milik yayasan digunakan untuk, antara lain, membayar bil kad kredit peribadi, membeli polisi insurans kenderaan-bermotor dan membeli cukai jalan untu

PRU UNTUK MENUKAR KERAJAAN, BUKAN MEMILIH PM BARU..!!

Imej
Daripada semasa ke semasa, bila-bila saja isu peralihan kuasa timbul menjadi bahan perdebatan, tidak kurang yang menyarankan agar Perdana Menteri mengadakan pilihanraya umum atau PRU bagi tujuan itu. Terutama daripada pembangkang, mereka ternampak ghairah benar dengan melihat hanya PRU saja merupakan satu-satunya penyelesaian untuk menentukan siapa Perdana Menteri selepas Tun Mahathir Mohamad. Kata mereka, oleh kerana sehingga sekarangTun Mahathir masih tidak menetapkan tarikh untuk peralihan kuasa dan ia ditafsirkan sebagai keengganan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, maka mengadakan PRU adalah pilihan terbaik ke arah itu. Oleh kerana pembangkang bertalu-talu dan tanpa jemu membuat saranan itu, kadangkala pemimpin PH sendiri, terutama yang anti, benci dan dengki kepada Anwar, turut terikut-ikut setuju dengan perkara itu. Mereka seterusnya berhujah bahawa apabila Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas PRU14 lalu, ia adalah untuk tempo

Ramkarpal pada Thomas: Selesaikan apa yang gagal dibuat AG terdahulu

Imej
Abdul Gani Patail dan Mohamed Apandi Ali telah gagal menjelaskan misteri sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika mereka memegang jawatan peguam negara (AG), menurut anggota parlimen DAP Ramkarpal Singh. Kini, katanya, bergantung kepada Tommy Thomas - yang menggantikan mereka sebagai peguam negara - untuk menyelesaikan perkara itu. "Sesuai untuk dinyatakan bahawa persoalan berkenaan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya tidak pernah diselesaikan semasa dua AG sebelum ini. "Tambahan pula, motif pembunuhan itu tidak pernah didedahkan sepanjang perbicaraan yang berakhir di Mahkamah Persekutuan pada 2015. "Ia pasti akan menjadi salah satu pencapaian terhebat, kalau pun bukan yang terhebat, bagi Thomas jika perkara itu dicapai ketika dia menjadi AG," katanya dalam kenyataan hari ini. Ramkarpal merupakan peguam kepada bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, dalam samannya terhadap dua bekas pegawai polis yang disabit bersalah membunuh warga

Kes pembunuhan Altantuya tidak lengkap, kata AG

Imej
Kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri, Najib Razak adalah tidak lengkap dan mungkin dibuka semula, kata Peguam Negara, Tommy Thomas. “Semua orang mengetahui bahawa adalah tidak masuk akal bahawa hanya kedua-dua mereka yang dipersalahkan,” kata Thomas dalam temubual bersama Bloomberg, Jumaat lalu yang disiarkan hari ini. Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dikatuhkan oleh Mahkamah Rayuan setelah mendapati dua bekas pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang juga pengawal pengiring Najib bersalah membunuh wanita berkenaan pada 2006. “Kita tahu bahawa cerita itu tidak lengkap. “Lebih banyak untuk polis melakukan siasatan dan kami akan melihatnya,” katanya apabila ditanya jika pihak pendakwa raya akan membuka semula kes berkenaan.

Pekebun yang diusir kerajaan Umno@BN Pahang juga perlu belanja sekolah anak

Imej
Pengerusi PH Pahang, Fuziah Salleh meluahkan kekesalan ke atas pengusiran pekebun sayur di Cameron Highlands oleh kerajaan Pahang semalam yang menurutnya, boleh dikendalikan dengan lebih baik. Fuziah berkata, meskipun kebun haram tersebut terletak berdekatan dengan kawasan tadahan air, atas "dasar perikemanusiaan” mereka sepatutnya dibenarkan menunggu untuk menuai hasil tanaman mereka terlebih dahulu. “Tambahan pula waktu ini merupakan musim perayaan. Dan anak-anak mereka akan mula bersekolah. “Tentu sekali hasil tuaian mereka diperlukan untuk membiaya persekolahan awal tahun anak-anak mereka nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya lagi, petani tersebut boleh ditempatkan semula di tanah lain, serta diberi latihan "amalan pertanian yang baik" antaranya untuk mengelakkan penggunaan racun terlarang. “Kerajaan negeri seharusnya menggunakan cara rundingan menang- menang didalam hal ini,” katanya lagi. Semalam, kerajaan Pahang mengarahkan peke

KENAPA BEGITU BERSUNGGUH? ADAKAH PENUDUH KES ANWAR GAGAL UJIAN POLIGRAF?

Imej
Berbeza dengan kes Azmin Ali yang sudah berlarutan lebih enam bulan tanpa sebarang keputusan, pihak polis nampaknya begitu bersungguh dan bertindak agak pantas dalam kes Anwar Ibrahim. Setelah penuduh, Mohamad Yusoff Rawther diambil keterangan dan kemudian dibawa menjalani ujian poligraf, pihak polis kini mahu melebarkan lagi siasatan untuk mengenal pasti di mana Anwar berada pada 2 Oktober 2018 iaitu hari di mana kejadian cabul itu didakwa berlaku. Baru sekarang juga Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengatakan ujian poligraf tidak boleh diterima di mahkamah. Katanya, ujian poligraf hanyalah sebagai prosedur siasatan polis saja. Tetapi, mengapakah ketika ujian poligraf mahu dijalankan kepada Yusoff dahulu, ia begitu digegak-gempitakan seolah-olah ujian itu pemutus kepada kebenaran? Kenapa sejak awal lagi tidak dikatakan ujian poligraf tidak diterima di mahkamah? Kenapa baru sekarang disebut ia tidak diterima di mahkamah? Atau adakah kerana ujian poligraf

IGP: Ada negara tak ikhlas enggan kerjasama 'tangkap Jho Low'

Imej
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang berjanji untuk membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Jho Low hari ini melahirkan rasa kecewanya kerana rakan sejawat di beberapa negar enggan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam hal ini. Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Hamid berkata negara tersebut malahan enggan mengakui bahawa Low berada di negara mereka walaupun polis Malaysia telah mengemukakan bukti. "Saya ada beberapa hari, ada seminggu, usaha saya berterusan, saya tak pernah give up. Tetapi memang mengecewakan dalam kerja-kerja hubungan dua atau tiga hala, atau hubungan multilateral kita dengan kepolisan luar negara, kami harapkan nombor satu - sincerity , keikhlasan dalam kita kerjasama dengan pihak berkenaan, mesti ada keikhlasan. "Tetapi ini tidak ada...Ini lah yang mengecewakan saya walaupun, saya telah tulis, jumpa dan saya dah seru beberapa kali," jelasnya Beliau berkata, pada masa lalu Malaysia cukup bersedia menghulurkan kerja

Polis senarai puluhan saksi berkaitan dakwaan Najib arah bunuh Altantuya

Imej
KUALA LUMPUR: Polis menyenaraikan puluhan nama untuk dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung akuan berkanun (SD) dibuat bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, polis menjalankan siasatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan pada masa sama menunggu arahan lanjut dan spesifik daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kes berkenaan. “Ini tanggungjawab polis untuk menyiasat perkara ini. Berhubung SD Azilah, beberapa saksi, individu sudah disenaraikan untuk dipanggil memberi kenyataan. Polis juga akan menunggu apa juga arahan spesifik daripada Jabatan Peguam Negara. “Tetapi, dalam modus operandi polis, sudah ada SOP untuk kita ambil tindakan. Sekiranya ada arahan daripada Jabatan Peguam Negara, kita akan laksanakan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini. Ketika ditanya, apakah bekas perdana menteri Naji

Sumpah laknat dan SD tak laku di mahkamah, kata peguam

Imej
PETALING JAYA: Lafaz sumpah laknat oleh seseorang tertuduh di mahkamah tidak mempunyai merit di sisi undang-undang sivil, kata peguam. Tanpa merujuk mana-mana kes tertentu, Arik Zakri Abdul Kadir berkata hanya perakuan sumpah di depan hakim sahaja yang diterima dalam prosiding mahkamah bagi jenayah sivil. Jelasnya, kenyataan sumpah yang dibuat di luar mahkamah hendaklah mematuhi prosedur akuan bersumpah (SD). Bagaimanapun, katanya, nilai SD masih tidak kuat dalam prosiding mahkamah sivil. “Bukti yang terbaik adalah tertuduh membuat keterangan bersumpah di kandang saksi dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi FMT. Arik bagaimanapun berkata lafaz sumpah laknat boleh dipertimbangkan dalam prosedur mahkamah syariah. Katanya, ia hanya tertakluk kepada 2 perbicaraan sahaja iaitu kes melibatkan muhabalah (akidah) dan li’an iaitu situasi apabila suami menuduh isterinya berzina. Minggu lalu, bekas perdana menteri Najib Razak bertindak membuat sumpah

SELEPAS NAJIB BERSUMPAH LAKNAT, KEPERLUAN KINI JADI LEBIH TINGGI UNTUK KES ALTANTUYA DIBUKA SEMULA

Imej
Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu. Lafaz sumpah beliau adalah:- “Wallahi, wabillahi, watallahi. “Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu. “Malah saya tak pernah berjumpa dan tak mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya. “Dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat”. Walaupun telah melakukan sumpah, dari segi undang-undang negara, ia tidak bermakna Najib telah bersih dan suci sepenuhnya daripada pembunuhan itu. Ia juga tidak bermakna SD Azilah itu sebagai palsu dan tidak benar dan beliau dianggap telah m

Bukan Azilah saja bersuara lepas Najib tiada kuasa - Deepak

Imej
Bagi saudagar permaidani Deepak Jaikishan, akuan berkanun (SD) yang membabitkan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu mengandungi kebenaran. Menurutnya Azilah Hadri bukanlah orang pertama yang membuat pendedahan mengenai bekas perdana menteri tersebut selepas pilihan raya umum yang lalu. Deepak, yang pernah menjadi rakan rapat Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, berkata sebelum ini, orang-orang berkenaan takut terhadap tindak balas kepada diri mereka. Deepak mengulas dakwaan Najib bahawa SD itu yang menuduhnya mengarahkan pembunuhan warga Mongolia tersebut merupakan suatu plot politik untuk mengunci mulutnya. "Dia [Azilah] bukan satu-satunya orang yang telah keluar [untuk mendedahkan isu-isu] selepas Najib tidak lagi menjadi perdana menteri. "Ramai pegawai kanan kerajaan telah memberi keterangan di mahkamah mengenai penglibatan Najib dalam rasuah, SRC (International) dan (kes) 1MDB. "Kami tidak bercakap tentang satu atau dua oran

Skandal 1MDB: Tiada pihak ketiga tuntut wang lebih RM10 juta Jakel Trading

Imej
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa tiada pihak ketiga berkepentingan yang hadir bagi menuntut wang berjumlah RM10,747,042.77 yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Jakel Trading Sdn Bhd yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang turut dihadiri peguam Thevini Nayagam, mewakili Jakel Trading Sdn Bhd sebagai responden. “Tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah hari ini,” katanya. Pihak ketiga berkepentingan perlu tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 14 Feb 2020 untuk pendengaran permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas harta itu. “Pihak-pihak perlu memfailkan hujahan dalam ma

Skandal 1MDB: Goldman mungkin mengaku salah, bayar denda AS$2b selesai siasatan 1MDB

Imej
Goldman Sachs Group Inc sedang berunding dengan kerajaan Amerika Syarikat dan pihak berkuasa kawal selia negara itu untuk kemungkinan membayar sehingga AS$2 bilion dan mengaku bersalah bagi menyelesaikan penyiasatan terhadap peranannya dalam skandal rasuah Malaysia, menurut sumber yang biasa dengan perkara itu. Bank dan pegawai AS telah membincangkan kesepakatan di mana anak syarikat Goldman di Asia akan membuat pengakuan bersalah melanggar undang-undang antirasuah AS, lapor Wall Street Journal pada hari Khamis. Perbincangan ini juga melibatkan Goldman memasang sistem pemantauan bebas untuk mengawasi dan mencadangkan perubahan terhadap prosedur pematuhannya. Terlibat dalam perbincangan adalah tiga pengawal selia persekutuan - Jabatan Keadilan (DOJ), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) dan Rizab Persekutuan (bank pusat AS) dan Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York, kata sumber. Dalam satu kenyataan, bank itu berkata rundingan penyelesaian sedang berjalan da

Skandal SRC: Najib tidak tanya jumlah baki akaun peribadi miliknya

Imej
KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes dana SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masuk hari ke-65. Najib ketika dalam soal balas Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram, menyatakan beliau tidak bertanyakan jumlah baki dalam akaun peribadi Ambank miliknya setiap kali menandatangani cek. Malah Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau merasakan jumlah wang dalam akaun Ambank miliknya mencukupi serta tidak mengetahui jumlah wang keluar dan masuk menerusi akaunnya itu. Menjawab soalan balas, Najib juga berkata, jumlah pengeluaran cek yang ditandatanganinya tidak terlalu besar untuk semakan berulang kali dibuat. Jika ada keperluan jelasnya, beliau akan menyemak dengan bekas Ketua Setiausaha Sulitnya, Allahyarham Datuk Azlin Alias. Sekiranya di rumah, beliau tidak bertanyakan sesiapa mengenai akaun miliknya itu.

Najib jawab dakwaan 'tutup kes' bunuh Altantuya..!!

Imej
Altantuya Shaariibuu ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan peledak di hutan belukar di Shah Alam, 13 tahun lalu. Kes itu menjadi tajuk utama berita antarabangsa dan menjadi senjata serangan gabungan pembangkang. Kes berkenaan telah didengar di tiga mahkamah dan Mahkamah Persekutuan memuktamadkan keputusan mengembalikan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pada 2015. Walau bagaimanapun, keputusan mahkamah tertinggi gagal memadamkan syak wasangka mendakwa berlaku plot untuk menutup kes bagi melindungi bekas perdana menteri Najib Razak. Ini kerana terdapat beberapa perkara yang dianggap tidak kena seperti: Motif pembunuhan itu tidak dapat dikemukakan. Bekas pegawai pengiring Najib, Musa Safri tidak dipanggil sebagai saksi. Pihak pendakwa tidak merayu keputusan mahkamah membebaskan rakan rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang didakwa bersubahat dengan pembunuhan Altantuy