Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Najib tiada lagi dalam kamus politik, hanya 'bahan ketawa'....

Imej
ALOR SETAR, 1 Feb ― Datuk Seri Najib Razak tidak ada lagi dalam kamus politik tanah air lagi sebaliknya bekas perdana menteri hanya "bahan ketawa", kata Datuk Mahfuz Omar. Naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata tindakan menggunakan Facebook untuk "troll" isu semasa sekadar hiburan dan membuat rakyat ketawa, lapor Sinar Harian. “[...] bila beliau (Najib) buat sesuatu yang membuatkan orang ketawa, terus menjadikan dirinya bahan ketawa (seperti) malu apa bossku dan sebagainya,” kata ahli parlimen Poko

Tahanan kanak-kanak bawah 18 tahun akan dikaji semula, kata Dr Wan Azizah

Imej
KUALA LUMPUR: Penggunaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) terhadap kanak-kanak di bawah usia 18 tahun akan dikaji semula, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan perdana menteri berkata, beliau prihatin terhadap bentuk tahanan tersebut yang disifatkan sebagai tidak adil. “Kanak-kanak tidak sepatutnya menjalani kehidupan seorang tahanan. Mereka sepatutnya diberikan peluang kedua. “Walaupun mereka tidak ditahan seperti penjenayah lain, namun perkara ini perlu dilihat kembali dan saya akan bincang dengan pihak kementerian,” katanya di majlis penyerahan buah limau di Pasar Taman Muda, hari ini.Bagaimanapun, Poca masih dianggap relevan. “Poca memudahkan polis bertindak, kita tidak tahu siapa berniat baik atau jahat. Akta ini demi menjaga keselamatan rakyat,” katanya. Berhubung dakwaan bahawa 142 kanak-kanak ditahan di bawah Poca, katanya, bilangan tersebut merujuk kepada individu bawah umur yang ditahan pada 2015 hingga 2017. Hakikatnya, setakat 30 Ja

Adly: Sebelum Amanah, PAS lebih lama berbaik dengan DAP

Imej
Kerjasama yang dijalinkan PAS bersama DAP suatu ketika dulu tidak menjadikan parti terbabit alat DAP, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari. Katanya keadaan itu berlaku ketika PAS bekerjasama dengan DAP jauh lebih lama berbanding Amanah ketika ini. "Apakah sepanjang kerjasama PAS-DAP dulu itu menjadikan PAS alat DAP? Jawapannya, tidak, kerana masing-masing saling perlu memerlukan dan bantu-membantu untuk mendapatkan sokongan rakyat," katanya dalam hantaran di media sosial hari ini. Adly yang juga pernah menjadi pemimpin PAS berkata demikian sebagai mengulas tuduhan dibuat parti terbabit kepada Amanah yang didakwa kini menjadi alat DAP. Untuk rekod sebahagian besar pemimpin Amanah ialah bekas orang kuat PAS yang diketepikan kesan daripada krisis dalaman parti itu pada 2015. Mereka kemudian menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan PKR, DAP serta Bersatu membentuk PH yang kemudian berjaya menawan Putrajaya. PAS pula kekal sebagai pembangkang dan pengaruh merek

Gelisah orang Melayu mesti diberi perhatian, kata TPM

Imej
Kerajaan mesti memberi perhatian kepada laporan mengenai rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap prestasi PH, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Mengulas mengenai dapatan kaji selidik yang dijalankan pada akhir tahun lalu, Wan Azizah berkata, kerajaan perlu memberi keseimbangan di antara populisme dan keutamaan dalam pembuatan dasar. "Memang saya membaca kaji selidik itu dan saya mengambil maklum. "Kita mesti mendengar rintihan dan apa pendapat rakyat serta mengambil langkah-langkah perlu bagi melihat sama ada ia memang benar begitu atau (hanya) dibayangkan," katanya kepada media di Pandan, Selangor hari ini. Wan Azizah yang juga anggota parlimen kawasan itu menambah, majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu. Justeru katanya jika dapatan kaji selidik itu menyatakan sebahagian besar orang Melayu tidak berpuas hati terhadap PH, kerajaan meseti memberi perhatian terhadapnya. Semalam laporan media menyatakan kajian yang di

Wan Azizah pertahan lantikan politik PH

Imej
   Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempertahankan tindakan anggota kerajaan yang membuat lantikan politik bagi jawatan tertentu.Kata timbalan perdana menteri itu seseorang itu dilantik bukan dibuat atas kapasiti parti atau jawatan dalam politik, sebaliknya berdasarkan kelayakan masing-masing. Malah katanya jumlah lantikan sebegitu juga kini dikurangkan berbanding sebelum ini. "Lantikan politik itu memang kita dah kurangkan. "Tapi bagi sesetengah lantikan itu pun dibuat atas dasar kelayakan [...] dan mereka tidak memegang jawatan tinggi (atau penting) dalam parti," katanya kepada media di Pandan, Selangor hari ini. Terdahulu Wan Azizah yang juga anggota parlimen Pandan hadir di majlis penyerahan sumbangan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina. Menurut Wan Azizah pada realitinya kebanyakan orang memang mempunyai hubungan dengan politik, malah sebahagiannya menganggotai sesebuah parti. Awal minggu ini Menteri di Jabatan Perdana

Audit 1MDB: Deloitte mahu denda RM2.2j disemak

Imej
Firma audit Deloitte PLT sudah berunding dengan peguam untuk memohon agar Suruhanjaya Sekuriti membuat semakan denda RM2.2 juta yang dikenakan kepada mereka berhubung 1MDB. "Deloitte PLT menghormati tugas Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan menjaga pasaran modal Malaysia. Deloitte juga memandang serius tugas sebagai firma audit. "Namun kami kecewa dengan keputusan (denda) itu," kata kenyataan firma audit berkenaan seperti dilapor Bloomberg. Suruhanjaya Sekuriti Rabu lalu mengenakan denda RM2.2 juta terhadap Deloitte selepas firma audit itu didakwa membuat empat kesalahan kerana "gagal menunaikan kewajiban berkanun". Kesalahan berkenaan berhubung program RM2.4 bilion sukuk murabahah yang dianjurkan syarikat subsidiari 1MDB iaitu Bandar Malaysia Sdn Bhd pada 2014. Ia merupakan tindakan pertama yang diambil Suruhanjaya Sekuriti terhadap Deloitte berhubung kes 1MDB. 1MDB Real Estate pada ketika itu menyediakan cagaran bagi bon Islamik

Keretapi dalam negeri lebih baik kepada Kelantan, bukan ECRL

Imej
KUALA LUMPUR: Seorang peruding perdagangan berkata, adalah lebih baik kerajaan memberi perhatian kepada landasan keretapi menghubungkan Tanah Merah dengan Tok Bali di Kelantan berbanding Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang disokong Cina kerana ia bukan keutamaan mendesak bagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu. Azran Deraman, bekas pengarah Kementerian Perdagangan Luar Negeri dan Industri bagi negeri Kelantan berkata, belum dapat dipastikan sama ada ECRL yang bertujuan menghubungan Pelabuhan Kelang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan akan menambah baik perhubungan. Secara khusus, beliau menyuarakan kebimbangan berkenaan harga tiket dan fi pengangkutan kargo. Sebaliknya keretapi yang menghubungkan Tanah Merah dengan Tpk Bali akan memberi manfaat kepada rakyat kerana Tok Bali merupakan zon ekonomi baru yang menempatkan Pangkalan Perbekalan Tok Bali yang menyediakan perkhidmatan luar persisir. “Terdapat juga komplek Lembaga Kemajuan Ikan

'Tiada kekhilafan dalam penubuhan tribunal siasat anggota SPR'

Imej
Syahredzan Johan yang merupakan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata tiada kekhilafan berlaku dalam penubuhan tribunal bagi menyiasat menyiasat enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya. Dalam kenyataan medianya hari ini, Syahredzan menggesa agar semua pihak berhenti membuat kenyataan "tanpa asas" berhubung tribunal berkenaan. "Semasa laporan (media berhubung tribunal) tersebut tersiar, perdana menteri sudahpun membuat representasi pada Yang di Pertuan Agong pada ketika itu untuk menubuhkan tribunal berkenaan. "Oleh itu, tidak ada kekhilafan atau ketidakaturan dalam tindakan perdana menteri pada masa itu. "Ia juga bermakna bahawa tribunal tersebut telah ditubuhkan dengan teratur oleh Agong. "Oleh kerana Tribunal itu telah ditubuhkan, maka adalah wajar bahawa prosiding dimulakan pada hari itu, walaupun untuk menentukan sama ada ia patut diteruskan atau tidak," kata Syahredzan yang juga merupakan peguam. Pad

Susah sangat ke PH nak faham pengundi di kampung?

Imej
Setiap kali disebut pengundi luar bandar, pemerhati sering berfikir apa sebenarnya aspirasi mereka. Jadi tidak hairanlah kalau bertubi-tubi analisis tentang undi Melayu luar bandar dihidangkan sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil parlimen Cameron Highlands. Pandangan umum yang banyak dicanang itu termasuklah keperluan Pakatan Harapan untuk mengaku kelemahan untuk merangka strategi bagi memperkasakan gagasan Malaysia Baharu di kalangan pengundi luar bandar, terutama pengundi Melayu yang rata-ratanya konservatif. Tetapi apa yang baru tentang pandangan tersebut? Secara amnya pemerhati biasa sudah tahu politik yang diketengahkan oleh Pakatan Harapan kurang diyakini rakyat di kampung atau di kawasan separuh bandar.

Troll Tajam Dipandang Remeh Oleh Kerajaan Pakatan Harapan

Imej
Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Selain DS Najib, banayk lagi page troll yang menyerang kerajaan kita. Seperti yang saya sebut sebelum ini, kerajaan sangat lemah untuk defense atau menjawab troll dengan fakta yang benar. 2) Contoh troll 'jahat' dan kasar seperti screenshot ini adalah salah satu contoh troll yang menjadikan kerajaan PH dan menteri-menteri PH sebagai lauk harian mereka. Sehingga mahacai dan caitrupers PH tak mampu membentengi pihak kerajaan lagi. 3) Bukan itu sahaja, troll-troll yang sharp dan menusuk kalbu, mendominasi minda conscious dan minda sub-conscious rakyat terutama orang Melayu - akhirnya akan menjadi fikrah mereka. 4) Troll-troll sharp begini memang mendiamkan mahacai dan trupers. Mereka hanya mampu menjawab dengan mengungkit skandal 1MDB dan Najib curi wang rakyat sahaja. Yang cherdik sikitpun hanya merepek slogan jangan rasis, jangan perkauman. 5) Yang terlebih cherdik, akan marah balik kepada kerajaan kerana lambat dan tidak

Kuala Lumpur: Dahulu dan kini

Imej
NAMA-NAMA tempat atau jalan di Kuala Lumpur mempunyai sejarahnya sendiri dan memiliki nama asal yang lain sebelum dikenali dengan nama yang ada hari ini. Antaranya, Kuala Lumpur dikatakan pada awalnya dipanggil Pengkalen Lumpur manakala Bangsar pada awalnya dikenali dengan nama Bungsar Road. Ia merupakan gabungan nama dua peniaga, Edward Bunge dan Alfred Grisar yang membuka estet bernama Bunge-Grisar Rubber Estate. Ia kemudiannya dikenali dengan nama Bung-Sar Estate. Jalan menuju ke estet ini dinamakan Bung-Sar Road. Pada 1952, nama Bungsar ditukar menjadi Bangsar.  

Isu diskriminasi kaum sudah wujud di zaman BN

Imej
Isu diskriminasi kaum dalam pekerjaan ini sejak zaman BN lagi sudah wujud.Maka, menjadi cabaran besar kepada PH sebagai blok parti kerajaan hari ini untuk mel aksanakan satu mekanisme membendung atau "mengajar" mana-mana syarikat yang dilihat tidak adil dan rasis ini.  Seorang arwah sahabat saya bekerja sebagai akauntan bertauliah juga beberapa kali mengadu pada saya bagaimana sebuah syarikat dia bekerja yang bosnya Cina meletakkan gaji lebih tinggi untuk kaum mereka. Padahal, kelayakan dan pengalaman dia lebih tinggi daripada pekerja Cina itu. Dia juga rasa tidak puas hati apabila mejanya ada saja fail baru masuk perlu diurus. Padahal, rakan sekerja Cina yang sama posisi jawatannya dengan dia tiada pula asyik ditambah terlalu banyak fail baru untuk diselesaikan segera. Akibatnya, dia selalu stres dan hanya dapat keluar pejabat selepas jam 7, 8 malam hampir setiap hari. Katanya juga, syarikat itu meletakkan deretan kaum dia dan seorang dua orang I

Yadim komited jadikan Malaysia negara contoh patuh syariah

Imej
PUTRAJAYA : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) komited menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh patuh Syariah yang boleh dijadikan rujukan kepada negara lain di peringkat antarabangsa. Yang Dipertua Yadim Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata yayasan itu juga akan berusaha memperkukuh hubungan dan interaksi dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk dijadikan sebagai rakan strategik bagi menjayakan visi dan misi Yadim, selain menyumbang kepada pembangunan ummah. "Fokus utama Yadim kini sudah tentu adalah bidang dakwah selain pendidikan, kebajikan dan sosial, menerusi tiga wawasan Yadim iaitu mengubah pemikiran, nasihat menasihati dan operasi kehidupan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata badan dakwah itu akan menumpukan kepada usaha pengkaderan daie, para pendakwah yang benar-benar memahami Islam,

Malaysia bayar RM45 juta, tangguh projek kereta api laju ke Singapura

Imej
SINGAPURA, 31 Jan — Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, jurucakap kementerian itu berkata republik tersebut telah “mendapat pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi koresponden diplomatik” mengenai pembayaran

Mesyuarat tergempar Amanah K'tan bincang lantikan Azmin dalam MTNg

Imej
Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan mengadakan perbincangan khas susulan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali sebagai pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg), negeri itu. Menurut sumber, satu mesyuarat tergempar diadakan oleh biro politik Amanah Kelantan yang berlangsung malam tadi di Kota Bharu. "Mesyuarat khas ini hanya melibatkan ahli jawatankuasa biro politik Amanah negeri yang berbincangan mengenai pelantikan pengerusi MTNg. "Hasil perbincangan tersebut bagaimanapun tidak mencapai kata putus yang muktamad. "Ada ahli jawatankuasa yang setuju dan ada juga yang tidak setuju dengan perkara itu," kata sumber yang enggan disiarkan namanya kepada Malaysiakini, malam tadi. Difahamkan turut hadir pada mesyuarat itu Naib Presiden Amanah, Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah. Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Azmin dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu. Semalam, satu sidang media dirancang oleh

BERSATU DAN PKR - PEPAT DI LUAR, RENCONG DI DALAM

Imej
Ramai rakyat negara ini, sama ada bekas ahli UMNO atau mereka yang tidak berparti sebelumnya, telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu. Mereka memilih Bersatu sebagai wadah baru dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara ini daripada terus  terjerumus ke lembah derita yang lebih kronik lagi sekiranya BN tidak disingkirkan. Sesetengah mereka ini ada yang memilih untuk memegang jawatan dan aktif dalam Bersatu, manakala sebahagian lagi hanya mahu menjadi ahli serta penyokong saja. Bagaimanapun, rata-ratanya gembira dengan kejayaan PH dapat menumbangkan BN, meskipun Bersatu hanya berbekalkan 13 kerusi Parlimen dalam gabungan itu berbanding 52 kerusi yang ditandinginya. Atas nama muafakat dan persetujuan bahawa ketika itu Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara, maka Tun Mahathir Mohamad dipersetujui untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri. Atas persetujuan dan mua

MENTERI BERKELAHI JEJAS KREDIBILITI PAKATAN....

Imej
MENTERI-menteri Pakatan Harapan (PH) perlu mendengar nasihat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin supaya berhenti berkelahi sesama sendiri kerana ia akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, kata penganalisis politik. Penganalisis politik Prof Madya DrJeniri Amir berkata, PH yang kini hampir sembilan bulan membentuk kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan masalah antara menteri Kabinet secara tertutup. Kenyataan saling bercanggah yang dibuat secara terbuka katanya, akan memberi persepsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kerajaan ketika ini. “Mereka (PH) tidak perlu lagi bangkitkan kelemahan Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya tunjukkan yang mereka mampu memimpin negara, lebih baik daripada BN. “Tetapi, melihat kepada situasi sekarang, rakyat bukan sahaja sudah muak (dengan kerajaan), tetapi juga semakin tidak yakin dengan PH,” kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak itu. Konflik te

Apakah yang akan berlaku jika hanya ada orang Melayu di Malaysia?

Imej
Pergelutan yang berlaku dalam masyarakat Melayu di negara ini adalah konflik kelas yang melibatkan pertembungan kelas atasan dengan kelas bawahan kaum itu, kata bekas seorang ahli akademik. Dr Syed Husin Ali berkata, masyarakat Melayu tetap akan berhadapan dengan konflik itu meskipun negara ini hanya dihuni oleh kaum itu sahaja. Jelasnya, jika situasi itu berlaku, pertembungan darjat antara orang Melayu kelas bawahan dengan orang Melayu kelas atasan akan berlaku. “Masih akan ada golongan rakyat di bawah yang miskin dan susah, sementara tetap juga akan ada golongan Melayu kapitalis yang kaya-raya,” katanya kepada FMT.Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah bentuk konflik yang akan dihadapi oleh masyarakat Melayu sekiranya negara ini hanya didiami oleh satu bangsa sahaja. Syed Husin berkata, sekiranya situasi itu berlaku, masyarakat Melayu akan berhadapan dengan 2 kepentingan berbeza. Pertama kata beliau, adalah kepentingan nilai seperti agama dan moral, manaka

PH masih tidak ada rancangan ekonomi tersusun, konsisten....

Imej
Seorang penganalisis berkata, kenyataan menteri yang tidak tetap dan saling bercanggah mengenai isu berkaitan projek utama memberi kesan ke atas keyakinan pelabur, sekali gus mencadangkan supaya Putrajaya mewujudkan sistem jurucakap kerajaan. Bercakap kepada FMT, felo kanan Institut Hal ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, jurucakap itu hendaklah merupakan seorang diplomat profesional atau sekurang-kurangnya seorang yang mahir dalam bidang terbabit, bukannya pihak kementerian secara berasingan. Terbaru, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal-ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikritik keras oleh pembangkang berikutan kenyataan mereka yang saling bercanggah berhubung status projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Oh juga berkata, sehingga kini kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) belum mengetengahkan rancangan yang tersusun dan konsisten untuk memulihkan keadaan ekonomi yang merosot. Berhubung kejatuhan besar nilai R

PRK Semenyih: ‘Jika calon BN ‘OK’, kita akan sokong’, kata PAS

Imej
PAS tidak menolak kemungkinan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan, tetapi mahu melihat calon yang dipertaruhkan parti itu terlebih dahulu. “Tengok dulu calon. InshaAllah,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada FMT hari ini, ketika ditanya mengenai pendirian parti itu sama ada akan menyokong BN di PRK Semenyih. Pada 27 Januari lalu, PAS menyerahkan mandat kepada BN untuk menentukan calon dalam PRK Semenyih yang dijadual diadakan pada 2 Mac ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun pihaknya belum mengadakan mesyuarat, tetapi terserahlah kepada parti itu (BN) untuk meletakkan calon yang akan bertanding. Berhubung PRK itu, Hadi berkata, beliau mengharapkan kerjasama parti pembangkang akan turut melibatkan soal penentuan calon yang dipersetujui bersama untuk mewakili pngundi Islam dan juga rakyat tempatan.

Cadangan SPR diberi kuasa mendenda pesalah memang dalam kajian, kata Pengerusi ERC

Imej
Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Dan Undang-Undang Pilihanraya (ERC) memang sedang mengkaji cadangan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi kuasa mendenda. Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, ia antara yang akan disyorkan kepada kerajaan. “Kita tahu apa yang perlu dan bukan sahaja memberi kuasa kepada SPR untuk mendenda, tetapi untuk mengawal semua keadaan,” katanya kepada FMT. Beliau mengulas cadangan Bersih 2.0 supaya SPR diberikan kuasa mendenda ekoran berlaku pelanggaran peraturan semasa pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang diadakan Sabtu lalu. Pagi tadi, Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, kuasa itu perlu diberikan kepada SPR untuk menangani kes-kes kesalahan kecil berkaitan pilihan raya. Menurut Fann, langkah itu boleh dibuat dengan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 agar SPR dibenarkan mengambil tindakan penguatkuasaan. Rashid, yang juga bekas pengerusi SPR berkata, cadangan itu belum dibe

Anwar Mungkin Ada Penawar Untuk Melayu

Imej
Oleh Mohd Sayuti Omar Apakah keresahan bangsa Melayu waktu ini kepada perjalanan kerajaan PH akan dapat diredakan sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri? Apakah Anwar akan lebih concern kepada pemasalahan yang berkaitan dengan Melayu? Sekiranya Anwar boleh mencari jawaban atau penawar mujarab menyelesaikan masalah ini, kenapa kita harus rasa confius kepadanya?  Beliau seharusnya diberi laluan dengan selamat dan peralihan jawatan PM daripada Dr Mahathi r dibuat secara tertib?  Jika semua berfikir begitu, ikhlas pula kepada konsensus atau janji politik untuk apa kita membuka celah untuk mewujudkan pertembungan di antara pemegang jawatan itu sekarang dengan beliau. Kenapa harus ada tokoh lain yang mula didewakan untuk menafikan hak Anwar? Saya optimis iklim dan suasana politik termasuk berkait dengan Melayu akan reda dan Melayu boleh aman apabila Anwar menjadi PM  Sebagai orang yang telah lama mengimpikan jawatan itu tentu Anwar telah bersedi

Jejak Cameron Highlands menghala ke Semenyih

Imej
KEBIJAKAN politik mungkin boleh digambarkan sesuatu ungkapan ringkas boleh menjadi viral dalam sekelip mata. Kita masih ingat Sultan Kelantan pernah menyebut ‘Sila duduk jangan lari’. Ia menjadi sebutan ramai. Malah menjadi tajuk drama. Kemudian muncul pula surat membahasakan ‘Dinda Kanda’. Istilah dibahasakan dalam warkah dari Cardoba. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mujahid Yusof membahasakan diri kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. Lama juga ia geger di media sosial. Kemudian muncul pula istilah 'Malu Apa Bossku'. Poster terpampang gambar Dato’ Seri Najib Tun Razak menaiki motosikal pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Hihglands. Ia juga menjadi viral sehingga menjulang seketika nama bekas Perdana Menteri itu. Dan sehari dua ini ada lagi istilah yang cuba menarik perhatian. Ibarat kerbau cuba menyelamatkan buaya tersepit, sindiran Dato’ Husam Musa terhadap PAS. Pemimpin Parti Aman

Melayu resah, risau dengan pendekatan kerajaan PH

Imej
Oleh Ahmad Lutfi Othman Keputusan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Sabtu lalu memang tidak mengejutkan, walaupun bukan seperti yang diharapkan. BN yang menampilkan calon Orang Asal, mengetepikan wakil tradisi daripada MIC, berjaya mempertahankan kerusi yang disandang sejak lama, dengan menewaskan calon tiga kali daripada DAP (PH). Saya tidak mampu menganalisis angka-angka berkaitan pengundian atau meneliti ulasan ramai pemerhati politik disebabkan keuzuran serius mutakhir ini, namun cuba untuk memberikan komentar pendek secara umum. Semua PRK pasca-PRU14 yang bersejarah itu, bermula di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson dan Cameron Highlands menyaksikan parti penyandang berjaya mengekalkan kerusi. Maknanya trend pengundian tidak jauh berbeda. Status quo. Tiada yang berubah drastik sejak lapan bulan lalu. Pengundi Melayu dan Orang Asal tetap mendukung Pas dan BN walaupun kedua-duanya kini pembangkang. Masyarakat Tionghua masih bersama Paka

Kajian Ilham Center :Loceng Amaran Buat Kerajaan Pakatan Harapan

Imej
Oleh YB FAKHRURAZI MOKHTAR 1. Dapatan kajian yang dilakukan Ilham Centre bersama Penang Institute dengan laporan bahawa 60 peratus Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH perlu diterima dengan jiwa besar dan lapang dada oleh para pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN). Kajian ini adalah ‘loceng amaran’ buat kerajaan agar berhenti daripada terus bermimpi yang indah pasca PRU ke 14 dengan menumpukan kerja-kerja kepada menawan hari orang Melayu dan umat Islam di negara ini. 2. Kajian dengan data seramai 2,614 responden tersebut perlu dijadikan turning point buat pemimpin HARAPAN agar segera bertindak bagi menyekat angka data dan kajian selepas ini agar peratusannya tidak bertambah. Jumlah 60 peratus pengundi Melayu yang tidak berpuas hati dengan kerajaan HARAPAN seperti kajian itu adalah angka yang besar yang tidak boleh dipandang remeh oleh kerajaan. Sesuatu perlu dibuat kerana orang Melayu adalah tunjang kepada penyumbang kemenangan mahupun kekalahan dalam