Kerajaan P'Nipu tetap bermain politik waktu rakyat berdepan dengan Covid-19
Dikala negara sedang dilanda wabak Covid-19, sebenarnya orang politik tetap mengatur strategi untuk memperkukuh posisi dan proksi masing-masing. Langkah ini jelas, bermula sejak PM TSMY selaku Presiden PPBM @ Bersatu memecat SUA parti, melantik TGHH sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri, lantikan pengerusi GLC dikalangan ahli parlimen, penetapan sidang parlimen hanya sehari dan terkini desas-desus akan kewujudan parti baru. Secara diam, ia bukanlah tindakan populis tetapi strategis bagi menjamin sokongan kepadanya tidak berbelah bagi. Meniti saat menuju sidang Parlimen, kesiap siagaan menterjemah sokongan amatlah diperlukan. UMNO sedar bahawa kerajaan ini tidak kukuh dan mereka sangat tidak cenderung kepada Azmin. Kerajaan PN ini hanya bergantung kepada sokongan kepada TSMY sebagai PM secara zahir malah tidak terikat dengan perjanjian, kesepakatan manifesto, dan tidak bersandar pada hala tuju yang jelas. Sebagai anggota dominan, tekanan terus bergerak. P