Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

UNDI BELANJAWAN TAK SAMA DENGAN TUKAR KERAJAAN, BAGAIMANA JIKA UNDI MUHYIDDIN SENTIASA KURANG 111?

Imej
Semalam, Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan atau Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi dua kementerian melalui undi belah bahagi. Dua kementerian terbabit ialah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Bagi undian peringkat Jabatan Perdana Menteri, pihak kerajaan atau PN memperolehi 105 undi berbanding blok pembangkang 95 undi. Untuk peringkat Kementerian Kewangan pula, pihak kerajaan memperolehi 107 undi, manakala blok pembangkang masih kekal dengan 95 undi. Bermakna, sementara banyak lagi pengundian peringkat jawtankuasa akan berlangsung selepas ini, realiti yang harus diterima kalah PN telah menang 2-0 setakat ini. Kelulusan di peringkat dua jawatankuasa tersebut tidak mustahil membuatkan PN akan memenangi kesemua pengundian belah bahagi selepas ini sebelum bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 dilakukan dan pengundian sekali lagi akan diadakan. Kekurangan undi blok pembangkang adalah disebabkan ada beberapa Ahli Parlimen tidak hadir, selain

Adakah peruntukan JPM naik untuk bayar lantikan politik, duta khas..??

Imej
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tertanya kewajaran memperuntukkan RM482 juta kepada Jabatan Perdana Menteri bawah Belanjawan 2021, iaitu peningkatan sebanyak 10.7%, menyoal apakah ia termasuk bayaran lantikan politik. Anwar menarik perhatian kepada lantikan-lantikan politik yang dianggap tiada fungsi ketika negara berdepan Covid-19, seperti duta khas ke Timur Tengah dan China. “Sementara kita bagi RM300 kepada polis, petugas barisan depan, nelayan, dan sebagainya, kita lihat peningkatan untuk JPM bagi tujuan pengurusan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021.

AZMIN PECAH RAHSIA MENGENAI ASAL-USUL PN@PENGKHIANAT NEGARA

Imej
Semua kita mengakui Azmin Ali adalah pengkhianat sebenar yang bukan saja berperanan menjatuhkan kerajaan PH, malah paling ke depan menghalang Tun Mahathir Mohamad menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Lantaran itu, hakikat bahawa beliau semakin dijauhi dan dibenci rakyat Malaysia tentu saja sesuatu yang wajar lagi munasabah. Dalam sebuah kajian tidak lama sebelum ini yang mendapati Azmin merupakan pemimpin politik paling dibenci sebenarnya adalah suatu hukuman terhadap pengkhiatannya itu. Bagi kebanyakan orang, sesuai dengan sifatnya sebagai pengkhianat itu, bukan saja beliau tidak harus lagi dipedulikan, bahkan kata-katanya juga tidak wajar lagi diberi apa-apa reaksi. Kata yang lebih sadis, pengkhianat tetap pengkhianat dah kata-katanya tidak lebih seumpama sampah yang memualkan. Tetapi, apabila Azmin mendedahkan tentang asal-usul penubuhan Perikatan Nasional (PN) serta tujuan ia ditubuhkan, mahu tidak mahu, ia adalah fakta kebenaran yang harus diakui. M

MUHYIDDIN BELUM MENANG, ANWAR JUGA TIDAK KALAH, CUMA MAHATHIR KIAN TERSISIH...

Imej
Ramai yang terlihat kecewa dengan keputusan PH menolak undi belah bahagi bagi pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 semalam sehingga menyebabkan ia diluluskan hanya berdasarkan kuatnya suara Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong. Sehubungan itu, tidak kurang yang menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan menolak belanjawan tersebut. Mereka itu, sebahagian besarnya penyokong PH sendiri, dengan lantang menempelak dan mengecam Anwar sehingga menyeret kepada andaian bahawa Presiden PKR itu sudah tidak layak lagi untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri. Hakikatnya, walaupun belanjawan telah diluluskan di peringkat dasar semalam, ini tidak bermakna Belanjawan 2021 telah lulus dan perjuangan blok pembangkang untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sudah berakhir. Kelulusan semalam hanyalah untuk bacaan kali kedua dan bermula Isnin nanti, akan bermula perbahasan yang diikuti pengundian di peringkat jawatankuasa atau kementerian, seterusnya akan dilakukan bacaan kali ketiga serta

Anwar enggan tunjuk sokongan selepas undian peringkat pertama

Imej
Pembangkang memutuskan untuk tidak mendedahkan bilangannya di Dewan Rakyat hari ini, selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno memutuskan untuk menyokong Belanjawan 2021 ketika undian pertama. Walaupun mereka menyuarakan bantahan menerusi undi suara, mereka tidak meminta agar undian belah bahagi diadakan, yang memerlukan setiap undi menyokong dan menolak dikira. Ia akan mendedahkan jumlah sebenar ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, jika pembangkang tewas dalam undian itu, ia akan menunjukkan Muhyiddin memiliki majoriti dan seterusnya mengesahkan kedudukannya sebagai perdana menteri. Ahli parlimen yang bercakap dengan Malaysiakini dan enggan nama mereka didedahkan, memberitahu mereka menerima arahan saat akhir daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk tidak meminta undi belah bahagi. Ia selepas Anwar menerima isyarat dari dalam Umno yang parti itu akan menyokong Belanjawan 2021 pada undi pertama hari ini. Ketika ini, seramai 112 ahli

SURAT TERBUKA KEPADA 220 AHLI PARLIMEN

Imej
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA… 1. Negara telah memilih Demokrasi sebagai acuan dan panduan bernegara. Amalan pengasingan kuasa melalui 3 cabang pemerintahan (Parlimen, Kabinet dan Kehakiman) adalah doktrin demokrasi terpenting dalam urusan pemerintahan negara kita. 2. Konsep Bernegara kita merujuk kepada kuasa dalam perlembagaan melalui Institusi Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Pilihanraya Bebas, Hak Kebebasan Individu dan Kehakiman yang bebas. 3. MP yang dilantik oleh rakyat berikrar dan bersumpah untuk mempertahankan asas-asas demokrasi ini sejurus masuk ke dewan yang mulia. Lafaz berbunyi: Saya, ……………………………………………………………………………., setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan m

Jenama semula JASA helah untuk tidak mahu batalkan peruntukan

Imej
Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, mempertikaikan tindakan kerajaan yang menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) disebalik desakan untuk membatalkan peruntukan bagi unit berkenaan. Beliau berkata, isi jawapan yang dibentangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah hanyalah langkah terdesak setelah dikecam pelbagai pihak. Katanya, penjenamaan semula iahaa tu sama sekali tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan berhubung keperluan penubuhan unit berkenaan dalam keadaan negara berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi. “Peruntukan untuk Bernama telah dikurangkan sebanyak RM12 juta, RTM dikurangkan hampir RM100 juta, Jabatan Penerangan dikurangkan sebanyak lebih RM10 juta dan FINAS pula dikurangkan sebanyak RM3 juta. “Mengapa peruntukan untuk agensi-agensi di bawah KKMM ini dikurangkan sedangkan Jasa atau J-Kom diperuntukkan lebih RM80 juta? “Meskipun Menteri menyebut bah

Khianat Politik: "Harga mahal yang terpaksa dibayar oleh Muhyiddin'

Imej
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terpaksa membayar "harga yang mahal" untuk mempertahankan kerajaannya termasuk cubaan mendapatkan perisytiharan darurat yang gagal. Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi, berkata harga yang mahal itu terpaksa dibayar Muhyiddin kerana tiada kejujuran politik. Jelasnya, kerajaan Muhyiddin yang lemah boleh distabilkan jika tiada "permainan" untuk menikam dari belakang. "Macam macam boleh berlaku minggu ini. Bajet (belanjawan) lulus, bajet ditolak, undi tidak percaya, parlimen bubar, Muhyiddin PM (perdana menteri) paling singkat dan mungkin akan ada PM baru," katanya katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, pagi ini. Menurut bekas ahli parlimen Batu Pahat itu lagi, masalah dihadapi Muhyiddin itu berpunca daripada wujudnya kerajaan lemah - yang digelarnya sebagai 'kerajaan 113' merujuk kepada jumlah sokongan yang didakwa diterima perdana menteri. Sebenarnya kata Puad kerajaan Perikatan Nasi

POLITIK UGUT MENJELANG PENGUNDIAN BAJET 2021

Imej
1. Langkah awal yang sumbang akan menatijahkan segalanya sumbang. Begitulah halnya Langkah Sheraton adalah lambang pembelotan mandat yang telah menelurkan bajet sumbang untuk kekalkan budaya politik pembelotan. 2. TSMY gagal membuat satu perkara mudah dalam demokrasi berparlimen iaitu membuktikan dia ada majoriti, kerana hanya dengan bukti itu sahaja, barulah beliau layak keluarkan bajet dari kantong negara. Usahkan kami nak meluluskan RM 322B, perakuan bukti asas beliau ada majoriti pun entah ke mana? 3. Oleh kerana tiada asas demokrasi ini, maka kerajaan PN mengisi kelompongan ini dengan pujuk rayu sentimen agama dan kaum, media propaganda (sebab itu mereka perlu RM86 juta untuk JASA), serta berlindung dengan simpati covid 19. 4. Politik ugut juga memenuhi kekosongan ruang mandat demokrasi. Hasrat isytihar darurat seluruh negara oleh kabinet PN adalah budaya ugut politik, kenyataan Menteri Kewangan bahawa bajet ditolak bermakna rakyat akan menderita adalah ugutan poli

MUHYIDDIN SEPATUTNYA SUDAH BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH….

Imej
Semakin dekat menjelang hari pengundian di peringkat dasar Belanjawan 2021 diadakan pada 26 November ini, kebarangkalian ia ditolak nampaknya semakin tinggi. Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan pendirian tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan Muhyiddin Yassin tidak dibenar untuk dibuktikan. Cenderung agar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin perlu diutamakan terlebih dahulu, pendirian Tengku Razaleigh itu membayangkan kemungkinan beliau tidak hadir atau bersikap berkecuali ketika pengundian pada 26 November nanti. Kedudukan sokongan Muhyiddin di Parlimen ketika ini hanya mempunyai kelebihan satu undi saja. Dengan pendirian Ku Li itu, Muhyiddin berkurang satu lagi undi daripada blok BN. Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, entah kenapa tiba-tiba saja menitipkan pesan kepada pihak yang dekat dengan Muhyiddin agar mengingatkan Perdana Menteri tentang “angka” yang membentuk ker

Umno pilih Anwar atau kekal bersama Muhyiddin?

Imej
  Mungkin semakin ramai yang tidak berminat untuk mengikuti perkembangan memartabatkan kembali mandat rakyat di waktu pandemik Covid-19 ini. Ia memberi kelebihan kepada kelangsungan kerajaan pintu belakang yang diragui keabsahannya itu. Kerajaan Muhyiddin Yassin bergelut untuk mengekalkan sokongan tipis di kala berdepan “pemberontakan dalaman” fraksi Umno, tetapi diselamatkan apabila barisan pembangkang sendiri gagal mencapai kata sepakat. Keyakinan yang ditunjukkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa beliau memperolehi sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri baharu, menimbulkan tanda tanya besar apabila dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi gagal menunjukkan nama-nama wakil rakyat berkenaan. Sekali lagi wabak maut koronavirus menjadi faktor penghalang kepada proses peralihan kuasa. Manakala masa tertangguh itu amat diperlukan oleh Muhyiddin bagi memastikan sekutunya dalam Perikatan Nasional tidak “beralih

Tak ramai politikus budiman, yang ramai politikus ‘sakau’ milik rakyat..!!

Imej
Politik budiman itu ialah rakyat diutamakan, diri politikus itu dikemudiankan. Tapi tak ramai politikus budiman ini. Yang ramainya politikus sakau. Ketika rakyat susah pun dia sakau. Rakyat juga bersalah dalam hal ini kerana terlalu menyanjung ahli politik dan sentiasa melayaninya dengan karpet merah. Akhirnya rakyat itu diperah sampai kelarah. Politik budiman itu ialah politik yang menerima kepelbagaian. Kepelbagaian itu adalah ciptaan Tuhan. Siapa yang anti kepelbagaian dia seperti anti Tuhan. Bitcoin Bank Ramai ahli dan penyokong politik tahu sangat demokrasi itu memerlukan ramai penyokong dan undi terbanyak. Tetapi masih ramai ahli dan penyokong parti politik yang cuba memaksa semua orang bersetuju dengan satu orang atau satu parti sahaja. Itu sukar dicapai kerana manusia ini dicipta Tuhan sebagai pelbagai sifatnya. Politik budiman itu ialah meletakkan kepercayaan kepada seseorang pemimpin dengan sekadarnya. Meletakkan kepercayaan sehingga 100% bukanlah satu poli

MUHYIDDIN CAKAP TAK SERUPA BIKIN...BELANJAWAN WAJIB DITOLAK..!!

Imej
Jika kita mengingati semula ucapan-ucapan dalam perutusan khas Muhyiddin Yassin sepanjang pandemik Covid19 melanda negara, semuanya nampak indah-indah belaka. Rata-rata ucapannya mengandungi janji untuk berbuat yang terbaik, memahami susah derita rakyat, tidak ada sesiapa terpinggir, tidak berpolitik dan sentiasa mengutamakan keperluan mereka. Pendek kata, segala-galanya janji syurga belaka. Tetapi, apakah itu yang dilakukannya? Walaupun di peringkat permulaan Covid19 melanda pada Mac lalu, ramai yang berasa selesa dengan pelaksanaan moratorium pinjaman bank selama enam bulan serta bantuan tunai yang diberikan kerajaan, malangnya kemudian ramai juga yang gagal hanya kerana alasan remeh seperti pernah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM misalnya. Apabila banyak rungutan dan ramai yang mengeluh berkenaan isu tersebut, Muhyiddin akhirnya gagal menangani isu tersebut dengan sewajarnya, malah seolah-olah lepas tangan begitu saja. Desakan pelbagai pihak be

1MDB-Goldman Sachs: Klausa kerahsiaan bukan 'cara mudah' sekat akses kepentingan awam..!!

Imej
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menzahirkan kebimbangan terhadap ketelusan dan tanggungjawab kerajaan untuk tidak mendedahkan perincian perjanjian penyelesaian antara Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$1.4 bilion, atas faktor "klausa kerahsiaan". Selain itu, Pengarah Eksekutifnya, Wathshlah G Naidu berkata CIJ turut mempersoalkan keputusan kerajaan mengadakan perjanjian tersebut, dengan memasukkan klausa kerahsiaan yang dianggap CIJ boleh menghalang pendedahan. "Sudah tentu kerajaan dan para pemain sedar bahawa perjanjian seperti itu akan merosakkan kepentingan awam, akauntabiliti dan ketelusan kerana ia bermaksud kandungan perjanjian mungkin tidak boleh diakses oleh masyarakat. "Ini sangat berkait dengan unsur penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB, yang mana telah menjadi kepentingan awam. "Tambahan pula, syarat kerahsiaan yang sah biasanya akan meliputi maklumat penting yang tidak boleh d

Dominasi ahli politik veteran halang pemimpin muda daripada menyerlah?

Imej
  Tatkala semakin banyak negara menyaksikan kemunculan pemimpin-pemimpin muda menerajui negara masing-masing, di Malaysia pula barisan pemimpin muda masih belum menyerlah atau terus dibayangi pemimpin golongan veteran. Sanna Marin pada usia 34 tahun menjadi perdana menteri termuda di dunia dengan menerajui kerajaan baharu Finland pada Disember 2019. Wanita itu merupakan antara semakin ramai perdana menteri di bawah usia 40 tahun selain Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, 39, Oleksiy Honcharuk, 36, (Ukraine) dan Kim Jong Un, 35, (Korea Utara). Untuk rekod, pemimpin-pemimpin kanan di negara ini berada dalam lingkungan umur 65 hingga 95 tahun. Pemimpin paling veteran dan masih aktif adalah bekas perdana menteri dan Presiden Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 95 tahun, diikuti pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, 81, yang dilihat sebagai antara 'key player' dalam kemelut politik masa kini 'siapa ada majoriti di Dewan Rakyat&#

MAHATHIR SEMAKIN “SAKIT”

Imej
Walaupun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad minggu lalu menegaskan, serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak perlu dan tidak membantu kepada apa jua usaha menjernihkan politik negara kerana musuh sebenar semua pihak ketika ini adalah Muhyiddin Yassin, tetapi bekas Perdana Menteri itu tetap dengan kedegilan tahap gabannya. Ternampak Tun Mahathir kini seperti seorang tua degil lagi keras kepala yang tidak lagi mahu memperdulikan nasihat daripada sesiapa. Lebih-lebih lagi dengan membaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang masih cuba menyalahkan Anwar, sambil meletakkan dirinya betul belaka dalam semua perkara dalam kemelut politik berkaitan dirinya, jelas beliau kini sedang mengalami “sakit” yang tiada ubatnya lagi di dunia ini. “Sakit” itu ialah dendam dan dengki kepada Anwar dan ketakutan Presiden PKR itu sampai jua akhirnya ke kerusi Perdana Menteri. Sebagaimana beliau memecat Anwar pada 1998 sehingga kemudian sanggup menapak ke

Memperalat kemunduran sebagai strategi sokongan politik?

Imej
Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah kita sedang tinggal di abad ke-21 dalam sebuah negara yang dianggap antara negara membangun berprestasi ekonomi yang memberangsangkan, mempunyai sistem politik terbuka dan agak maju dari aspek-aspek lain jika dibandingkan dengan beberapa negara lain dalam kategori yang sama? Persoalan ini terpaksa dikemukakan susulan berita baru-baru ini yang menyebut bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan sebulat suara usul untuk menaikkan gaji semua Ahli Dewan Undangan tersebut termasuk para Exco yang kemudiannya dilaporkan diundurkan penguatkuasaannya kepada Januari 2020. Menurut laporan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Exco Kerajaan negeri Kelantan dijangka menerima kenaikan gaji pokok RM3000 ke RM5000 seorang. Kenaikan itu dikatakan bertujuan mengurangkan perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dengan wakil rakyat negeri-negeri lain dan menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, wakil rakyat di

"Mahathir mahu usaha Anwar kembalikan mandat pada PH gagal"

Imej
Terima kasih Dr Mahathir Mohamad atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Dr Mahathir begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula. Saya fikir fakta dan interpretasi terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir dalam perenggan tiga hingga enam berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21 Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Dr Mahathir tidak tunduk kepada desakan peralihan kuasa. Umum sudah dapat mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian. Perenggan tujuh hingga sembilan pula tentang peristiwa pada 23 Februari 2020 - mesyuarat tergempar MPT Bersatu. Pada petang itulah pemimpin Umno, PAS, GPS, Bersatu, Warisan dan Azmin datang ke rumah Dr Mahathir. Malam itu ada makan malam di Hotel Sheraton tapi Dr Mahathir tak hadir. Perenggan 10 hing

TI-M selar Putrajaya berhubung klausa kerahsiaan dalam perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman bernilai AS$3.9 bilion

Imej
Kumpulan hak asasi hari ini mempersoalkan keperluan kerajaan memasukkan klausa kerahsiaan dalam perjanjian penyelesaian dengan Goldman Sachs Group Inc (Goldman) berhubung skandal 1MDB sebanyak AS$3.9 bilion (RM16 bilion). Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan berkata, perjanjian penyelesaian dengan Goldman adalah isu kepentingan awam dan harus diperiksa oleh jawatankuasa Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, perincian dalam perjanjian dengan Goldman tidak boleh didedahkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana terikat dengan klausa kerahsiaan. “Bahagian perundangan di kedua-dua belah pihak harus diberi akses kepada maklumat atas nama ketelusan. Ia tidak boleh secara mudah diistilahkan sebagai rahsia negara,” kata Muhammad kepada FMT. Wathshlah Naidu dari Center for Independent Journalism (CIJ) berkata, klausa kerahsiaan penti

Cetak duit: 'Wan Fayhsal cerminan akal sengkek kepimpinan negara'

Imej
Apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melontarkan 'teori cetak duit' dan pengampunan hutang, ramai yang tampil mengkritik pendapat ketua Armada Bersatu itu. Bagaimanapun, pemimpin Pejuang yang masih dalam pendaftaran, Tariq Ismail berkata senator Bersatu itu cuma manifestasi kedangkalan pemikiran yang melanda kepimpinan negara sekarang. Jelas Tariq, dari segi penjelasan yang diberikan oleh Wan Ahmad Fayhsal mengenai perkara itu di sebuah stesen radio tempoh hari juga adalah kabur. "Dari segi penjelasan diberi, jelas sekali senator teramat kabur akan kenyataan permasaalahan 'problem statement' yang melanda negara. "Mungkin ini bukan salah beliau semata-mata tetapi mencerminkan akal sengkek yang membelenggu kepimpinan negara sekarang," katanya. Tariq juga menyarankan Wan Fayhsal supaya meneliti penstrukturan semula hutang negara yang dilakukan sekitar tahun 1997 hingga 2010 yang tidak memerlukan kepada pe