Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

PNipu: ALAHAII…15 KERUSI SAJA? KESIANNYA….!!!

Imej
Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed menggesa UMNO berkeras dengan PPBM dalam rundingan kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada pilihanraya umum akan datang. “Beri mereka 15 kerusi sahaja,” katanya mengulas laporan bahawa PPBM mensasarkan 50 kerusi dalam pembahagian kerusi dengan UMNO dan Pas. Alamak….15 kerusi saja? Kesiannya…. Kalau hanya15 kerusi saja diperuntukkan, bolehkah menang semua? Bagaimana jika mampu menang hanya tiga atau empat kerusi saja? Dengan itu, bagaimana Muhyiddin mahu mengekalkan kerusi Perdana Menterinya? PPBM atau Bersatu, UMNO dan Pas adalah tiga parti Melayu dalam PN yang bakal berebut kerusi di kawasan yang sama jika mereka kekal sepakat untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang. Pembahagian kerusi dijangka menjadi halangan besar antara ketiga-tiga parti tersebut. Bercakap kepada portal berita FMT, Nur Jazlan mendakwa, PPBM tiada sokongan akar umbi untuk membolehkan ia memperolehi lebih banyak kerusi. Katanya

Skandal 1MDB: Saya terpedaya tipu helah Jho Low, kata bekas CEO

Imej
KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beliau terpedaya dengan tipu helah ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dalam penubuhan Brazen Sky Ltd bagi tujuan mendapatkan kembali dana pelaburan negara itu. Peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah mencadangkan kepada saksi itu, meskipun Jho Low berkata syarikat itu ditubuhkan bagi tujuan mendapatkan kembali wang 1MDB, ia sebenarnya untuk memberikan gambaran sejumlah wang yang sah akan diperolehi Brazen Sky. Brazen Sky ialah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 bagi mendapatkan kembali wang 1MBD. Bagaimanapun, saksi ke-9 pendakwaan itu berkata, beliau tidak menyedarinya ketika itu. Beliau berkata demikian ketika disoal balas Shafee pada perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dalam skandal 1MDB. Shafee: Mengapa perlu ada Brazen Sky?

Skandal 1MDB: Bekas CEO kini anggap nota janji RM9.92 bilion 1MDB 'tiada apa-apa nilai'

Imej
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi kini percaya nota janji bernilai AS$2.318 bilion (RM9.92 bilion) yang diterima syarikat itu sebagai penebusan untuk pelaburannya, tiada apa-apa nilai. Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan rasuah RM2.28 bilion melibatkan dana 1MDB terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Shafee: Ini satu lagi kertas kerja. Ia berjumlah AS$2.318 bilion. Semua ini dikemukakan dalam enam nota janji. Semua kertas kerja, tiada bukti ia adalah dana. Melihat kembali, anda yakin ia tiada apa-apa nilai. Shahrol: Ya. Shafee: Anda yakin pada masa itu nota janji ini adalah betul dan ada nilai? Shahrol: Ya. Shafee: Ada sesiapa yang membuat penilaian terhadap nota-nota ini? Shahrol: Pada masa itu, saya tidak membuat lebih penelitian. Saya terima dengan baik daripada (pegawai perundangan 1MDB) Jasmine Loo dan (pengarah k

PM "tebuk atap" serah usul 'luar kebiasaan' - singkir speaker Ariff, timbalan Nga

Imej
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming. Seorang lagi timbalan speaker, Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon, kelihatan tidak terjejas. Nga mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini. "Ini telah dimasukkan ke dalam agenda," katanya, sambil menjelaskan semua usul yang mematuhi peraturan parlimen akan ditangani secara adil. Terdahulu, harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan Muhyiddin akan mengemukakan usul untuk membuang dan menggantikan Ariff dan Nga pada 13 Julai depan, hari pertama persidangan Dewan Rakyat akan datang.   Pergantian itu dibuat di bawah Perkara 57 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan: "Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam mana-mana persidangan, melainkan oleh sebab Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali selepas s

Adun PKR, DAP kritik Dr M mainkan naratif jurang ekonomi Melayu-Cina

Imej
Pemimpin PKR dan DAP mengkritik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kerana menurut mereka memainkan naratif bahawa masyarakat Cina di Malaysia adalah golongan kaya. Adun Semambu dari PKR Lee Chean Chung berkata, isu jurang pendapatan sepatutnya dilhat secara objektif dan pendekatan berasaskan fakta. "Menjadikan isu ini sebagai perkauman adalah naratif lama yang tidak membantu menyelesaikan masalah jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin," katanya dalam kenyataan. Memetik buku Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia oleh ahli ekonomi Mohammed Abdul Khalid, Lee berkata 93.71 peratus jurang ekonomi berlaku secara intra-etnik - dalam suatu kaum - manakala hanya 6.39 peratus secara inter-etnik, iaitu antara kaum. "Contoh yang baik ialah Amanah Saham Bumiputera di mana lapan peratus pemegang saham mengawal 74 peratus nilai pegangan, manakala 74.7 peratus lagi hanya memiliki 3.2 peratus nilai pegangan. "Sama juga dengan Amanah Saham

Kerajaan bawah tanah akan tertegak untuk makmurkan kembali negara

Imej
Percayalah, ahli politik tidak boleh diperlakukan sebegini. Sekat sana, tutup sini. Tawar itu, ugut ini. Bawa lari, bagi itu, terima ini. Amaran keras. Bawa pertuduhan ke mahkamah. Dibebaskan daripada pendakwaan. Pujuk rayu hingga patah tulang tengkok berpusing-pusing mengatur kata. Lompat sana. Menyeberang sini. Dalil itu, hujah ini. Percayalah ahli politik jika diperlaku sebegini rupa, ia akan menjadi berhala yang lebih berkuasa. Berhala sembahan manusia yang lapar, kemaruk dengan kuasa. Ia lebih bertenaga dan bernafsu. Bergadang-gadang impaknya. Politik sebegini akan membawa negara ke satu dimensi politik yang lebih liar dan buas. Kitab Michavelli wajar dikhatam sebelum menerima segulung ijazah. Atau biarkan saja rakyat menjadi pandir secara berjemaah. Politik yang menghakis kuasa rakyat. Politik yang menjadikan kerajaan tersangat lemah. Politik yang menjadikan feudalisme bertakhta lebih kuat. Politik yang memperdagangkan negara dan segala isinya untuk setan dan be

Dr M dakwa PH sukar rampas Putrajaya jika Anwar jadi calon PM kerana ramai musuh..!!

Imej
Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim tidak boleh dicalonkan sebagai perdana menteri kerana presiden PKR itu mempunyai ramai musuh yang akan menyukarkan Pakatan Harapan Plus meraih sokongan mencukupi untuk kembali ke Putrajaya. “Kita tidak boleh bagi dekat dia, dia ada banyak musuh, tapi kita punya sokongan (ahli Parlimen) tidak cukup. Bila tidak cukup, kita kena tambah bilangan. “Kalau bubuh nama dia (sebagai calon PM), saya fikir tidak ramai yang akan menyertai, bahkan ada orang tertentu yang sedang ada dengan kita akan tinggalkan kita. Dengan itu, kita akan menjadi tidak cukup bilangan, tidak boleh dapat balik kerajaan. “Sebab itu kita tidak boleh bersetuju dengan pendapat dia. Kalau kita ikut dia, sampai bila kita tidak boleh luluskan siapa yang akan jadi perdana menteri,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu klip video yang tersebar di media sosial hari ini. Difahamkan, klip video itu ialah pertemuan Mahathir dengan pemimpin akar umbi P

USUL PERCAYA SAMA MACAM USUL TIDAK PERCAYA, APA TUJUAN PAS MEMBAWANYA?

Imej
Usul percaya adalah sama dari segi hasil atau keputusannya dengan usul undi tidak percaya. Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad telah memohon untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan ia telah pun diterima oleh Speaker Dewan Rakyat untuk dibentangkan di Parlimen. Oleh kerana Sidang Parlimen pada 18 Mei lalu tiada sessi perbahasan, kemungkinan besar usul itu akan diberi laluan untuk dibentangkan dalam sessi yang akan bermula 13 Julai depan. Usul undi tidak percaya itu adalah untuk menguji dan menentukan sama ada Muhyiddin benar-benar ada sokongan majoriti daripada 222 Ahli Parlimen seluruh negara. Berdasarkan sususan tempat duduk pada Sidang Parlimen 18 Mei lalu, penyokong kerajaan didapati hanya mempunyai kelebihan dua Ahli Parlimen saja. Kemudian, Ahli Parlimen Seri Aman, Sarawak, Masir Kujat mengisytiharkan dirinya adalah bersama pembangkang, meskipun tempat duduknya diletakkan di barisan kerajaan. Kata beliau,

Bagaimana senario politik Malaysia jika PRU15 tahun ini?

Imej
Apa Akan Jadi Kalau PRU15 Tahun Ini? Sebab tak ada lagi survei rasmi di buat jadi anggapkan tulisan ini sebagai hipothesis ilmiah yang terdekat. Apa yang sebenar akan berlaku hanya Allah yang tahu. Nak situasi politik kita ini lebih suspend dari final bola world cup. Kalau lepa satu saat sahaja situasi sudah berubah. Ini di tulis berdasarkan yang kalau MY survive undi percaya sidang parlimen bulan 7. Dan juga jika somehow MY berjaya lulus budget 2021 dalam bulan November dengan gula-gula pilihanraya. Kecualilah dia bentang budget gula-gula pilihanraya lepas tu tak sempat undi sidang parlimen dah di tangguhkan ( sudah ada duluan jadi tak mustahil). Ini juga di tulis dengan andian kemelesetan ekonomi sudah di rasai oleh rakyat bawahan dan moratorium bank sudah kena bayar balik. UMNO sendiri akan terus tekan MY untuk bubar parlimen. Dengan lantikan menteri UMNO dalam PN sekarang tak menguntungkan UMNO dan lagi lama PN hidup, lagi lemah UMNO. Dan UMNO juga sudah bising

PAS kemuka usul undi percaya terhadap Muhyiddin

Imej
PAS telah mengemukakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk dibentang dan dibahaskan dalam sidang parlimen yang akan bermula 13 Julai depan, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan. Menurutnya, usul ini dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercyaaan terhadap Muhyiddin yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu. "PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan dari rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat Persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan-kerajaan Negeri. "Segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan malam ini.   Menurut Takiyuddin, PAS amat yakin usul tersebut akan

Rakyat sudah bersedia hukum ahli politik curang

Imej
Saya percaya sebahagian mereka yang mengundi dalam Piraum lalu setuju kalau parlimen dan Dewan Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar mereka boleh membuat pilihan wakil rakyat baru yang ingin mereka berikan mandat. Saya rasa mereka mahu mengajar mana-mana wakik rakyat yang curang, berselingkuh, menipu dan mendustakan mereka atau yang bermukah sesama sendiri. Sudah pasti mereka sedia untuk membuat pilihan wakil rakyat baru yang bersih dan bertanggungjawab. MSO

Anwar Ibrahim: Berapa Sebenarnya Hutang Negara?

Imej

PRU KE 15 KITA JANGAN AMBIL MUDAH # RAFIZI RAMLI [Kita boleh kalah/Abaikan akar umbi dan rakyat]

Imej

Anwar Ibrahim: Anak Muda Ini Pilih Kerja? Tak Pandai? Malas? Kita Dengar Sendiri

Imej

Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Kerjanya Sibuk Hari-Hari, Sibuk Nak Atur Ahli Parlimen Ketua GLC Mana

Imej

BAIKNYA HATI MAHATHIR…ADAKAH IA MACAM BAIKNYA HATI ABANG JAMIL DALAM MADU TIGA?

Imej
“Baik betul hati Abang Jamil tu ya Pak,” kata Rohani, anak Pak Ali kepada bapanya. Sebelum itu Rohani diberikan wang RM50 oleh Jamil untuk dia membawa bapanya ke klinik bagi rawatan sakit yang dialaminya sejak sekian lama. “Ya, baik,” kata Pak Ali ringkas, Tetapi, sebaik Rohani berlalu pergi ke biliknya, Pak Ali seraya berkata, “Baik ada makna tu.” Di atas adalah sebahagian daripada dialog dalam filem Madu Tiga, lakonan Seniman Agung P Ramlee bersama Seniwati Sarimah. Bermula dengan bantuan RM50 itu, Jamil berjaya membuatkan Rohani terpesona dengannya, lalu kemudian dapat menjadikan anak Pak Ali yang mempersona itu sebagai isterinya yang ketiga. Kata kuncinya – bantu. Dalam perlembangan politik semasa, Tun Mahathir Mohamad juga dilaporkan mahu membantu Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Tetapi, bantuan itu mestilah dengan syarat meletakkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu. Kata Tun Mahathir, Anwar tidak mempu

Anwar Ibrahim: Politik Ini Bukan Sepak Terajang Politikus Mencari Helah Taktik Untuk Merebut Kuasa

Imej

BETUL KATA RAFIZI RAMLI TERJADI HARI INI [Jenis yang cium tangan untuk kekal dalam jawatan]

Imej

PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN DAN AMANAH#RAFIZI RAMLI [Kami terpaksa mengawal parti keadaan terpecah]

Imej

10 SEBAB DAP, AMANAH PERLU TINGGALKAN MAHATHIR

Imej
Walaupun Tun Mahathir Mohamad masih mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah bagi mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri buat kali yang ketiga dengan cuba mencari jalan lain bagi tujuan itu, di sebalik Anwar Ibrahim dan PKR telah muktamad menolak hasrat tersebut, realitinya adalah membuang masa bagi kedua-dua parti itu terus bekerjasama dengan Pengerusi Bersatu yang terpecat itu. Sebelum keputusan dibuat, sebenar-benarnya adalah lebih wajar, munasabah dan dapat diterima akal jika Amanah dan DAP memilih jalan meninggalkan Tun Mahathir daripada terus bersamanya. Berikut adalah 10 sebab mengapa Amanah dan DAP perlu membuat keputusan meninggalkan Tun Mahathir:- 1 – Masa depan Amanah dan DAP lebih cerah bersama PKR dan PH berbanding terus terikat dengan Tun Mahathir yang jalan perjuangannya sendiri sudah pun di penghujung, kalau pun belum masuk ke dalam gaung. Dengan kedudukannya sudah terpecat daripada Bersatu, tidak lagi mempunyai parti, pengaruhnya sudah menurun da

PNipu: Penganalisis ramal Umno dan Pas tinggalkan PN pada PRU-15

Imej
Seorang penganalisis politik berpandangan Umno akan memilih untuk bekerjasama dengan PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang daripada menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN). “Umno tahu ia dapat lebih manfaat daripada Muafakat Nasional kerana ia memperkasa politik Melayu,” kata Awang Azman Awang Pawi di Universiti Malaya. Beliau percaya parti itu menyasarkan majoriti di Parlimen untuk mendapatkan kembali kuasa yang terlepas pada pilihan raya umum lalu. Sekiranya ramalan Awang Azman tepat, PPBM, yang ketika ini mengetuai PN, akan menyaksikan ia ditinggalkan. Beberapa pemimpin Umno mutakhir ini menyeru pilihan raya kilat diadakan, mengatakan ia akan menyelesaikan ketakstabilan yang disebabkan oleh kedudukan PN yang lemah. Awang Azman berkata ada kemungkinan beberapa ahli PPBM akan berhijrah ke Umno sebelum pilihan raya umum ke-15. Beliau juga berpandangan Umno, sekiranya ia berjaya membentuk kerajaan, akan menyemak semula peraturan parti bagi

PNipu: Dulu 1 bulan, sekarang 3 bulan isytihar harta....

Imej
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut melaksanakan arahan beliau sebelum ini bahawa semua menteri kabinet dan ahli Parlimen perlu mengisytiharkan harta mereka dalam masa sebulan. Namun semalam, Muhyiddin mengumumkan keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya bahawa pengisytiharan harta itu akan dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh mengangkat sumpah. Perkara itu diumumkan Muhyiddin selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai anti rasuah (JKKMAR) siri ke 12 semalam. Berikutan itu, pelbagai pihak mempersoalkan pengumuman Muhyiddin itu. “Bila nak isytihar harta?” tanya peguam Sharedzan Johan melalui twitternya ekoran pengumuman Muhyiddin itu. “Masa mula-mula mesyuarat Kabinet (Mac 2020), kata isytihar harta dalam masa sebulan. “Sekarang dan anjak jadi 3 bulan pula. Ok on ke tak on ni,” tanya Shahredzan lagi. Pada Mac lalu, tidak sampai sebulan selepas mengambil alih kerajaan, Muhyiddin telah mengarahkan semua menteri dan timbalan ment

Jauhi ulama politik penunggang agama

Imej
Orang alim mereka yang digelar ulamak merupakan penyuluh ummah dan rujukan masyarakat. Namun mereka juga boleh menipu, mengelirukan dan menyesatkan ummah dan masyarakat. Kadang-kadang mereka menggunakan kedudukan mulia untuk memperbodohkan kita sebagai pengikut yang taat setia, menghormati dan memandang tinggi terhadap mereka. Dalam politik ada ulamak menunggang agama untuk mencapai habuan dan kelazatan kuasa. Dalam ilmu tasauf pula ada ulamak yang menunggang agama untuk mendapat habuan dan kelazatan maksiat. Saya ada seorang kawan seorang sufi, bertasauf, bertarikat, belajar ilmu hakikat, orangnya cerdik dapat masuk universiti, dapat ke luar negara menadah kitab dengan ulamak besar dunia, mengaji di pondok, pandai baca kitab turath arab, buka pusat pengajian agama dan hafaz Quran tetapi akhirmya dia sesat dan menyesatkan masyarakat. Mungkin ada orang kata takkanlah ulamak yang banyak belajar ilmu dan hafaz Quran pula boleh sesat ? Ya, kenapa tidak ? Allah sendiri m

APA LAGI YANG MAHATHIR CARI?

Imej
Barangkali ramai yang terfikir-fikir, mungkin juga ada yang pening kepala memikirkannya, dalam usia menuju 95 dan sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, untuk apa lagi Tun Mahathir Mohamad masih bermati-matian untuk memegang jawatan tersebut buat kali yang ketiga? Apa lagi konon ikrarnya kali ini hanya mahu jadi Perdana Menteri selama enam bulan saja. Malah, apabila Anwar Ibrahim menolak untuk bekerjasama dengannya, Tun Mahathir mahu mencari jalan lain pula, ternampak asalkan hajat menjadi Perdana Menteri tetap dapat dicapainya. Apa lagi yang mahu dicarinya? Benarkah beliau mahu menyelamatkan negara? Apakah semata-mata mahu menjatuhkan Muhyiddin Yassin atas faktor marah dan dendam yang bersarang dalam dadanya? Atau untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri? Mungkinkah juga Tun Mahathir mahu kembali sebagai Perdana Menteri bagi menutup kes-kes lama yang dikaitkan dengan era lamanya yang nampak kian banyak didedahkan oleh Najib Razak kebelakangan ini?

Skandal 1MDB: Keputusan lucut hak RM100,000 Kasitah Gaddam 24 Julai

Imej
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 Julai ini untuk keputusan permohonan pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang RM100,000 daripada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kasitah Gaddam yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB. Pesuruhjaya Kehakiman, Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pada pendengaran permohonan itu hari ini. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nik Haslinie Hashim berhujah bahawa walaupun wang itu telah digunakan oleh responden (Kasitah) namun mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah kewangan mengikut Seksyen 59 Akta Pengubahan Wang Haram (Amla) 2001, iaitu mengarahkan responden untuk membayar semula amaun berkenaan. "Walaupun responden berkata wang berkenaan kononnya digunakan untuk tujuan PRU 2013, tetapi hakikatnya wang itu diperoleh daripada bekas perdana menteri

PNipu: Ini kerajaan yang sangat tidak stabil dalam sejarah negara - Umno

Imej
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah membubarkan Parlimen republik tersebut bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan pada 10 Julai 2020. Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini. Dalam konteks negara kita, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah. Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti ini sejak merdeka. Kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan Malaysia sangat bergantung kepada kestabilan politiknya. Kestabilan politik akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial. Keadaan semasa sangat menyukarkan Kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara dari kemelesetan ekonomi

BUKAN SAJA ANWAR, UMNO JUGA TIADA MASALAH SOKONG USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MUHYIDDIN

Imej
Berikutan Tun Mahathir Mohamad sudah memutuskan tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, persoalan terbaru kini ialah apa jadi dengan usul undi tidak percaya di Parlimen 13 Julai depan? Dengan kedudukan calon Perdana Menteri PH Plus masih tidak menentu manakala Tun Mahathir mengesahkan akan tetap membawa usul tersebut, bolehkah usul itu menempa kejayaan jika tanpa sokongan 38 Ahli Parlimen PKR? Apakah Anwar dan PKR sedia menyokong serta mengundi usul tersebut kiranya penentuan calon Perdana Menteri masih tidak dapat diputuskan? Dalam hal ini, harus disedari bahawa usul undi tidak percaya itu hanya bertujuan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, tetapi tidak bererti jika setelah Muhyiddin dijatuhkan, Tun Mahathir yang membawa usul tersebut akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Setelah Muhyiddin kehilangan sokongan dan dijatuhkan, melantik Perdana Menteri perlu melalui satu proses yang lain iaitu persetujuan di kalangan pihak pembangka

Ahli akademik saran PH sokong Anwar, bukan Dr M

Imej
Seorang ahli akademik menyarankan DAP dan Amanah tidak mempromosikan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan selepas ahli politik itu menolak kerjasama dengan presiden PKR, Anwar Ibrahim. “Lebih wajar PH menyebelahi Anwar dan teruskan hidup,” kata Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia. “PKR ada lebih banyak bilangan ahli Parlimen berbanding Mahathir, yang hanya ada 4 bekas ahli Parlimen PPBM dan Warisan.” Semalam, dalam temubual dengan Sin Chew Daily, Mahathir menolak cadangan beliau menjadi menteri kanan atau mentor menteri sekiranya PH kembali membentuk kerajaan. Beliau dilapor berkata tidak akan bekerjasama dengan Anwar kerana ahli Parlimen Port Dickson itu tidak mahu bekerja dengannya. Katanya, beliau perlu mencari cara lain untuk menjadi perdana menteri. DAP dan Amanah sebelum ini menyeru PKR kembali kepada konsensus PH menyokong Mahathir sebagai perdana menteri, mengatakan Anwar dijangka tidak akan dapat majorit

PNipu: 'Faizal tak sensitif tukar kereta rasmi baru di saat rakyat berdepan kesukaran'

Imej
Pemuda PH Perak membidas pembelian kereta kereta jenis sedan Lexus ES berharga RM200,000 sebagai kereta rasmi baru menteri besar Ahmad Faizal Azumu di saat ramai yang berdepan kesukaran susulan wabak Covid-19. Menurut mereka, ia menunjukkan sikap hipokrit Faizal di sebalik imej berbeza yang cuba ditunjukkannya. "(Ini) menunjukkan sikapnya yang hipokrit dan tidak sensitif terhadap keadaan rakyat yang berdepan cabaran dan kesukaran dalam aspek ekonomi ekoran wabak Covid-19. "Sikap hipokritnya kian terlihat mutakhir ini, walaupun dia cuba menunjukkan imej 'cool', tetapi di sebaliknya dia sentiasa membuat keputusan dan mengambil tindakan yang memberi manfaat kepada dirinya sendiri," kata Pemuda PH Perak dalam kenyataan, seperti dipetik the Malay Mail . Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hasim, Ketua Pemuda DAP Perak Chaw Kam Foon dan Ketua Pemuda PKR Perak Mohamad Hairul Amir Sabri. Semalam, Faizal dilaporkan