Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

'Debat mesti sama level, bukan dengan budak-budak jalanan’ kata Ulama PAS

Imej
Ketua Dewan Ulama PAS Dr Nik Zawawi Salleh menjelaskan kesediaan beliau untuk berdialog terbuka dengan pihak yang setaraf sebaliknya bukan dengan “budak-budak jalanan yang menghabiskan masa dengan sia-sia”. Kenyataan itu sekali gus bermaksud penolakan beliau untuk berdebat dengan ustaz PKR Wan Ji Wan Hussin berkaitan hukum menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan. "Saya tidak kenal siapa yang bernama Wan Jii dan tidak pernah tahu apa jawatan dalam parti yang dipegang. “Saya menyatakan syarat yang sangat popular di mana-mana termasuk di peringkat antarabangsa iaitu sebarang dialog profesional mesti antara tokoh yang sama level bukan dengan budak-budak jalanan yang menghabiskan masa dengan sia-sia sahaja. "Sekali lagi saya tegaskan saya bersedia berdialog dengan rakan-rakan sejawatan demi untuk kebaikan negara dan agama. Saya bukan nak mencari populariti murahan tetapi ingin mencari keredaan Allah. Kebenaran mengatasi segala-galanya," katanya kepada Malaysia

PAS tidak sokong usul isytihar harta, kata Tuan Ibrahim

Imej
KUALA LUMPUR: PAS berpendirian tiada asas dan keperluan untuk menyokong usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang, mengisytiharkan harta bertujuan menghalang mereka menggunakan pengaruh sebagai ahli politik dan pemimpin, kata timbalan presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man. “Kita tak sokong usul ini, melainkan dipinda satu landasan undang-undang yang baru. “Kalau sekadar usul sahaja, tiada tujuannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong membentangkan usul bagi mewajibkan semua Ahli Parlimen serta pasangan dan anak mereka mengisytiharkan aset masing-masing menjelang 1 Oktober ini. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, hanya wakil rakyat kerajaan wajar membuat perisytiharan itu. Ini berbeza dengan wakil pembangkang yang tidak mempunyai aset atau kedudukan bagi membolehkan mereka mendapat manfaat atau mempengaruhi projek kerajaan. Selain itu katanya

BETUL, BUKAN ANWAR YANG KEMARUK TAPI PIHAK YANG MENOLAKNYA ITULAH YANG KEMARUK

Imej
Anwar Ibrahim semalam mengatakan beliau tidaklah begitu kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri seperti yang dituduh oleh beberapa pihak terhadapnya. Katanya, perkara itu bukan suatu perkara yang perlu dimasalahkan kerana kedudukan beliau sebagai pengganti kepada Tun Mahathir Mohamad adalah suatu perkara yang sudah ditetapkan oleh PH. Sebagai makluman, ketetapan untuk menjadikan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir telah dimuktamadkan secara konsensus dalam Kongres Pakatan Harapan yang diadakan pada 7 Januari 2018 iaitu kira-kira empat bulan sebelum PRU14 diadakan. Hakikatnya, oleh sebab sudah ada persetujuan mengenai kedudukan beliau itu, ia jelas menunjukkan Anwar tidak kemaruk hendak jadi PM, biar pun beliau kerap bercakap mengenainya. Jadi, apa masalahnya? Masalahnya ialah media selalu bertanya kepada beliau mengenai perkara itu dan jawapan Anwar hanyalah semata-mata sebagai respon kepada soalan yang ditanyakan kepadanya. Sebagai pemimpin yang mesra med

Skandal SRC: 'Orang atas' itu merujuk kepada Najib Razak - Saksi

Imej
Bekas pengarah SRC International, Suboh Md Yassin memberi keterangan bahawa (bekas) Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Nik Faisal Ariff Kamil menghubunginya dari Shanghai China, pada tahun 2015.Saksi ke-42 itu mengatakan perkara itu diketahuinya berdasarkan apa yang dilihatnya dalam telefon pintar apabila Nik Faisal menghubunginya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas. "Berdasarkan telefon, ia dari luar negara, dari Shanghai jika saya tidak silap," katanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.  Bekas pengarah SRC International Ismee Ismail memberitahu mahkamah bahawa syarikat itu melantik Ihsan Perdana Sdn Bhd sebagai rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun 2014 walaupun tanpa resolusi daripada pengarah.Suboh berkata, beliau bersetuju menandatangani surat tersebut untuk melantik IPSB bertarikh 3 September 2014 selepas diberi panduan oleh (bekas) CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil. Ketika pemeriksaan utama o

Subsidi petrol bersasar guna kaedah bayaran langsung

Imej
    Kumpulan berpendapatan rendah dijangka menerima subsidi petrol melalui sistem pembayaran langsung dan bukan kad subsidi. Laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber dari kementerian sebagai berkata usul itu dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet minggu depan. Difahamkan, Kementerian Kewangan sudah melantik vendor untuk menguruskan sistem kad subsidi tetapi akan menyelaraskan semula mekanisme subsidi tersebut untuk menampung sistem pembayaran secara terus kepada penerima. Di bawah skim tersebut, penerima dikehendaki membuka akaun kiriman wang untuk menerima subsidi itu selepas mereka membayar petrol pada harga biasa. Iklan Sumber-sumber itu juga berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan para penggiat industri lebih memilih sistem pembayaran terus berbanding kad subsidi.

Umpan apa 'syaitan' tu pakai ?

Imej
"Hudud tidak boleh dijadikan manifesto PRU. Jika dibuat, jelas kita mahu menipu rakyat,” kata Datuk Seri Mohamad Hasan. AKHIRNYA.. PAS tetap terus bekerjasama dengan 'syaitan' dan tunduk juga pada pujukan 'syaitan'.

MP Gua Musang, salahkan kerajaan PH .. mabuk ketum ke apa.

Imej
Pegang jawatan MP paling lama di Parlimen Gua Musang selama 9 penggal, 33 tahun.. dia buat apa.?

Berani Kerana Benar. Takut kerana Salah.

Imej
TAHUKAH ANDA.. Usaha kerajaan Pakatan Harapan menangani rasuah dengan menggalakkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan pendapatan serta harta kepada SPRM, TIDAK MENDAPAT KERJASAMA DARIPADA PEMBANGKANG. Kerajaan telah tunggu setahun, tapi masih belum ada pembangkang sama ada UMNO, MCA, MIC atau PAS, yang mengisytiharkan harta dan aset mereka. KENAPA UMNO, MCA, MIC atau PAS TAKUT SANGAT NAK ISYTIHAR HARTA KEPADA SPRM ??!

"Fitnah jangan dibalas fitnah" - Presiden PAS, Hadi Awang

Imej
"PAS parti mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan bukannya politik fitnah" - Timb. Presiden PAS, Tuan Ibrahim "Pas menolak sekeras-kerasnya politik bersifat fitnah" - Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Tantawi "Wajib tolak politik fitnah" - Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Mohd Asri Mat Daud Semenjak ta'awun dgn UMNO dah pandai memfitnah.. Fitnah dan PAS dah sebati... Macam tahi dan pengat...

Jadi tak tentu arah.. Pak Lebai PAS makin lama jadi makin sewel..

Imej
Sebelum ni di Muktamar tahunan PAS, Ketua Dewan UlarMak PAS kata "Wajib jatuhkan kerajaan PH".., Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pon kata "Kerjasama Pas-UMNO jamin kemenangan dalam PRU15" Alih-alih semalam dia plok kata "PAS sedia bantu PH dalam PRU15!!" Betoi-betoi dah jadi parti Nyamuk Pas sekarang ni.. sekejap hinggap sana, sekejap hinggap sini.. last sekali mampus kena cepuk dgn SPRM. Jadi tak tentu arah.. Pak Lebai PAS makin lama jadi makin sewel.. NOTE: Selepas SPRM umum akan dedahkan senarai baru nama yg terima dana 1MDB dalam tempoh 2 minggu lagi..

Bagi PAS bohong demi maslahat parti adalah WAJIB !!

Imej
FITNAH & BOHONG main isu melayu dan Islam untuk raih undi adalah cara yang paling afdhal kerap digunakan oleh PAS dan UMNO.

KANTOI MENIPU LAGI !!

Imej
Hasad dengki dendam Najib Razak terhadap Lim Guan Eng belum berkesudahan, kali ini Najib guna isu penutupan pasaraya Giant plok... GIANT DITUTUP: CUBA TENGOK NI.. 2017: 5 buah Giant tutup, Najib sbg kerajaan kata ini BUKAN SALAH KERAJAAN. 2019: 2 buah Giant tutup, Najib sbg pembangang kata ini SEMUA SALAH KERAJAAN. Jadi Najib 2017 menipu, ataupun Najib 2019 menipu?

ZAHID DIBAYAR UNTUK APA ?

Imej
Hindar diri dari jenayah Cukup kah hanya kuat ibadah Pakai jubah lengkap berkopiah Terpalit deretan tuduhan rasuah Songlap wang pecah amanah Keluar masuk SPRM jua mahkamah Muka senyum tak rasa bersalah Lagi mahu kelepasan ke Mekah Muka tidak tahu malu kah 😂 WOWW !!. Punyalah zuhud pemimpin UMNO Zahid selama ini. Adakah Zahid juga #terkejut tiba² hampir RM1 juta masuk ke akaun Zahid setiap bulan selama 3 tahun berturut-turut ??!

PAS masih lagi nak BERBOHONG ??!

Imej
PAS tak pernah jatuhkan lawan dengan fitnah ??!.. BOHONG KA TIPU ? Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan yang bergelar 'Datuk' Dr. Wan Zawawi Wan Ismail yg kalah saman fitnah terhadap Husam Musa ITU APA !! BUKAN FITNAH KA.. Tak termasuk lagi 9 senarai kes PAS kalah saman fitnah dan mohon maaf kerana memfitnah ITU APA !!

Bila Parti Agama Jadi Pelampung...!!!

Imej
Dulu lain, sekarang lain. Dahulu bujang, sekarang dah kahwin. Dulu fitnah parti AMANAH bg ‘tongkat’ pd UMNO. Hakikatnya parti syurga PAS yg bg pelampung pd UMNO skrg.. Terpaksalah bohong, fitnah dan putar belit pada rakyat demi nak selamatkan UMNO supaya UMNO dapat berkuasa semula rompak kekayaan negara.

RM15 juta dari Yayasan 1MDB tiada kaitan dengan Najib, kata lembaga Kojadi

Imej
Lembaga pengarah Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) malam tadi menyangkal dakwaan mengatakan Presiden MCA, Wee Ka Siong menghentikan pertemuan Pengerusi Ng Peng Hay dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dana berkaitan 1MDB. Lembaga itu berkata dakwaan mengatakan ia mengarahkan Ng bertemu SPRM hari ini juga adalah tidak benar. “Dalam mesyuarat lembaga semalam, tidak ada resolusi meminta Ng bertemu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya atau mana-mana pegawai badan itu hari ini,” katanya dalam kenyataan. Sementara itu, lembaga pengarah Kojadi berkata geran RM15 juta yang diperkatakan itu tiada kaitan dengan akaun bekas perdana menteri, Najib Razak. “Oleh itu, kedua-duanya tidak boleh dilonggokkan sekali.” Terdahulu, Ng berkata Kojadi menerima “geran kewangan” RM15 juta daripada Yayasan 1MDB pada 2012 untuk melaksanakan skim mikro-kredit sosio-ekonomi “Skim Mikro Kredit Kojadi Bagi Belia”. Selepas SPRM mengumumk

Upko kata dah pulangkan RM1 juta wang 1MDB

Imej
    Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) telah mengembalikan wang sebanyak RM1 juta kerajaan yang sebelum ini didakwa diterima daripada 1MDB. Menurut laporan  The Star , Presiden Upko Madius Tangau berkata parti itu berbuat demikian sebulan sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman pelucuthakan sivil untuk mendapatkan kembali RM270 juta daripada 41 individu dan entiti. Kesemua 41 penerima itu dikatakan menerima wang berkenaan dari akaun AmBank milik bekas Perdana Menteri Najib Razak, yang disyaki menerima dana haram. Tangau berkata parti itu tidak tahu sumber wang tersebut pada masa itu. Beliau berkata parti itu pada mulanya merancang untuk menggunakan wang RM1 juta itu bagi projek komuniti tetapi ia disimpan dalam deposit tetap selepas didapati tidak mencukupi. "Akaun kami juga dibekukan berikutan siasatan dan kami mengambil keputusan untuk kembalikan wang itu bagi mengelakkan sebarang tindakan s

Dana 1MDB: Lembaga pengarah Kojadi terpecah dua?

Imej
Sebelas daripada 14 ahli lembaga pengarah Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) menafikan dakwaan pengerusinya bahawa lembaga itu telah mengarahkan beliau menemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Dalam satu kenyataan, 11 ahli lembaga berkenaan berkata mesyuarat semalam telah memutuskan untuk menulis surat kepada SPRM sebagai tindakan susulan dan membincangkan perkara itu dengan kepimpinan MCA. "Semasa mesyuarat lembaga Kojadi semalam, tidak ada ketetapan bagi pengerusi Ng Peng Hay untuk menemui Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya atau mana-mana pegawai hari ini," kata 11 anggota tersebut. Kojadi, yang dikendalikan oleh MCA, menyediakan pinjaman pelajar dan pembiayaan mikro untuk perniagaan. Ia menerima geran RM15 juta daripada Yayasan 1MDB pada tahun 2012 dan wang itu digunakan untuk skim pembiayaan mikro bagi golongan belia. 11 ahli lembaga itu berkata, dana berkenaan tidak ada kena mengena dengan akaun bank bekas Pe

Wajib jatuhkan PH: Wan Ji sedia jumpa ketua Ulama PAS

Imej
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin hari ini secara tidak langsung mencabar Dr Nik Zawawi Salleh untuk membicarakan kewajaran Ketua Ulama Pusat PAS itu mewajibkan penyokong mereka menjatuhkan kerajaan PH. Meskipun tidak menghubungi Nik Zawawi mengenai hasratnya itu, Wan Ji yang juga bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor mengharapkan supaya ada badan bebas atau stesen televisyen yang rela menganjurkan dialog tersebut. “Saya tak ada jumpa atau telefon dia. Cuma saya cakap secara umum," katanya ketika dihubungi Malaysiakini . Terdahulu Wan Ji memuat naik hantaran di Facebooknya dengan menyatakan kesanggupan bersemuka dengan Nik Zawawi. "Saya bersedia sahaja kalau Dr Nik Zawawi bersedia," katanya mengiringi tangkap layar seorang pengguna Facebook yang menyatakan kesediaan bosnya bertemu dengan mana-mana pihak berhubung ucapan anggota parlimen Pasir Puteh di hujung muktamar PAS baru-baru ini. "Dengan syarat dialog tersebut mesti dibuat secara terbu

Kes rasuah Rosmah projek solar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

Imej
    Kes isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas satu pertuduhan menerima rasuah RM5 juta daripada Syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd berhubung projek sistem solar sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak akan didengar di Mahkamah Tinggi. Ini berikutan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, tarikh pengurusan kes akan ditetapkan kemudian. Terdahulu, Ahmad Akram memaklumkan permohonan memindahkan kes Rosmah adalah mengikut Seksyen 417 (1)(e) Kanun Tatacara Jenayah dan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah tidak membantah permohonan itu. Pada 10 April lepas, Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, 60, melalui Datuk Riza

Kunjung lebih 60 kali, Sarawak mahu Najib kembali, kata Nancy

Imej
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Datuk Seri Nancy Shukri mendakwa rakyat Sarawak mahu Datuk Seri Najib Razak kembali menjadi perdana menteri. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Najib tahu keperluan rakyat Sarawak semasa memegang jawatan tertinggi kerajaan. –– ADVERTISEMENT –– “Jika kita bercakap dengan orang Sarawak, mereka mahu Najib kembali kerana beliau pergi ke semua kawasan pedalaman.

Dana 1MDB: Presiden MCA halang kami jumpa SPRM - Kojadi

Imej
Presiden MCA Wee Ka Siong hari ini dituduh menghalang perjumpaan antara koperasi milik parti itu, Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) dengan SPRM berhubung dana berkaitan 1MDB. Pengerusi Kojadi, Ng Peng Hay berkata koperasi itu menerima geran RM15 juta daripada Yayasan 1MDB pada tahun 2012 untuk skim kredit mikro yang dibuka kepada belia. Katanya, beliau mencadangkan kepada mesyuarat tergempar lembaga pengarah semalam supaya mereka memulangkan wang itu susulan kenyataan SPRM bahawa suruhanjaya berkenaan merancang untuk memperluaskan lagi senarai pelucutanhak ke atas dana berkaitan 1MDB. Lembaga pengarah kemudian mengarahkan Ng untuk berjumpa dengan SPRM hari ini untuk menjelaskan kedudukan Kojadi dan mendapatkan nasihat dan panduan suruhanjaya itu. Iklan "Bagaimanapun, sebelum saya dapat membuat janji temu dengan SPRM, presiden MCA mengeluarkan arahan kepada semua pengarah Kojadi melalui media sosial untuk menghentikan perjumpaan dengan SPRM dan ber

NFC LEMBU KONDO....

Imej
Ketika BN berkuasa dulu skandal NFC dah selamat 'dibersihkan' begitu saja spt juga skandal derma RM2.6 bilion. Berani ka mak lembu Ijat atau suaminya nak bayar balik tuntutan hutang NFC berjumlah RM253.6 juta kpd kerajaan nanti ??!

Apa nak dikata lagi ?

Imej

UG: Putar Belit PAS

Imej
Dulu lain, sekarang lain. Dahulu bujang, sekarang dah kahwin. Bila nak elak dari terbongkar harta rompakan, maka guna.. dalil guna agama.

WAJIB ISYTIHAR HARTA....

Imej
KERAJAAN akan membawa usul ke Parlimen mewajibkan semua ahli Parlimen TANPA MENGIRA PARTI mengisytiharkan harta mereka, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Wakil kerajaan akan mengemukakan usul berkenaan Isnin ini apabila Dewan Rakyat mula bersidang sehingga 18 Julai. SAMA-SAMA KITA LIHAT.. Ahli Parlimen mana yg tak setuju atau bakal sokong usul tersebut.. KENAPA tindakbalas jawapan UMNO dan PAS lebih kurang sama ??!

DUIT 1MDB: PARTI HARAM UMNO......

Imej
Jika dahulu, parti BERSATU terpaksa dibubarkan oleh RoS pada saat akhir sebelum PRU14 kerana isu teknikal shj. Malah, BERSATU sama sekali tidak dibenarkan untuk menggunakan nama dan logo parti untuk bertanding dalam PRU14. Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang (“rule of law”), RoS perlu menjatuhkan hukuman yang tegas kepada UMNO jika benar² terbukti sah menerima wang haram RM212 juta yang juga telah diperakui oleh SPRM. Tindakan parti UMNO menyalahguna wang milik 1MDB ini seharusnya dikenakan tindakan undang-undang yang tegas dan keras.

LEPAS NAJIB...PEGUAM DIA PULA..!!

Imej
Nampaknya kes2 Bossku rasuah, salah guna kuasa & ubah wang haram Najib terpaksalah diselesaikan dahulu sebelum kes jenayah besar lagi di bawah kepimpinan Najib. Lagi cepat dibicarakan lagi cepatlah Najib diadili dgn seadilnya..

KEMANA HILANG PEMIMPIN DAN AHLI UMNO.....87 TUDUHAN TUE...!!!

Imej
APA DAH JADI pada solidariti untuk Zahid yg juga Presiden UMNO skrg ??! LobakMan mana ??! Tak kan lah ahli UMNO yang 3 juta & pemimpin² UMNO yg lain dah suam sokong Zahid ??!.. Yang lain² tu senyap sebab tunggu giliran mereka pula ka?

JPPM siasat jika Umno langgar akta atas dakwaan terima dana 1MDB

Imej
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sedang meneliti dokumentasi Umno negeri dan bahagian yang dinamakan antara 41 penerima wang berkaitan 1MDB jika terdapat pelanggaran di bawah Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984. Ketua Pengarahnya, Masyati Abang Ibrahim berkata tindakan itu diambil kerana beberapa memorandum yang diterima JPPM di ibu pejabatnya di sini antaranya mendesak Umno diharamkan atas alasan ia menerima wang berkaitan 1MDB. “JPPM akan teliti memorandum berdasarkan peruntukan di bawah bidang kuasa JPPM. Pada masa sama, JPPM juga sedang dalam penelitian dokumentasi (Umno). “Itu saja buat masa ini sebab benda ini ada (kes) di mahkamah,” katanya selepas melancarkan Jelajah Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan hari ini. Isnin lalu, Pemuda Pakatan Harapan menghantar memorandum kepada JPPM bagi menggesa tindakan keras dikenakan kepada Umno yang didakwa menerima wang berkaitan 1MDB. Suruh

Kes k'jaan tuntut RM253.6j dari NFCorp: 10 lagi diperintah fail pembelaan

Imej
National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan 10 pihak lain hari ini diperintah untuk memfailkan penyataan pembelaan mereka dalam kes saman oleh Kerajaan Malaysia bagi menuntut wang RM253.6 juta yang dipinjamkan kepada syarikat itu yang diuruskan oleh suami dan tiga anak kepada bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Shahrizat Abdul Jalil. Peguam Kanan Persekutuan Mohd Radhi Abbas yang mewakili kerajaan berkata Hakim S Nantha Balan mengarahkan kesemua defendan itu memfailkan penyataan pembelaan masing-masing sebelum atau pada 25 Julai ini. "Mahkamah juga menetapkan 13,14,15,17 dan 20 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes tersebut dan 22 Ogos serta 18 Disember ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas hadir ketika pengurusan kes itu dalam kamar hakim berkenaan, hari ini. Dalam saman difailkan pada 31 Mei lepas, kerajaan selaku plaintif tunggal, menamakan NFCorp sebagai defendan pertama manaka

DUIT 1MDB: JENG..JENG...2 MINGGU LAGI..!!

Imej
Sudah dijangka pendedahan 41 nama individu dan entiti yg terima wang 1MDB sebelum ini bukannya penamat mutlak hasil siasatan terhadap mereka yg terima wang 1MDB atau RM90 juta. Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya memerlukan masa untuk membuat penelitian lanjut mengenai saksi, lokasi aset dan pelbagai aspek lain memandangkan senarai responden itu terlalu panja ng. “Sebenarnya, mereka sendiri tahu yang mereka ada terima wang (dana 1MDB) kerana ia diberi dalam bentuk cek, bukan secara tunai.” “Nasihat saya, eloklah mereka pulangkan semula (dana 1MDB) sebab tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA),” katanya.

NAK GUGUR TUDUHAN PULAK....!!!

Imej
Sebelum ini, bila Najib dituduh di mahkamah dgn pelbagai kes² rasuah, salah guna kuasa & ubah wang haram yg melibatkan nilai berbilion² ringgit, peguam Najib Shafee minta pertuduhan terhadap anak guamnya digugurkan. Tak heranlah jika peguam UMNO sendiri yg dibayar oleh Najib sbyk RM15 juta juga mahu pertuduhan ke atasnya digugurkan..

REKOD DUNIA..!!

Imej
SHAH ALAM, 27 Jun (Bernama) -- Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kali ini dengan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta daripada sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). MAKA DENGAN INI ZAHID SUDAH MEMINTAS MUSA AMAN UNTUK MENDUDUKI CARTA RANKING TERATAS PENDAKWAAN KES BERPROFIL TINGGI, melonjak terus 87 kes daripada 47 sebelum ini. Tahniah Zahid !! WOWW !!. Punyalah zuhud pemimpin UMNO Zahid selama ini. Adakah Zahid juga # terkejut tiba2 hampir RM1 juta masuk ke akaun Zahid setiap bulan berturut-turut selama 3 tahun ??! Zahid dibayar untuk apa ?.. Berapa bayar ?.. Bila bayar ?.. Berikut perincian 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta.

‘Kerugian1MDB dan kes rasuah jejaskan keupayaan k’jaan berbelanja’

Imej
    Keupayaan kerajaan untuk berbelanja lebih untuk program kebajikan rakyat telah terjejas oleh kekangan kewangan disebabkan kerugian dialami 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes berkaitan rasuah yang lain, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. "Kerajaan mahu berbelanja lebih tetapi akhirnya, isu yang diwarisi seperti 1MDB adalah sesuatu yang kami perlu uruskan. Tiada negara yang kerugian RM150 bilion tanpa terjejas olehnya," katanya pada mesyuarat Konsultasi Bajet 2020 di Putrjaya, hari ini. Kerajaan, menurutnya berharap untuk mencapai pertumbuhan lima peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini, dan menurutnya ia akan mengambil masa tiga tahun untuk Malaysia kembali di landasan selepas mengalami kerugian akibat hutang 1MDB. Berhubung penyatuan fiskal yang sedang dilaksanakan kerajaan, Lim berkata Malaysia sepatutnya dapat mengurangkan defisit fiskal pada paras bawah tiga peratus daripada KDNK pada 2021. Langkah-lang

Zahid masih ceria dengan 87 tuduhan rasuah..!!

Imej
    Biarpun berdepan dengan 33 tuduhan baru hari ini berjumlah RM42.7 juta, bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi masih kekal bersikap ceria dan positif, kata peguam belanya, Kitson Foong. "Klien kami masih sangat ceria dan positif, meskipun dengan apa yang telah menimpanya. Saya rasa, kalau orang lain berdepan 87 pertuduhan mahkamah (sepertinya), selalunya kita akan tertekan. "Tapi saya boleh kata dia masih ceria dan positif, kerana, saya lebih suka fikir begini- kami masih jauh daripada diputuskan bersalah. Kami masih dalam fasa persediaan. “Kamu tahu Datuk Seri Zahid sentiasa mempunyai karakter yang kuat, seperti yang dapat kita lihat hari ini. Dia berdiri teguh, dan kami juga akan menjadi pasukan pembelaan terbaik untuknya,” kata Foong. Foong berkata demikian kepada pemberita selepas pertuduhan kes Zahid di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Dengan 33 pertuduhan terbaru hari ini, Zahid kini berdepan dengan 87 pertuduhan, t

Kes rasuah Zahid di dua mahkamah mungkin digabungkan

Imej
    Pihak pendakwaan dan pembelaan akan membuat permohonan bagi menggabungkan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkaitan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, maklum peguam bela, Kitson Foong. Kata Kitson, kedua-dua pihak bersetuju untuk penggabungan tujuh kes yang disebut semalam dan 33 yang disebut hari ini kerana kes-kes tersebut adalah tentang isu yang sama. “Kedua-dua pihak akan membuat satu permohonan untuk kes-kes digabungkan- kes di Kuala Lumpur semalam, dan kes di sini (Shah Alam), kerana semuanya berkenaan isu sama. “[...] Kami harap isu (penggabungan) ini dapat diselesaikan, sebab pendakwaan perlu balik ke Jabatan Peguam Negara untuk berbincang. [...] Saya rasa kita sudah bersetuju akan gabung, tapi sama ada akan dibicarakan di sini atau di Kuala Lumpur, terpulang pada hakim untuk tentukan. “Saya fikir, sepatutnya di sini, sebab di sini 33, jadi yang tujuh (kes) patut datang ke sini. Tapi itu cuma pendapat saya,” katany

Zahid berdepan 33 lagi dakwaan rasuah

Imej
Bekas timbalan perdana menteri Zahid Hamidi menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM42.7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini. Semalam, Zahid telah dikenakan tujuh pertuduhan menerima rasuah. Presiden Umno yang sedang bercuti itu meminta dibicarakan setelah pertuduhan dibaca di hadapan hakim Rozillah Salleh. Di galeri awam kelihatan rakan-rakan partinya, termasuklah Anggota Majlis Tertingi (MT) Umno Lokman Noor Adam. Zahid didakwa menerima sogokan daripada syarikat itu di Country Heights, Kajang, antara 2014 dan 2017. Dalam 26 pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009, Zahid dituduh menerima wang daripada Ultra Kirana sebagai dorongan baginya untuk melanjutkan kontrak syarikat itu dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan sistem visa luar negara melalui Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Dalam Talian (VLN). Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM menjenayahkan perbuatan rasuah yang meminta, menerima atau

DUIT 1MDB: BUKAN 41 SEHAJA.....ADA LAGI..!!

Imej

PEMIMPIN UMNO.....

Imej
Perjuangan kerana UMNO ? Engkau yg hancurkan UMNO !! Siapa yang 'desperate' nak bersama UMNO kalau bukan parti syurga PAS. Dah hafal lagu UMNO ka belum wahai lebai² PAS dan walaun..

𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 !!

Imej
Husam menang saman fitnah AMANAH terima dana taukeh judi dari DAP yang 𝗗𝗜𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗔𝗦. 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 !! Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh ketika membacakan keputusan kes menyatakan bahawa plaintif (Husam) telah berjaya membuktikan kesnya dan memenuhi kriteria kes fitnah. Sehubungan itu beliau memerintahkan agar Zawawi membayar gantirugi dengan jumlah yang akan ditaksirkan oleh mahkamah, menarik balik artikel berkenaan, menyiarkan permohonan maaf kepada Husam di akhbar nasional selama satu hari dan membayar kos perbicaraan sebanyak RM50,000. Mahkamah juga mengeluarkan perintah tegahan (injunksi) terhadap Zawawi daripada mengeluarkan apa-apa pernyataan fitnah terhadap Husam lagi. Kes ini yang difailkan ketika kehangatan sebelum pilihan raya umum yang lalu di mana ketika itu antara serangan utama Pas kepada AMANAH ialah AMANAH ditaj

Penyamun UMNO....

Imej
"𝗣𝗔𝗦 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢" - Timb. Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man "𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗛𝗔𝗠𝗜𝗗𝗜 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗿𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 30 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻" - peguam Zahid. TAK TERMASUK LAGI 33 pertuduhan rasuah Zahid Hamidi yg baru berjumlah RM34.1 juta esok hari di Mahkamah Shah Alam.