Skandal 1MDB: Siasat juga Bank Negara dan bank-bank lain
Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin mencadangkan supaya Bank Negara dan bank-bank lain di negara ini yang terlibat dengan pengaliran masuk-keluar duit haram 1MDB disiasat dan dihadapkan ke mahkamah jika terdapat bukti. Ini susulan tindakan Mahkamah Switzerland, semalam yang mendapati seorang pegawai bank negara itu bersalah kerana gagal memberi amaran tentang masalah pengubahan wang haram jutaan dolar yang diselewengkan dari firma pekaburan negara itu. “Atas dasar itu, adalah wajar bank-bank Malaysia yang terlibat dengan pengaliran masuk-keluar duit haram 1MDB disiasat dan jika ada bukti, dihadapkan ke mahkamah. “Denda saja macam ke atas AMBank tidak memadai. Malah peranan Bank Negara dalam hal ini pun wajar disiasat,” katanya dalam satu catatan di Faebook. Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland, semalam berkata pihaknya telah mendapati bank Coutts & Co bersalah kerana melanggar syarat untuk melaporkan transaksi yang mencurigakan dan mengenakan hukuman denda seban