Pemuda PH lapor SPRM, gesa buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin
Pemuda AMANAH Nasional hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu audio yang didakwa terbabit dengan cubaan rasuah menawarkan jawatan bagi membeli sokongan. Timbalan Ketua Pemudanya, Shazni Munir Ithnin berkata, audio yang mirip suara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, merancang untuk menawarkan ‘suapan’ jawatan sebagai sogokan untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Katanya, secara jelas apa yang dilakukan Muhyiddin itu berkait dengan salah laku rasuah dan sogokan pangkat yang melanggar Akta SPRM 2009. “Dengan terang dan jelas, Muhyiddin merancang menggunakan kedudukan dalam kerajaan dengan menawarkan jawatan sebagai Menteri dan Pengerusi GLC untuk mendapatkan balasan lengkap Ahli Parlimen kepada beliau dan pimpinan tinggi Parti Bersatu. “Setakat ini, tiada langsung mana-mana individu yang ditawar dan mendapat jawatan tersebut tampil kehadapan bagi melaporkan salah laku rasuah