Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

MAHATHIR YANG MAKIN TUA MAKIN KEMARUK KUASA...!!

Imej
Kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad bahawa PH tidak akan mendapat sokongan pengundi Melayu jika tanpa penyertaannya dalam gabungan itu memberi beberapa kesimpulan tentang watak dan hati perut bekas Perdana Menteri itu. Pertama, ini memperlihatkan Tun Mahathir masih kemaruk untuk berkuasa semula, walaupun usianya sudah melebihi 95 tahun dan telah dua kali pernah menjadi Perdana Menteri. Nampaknya, semakin tua dan semakin berusia, kemaruk kuasa makin meronta-ronta dalam dadanya. Sebagaimana saya pernah sebut sebelum ini, inilah satu-satunya perangai manusia yang pelik pernah ada sejak zaman Nabi Adam lagi. Kedua, dengan menawar dan mempromosi dirinya konon mampu menarik sokongan pengundi Melayu, ternyata Tun Mahathir seorang yang paling taksub kepada dirinya sendiri dan ingin kembali menyertai PH semula. Sekaligus ini menggambarkan keyakinannya bahawa PH merupakan satu gabungan politik yang diterima pengundi. Semakin ramai orang lain mahu melupa dan meminggirkannya, Tun

Kerajaan Tebuk Atap: Khazanah lupus aset, saham lebih RM8 bilion sejak Mac hingga Sept 2020

Imej
Sejumlah kira-kira RM8.03 bilion aset dan pegangan saham Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dilupuskan mulai Mac hingga Sept lalu. Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata dalam tempoh tersebut aset yang dilupus itu membabitkan pelbagai sektor termasuk perbankan, teknologi, kesihatan, tenaga dan telekomunikasi yang terletak di dalam dan luar negara. Katanya antara aset yang dilupuskan ialah dalam Ping An Healthcare and Technologies, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Alibaba Group Holding dan Prince Court Medical Centre. “Pelupusan ini termasuk urus niaga jualan tertutup (private sale), pasaran sekunder terbuka (open secondary market) dan penempatan saham (placements) serta aktiviti korporat (corporate action exercises) seperti pertukaran saham dan pengurangan modal,” katanya. Tengku Zafrul berkata demikian sebagai menjawab soalan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berhubung aset alih dan aset tidak alih Khazanah yang dilupuskan sejak Mac sehingga Oktob

PRU-15: Parti-parti perlu tampil muka baharu, adaptasi dinamika politik

Imej
  KUALA LUMPUR: Parti-parti politik perlu mencalonkan muka-muka baharu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata kebanyakkan parti politik pada ketika ini dilihat masih lagi ketinggalan dalam menampilkan muka baharu. "Sebenarnya DAP bermula seawal PRU-12. Pada PRU-13 mereka sudah mula menempatkan muka-muka baharu dengan lebih ramai. "Manakala parti-parti lain saya rasa agak ketinggalan dalam bukan sahaja menampilkan dan memberi pendedahan, malah menempatkan calon-calon muda ini di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen. "Dalam konteks politik parti, mereka mesti menempatkan calon-calon muda ini sebagai perwakilan yang akan mewakili suara parti yang lebih lagi untuk DUN dan Parlimen. "Suara anak muda ini akan disampaikan dalam perwakilian yang mereka wakili itu. Itu cabaran sebenar kepada semua parti termasuk Amanah," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI . Beliau berkata dem

Skandal Kartel Daging: Institusi Islam Tercemar ?

Imej
  Baru baru ini kita digemparkan dengan pendedahan berhubung kartel daging yang didakwa turut didalangi kakitangan agensi kerajaan. Ini ternyata satu kegiatan yang tidak bermoral tatkala kita harus pertingkatkan segala usaha dan upaya kita dalam memerangi rasuah dan kebobrokan, namun kakitangan kerajaan ini mudah dibeli sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat. Skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam. Meski dikurniakan peruntukan yang bukan kecil hampir setiap tahun, namun skandal ini telah merosakkan kepercayaan umum kepada institusi tersebut. Saya menggesa kebobrokan seperti ini dihentikan. Saya juga mendesak kerajaan dan kementerian untuk segera menjalankan siasatan rapi, cekap, dan telus serta mengheret dalang ke muka pengadilan.    ANWAR IBRAHIM

Anwar: Tak ada masalah, 'PH jalan terus'

Imej
Di tengah-tengah gesaan Amanah dan DAP untuk "pelarasan semula (reset) politik" atau "gabungan besar," Presiden PKR Anwar Ibrahim percaya semuanya baik-baik sahaja bagi Pakatan Harapan. Bercakap kepada pemberita di Alor Setar, Kedah hari ini, Anwar berkata Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah memaklumkan hal tersebut kepadanya. "Dia suruh saya bawa dalam mesyuarat. We move on (jalan terus)... "Tiada masalah. PH boleh undang yang lain. Kita akan bawa dalam mesyuarat," katanya. Anwar bercakap kepada wartawan selepas bertemu dengan akar umbi parti. Menurut Anwar, dia telah mengingatkan akar umbi mengenai PKR yang berteraskan Melayu Islam tetapi juga berbilang kaum, bersama misi untuk membasmi rasuah dan menegakkan keadilan. Anwar tidak menjawab pertanyaan berulang kali yang diajukan kepada: "Adakah anda masih memiliki nombor?" Ketika ditanya apakah dia yakin akan menewaskan Perdana Menteri Muhyiddin

PKR bangkit sejarah kerjasama politik sejak 1999

Imej
Di saat timbulnya saranan Amanah ke arah pembentukan gabungan besar pembangkang, PKR membangkitkan sejarah kerjasama politik yang pernah dijalinnya. DAP dan Amanah sebelum ini turut menggesa " anjakan politik baru " dalam pembangkang. Gabungan politik besar bermakna peluasan kerjasama PH dengan melibatkan pembangkang yang lain, iaitu Pejuang, Warisan, Upko, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Muda. Bagaimanapun PKR setakat ini belum menyatakan apa-apa komitmen berhubung perkara itu, sementara Pejuang dan Warisan pula tidak menerima Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang. Hari ini, PKR akhirnya memberikan bayangan bahawa parti itu terbuka dengan cadangan itu namun tidak memperincikan sebarang komitmen. "Berkait isu politik semasa, PKR akan terus mengukuhkan PH serta meningkatkan kerjasama di kalangan pembangkang. "Ini telah dilakukan sewaktu sesi parlimen yang lalu, termasuk usaha ketua pembangkang menjemput semua wakil

Pelabur lebih suka pilih negara Asean lain berbanding Malaysia – Pakar Ekonomi

Imej
Prospek pertumbuhan jangka panjang yang menguntungkan, iklim pelaburan yang menarik dan dasar yang konsisten adalah beberapa sebab yang menyebabkan pelabur antarabangsa memilih negara Asean lain daripada Malaysia, kata seorang ahli ekonomi. Menurut laporan FMT, profesor ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng juga menekankan pentingnya kestabilan politik, pemerintahan yang baik, korupsi yang rendah dan “usaha promosi yang diselaraskan peringkat teratas” sebagai beberapa faktor utama mengapa Singapura, Indonesia dan Vietnam berjaya menarik perhatian tinggi pelaburan profil akhir-akhir ini. Ketiga-tiga negara itu menerima lebih daripada 80% rekod pelaburan langsung asing (FDI) AS $ 156 bilion yang ditarik oleh negara-negara Asean tahun lalu, menurut Unctad, agensi perdagangan PBB. Hanya 5%, atau hanya RM31.7 bilion (US $ 7.8 bilion) yang pergi ke Malaysia. “Malaysia harus meningkatkan prestasinya dalam semua faktor lembut dan keras ini yang menarik pelbagai jenis pelabur

JANGAN BUANG MASA, CUKUPLAH SEKALI SAJA PH BEKERJASAMA DENGAN MAHATHIR

Imej
Bagi mereka yang mengikuti dan faham perjalanan politik Tun Mahathir Mohamad, rata-rata dapat merasakan perseteruannya dengan Anwar Ibrahim hanya akan berakhir apabila nyawa terpisah daripada jasadnya. Selagi bernyawa, beliau dipercayai akan terus bermusuh, sedaya upaya menyekat atau setidak-tidaknya mengganggu kemaraan politik Presiden PKR itu. Di sebalik Anwar diketahui memang sudah lama memaafkan Tun Mahathir, malah sedia menyambut huluran tangan bekas Perdana Menteri itu untuk berbaik dan seterusnya bekerjasama menjelang PRU 2018 lalu, hubungan baik mereka ternyata tidak bertahan lama. Sebaik berkuasa semula, bibit-bibit ke arah “mengencing” Anwar sudah mula terlihat daripada gerak-geri, tingkah laku dan nadanya bersuara.. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar bagaimana segalanya itu berlaku, tetapi yang nyata bukan daripada Anwar ia berpunca. Mengimbas sebelum itu, selepas bersara pada 2003 dan kemudian keluar daripada persaraan untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Ba

Belanjawan 2021 : Majoriti tipis bukti PN terus berdepan masalah keyakinan, tunduk kepada watak rakus

Imej
  KUALA LUMPUR: Majoriti tiga undi yang diperolehi untuk meluluskan Belanjawan 2021 membuktikan kerajaan Perikatan Nasional akan terus berdepan dengan masalah keyakinan dan tunduk kepada “watak-watak rakus” yang mementingkan diri, kata Anwar Ibrahim. Ketua Pembangkang itu berkata ketika negara memerlukan anjakan baru untuk bangkit dari suasana ekonomi akibat pandemik Covid-19, PN membuktikan bahawa ia tidak berkeupayaan menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan. “Kerajaan PN akan terus berdepan dengan masalah keyakinan, dan ini telah dibuktikan hari ini apabila ia hanya berjaya mempunyai tidak lebih dari 112 sokongan. “Kerajaan lemah seperti ini akan terus tunduk kepada watak-watak rakus yang berkepentingan dan kebajikan rakyat akan terus dikorbankan,” kata Anwar yang juga presiden PKR. Anwar berkata Belanjawan 2021 mencerminkan betapa kerajaan PN hanya mengutamakan hayat politik mereka lebih dari kebajikan dan keterdesakan hidup rakyat. Beliau ber

SERAMPANG EMPAT MATA MAHATHIR – HALANG ANWAR, SEKAT KU LI, BENAM NAJIB DAN KEKALKAN MUHYIDDIN

Imej
  Bersama Tengku Razaleigh Hamzah, bekas musuh politiknya, Tun Mahathir Mohamad semalam mengadakan sidang media untuk menawarkan diri mereka menerajui negara dengan matlamat menjadikan Malaysia kembali sebagai “Harimau Asia”. Mereka juga sedia memberi khidmat secara percuma dan tidak mengharapkan sebarang gaji kerana bermatlamat hanya ingin menyelamatkan negara dan menolong rakyat melalui pengalaman yang dimiliki sebelum ini. Meskipun tidak memperincikan bagaimana mereka boleh mengambil alih kerajaan dan menerajui negara, tetapi adalah difahami bahawa ia tentulah bersandarkan keyakinan mereka Belanjawan 2021 berkemungkinan akan ditolak dalam bacaan kali ketiga yang pengundiannya akan dilakukan hari ini. Jika belanjawan gagal melepasi undi majoriti, bermakna kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin dikira tumbang dengan sendirinya. Untuk menolak belanjawan, Tun Mahathir dan Ku Li menyeru semua 220 Ahli Parlimen membuat undian tanpa memikirkan kepentingan parti dan kedudukan

PH gesa semua MP tolak Belanjawan 2021 esok

Imej
Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat esok. Dalam satu kenyataan, gabungan itu juga menggesa semua ahli parlimen daripada pembangkang mahupun kerajaan untuk berbuat demikian. "Pakatan Harapan sebelum ini telah menyatakan bahawa kami akan membahaskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar dan jawatankuasa, dan akhirnya akan membuat undian belah bahagi pada bacaan kali ketiga. Ini akan berlaku esok. "Oleh yang demikian, Pakatan Harapan menggesa agar semua ahli parlimen, sama ada di sebelah pembangkang mahupun dari kalangan penyokong kerajaan, yang memahami bahawasanya belanjawan ini tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi Covid-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi, agar memilih untuk menolaknya pada bacaan kali ketiga esok," katanya dalam satu kenyataan. Menurut mereka, pengumuman dan penggulungan Belanjawan 2021 sebelum ini tidak memenuhi apa yang dipohon da

Ahli Parlimen lompat parti punca krisis politik negara – Kajian

Imej
KUALA LUMPUR – Krisis politik yang berlaku di negara ini akibat daripada tindakan ahli-ahli politik yang melompat parti. Dapatan itu hasil kajian Tinjauan Pelaksanaan Undang-Undang Lompat Parti oleh Rakyat Malaysia yang dijalankan Cent-GPS Research. Walaupun jumlah minoriti (14%) menyatakan amalan lompat parti ini memberi kesan langsung kepada mereka, namun majoriti hasil dapatan tinjauan (53%) percaya krisis politik semasa berlaku adalah kerana ahli parlimen lompat parti. Hanya 12% responden yang tidak mahu Undang-Undang Anti Lompat Parti dilaksanakan. Oleh itu, sekalipun hanya minoriti yang menilai tindakan lompat parti memberi kesa kepada mereka, namun kebanyakan rakyat Malaysia masih percaya bahawa krisis politik semasa dapat dielakkan dengan pelaksanaan undang-undang Anti Lompat Parti. Lebih-lebih lagi, sekalipun tidak terkesan, kebanyakan mereka (46%) mengaku mereka hilang minat dalam politik dek kerana tindakan lompat parti ahli parlimen. Tinjauan Cent-GPS ini mel

KENAPA ANNUAR MUSA ASYIK MERATIB ‘NO ANWAR NO DAP’ SEDANGKAN YANG MAHU ‘BUNUH’ UMNO ADALAH BERSATU?

Imej
Setiap kali ada ura-ura Anwar Ibrahim akan mengambil alih teraju kerajaan, baik melalui usul di Parlimen atau sokongan SD, selain Tun Mahathir Mohamad yang diketahui cukup bimbang dengannya, barangkali yang turut diresapi penyakit yang sama ialah Annuar Musa. Lihat saja reaksinya setiap kali isu berkenaan timbul, pasti beliaulah yang dilihat paling susah hati, mengelabah, begitu cepat mengeluarkan kenyataan dan seolah-olah berpeluh dingin di seluruh badannya. Oleh kerana usaha pengambil alih kerajaan itu diperkatakan mengaitkan sokongan beberapa Ahli Parlimen UMNO, Annuar yang merupakan Setiausaha Agung BN akan segera tampil mengingatkan tentang prindip “No Anwar, No DAP”. Rasanya sejak sembilan bulan lalu, sudah lebih 10 kali Annuar tampil memberi peringatan berkaitan “No Anwar, No DAP” itu. Kenapa hanya Annuar yang risau, bimbang dan mengelabah, sedangkan Ahli Parlimen UMNO yang lain, termasuk yang sama memegang jawatan menteri sepertinya nampak relaks saja? Malah Se

Lima perkara asas PH perlu buat untuk menghadapi PRU-15

Imej
  1. Mulakan perbincangan agihan kerusi di kalangan parti komponen. Ianya tidak sukar kerana agihan ketika PRU14 sudah boleh dijadikan asas. Hanya kerusi-kerusi dari PPBM dan Warisan sahaja yang perlu diagihkan kepada tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH). 2. Pengarah Komunikasi dari ketiga-tiga parti komponen perlu mengadakan sidang media secara bersama dan berkala (setiap dua minggu atau setiap bulan) bagi menjelaskan segala isu-isu politik yang melibatkan kepentingan negara, rakyat, dan PH. 3. Unit Media PH perlu ditubuhkan segera dengan peruntukan yang munasabah bagi menggerakkan dan menyebarkan ‘messagging’ kepada rakyat secara bersepadu. 4. Mesyuarat Majlis Presiden PH perlu lebih fokus di dalam menentukan hala tuju dan pendekatan Pakatan Harapan. Setiap gerakan politik hendaklah diputuskan bersama di dalam Majlis Presiden secara konsensus. 5. Program turun padang atau jerayawara ( roadshow ) oleh pemimpin ketiga-ketiga parti perlu dibuat lebih kerap dan disesua

Muhyiddin patut letak jawatan jika hilang sokongan majoriti

Imej
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletak jawatan atau memohon untuk pembubaran Parlimen jika benar 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO telah beralih arah dengan menyokong atau menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri menegaskan, Perdana Menteri secara automatiknya sudah hilang kepercayaan di kalangan ahli Dewan Rakyat dan perlu meletak jawatan jika mana-mana pihak berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyai majoriti sokongan. "Jika keadaan ini berlaku, katakanlah ada lima atau enam Ahli Parlimen, atau mungkin 10, atau apa sahaja bilangan, yang sudah menandatangani SD, menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri, maka Muhyiddin sebenarnya sudahpun kehilangan majoriti beliau sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat. "Perkara ini harus dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon perkenan Baginda bagi membubarkan Parlimen,"

KEMBALIKAN KEABSAHAN, HENTI IMEJ AHLI POLITIK RAKUS DAN TAMAK HALOBA

Imej
  Saya mengambil maklum dan menjunjung tinggi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mutakhir ini memberi gesaan terkait salahguna kuasa, rasuah dan percaturan elit politik. Saya fikir bahawa ia tidak hanya terbatas pada situasi politik di Perak, malah di peringkat Persekutuan juga. Saya berpandangan bahawa reformasi institusi harus segera digerakkan bagi memungkinkan sebuah tatakelola yang baik dan bertanggungjawab serta tidak mengkhianati amanah dan mengabai kepentingan rakyat. Kita juga harus dengan tegas menolak amalan kerendahan akal budi dan adab budaya termasuk terhadap Tuanku Sultan Perak. Menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Perak agar negara ini harus kembali ke landasan serta garis besar perjuangan dan mengembalikan keabsahan, dan segera menghentikan imej serta gelagat ahli politik yang rakus dan tamak haloba. ANWAR IBRAHIM, PRESIDEN PKR/KETUA PEMBANGKANG

Pesan Rafizi buat Anwar: Bertindak segera atau pikul biawak hidup

Imej
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini tampil memberi peringatan kepada Anwar Ibrahim supaya bertindak segera terhadap pihak tertentu dalam parti yang dianggapnya sebagai golongan pembodek di sekeliling ahli parlimen Port Dickson itu. Kata Rafizi "budak-budak" terbabit hanya muncul selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan dilihat berpeluang besar untuk menjadi perdana menteri. "Ini permainan budak-budak keliling Anwar Ibrahim yang hanya muncul lepas beliau dibebaskan dari penjara dan menjadi bakal perdana menteri; yang sangat kuat membodek demi tempat (kedudukan atau jawatan) kalau beliau (Anwar) jadi perdana menteri," katanya melalui ciapan di Twitter, hari ini. Bekas anggota Parlimen Pandan itu berkata demikian sebagai mengulas isu melibatkan Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasir, yang didakwa mempersendakan Anwar dalam satu perbualan tertutup melalui aplikasi WhatsApp. Ekoran penularan pandangan Akmal itu beberapa pimpinan AMK tampil menggesa supaya

ISU AKMAL & AMK: INI KOMEN RAFIZI

Imej
Dah dua tahun saya tak ambil tahu mengenai perjalanan politik negara atau parti. Memang niat saya untuk tinggalkan politik ini kepada yang lain. Kebelakangan ini ramai yang berhubung bertanya mengenai dakwaan Akmal Nasir yang kononnya menghina Anwar Ibrahim Ini pandangan saya. Pandangan saya diketahui umum oleh reformis dan veteran parti. Ramai juga yang tahu dan sedar yang ada beberapa kerat yang mengelilingi Saudara Anwar ini adalah opportunis haprak yang membawa budaya berbahaya dalam parti: mereka bawa budaya gangster dan politik wang menabur duit dan janji. Saya pernah tegur Saudara Anwar sejak dua tahun lalu. Jadi teguran Saudara Akmal ada asasnya. Saudara Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya. Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi. Yang ada sekarang ni pun dua kali lima. Semasa kita berjuang dan keluar masuk lokap untuk membebaskan Anwar, dia tak pernah ada pun. Bila dah menang tahun 2018, berhari-hari dia berkampung di depan Hospital

MB PAS: Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda..!!

Imej
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor secara berseloroh mengatakan bahawa dia boleh meminta orang kampung menyekat air dari Sungai Muda di negeri itu sekiranya kerajaan Pulau Pinang masih enggan membayar caj air mentah terbabit. “Besok kita alirkan Sungai Muda itu ke tempat lain, kalau orang kampung saya kata belat (sekat) sungai, alih sungai itu pi (ke) tempat lain, hampa (kerajaan negeri Pulau Pinang) nak sedut ayaq (air) di mana? “Haa boleh pi sampai tara (setakat) itu lah kalau mahu, saya kerah orang kampung suruh boh (letak) pasir dalam guni belat sungai di Pinang Tunggal. “Lepas pada Pinang Tunggal, intake kita yang terakhir, lepas itu bila semua kering, hampa boleh pi mengaga (cari) ikan (darat) di Sungai Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik Berita Perdana RTM semalam. Sebelum ini, Sanusi menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tetap perlu membayar caj air mentah dari Sungai Muda yang mengalir ke negeri itu, kerana sumber berkenaan perlu sentiasa dipuli

AKIBAT MEMILIH SI PANDIR JADI PEMIMPIN

Imej
Sungai Mekong tu, mula dari Tibet, bawak ke China, jadi sempadan China-Myanmar, Myanmar-Laos, Thailand-Laos, masuk ke Laos, kemudian ke Kemboja, sampailah ke Vietnam. Ada pernah dengar Tibet mintak duit sebab bekalkan air sungai kat mana-mana negara tu? Air sungai ni kita sebut sebagai ‘semula jadi’. Maksudnya kau tak perlu keluarkan belanja pun memang dia dah ada mengalir dari zaman ke zaman, dengan syarat kau jagalah kawasan tadahan air tu iaitu hutan. Tapi disebabkan ada Menteri Besar paling bebal dalam sejarah peradaban negara, boleh pulak dia gertak nak sekat air sungai tu dari masuk ke negeri lain sebab tak nak bayar caj bekalan air mentah. Dia ingat sungai bila disekat boleh berhenti macam tu je ke? Habis tu nak alirkan ke mana? Rumah nenek dia? Nak ubah masuk ke sungai lain? Kau nak bagi penduduk tepi sungai tu mampos tiba² air sungai naik mendadak? Nak ubah aliran sungai ke tempat lain semata-mata tak nak air sungai tu lalu kat Penang punya pasal, agaknya dia na

'Persetujuan belakang tabir': Negara akan bayar harga yang mahal....

Imej
Keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah bernilai RM1 juta menimbulkan kerisauan syarikat perkhidmatan kewangan, Credit Suisse Malaysia. Pengarah urusan dan ketua ekuiti syarikat itu, Stephen Hagger berkata ini kali ketiga kes yang "jelas" melibatkan kepentingan awam digugurkan. "Mustahil untuk membuktikan panggilan telefon (berkenaan keputusan itu) ada dibuat, tetapi bukan rahsia yang mana-mana kerajaan gabungan yang rapuh perlu terus membuat persetujuan di belakang tabir untuk kekal berkuasa. "Malangnya, negara yang akan membayar harganya, misalnya dengan penurunan penarafan oleh Fitch Rating Inc mutakhir ini," katanya seperti dipetik The Malaysian Reserve semalam. Menurut laporan, kenyataan itu dibuat menerusi emel dalaman syarikat tersebut. Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pendakwaan agar Tengku Adnan dilepas tanpa dibebaska

3 kali MB bertukar cerminkan kegagalan ahli politik - Sultan Nazrin

Imej
Istiadat pelantikan Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang ketiga, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Menurut baginda, istiadat kali ketiga yang mencatatkan sejarah baru itu tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini. “Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan. “Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat,” titah baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini. Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Bersatu telah mengangkat sumpah jawatan menteri besar sebanyak dua

Pas tidak mengenang budi Raja-raja Melayu

Imej
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyelar Pas sebagai angkuh apabila menolak titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah untuk datang menghadap. Beliau berkata, budaya wala’ terhadap pemimpin parti sendiri telah ditanam begitu lama dan mendalam sehingga mengatasi taat setia kepada perintah Sultan. “Adakah Pas lebih wala’ pada pimpinan politik mereka dari taat pada titah Sultan sebagai ketua Agama negeri? Itulah pemikiran Pas hari ini di mana pemikiran pengikut di manipulasi. Detoxic “Adakah Pas mengikut konsep kerajaan Melayu Islam sebenarnya seperti dilaungkan? Di mana Melayunya jika tidak beradat menolak jemputan Sultan sendiri dengan angkuh? “Apa salahnya sebagai menghormati Sultan ketua Agama Islam Perak mereka pergi menghadap di atas titah jemputan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pada masa sama beliau berkata, Pas bukan sahaja tidak menghormati pengundi bahkan juga memperlihatkan sikap tidak menghormati raja sendiri

Peguam Negara PN perlu perjelas keputusan lepas tanpa bebas kes rasuah RM1juta Ku Nan..!

Imej
  Majlis Peguam Malaysia menuntut Peguam Negara Idrus Harun memberikan penjelasan telus di sebalik keputusan beliau untuk memohon mahkamah melepas tanpa membebaskan Tengku Adnan Mansor atas tuduhan rasuah RM1 juta. Tuntutan itu menyusul selepas beberapa peguam mempertikaikan keputusan Idrus tidak meneruskan pendakwaan terhadap Tengku Adnan untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan berdasarkan perkembangan baru yang tidak dinyatakan. Dalam satu kenyataan, Majlis Peguam kesal kerana pihak pendakwaraya tidak menyatakankan tempoh siasatan tambahan itu atau kenapa tindakan itu diambil sejurus sebelum perbicaraan disambung semula hari ini. “Memandangkan keadaan ini, Majlis Peguam menggesa Peguam Negara untuk menyatakan secara terperinci mengenai ‘perkembangan baru’ yang dimaksudkannya yang membawa kepada Tengku Adnan dilepas tetapi tidak dibebaskan,” kata badan penyelia peguam itu. “Kami mengambil pendirian bahawa pendakwa raya dalam melaksanakan kuasa-kuasa perlem