Ranjau sepanjang jalan menuju pakatan politik
Liew Chin Tong Pada 29 November 1999 merupakan hari yang murung buat DAP. Boleh dikatakan keputusan pilihan raya umum 1999 adalah yang paling buruk dalam sejarah DAP, walaupun jika diambil kira bilangan kerusi yang dimenangi, sebenarnya tidaklah teruk mana. Tetapi Lim Kit Siang dan Karpal Singh - pemimpin besar parti - tewas di kerusi masing-masing di Bukit Bendera dan Jelutong. Bagi DAP, nampaknya segalanya telah berakhir. Ketika saya mengucapkan tahniah kepada Teresa Kok atas kemenangan pertamanya pada keesokan hari di kedai kopi Seaview berhampiran ibu pejabat lama DAP di Petaling Jaya, beliau dengan sedih berkata bahawa lebih baik dia kalah daripada melihat Kit Siang dan Karpal kehilangan kerusi masing-masing. Beberapa hari kemudian, Kit Siang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung, dan mendiang Kerk Kim Hock mengambil alih. Pada lewat malam hari mengundi, kami pekerja kempen yang muda masih berjaga di ibu pejabat. Kami berkampung di sana sepanj