Skandal SRC: Pegawai bank guna duit sendiri elak cek Najib kena tendang
Seorang pegawai bank membayar RM55,000 menggunakan duitnya sendiri untuk menyeimbangkan semula akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak yang dananya terlebih keluar pada 2014.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar hal ini daripada saksi bekas pengurus perhubungan pelanggan AmBank, Joanna Yu hari ini. Semasa pemeriksaan balas, Joanna mengesahkan log perbualan BlackBerry Messenger dengan setiausaha Jho Low mengenai perkara ini. Log perbualan itu menunjukkan Yu telah memaklumkan kepada Jho Low bahawa akaun bank Najib yang berakhir dengan angka 906 telah terlebih keluar sebanyak RM55,000 kerana cek RM80,000 dikeluarkan ketika terdapat baki yang tidak mencukupi. Susulan itu, Jho Low mengarahkan Yu untuk menghubungi seorang bernama Kee Kok Thiam untuk membiayai akaun Najib. Kee bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian. Yu kemudian menghubungi Josie, yang dikenali sebagai setiausaha Jho Low. Josie juga tidak dapat memindahkan wang itu ke akaun Najib. Menurut