Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Malaysia akan kemuka tuntutan ke atas aset 1MDB

Imej
MALAYSIA akan membuat tuntutan ke atas aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat berikutan pencapaian penyelesaian oleh Jabatan Keadilan (DoJ) negara itu yang melibatkan pengambilan semula aset 1MDB. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sebahagian daripada wang 1MDB telah digunakan oleh Jho Low untuk membeli aset di Amerika Syarikat, yang dianggarkan bernilai AS$600 juta. “Dia (Jho Low) telah menyerahkan ... tidak mencabar DOJ. Oleh itu, DoJ kini memegang dan membekukan aset yang dibeli dengan wang Malaysia. “Kita ada bukti dia (Jho Low) menggunakan wang Malaysia untuk membeli aset itu dan sekarang kita akan membuat tuntutan (ke atas aset 1MDB) kepada kerajaan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas lawatan rasmi ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, hari ini. Dalam satu kenyataan hari ini, DoJ memaklumkan telah mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS

Basikal lajak memang haram, kata TPM

Imej
“BASIKAL lajak” iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan situasi bahaya, sememangnya haram berada di atas jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. “Basikal lajak ini memang tiada brek. Itu dah memang salah, sebarang kenderaan yang mempunyai masalah brek memang haram berada di atas jalan raya, jadi tak perlu nak haram-haram lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bengkel Usahawan Muda Parlimen Pandan di Kuala Lumpur hari ini. Beliau mengulas mengenai laporan media mengenai cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengharamkan secara menyeluruh aktiviti basikal lajak yang menjadi trend remaja masa kini. Basikal lajak kembali menjadi tumpuan berikutan keputusan mahkamah membebaskan dan melepaskan seorang jurujual daripada pertuduhan menyebabkan kematian l

SEBAB ITU KITA JANGAN TERLAMPAU BERSIKAP PERKAUMAN….

Imej
Berikutan akhirnya BN meletakkan calon MCA di Tanjung Piai, bukan saja UMNO, malah Pas yang merupakan rakan kerjasamanya juga menerima kecaman serta kritikan daripada pelbagai sudut. UMNO didawa tunduk kepada kaum Cina, UMNO bukan pejuang Melayu, MCA lebih hebat daripada UMNO, kempen BMF atau Buy Muslim First jadi tidak bermakna dan macam-macam lagi serangan bertalu-talu datang menimpa. Sejak semalam, bukan saja banyak kecaman ditujukan kepada UMNO berikutan perkara itu, malah tentera siber UMNO pun nampaknya sibuk mempertahankan diri tentang kewajaran memberikan MCA bertanding di Tanjung Piai itu. Pas pula turut dilemparkan dengan pelbagai kritikan, termasuk diketengahkan semula beberapa kenyataan media Hadi Awang sebelum ini yang menyebut tentang perlunya orang Islam mengundi calon Islam dan mengutamakan pemimpin beragama Islam. Sebetulnya, dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum serta agama dan BN sendiri merupakan parti yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MI

Skandal 1MDB: Amerika capai penyelesaian dapatkan semula aset AS$700 juta

Imej
Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat telah mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$700 juta yang diperoleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB. Dalam satu kenyataan, DoJ berkata aset itu, masing-masing terletak di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland. Dengan muktamadnya penyelesaian itu, bersekali dengan pelupusan kes pelucutan hak sebelum ini, Amerika Syarikat akan memperoleh semula atau membantu dalam pemerolehan aset bernilai lebih AS$1 bilion yang mempunyai kaitan dengan skim pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah 1MDB, menurut kenyataan itu. Kenyataan itu menyebut ini merupakan pemerolehan terbesar setakat ini di bawah Inisiatif Pemerolehan Aset Kleptokrasi jabatan berkenaan dan pelucutan hak sivil terbesar yang pernah diselesaikan oleh DoJ. Iklan "Perjanjian penyelesaian ini mengakibatkan Low dan keluarganya

Jho Low di UAE, dapat suaka di negara ketiga

Imej
LOW Taek Jho atau Jho Low kini menetap di Emiriah Arab Bersatu dan mendapat perlindungan suaka di sebuah negara lain, kata sumber perundangan, ketika muncul berita beliau menyelesaikan kesnya dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). The Straits Times di Singapura dan sumber lain mengesahkan ahli perniagaan yang menjadi tokoh utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu ditawarkan suaka pada Ogos lalu di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat serta Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. “Beliau ditawarkan suaka kerana tindakan Malaysia yang dianggap politik serta pencabulan hak asasi manusia terhadapnya,” kata satu sumber perundangan. Peguam Low mengesahkan suaka itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Melayu menghambakan Melayu

Imej
Terdapat satu pertanyaan daripada seorang pelajar saya: “mengapakah terdapat segelintir orang Melayu berasa diri mereka tuan kepada orang lain?” Saya pernah menerangkan dalam kolum saya di sini “M for Malaun” bahawa konsep tuan atau Bumiputera tidak ada dalam teks Melayu lama, klasik dan tradisional, dan konsep bertuan-tuan ini berasal dari cara fikir Inggeris, Frank Swettenham seperti dinukilkan oleh beliau dalam “British Malaya”. Swettenham mungkin sengaja mengajarnya kepada orang Melayu kerana licik, atau mungkin kerana dia banyak bergaul dengan sepuak Melayu yang berdarjat dan kelas-kelasan. Akan tetapi, suka atau tidak, seperkara yang perlu kita letak dalam ingatan ialah memang terdapat selapis orang Melayu yang memang berasa dirinya tuan, yakni lebih berdarjat daripada yang lain. Kalau kita bercakap dengan mereka, cara mereka mendabik dada bukan main lagi. Seakan-akan kita tidak layak berkincah dengan mereka. Saya berpandangan, hal ini terjadi

Skandal 1MDB: Mahkamah London digesa mencelah dalam penyelesaian 1MDB-IPIC

Imej
Peguam yang mewakili Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1MDB menggesa Mahkamah Rayuan United Kingdom untuk mencelah dalam cabaran penyelesaian dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), dan subsidiarinya Aabar Investments. Menurut portal berita perundangan Law360 , peguam Toby Landau berkata IPIC dan Aabar hanya memulakan prosiding timbang tara itu terhadap MKD dan 1MDB untuk memastikan dakwaan penipuan tidak diselesaikan secara awam. Dia berkata terma anugerah persetujuan yang diberikan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) pada 2017 tidak adil, dan penyelesaian itu sebahagian daripada usaha untuk menutup penipuan melibatkan bayaran berjumlah AS$3.5 bilion oleh 1MDB kepada pihak yang dikatakan subsidiari Aabar. Katanya lagi, pertikaian antara kerajaan Malaysia dengan IPIC dan Aabar berkenaan kesahan penyelesaian itu membabitkan kepentingan awam dan mahkamah ada "tanggungjawab besar" untuk mencel

Skandal 1MDB: Jho Low pulang AS$1 bilion, selesai kes dengan DoJ

Imej
JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mencapai penyelesaian dengan Low Taek Jho atau Jho Low untuk mendapatkan semula hampir AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang diseleweng dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Reuters hari ini. Persetujuan yang dicapai menyelesaikan kes rampasan harta terhadap Low itu dimulakan di bawah Inisiatif Mendapatkan Semula Aset Kleptokrasi oleh DoJ. DoJ menuduh Low sebagai dalang skandal penyelewengan lebih AS$4 bilion dari 1MDB, yang digunakan untuk membeli antara lain kapal pesiar Equanimity, pesawat peribadi, hotel, rumah agam, berlian, serta membiayai filem di Hollywood. Penyelesaian semalam bagaimanapun bukan bermaksud pengakuan salah atau tanggungjawab oleh Low dan tidak juga dikaitkan dengan tindakan jenayah terhadapnya. “Saya dengan

Anwar saran institusi zakat buat pembaharuan, bantu orang bukan Islam

Imej
SHAH ALAM: Anwar Ibrahim mencadangkan institusi zakat melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada orang bukan Islam. Presiden PKR itu berkata, dalam konteks masyarakat berbilang bangsa di Malaysia, tidak sesuai hanya masyarakat Islam dibantu, tetapi penganut agama lain dipinggirkan. “Wang zakat ini dibayar oleh orang Islam, selesaikan masalah orang Islam dahulu. Itu adalah hujah yang benar, tetapi Islam juga adalah agama contoh, menjinakkan adalah satu strategi dakwah yang baik. “Ikut pendapatlah seperti dinyatakan Yusuf al-Qaradawi, itu bukan diharuskan, tetapi dalam konteks masyarakat kita, itu digalakkan. Tetapi, bukannya sampai menyisihkan umat Islam, keutamaan tetap adalah umat Islam. “Seperti contoh, katakanlah ada tiga keluarga yang berdekatan dibantu institusi zakat dan keluarga keempat itu adalah penganut Hindu, jadi bolehkah kita ketepikan?” katanya dalam Seminar Antarabangsa Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam hari ini. Anwa

Skandal 1MDB-Tanore: 1MDB dipaksa bayar AS$1 bilion bagi nota murabaha, kata bekas CEO

Imej
KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu perbicaraan Najib Razak di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, syarikat itu tiada pilihan kecuali sekali lagi membayar AS$1 bilion untuk menukar sahamnya dalam usaha sama dengan PetroSaudi International kepada nota murabaha. Katanya, ketika itu, beliau percaya penukaran sajam kepada nota murabah ialah sebahagian daripada “sesuatu yang lebih besar untuk negara” kerana ia membabitkan strategi kerajaan kepada kerajaan. “Ia adalah hubungan antara 1MDB dan PetroSaudi International yang memainkan peranan penting dalam hubungan strategik kedua-dua negara. “Ketika itu, saya tidak nampak ia mencurigakan,” katanya ketika disoal peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah. Beliau berkata, idea penukaran saham kepada nota murabaha pada 2010 diberikan ahli perniagaan, Low Taek Jho dan bekas pengarah eksekutif 1MDB, Tang Keng Chee yang turut dikenali sebagai Casey. Bekas ketua pegawai pelaburan 1MD

Melayu tak perlu risau kerana kedudukan sudah dijamin Perlembagaan

Imej
Isu peralihan jawatan Perdana Menteri akan terus menjadi kontroversi serta polemik dalam kalangan rakyat serta pengikut politik selagi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meletakkan garis masa yang jelas dan tepat untuk menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, tanpa garis masa yang tepat, ia membuatkan rakyat terus berspekulasi mengenai bakal Perdana Menteri, sekali gus menjadikan politik negara terus panas dan tidak stabil. Katanya, tanpa garis masa yang jelas juga menyebabkan pelabur tidak yakin untuk melabur dan kesannya tiada peluang pekerjaan baharu untuk puluhan ribu anak muda yang sedang mencari kehidupan. Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membuat ketetapan bagi proses peralihan kuasa perdana menteri supaya isu berkenaan tidak lagi dipolitikkan. “Bila masanya yang sesuai untuk berlakunya peralihan kuasa ini, bincanglah dalam majlis Presiden

Skandal 1MDB-Tanore: Dua pengarah Petrosaudi dapat 'komisen' AS$85 juta dari Gold Star

Imej
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa dua individu utama dalam usaha sama 1MDB-Petrosaudi dibayar sejumlah AS$85 juta sebagai "komisen" oleh Good Star Ltd, sebuah syarikat dikawal Jho Low. Mereka ialah warga Arab Saudi Tarek Obaid dan warga Switzerland Patrick Mahoney. Kedua-duanya ialah pengarah Petrosaudi International pada masa itu. Perkara itu dinyatakan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah hari ini. Shafee menunjukkan penyata bank JP Morgan yang memaparkan bayaran AS$85 juta (RM366 juta mengikut kadar tukaran semasa) oleh Good Star Ltd ke akaun yang didaftarkan dengan nama "Tarek Hussain Obaid". Shahrol juga ditunjukkan dokumen yang menyatakan Tarek kemudian membayar AS$33 juta kepada Mahoney. Shafee memberitahu transaksi itu dibuat lima hari selepas Good Star menerima AS$70 juta daripada 1MDB. Shahrol setuju dengan kenyataan itu, tetapi berkata tidak tahu t

Skandal 1MDB-Tanore: Komisyen AS$85 juta, eksekutif PetroSaudi ‘beraya awal’ pada 2009

Imej
GOOD Star membayar CEO PetroSaudi International Tarek Obaid sebanyak AS$85 juta (RM255 juta) pada 5 Oktober 2009, beberapa hari selepas syarikat itu menerima AS$700 juta daripada 1MDB, menurut dokumen diserahkan kepada mahkamah tinggi hari ini. Bekas CEO 1MDB Shahrol Ibrahim Halmi mengesahkan dokumen yang menunjukkan bayaran dibuat daripada akaun Good Star di RBS Coutts kepada akaun Tarek di JP Morgan. Dokumen tambahan juga menunjukkan dua minggu kemudian, pada 20 Oktober, AS$33 juta dipindahkan daripada akaun Tarek kepada sekutunya, Pengarah PetroSaudi Patrick Mahoney, kata saksi ketika sesi soal balas dibuat peguam Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes 1MDB melibatkan Najib Razak. Shafee: Tarek membuat bayaran kepada Patrick Mahoney. AS$85 juta. Dia kongsi dengan Patrick Mahoney. Shahrol: Ya. Shafee: Krismas (beraya) awal tahun itu ya? Shahrol mengangguk tanda setuju. Lima hari selepas perjanjian usaha sama berjumlah AS$1 bilion ditandatangani

GLIC, GLC perlu sedar peranan mereka dalam ekonomi - PNB

Imej
Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu sedar mengenai peranan mereka dalam ekonomi serta keperluan menilai keutamaan mereka untuk memacu dan mencapai agenda pertumbuhan mampan. Pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB)Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata sektor korporat mempunyai peranan penting untuk mencapai agenda itu, khususnya dalam meningkatkan jalinan kerjasama untuk selari dengan aliran antarabangsa. “Dalam persekitaran yang amat dinamik ini, korporat Malaysia perlu berada dalam kedudukan baik untuk membina potensi bagi membolehkannya menghadapi pelbagai cabaran kompleks yang dibawa oleh persekitaran ini, untuk menjamin kemampanan bagi menyokong kemajuan dan pembangunan negara kita,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 (PCS 2019) yang julung kali diadakan. Zeti berkata landskap ekonomi dan kewangan mengalami perubahan dramatik, dengan perkembangan geopolitik dan

Skandal 1MDB-Tanore: Mungkin silap saya anggap kena dengar Najib dalam semua hal 1MDB' - Saksi

Imej
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa mungkin salahnya 'mendengar' cakap Najib Razak dalam hal berkaitan dengan dana syarikat milik negara itu. Shahrol Azral, 49, saksi dalam kes membabitkan Najib, yang disoal peguam Muhammad Shafee Abdullah semasa pemeriksaan balas mengenai sama ada beliau mempunyai kewajipan fidusiari terhadap bekas perdana menteri itu, berkata: 'Ya'. Saksi itu kemudian diminta oleh peguam untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang menyatakan bahawa beliau mempunyai kewajipan fidusiari kepada pengerusi lembaga penasihat. Shafee: Adakah kamu tahu tugas fidusiari kamu hanya kepada 1MDB, sebagai sebuah syarikat, malah bukan kepada pemegang saham? Ini undang-undangnya. Shahrol Azral: Saya tidak tahu. Shafee: Bolehkah kamu tunjukkan sebarang dokumen yang menyatakan kamu mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada pengerusi lembaga penasihat? Shahrol Azral, bagaimanapun tidak da

Skandal 1MDB-Tanore: Najib nasihat tak perlu penilaian kedua aset PetroSaudi, kata saksi

Imej
NAJIB Razak menasihatkan supaya tidak menjalankan proses penilaian kedua ke atas aset bernilai AS$2.2 bilion (RM9.2 bilion) yang didakwa milik rakan usaha sama PetroSaudi International, saksi pada perbicaraan kes 1MDB melibatkan bekas perdana menteri itu. Bekas ketua pegawai ekesekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Najib berkata penilaian kedua bagi hartanah minyak dan gas PetroSaudi di Argentina dan Turkmenistan akan beri “masalah”. Saksi itu berkata beliau bertemu Najib pada 16 Oktober 2009 untuk meminta nasihatnya sebagai pengerusi lembaga penasihat, selepas AS$1 bilion didakwa dibayar ke PetroSaudi Holdings (Caymans) Ltd dan Good Star Ltd, yang kemudian didedahkan penyiasat adalah syarikat palsu. Penilaian pertama dijalankan oleh firma penilai bebas, Edward Morse, yang dibayar AS$100,000 bagi khidmat itu sebelum perjanjian usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International ditandatangani pada 25 September 20

Skandal 1MDB-Tanore: 1MDB saluran strategik bagi Najib, kata bekas CEO

Imej
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata 1MDB adalah saluran strategik bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebagai pekerja, beliau mahu berkhidmat dengan baik. Shahrol Azral, 49, bagaimanapun, memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau akan terus meletakkan jawatan sekiranya diberi peluang memegang jawatan CEO 1MDB semula. Dalam pemeriksaan balas peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi kesembilan pihak pendakwaan itu memberi keterangan sekiranya belia

Skandal 1MDB-Tanore: Jho Low seperti musang jaga ayam, kata peguam Najib

Imej
Peguam Najib Razak hari ini menyifatkan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low sebagai musang yang diberi tugas menjaga ayam. Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika menyoal balas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi semasa perbicaraan terhadap bekas perdana menteri itu, yang memasuki hari ke-26. Shahrol, yang muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi pendakwaan ke-9, berkata 1MDB pada tahun 2010 menghadapi masalah terhadap usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. Shahrol memberitahu selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, yang ketika itu pengerusi penasihat lembaga 1MDB pada 16 Okt 2009, beliau bertemu Jho Low, mendapatkan minit mesyuarat antaranya dengan Najib dan kembali kepada lembaga pengarah 1MDB. Keterangan itu menimbulkan kemarahan Shafee, yang mengatakan ia seolah-olah meminta musang menjaga ayam. Shafee: Adakah salah jika saya kata Jho Low adalah musang yang menjaga ayam? S

Skandal 1MDB-Tanore: ‘BOD 1MDB tak dimaklumkan dana JV AS$1 bilion dipecahkan’

Imej
Lembaga pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dimaklumkan mengenai keputusan untuk memecahkan dana AS$1 bilion untuk syarikat usaha sama (JV) 1MDB-PetroSaudi International Ltd (PSI) kepada AS$300 juta dan AS$700 juta, dengan jumlah besar kepada Good Star Ltd. Sebelum itu, saksi dalam perbicaraan kes membabitkan Najib Razak, maklumkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa AS$700 juta telah dipindahkan ke akaun Good Star Ltd, syarikat yang pada mulanya dikatakan sebagai anak syarikat PSI tetapi kemudiannya didedahkan sebagai syarikat yang dikuasai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata persetujuan lembaga pengarah tidak diperoleh sebelum dana berkenaan dipecahkan disebabkan kekangan masa dan “kerana ia perlu dilakukan”. Semasa ditanya peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, semasa pemeriksaan balas, saksi itu berkata berdasarkan kepada Resolusi Pekeliling

Lebih 28,000 pengundi baru bagi suku ke-3/2019

Imej
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 38,895 permohonan pendaftaran pemilih baru daripada warganegara yang layak sepanjang suku ketiga tahun ini, kata Pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun. Dalam tempoh itu juga, sebanyak 14,165 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya diterima daripada pemilih berdaftar, katanya. Selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ketiga 2019 (ST3/2019) akan dipamerkan selama 14 hari mulai esok hingga 12 Nov ini di 917 tempat pameran di seluruh negara. "Pemohon yang telah memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya mulai 1 Julai 2019 hingga 30 Sept 2019 dinasihatkan untuk menyemak nama mereka. Sekiranya pemohon mendapati namanya tidak disenaraikan dalam RDPT ST3/2019, mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi pemi

K’jaan terpaksa belanja RM13.9 bilion bayar hutang 1MDB, SRC

Imej
Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM13.9 bilion untuk melunaskan bayaran khidmat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) sejak 2017, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) telah membuat pembayaran balik hutang sebanyak RM8.8 bilion bagi pihak 1MDB dan SRC iaitu sebanyak RM6.7 bilion untuk 2017 dan pada 2018 (RM2.1 bilion). Lim berkata pada tahun 2019, sebanyak RM2.4 bilion perlu dibayar untuk bayaran-bayaran tahun ini dan menurutnya selain daripada menggunakan dana awam, bayaran-bayaran ini juga bergantung kepada dana pemulihan aset 1MDB sebanyak kira-kira RM1.45 bilion setakat ini yang berjaya dikembalikan, serta kutipan derma orang ramai kepada Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM203 juta. "Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020 baru-baru ini, sejumlah RM2.7 bilion turut dis

Skandal 1MDB-Tanore: Bekas CEO 1MDB tak tahu AS$700 juta daripada Jho Low sehingga tahun lalu

Imej
KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, beliau “tidak suka” dengan saman pelucuthakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mendakwa beliau terbabit dalam pemindahan AS$700 juta kepada syarikat ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho. Saksi pendakwaan kesembilan itu memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak yang pihak berkuasa AS tidak pernah mendapatkan penjelasan daripada beliau mengenai pemindahan itu kepada Good Star Limited yang dikatakan dimiliki PetroSaudi International (PSI). “Saya teliti laporan itu dan ia tidak mempunyai maklumat lengkap,” katanya ketika disoal peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau sudah membaca saman sivil DoJ pada 2017. DoJ mahu merampas pelbagai harta, karya seni, barang kemas dan juga hak ke atas dua filem Hollywood yang didakwa ada kaitan dengan wang 1MDB yang diseleweng. Shahrol berkata, dalam saman sivil itu, beliau dinamakan “Pegawai 1MDB 2

Skandal 1MDB-Tanore: 1MDB tak diberitahu pelaburan AS$1 bilion akan dipecah dua, kata saksi

Imej
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak dimaklumkan mengenai keputusan untuk memecah dua pelaburan AS$1 bilion kepada sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan oleh PetroSaudi International. Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah, AS$300 juta dibayar kepada PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd manakala AS$700 juta kepada Good Star Ltd. Shahrol berkata pembayaran dibuat lima hari selepas perjanjian usaha sama ditandatangani pada 25 September 2009. Keputusan ini tidak dimaklumkan peda lembaga pengarah 1MDB, tambah saksi kesembilan pendakwaan itu. Hasil siasatan mendedahkan kedua-dua syarikat itu bukan syarikat usaha sama yang sah. Shahrol juga berkata perjanjian dipinda untuk menukar akaun usaha sama daripada BSI Bank kepada JPMorgan. Saksi itu memberitahu mahkamah, pada mesyuarat lembaga pengarah pada 26 September, fokusnya ketika itu adalah untuk memuktamadka

Tokoh politik punca ketegangan kaum, kata Anwar

Imej
Sebab sebenar ketegangan kaum dan agama semakin memuncak di negara ini berpunca daripada tokoh-tokoh politik, kata Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) hari ini. Oleh itu, beliau yang juga adalah presiden PKR mencadangkan supaya kerajaan mengadakan dialog untuk menangani isu berkenaan. "Kita perlu mengakui bahawa suhu yang memanaskan isu ini sebenarnya berpunca dari tokoh-tokoh politik dan atas sebab itulah kita perlu langkah khusus untuk mengadakan mesyuarat atau dialog untuk mengendurkan keadaan. “Kerana apa yang mereka katakan itu lazimnya dibuat di luar dan yang jadi mangsa adalah rakyat. “Sebab itu saya tidak fikir ini adalah masalah rakyat tetapi masalah kempimpinan dari berapa kalangan,” kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengemukakan soalan tambahan berhubung soalan asalnya mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membendung dan mengurangkan ketegangan susulan semakin banyak isu perkauman dan agama yang sensitif. Mengulas cadangan An

Skandal 1MDB-Tanore: Dokumen perjanjian pinjaman 1MDB-Good Star palsu

Imej
Mahkamah dimaklumkan bahawa 1MDB dan syarikat Jho Low, Good Star Ltd telah menandatangani perjanjian pinjaman pada Jan 2010.Berdasarkan dokumen yang dibentangkan sebagai bukti dalam perbicaraan, ia menunjukkan bahawa pengarah eksekutif 1MDB, Casey Tang telah menandatangani dokumen di mana 1MDB dikatakan sepakat untuk meminjamkan Good Star sejumlah AS$700 juta. Bagaimanapun, mahkamah mendapati bahawa ia dokumen palsu, kerana bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa 1MDB tidak pernah berurusan dengan Good Star. "Itu penipuan. Kami (1MDB) tidak pernah membuat apa-apa transaksi dengan Good Star," kata saksi. Shahrol berkata Casey Tang menandatangani dokumen itu tanpa pengetahuannya sebagai CEO, atau memaklumkan lembaga pengarah 1MDB. Shahrol berkata, jika perlu menerka, dokumen yang dikatakan perjanjian itu adalah percubaan penipuan oleh Jho Low dan sekutunya untu meyakinkan bank bahawa Good Star telah memperoleh wang secara sah. Bekas

Peralihan jawatan PM bukan perkara mendesak – Anwar

Imej
PENAMPANG – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peralihan jawatan Perdana Menteri bukanlah satu perkara mendesak sebaliknya semua kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH) harus memberi perhatian penuh kepada soal pembangunan lebih mampan untuk rakyat. “Saya tidak fikir ini (peralihan jawatan perdana menteri) begitu mendesak. Saya berpendapat, kita beri kerjasama dan sokongan kepada kerajaan untuk tumpu perhatian soal pembangunan ekonomi dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi yang sangat mendesak sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen PKR Sabah di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. Mengulas lanjut, Anwar berkata, kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu peralihan jawatan perdana menteri adalah tepat kerana keputusan peralihan itu perlu diputuskan oleh Majlis Presiden PH. “Apa yang dikatakan oleh perdana menteri (Tun Dr Mahathir)

Anwar tidak perlu sokongan PAS untuk ganti Dr M

Imej
Anwar Ibrahim sememangnya tidak memerlukan sokongan PAS untuk diangkat sebagai perdana menteri kelapan selepas kesemua ahli Parlimen parti Islam itu sebulat suara memberi sokongan terbuka kepada pimpinan Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui Putrajaya sehingga habis penggal, kata penganalisis. Hal ini kerana, kedua-dua pihak antara presiden PKR itu dan PAS mempunyai hubungan berbentuk ‘mutual hatred’ iaitu sikap saling membenci dan tidak memerlukan satu sama lain. “Anwar sendiri tidak memerlukan sokongan PAS untuk menjadi perdana menteri kerana beliau sudah mempunyai sokongan mencukupi daripada PH (Pakatan Harapan) selaras dengan muafakat dalaman antara pemimpin PH,” kata Kamarul Zaman Yusof ketika dihubungi FMT. Tambah beliau, walau apa pun yang dibuat oleh Anwar untuk memenangi hati PAS tidak akan berjaya kerana ia dilihat berpendirian untuk tidak menyokong beliau. “Ini kerana pendirian Anwar mengenai isu agama dan kebangsaan terlalu jauh berbeza