Agong: Hijrah membentuk negara maju, perpaduan utuh
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengajak rakyat Malaysia berhijrah membentuk sebuah negara yang maju dengan asas perpaduan dan keharmonian yang utuh bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1441H. Seri Paduka bertitah penghijrahan negara ke tahap yang lebih tinggi boleh dicapai melalui pembentukan semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum yang menjadi asas kukuh kepada perpaduan negara. "Dalam kita berusaha melakukan hijrah kepada hidup bermasyarakat yang lebih toleransi serta disemai dengan bunga kasih sayang, janganlah pula kita mengabaikan tuntutan agama dan hukum Allah," titah baginda sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut. Turut hadir Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof. S