APAKAH MELALUI PPSMI, MAHATHIR MAHU MELINGKUPKAN PH?
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad selaku pemangku Menteri Pendidikan mahu mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengundang reaksi negatif banyak pihak terhadap keputusan itu. Rata-rata pelbagai kelompok masyarakat menzahirkan rasa tidak setuju dengan pengembalian dasar yang pernah dilaksanakan pada 2002, tetapi kemudian dibatalkan kepada 2011. Beberapa persatuan, NGO, kelompok masyarakat, pemimpin politik, individu ternama, ibu bapa dan lain-lainnya telah tampil bersuara menyatakan rasa tidak setuju mereka dengan keputusan Tun Mahathir itu. Semuanya boleh dilihat dalam pelbagai medium media sosial di mana sehingga ini belum nampak ada yang menyokong keputusan Tun Mahathir itu. Mereka melihat Tun Mahathir terburu-buru dalam keputusan terbaru ini, walhal beliau baru tidak sampai sebulan memangku jawatan Menteri Pendidikan. Dipersoalkan apakah Tun Mahathir tidak sedar kemampuan guru-guru dalam penguas